Followers

Sunday, October 6, 2013

Layanan "Hangat" Gadis Acheh..



MAYA menunggu di ruang tamu, manakala rakannya bersiap melayani pelanggan.

Petaling Jaya: “Kalau datang siang, orang lain layan abang. Kalau abang datang malam, kami pula layan abang. Biasalah, kami kerja di kilang dan terpaksa mengikut syif (giliran bekerja). Bila dah balik kerja kilang, baru boleh buat kerja ini,” kata Maya, 26.

Dia antara lapan gadis berasal dari Aceh yang dikesan menjalankan kegiatan mengurut dan menjual tubuh secara sambilan di sebuah unit pangsapuri kos sederhana di Sunway Mentari, Bandar Sunway, di sini, bagi menampung kos kehidupan di perantauan.


Beroperasi sejak setahun lalu, rumah berkenaan yang terletak di tingkat enam pangsapuri itu langsung tidak kelihatan seperti rumah pelacuran kerana penghuninya bijak melindungi kegiatan mereka dengan menjadikannya sebagai asrama untuk pekerja kilang.

Difahamkan, khidmat gadis Aceh berkenaan mendapat sambutan hangat pelanggan, terutama warga asing, berikutan ia sukar diperoleh berbanding gadis wilayah lain dari Indonesia.

 Wartawan Metro Ahad yang mendapat maklumat daripada penduduk di situ, menyamar sebagai pelanggan untuk memasuki rumah itu. Jelas, ia dihuni beberapa pekerja kilang yang menjalankan kegiatan pelacuran pada waktu senggang.

sumber... FIRDAUS SAHAT dan MOHD HAFIZEE AROP mymetro

Friday, October 4, 2013

Kantoi "Beromen" Dalam Hotel Bajet




Diserbu ketika memadu asmara

TELUK INTAN - Seorang lelaki tempatan yang asyik memadu asmara bersama seorang wanita di sebuah hotel murah di Jalan Raja terkejut apabila diserbu sekumpulan anggota  Jabatan Imigresen Cawangan Teluk Intan, dalam satu operasi,  malam kelmarin.

Bahkan wanita berkenaan juga turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota Imigresen yang menyertai Ops 6P Bersepadu di hotel murah tersebut.

Ketua Imigresen Cawangan Teluk Intan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, operasi yang diketuai beliau turut disertai 12 anggotanya dan dua kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Teluk Intan.

Menurutnya, sebanyak enam lokasi diserbu dalam masa dua jam dan pihaknya berjaya menahan dua wanita di premis berasingan.

"Dua wanita berusia lingkungan 30-an itu disyaki menjalankan aktiviti pelacuran di  hotel murah di sini dan salah seorang daripada mereka  dipercayai menyalahgunakan pas lawatan sosial.

“Hasil risikan dibuat mendapati, hotel murah berkenaan turut menawarkan aktiviti tidak bermoral dengan bayaran sekitar RM30 hingga RM50 bagi satu sesi, malahan pelanggan boleh membawa wanita tersebut ke lokasi lain namun dikenakan caj,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Khairul Anuar berkata, kesemua wanita yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Cawangan Teluk Intan bagi tujuan siasatan.

Katanya, JPN turut memeriksa wanita yang dikatakan mempunyai kad pengenalan namun, MyKad salah seorang daripadanya diragui.

“Dalam kes ini, JPN turut menyiasat kes tersebut bagi mengesan sindiket mengeluarkan MyKad palsu yang digunakan oleh wanita warga Indonesia tersebut.

“Wanita warga Indonesia berkenaan disiasat di bawah Akta dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 dan kini  ditempatkan sementara di Depot Langkap untuk tindakan lanjut,” katanya.

sumber... Siti Khairulnisah Mohammed s.harian

Thursday, October 3, 2013

Kantoi : Gambar Penyangak Curi Beg Tangan Wanita Dalam Masjid




Kata Baginda Rasul SAW mafhum dari al Hadith.."Seburuk buruk manusia adalah mereka yang mencuri didalam solat".

Mamat ni lagi buruk beb..

Gelagat seorang lelaki mencuri beg tangan jemaah wanita ketika sedang bersolat berjaya dirakamkan CCTV dan tersebar melalui laman facebook.

 GEORGETOWN - Heboh dalam laman sosial facebook apabila gelagat seorang lelaki mencuri beg jemaah wanita yang sedang bersolat berjaya dirakamkan melalui sistem kamera litar tertutup (CCTV).

Memalukan apabila pencuri berkenaan cuba bertindak ‘bijak’ dengan mengambil beg tangan wanita ketika kesemua jemaah wanita sedang sujud.

Setiausaha Kariah Masjid Hashim Yahaya, Zambri Abdul Rahman berkata, perkara tersebut amat memalukan kerana mencuri ketika orang lain sedang melakukan ibadat.

Menurutnya, Masjid Hashim Yahaya turut tidak terlepas dengan pelbagai kecurian barang lain termasuk basikal, helmet dan juga dompet.

“Kami cuba memantapkan lagi tahap keselamatan di masjid dengan memasang empat lagi CCTV di luar masjid, tempat letak tabung masjid dan juga pejabat.

“Kami tidak boleh meletakkan CCTV di bahagian wanita kerana bimbang timbul isu lain, namun pendekatan lain diambil ialah dengan meletakkan papan amaran yang meminta mereka supaya menjaga barang berharga,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kariah Masjid Al Huda Sungai Ara, Zainudin Haniff berkata, kariah mendapati sasaran utama pencuri di situ adalah kasut berjenama.

Menurutnya, kebiasaannya yang menjadi mangsa adalah orang luar termasuk jemaah yang singgah sekejap untuk bersolat.

“Bagi orang tempatan di sini memang sudah tahu kalau pakai kasut berjenama datang ke masjid sudah pasti akan dicuri, jadi ramai yang hanya pakai selipar sahaja," katanya.

Beliau berkata, selain itu kariah juga menggunakan pendekatan nasihat kepada setiap jemaah ketika waktu Solat Jumaat bagi mengurangkan kes kecurian di masjid.

Menurutnya, sebelum khutbah dibacakan slot selama 30 minit diambil.

“Pada masa itu kami menasihati jemaah supaya menjaga anak-anak mereka daripada gejala mencuri dan menjaga barang berharga.

“Sedikit sebanyak ini  membantu mengurangkan masalah kecurian,” katanya.

sumber...s.harian

Wednesday, October 2, 2013

Mr Bean Kompom Masuk Islam ??




BERITA ini mungkin akan mengejutkan dunia hiburan seluruh dunia.

Sebentar tadi, melalui sebuah portal berita yang dipetik dari Islampos.com dan laman web Sadalbadi.com melaporkan bahawa selebriti yang popular dengan watak lucu Mr Bean iaitu Rowan Atkinson, dipercayai telah memeluk agama Islam baru-baru ini.

Menurut laman web berkenaan, Rowan dipercayai terbuka hati untuk memeluk agama Islam selepas menonton filem Innocent of Muslim.

Melalui sebuah portal berita dari Indonesia pula, mereka memberitahu, “Mr Bean tak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari saja sebagai isyarat dia bersyahadat."

Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi, adalah salah seorang pembimbing Mr Bean.

"Banyak yang memberi selamat kepadanya di sepanjang jalan” – dipetik dari Islampos.com.

Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan lagi kesahihan berita ini.

Khabarnya, media-media barat masih belum menyiarkan lagi apa-apa berita mengenai Rowan Atkinson.

sumber... s.harian

Tuesday, October 1, 2013

PRK Sungai Limau : Petanda Awal Kemenangan PAS/PR ??



Antara janji BN jika berjaya menawan Kedah :

Lesen penjaja kecil akan dihapuskan...Bila nak buat weiii??

Skim Kafalah, bantuan khairat kematian untuk keluarga susah di Kedah yang diberikan oleh pentadbiran Pas/PR sudah dihentikan oleh Mukhriz, apa alasan terbaik Mukhriz ??

 

DAP cabar Mukhriz ulangi pendirian “tidak perlu undi Cina” di Sungai Limau

 Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) hari ini dicabar DAP untuk mengulangi pendiriannya "tidak perlukan undi Cina" dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, serta dikecam sebagai ahli politik ketinggalan zaman kerana mengamalkan sikap dendam.

Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok membidas kedegilan Menteri Besar Kedah yang tidak mahu melayan tuntutan kaum Cina sebagai tidak menghormati proses demokratik.

"Saya cabar supaya beliau ulang sekali lagi semasa pilihan raya Sungai Limau nanti.
"Ia adalah pendirian yang tidak adil, tidak demokratik dan tidak boleh diterima," kata Kok dalam satu kenyataan hari ini.

Mukhriz hari ini dilaporkan Utusan Malaysia dan China Press mempertahankan pendiriannya keutamaan hanya akan diberikan kepada penyokong Barisan Nasional (BN) dan bukan pembangkang Pakatan Rakyat (PR).

Mukhriz dilaporkan berkata langkah tersebut adalah wajar kerana kerajaan Pulau Pinang juga mengamalkan perkara sama.

"Saya cabar beliau untuk tunjukkan bukti bilakah kerajaan DAP Pulau Pinang membuat kenyataan hanya akan memberi keutamaan kepada penyokong DAP sahaja atau mengamalkan polisi yang menindas mereka yang tidak menyokong DAP," kata Kok mencabar Mukhriz.

Mukhriz baru-baru ini mencetuskan kontroversi selepas berkata pentadbirannya hanya akan menumpukan pada sekolah kebangsaan kerana beliau tidak dapat mengabaikan golongan yang memilih BN di Kedah.

“Saya nak bersifat adil tapi saya pun manusia juga. Akhirnya saya terpaksa membantu orang yang bantu saya dulu.

“Jadi kalau ada yang lebih-lebih tu barulah saya bantu orang lain,” katanya seperti dipetik dalam satu laporan media.

Anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu juga berdepan misi mustahil memandangkan pengaruh bapanya yang sudah terhakis selepas melepaskan jawatannya. – 1 Oktober, 2013.

sumber...Md Izwan TMI