Followers

Showing posts with label taib mahmud. Show all posts
Showing posts with label taib mahmud. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

Bekas Menantu Taib Mahmud Tuntut Mutaah 100juta


Shahnaz, kakak Ratu Jazz negara Datuk Sheila Majid, turut menfailkan tuntutan harta sepencarian berjumlah RM300 juta terhadap Mahmud Abu Bekir.


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah menetapkan 31 Jan ini untuk membuat keputuskan berhubung beberapa permohonan dalam kes tuntutan mutaah berjumlah RM100 juta yang difailkan bekas menantu Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Shahnaz A. Majid.

Ketua Hakim Syarie Datuk Muhammad Abdullah menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah peguam Saadiah Din yang mewakili Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib dan peguam Shahnaz, Dr Mohd Rafie Mohd Shafie.

Beliau turut memberi tempoh seminggu kepada Shahnaz untuk memasukkan hujah terakhir.

Antara permohonan yang difailkan Shahnaz, 49, dalam tuntutan mutaah yang bermaksud saguhati selepas perceraian itu ialah permohonan notis tunjuk sebab terhadap bekas suaminya, Mahmud Abu Bekir, 49, yang didakwa telah mengingkari perintah mahkamah.

Pada 31 Jan itu juga, mahkamah akan membuat keputusan permohonan anak sulung kepada Ketua Menteri Sarawak itu untuk mengenepikan notis tunjuk sebab itu.

Di luar mahkamah, Saadiah memberitahu pemberita bahawa Shahnaz mengemukakan bantahan terhadap peguam syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang turut mewakili bekas suaminya.

Ini kerana Zainul Rijal merupakan Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dibimbangi akan berlaku konflik kepentingan jika beliau mewakili Mahmud Abu Bekir dalam kes itu.

Hantar sapina


Sementara itu, Mohd Rafie berkata pihaknya menghantar sapina kepada tujuh saksi termasuk Abdul Taib dua minggu lepas untuk memberi keterangan dalam kes tuntutan mutaah tersebut.

Shahnaz, kakak Ratu Jazz negara Datuk Sheila Majid, turut menfailkan tuntutan harta sepencarian berjumlah RM300 juta terhadap Mahmud Abu Bekir.

Pada 5 Ogos tahun lepas, Shahnaz memperoleh kebenaran bagi memulakan prosiding tunjuk sebab terhadap Mahmud Abu Bekir mengapa bekas suaminya itu tidak boleh dikenakan tindakan selepas didakwa mengingkari perintah mahkamah.

Perintah itu adalah untuk Mahmud Abu Bekir, seorang ahli perniagaan, menzahirkan semua dokumen berkaitan harta miliknya termasuk akaun simpanan bank, akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), penyata cukai dan penyata kewangan bulanan atau tahunan.

Jika gagal berbuat demikian, beliau boleh disabit dan dikenakan hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM2,000.

Antara lain, Shahnaz menuntut beberapa rumah, beratus hektar tanah di Sarawak dan di Bukit Tunku di sini serta beberapa kereta mewah diisytiharkan sebagai harta sepencarian.

Pada 11 Mei tahun lepas, Mahkamah Tinggi Syariah mengesahkan penceraian Mahmud Abu Bekir dan Shahnaz dengan talak satu.

Pasangan itu, yang berkahwin pada 9 Jan 1992, dikurniakan seorang anak lelaki, Raden Murya, 19.


sumber...Bernama

Tuesday, December 13, 2011

Songlap Rasuah Taib Mahmud Jadi Hangat

NGO Antarabangsa desak Taib dan keluarga didakwa

KUALA LUMPUR 13 Dis : Jika sebelum Ketua Menteri Sarawak dilaporkan memiliki aset sebanyak U$1.46 bilion (RM4.6 bilion) di 14 syarikat. Kini Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari enam negara mendesak supaya Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya ditangkap atas pelbagai dakwaan.

Taib dan 13 ahli keluarganya didakwa terlibat di dalam salah guna jawatan awam, rasuah dan konspirasi untuk membentuk sebuah organisasi jenayah.
Antara NGO yang membuat tuntutan berkenaan adalah Dana Bruno Manser (BMF), Greenpeace dan pertubuhan pemantau hutan dunia, Fern. Lapor Malaysiakini.

Mereka telah mengemukakan surat bertarikh hari ini kepada kerajaan Malaysia supaya menangkap individu berkenaan kerana dituduh dengan pelbagai dakwaan berkaitan dengan pengagihan dana awam secara haram, salah guna jawatan awam, merampas tanah kerajaan, rasuah, eksploitasi konflik kepentingan dan sebagainya.

Surat berkenaan dihantar ke Pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Polis Negara.
“Kami memohon pendakwa utama Malaysia pada kadar segera menangkap dan mendakwa Ketua Menteri Sarawak, empat anaknya, lapan adik-beradiknya dan sepupu pertamanya, Abdul Hamed Sepawi,” kata NGO itu dalam surat mereka.

Selain Abdul Taib, 75, mereka yang dinamakan itu adalah anak-anaknya, Jamilah Hamidah Taib Murray, Mahmud Abu Bekir Taib, Sulaiman Abdul Rahman Taib, Hanifah Hajar Taib.
Manakala adik beradiknya pula adalah Ibrahim Mahmud, Aisah Zainab Mahmud, Zaleha Mahmud, Onn Mahmud, Mohamad Ali Mahmud, Mohd Tufail Mahmud, Amar Hajar Fredahanum Mahmud, dan Raziah Mahmud.

Surat 10 muka surat itu ditandatangani oleh 13 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman, Jepun, Switzerland dan United Kingdom serta beberapa tandatangan individu dari Malaysia.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24296

Monday, September 12, 2011

Kontroversi Wang Haram Taib Mahmud

Jerman arah siasat pengubahan wang haram

Kementerian Kewangan Jerman telah mengarahkan siasatan ke atas hubungan perniagaan di antara keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Deutsche Bank, bagi mengenalpasti jika terdapat unsur-unsur pengubahan wang haram.
Menurut NGO Bruno Manser Fund (BMF), yang berpangkalan di Switzerland, arahan siasatan itu dikeluarkan berikutan aduan pihaknya.

BMF mendakwa kementerian kewangan Jerman dalam jawapan e-mel berkata ia telah 'meminta pihak berkuasa penyeliaan kewangan Jerman untuk menjelaskan dan memeriksa keadaan yang dinyatakannya dalam surat kepada Canselor dari sudut pengubahan wang haram.

Katanya, institusi kewangan tertentu dan pihak berkuasa penyeliaan kewangan (BaFin) perlu menyiasat jika mereka berpendapat ia bersesuaian.

BaFin adalah pihak berkuasa penyeliaan bagi institusi kewangan berkenaan undang-undang pengubahan wang haram.

BMF pada Jun lalu, dengan kerjasama dua lagi NGO lain iaitu - Persatuan Penduduk Terancam dan Rettet den Regenwald telah menulis kepada canselor Jerman meminta campurtangannya.

“Kami minta kerajaan Jerman menjelaskan hubungan perniagaan antara Deutsche Bank dengan Taib dan minta supaya semua aset Taib) di Jerman dibekukan.

"Kami amat prihatin kerana sebagai sebuah institusi perbankan utama di Jerman, Deutsche Bank bekerjasama dengan seorang perasuah.

"Kami berpendapat kerjasama ini tidak boleh memberikan kepentingan kepada kerajaan Jerman, yang secara antarabangsa memupuk cara menangani rasuah,” tulis NGO itu.

sumber...malaysiaKini