Followers

Showing posts with label sultan selangor. Show all posts
Showing posts with label sultan selangor. Show all posts

Thursday, December 11, 2014

BOCOR: Soltan Selangor Tak Halang Wanita Jadi MB


Siapa 'pemain' sebenarnya jika tuanku Soltan Selangor menitahkan baginda tiada tentangan untuk seorang wanita menjadi Menteri Besar Selangor ?

 Sultan Sharafuddin Idris Shah menyatakan kekecewaan terhadap pihak yang menyebarkan fitnah bahawa istana Selangor menentang wanita memegang jawatan menteri besar.

"Ada orang yang terlalu cepat mahu mengutuk istana. Mereka menjadikan isu menyatakan beta tidak mahukan seorang menteri besar wanita.

"Laporan-laporan portal berita tertentu membuat dakwaan itu tanpa mengaitkan mereka dengan mana-mana nama," katanya.

"Beta bukan menentang mana-mana wanita untuk menjadi menteri besar tetapi penanda arasnya beliau mesti menjadi seperti Gabenor Bank Negara (Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz)."

Sultan menambah bahawa baginda sangat menghormati personaliti wanita seperti Zeti, Pro Canselor Universiti Malaya, Toh Puan Dr Aishah Ong dan lain-lain pemimpin wanita yang baik.

sumber...Mstar

Friday, November 14, 2014

JAIS Pulangkan Bible Versi Bahasa Melayu


Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memulangkan semula Bible bahasa Melayu kepada Persatuan Bible Malaysia (PBM) dengan disaksikan Sultan Selangor. – Gambar dari Twitter

Jais serah semula Bible, tetapi hanya kepada penganut Kristian di Sarawak

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memulangkan semula Bible versi Bahasa Melayu dan Iban yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia Januari lalu kepada penganut Kristian di Sarawak melalui Persatuan Gereja-gereja Sarawak (ACS), dalam satu majlis rasmi di Istana Selangor hari ini.

Ia dipulangkan kepada masyarakat Kristian Sarawak, dan bukannya kepada PBM yang beribupejabat di Semenanjung, mematuhi syarat "Bible yang mengandungi kalimah 'Allah' tidak boleh diedarkan di Selangor, terutamanya kepada orang Islam", menurut satu kenyataan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali melalui Twitternya berkata: "Penyelesaian yang baik kepada isu rampasan Bible berbahasa Melayu yang mengandungi perkataan Allah."

Beliau turut menyertakan gambar beliau bersama Sultan Selangor menyaksikan majlis penyerahan Bible itu kepada pengerusi ACS, Ketua Biskop Datuk Bolly Lapok, di Istana Alam Shah, Klang.



TMI 14 November, 2014.

MENYUSUL LAGI

Saturday, August 16, 2014

MB Selangor: Siapakah Calon Alternatif Pilihan PAS ?




 Sidang Dewan kedai kopi semakin rancak ..

Bermacam teori, spekulasi dan ramalan wa dengar dan ikuti..

Spekulasi yang paling kuat dan mungkin ada kebenarannya, Presiden PAS sudah pun mendapat 'hint' untuk menonjolkan siapakah calon MB Selangor yang baru ..

Setiausaha Agung PAS sudah pun mengumumkan 50% mengenai calon itu..Bukan Dr Wan Azizah sudah pasti.

Jika PAS masih sebagai 'big brother' Pakatan Rakyat...1000% wa sokong kerana PAS menunaikan janji untuk memberikan kuasa MB Selangor kepada PKR.

Atawa pon PAS sendiri mengambil jawatan MB untuk sementara waktu untuk meredakan konflik yang menyemak dan serabut perut itu.

PAS boleh bantu selesai krisis

Istana Selangor telah menghantar mesej kepada kepimpinan PAS mengenai kemungkinan wakil rakyat parti Islam itu untuk memegang jawatan Menteri Besar.

Sumber kerajaan negeri berkata, permintaan yang disampaikan melalui orang tengah itu dipercayai bertanya sama ada PAS bersedia untuk menamakan seorang calon Menteri Besar jika krisis berhubung jawatan tertinggi tidak diselesaikan segera.

"Mesej ini telah diserahkan kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang," kata sumber itu.

Abdul Hadi yang juga Presiden PAS turut dimaklumkan bahawa istana menolak pilihan PKR yang menamakan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar.






Mesej ini telah disampaikan kepada Abdul Hadi pada hari Khamis lalu dan difahamkan PAS masih belum memberi maklum balas kepada permintaan istana itu.

Difahamkan bahawa Sultan Sharafudin Idris Shah amat terganggu dengan kemelut politik di Selangor tanpa penyelesaian yang jelas dan memberi kesan terhadap kebajikan dan kemajuan rakyat Selangor.

Kemelut politik Selangor makin berpanjangan berikutan keengganan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk berundur sebagai Menteri Besar.

Lebih merumitkan bahawa PKR tetap berkeras untuk menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal bagi jawatan Menteri Besar.

Sehubungan itu pihak istana dipercayai akan beralih kepada PAS sebagai jalan penyelesaian jika PKR gagal menyelesaikan isu partinya sendiri.

Sebelum ini Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata partinya menghormati persetujuan bahawa jawatan Menteri Besar adalah hak PKR.

Walau bagaimanapun, parti itu masih belum bersetuju supaya Dr Wan Azizah dilantik ke jawatan itu.

Mustafa mengesahkan bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dimaklumkan mengapa PAS tidak menyokong isterinya itu.

Bagaimanapun satu keputusan perlu dibuat esok apabila Jawatankuasa PAS Pusat mengadakan mesyuarat untuk membincangkan perkara itu.

Difahamkan bahawa parti itu kini menjurus ke arah untuk mencadangkan nama lain dari PKR - mungkin Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali atau wakil rakyat Ijok, Dr Idris Ahmad.

Cadangan nama itu akan dibentangkan kepada istana bersama-sama dengan Dr Wan Azizah.


sumber...Mstar OL

Tuesday, October 11, 2011

Dr Aziz Bari Tegur Sultan Selangor ??



Aziz Bari: Campurtangan perlu selaras ajaran Islam

Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata tindakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu, bukan sesuatu tindakan yang lazim.
Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campurtangan tetapi ini perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

“Seseorang akan berfikir sama ada dengan meletakkan umat Kristian dalam kedudukan itu - sesuatu yang tidak dapat dielakkan berikutan serbuan ke atas DUMC - adalah benar-benar mengikut ajaran Islam.

“Lebih-lebih lagi, campurtangan istana dalam perlembagaan negara amat jarang sekali. Apa yang berlaku di Selangor hari ini bukan sesuatu yang lazim.

"Sebelum ini, pernah terjadi kejadian yang lebih teruk seperti bekas menteri besarnya merobohkan surau tertentu di Selangor. Tetapi pihak istana tidak campurtangan,” katanyanya dalam satu kenyataan sms kepada Malaysiakini.

Sehubungan itu, menurut Aziz yang telah menghasilkan tesis, buku dan artikel mengenai peranan monarki dalam Islam dan demokrasi, beliau sependapat dengan biskop Katolik Paul Tan Chee bahawa jika tiada bukti, maka kes berkenaan perlu ditutup.
“Di bawah undang-undang atau sistem undang-undang mana-mana sekalipun, jika tiada bukti, kes ditutup. Tohmahan dan dakwaan lanjut dan sebagainya, mesti dielakkan, khususnya di negara seperti Malaysia,” katanya.

Semalam, Sultan Sharafuddin bertitah bahawa baginda amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor.

Titah baginda, cubaan memesongkan akidah umat Islam itu berjaya dibuktikan dalam hasil siasatan JAIS di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu.

Bagaimanapun, titah baginda, bukti yang diperolehi tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.

Menurut Aziz, walaupun Sultan Selangor dilihat melaksanakan kuasanya, namun tindakan baginda itu dilihat tidak konsisten.

“Yang pasti, baginda menerima kuasanya diambil (oleh kerajaan persekutuan) dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri tanpa sebarang bantahan atau aduan. Daripada apa yang dilaporkan, baginda menerima perkara itu sebagai fait accompli.

“Bagi saya, istana perlu melihat kuasanya dengan gambaran yang lebih luas; iaitu peranannya sebagai simbol negeri dan faktor penyatuan yang mesti mengatasi parti politik. Ia tidak boleh mengambil kuasa secara isolation (terasing).

“Apa yang berlaku hari ini, adalah contoh yang baik.”

sumber...malaysiaKini

Monday, August 15, 2011

Periksa Gereja: Laporan JAIS Akan Dipersembahkan Kepada Sultan Selangor

PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Selangor akan mempersembahkan laporan lengkap berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) baru-baru ini kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya kini masih menunggu laporan berhubung insiden berkenaan yang kini sedang disiapkan oleh JAIS.

"Laporan lengkap pemeriksaan JAIS di gereja sedang disiapkan dan akan dipersembahkan kepada Tuanku Sultan Selangor," katanya yang dipetik menerusi laman sosial twitter pada Isnin.

Sebelum ini Abdul Khalid berkata laporan tersebut dijangka siap sepenuhnya dan diserahkan kepada kerajaan negeri selepas sambutan Aidilfitri.

Laporan terperinci yang diminta termasuklah hasil siasatan dan soal jawab 12 orang Islam yang dikatakan terlibat serta salinan barang kes yang telah diperolehi hasil dari pemerikasaan.

Menurutnya kerajaan negeri difahamkan JAIS mengalami kesulitan mendapatkan keterangan dari 12 individu Islam yang menyertai upacara 'Thanks giving' di DUMC atas nasihat peguam masing-masing.

Terdahulu, pada 3 Ogos lalu, pasukan penguat kuasa Jais menjalankan pemeriksaan ke atas gereja itu susulan aduan wujud gerakan memurtadkan orang Islam.

Bagaimanapun, pemeriksaan gereja tersebut menjadi isu hangat apabila Abdul Khalid memberikan kenyataan yang bercanggah dengan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali.

Abdul Khalid menyatakan kekesalan dengan insiden itu dan mahu laporan penuh diberikan kepada beliau sementara Hasan pula menyokong tindakan JAIS yang membuat pemeriksaan selepas mendapat bukti berlaku penyebaran agama bukan Islam ke atas penganut Islam.

Keadaan bertambah panas apabila Abdul Khalid dikatakan meminta semua Exconya tutup mulut mengenai pemeriksaan tersebut sementara Hasan pula sanggup dipecat kerana melanggar arahan itu apabila mengeluarkan kenyataan menyokong JAIS.