Followers

Showing posts with label kes curi. Show all posts
Showing posts with label kes curi. Show all posts

Friday, July 10, 2015

Awas Orang KL: Pencuri Bogel Berkeliaran



Pencuri bogel berkeliaran di Gombak

Suspek dipercayai warga Bangladesh dan aktif melakukan jenayah antara jam 1 pagi hingga 5 pagi

Seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh dikesan giat menjalankan aktiviti mencuri dan menceroboh rumah di sekitar Gombak sejak beberapa bulan lalu.

Lebih memeranjatkan, suspek yang menjalankan jenayah itu sekitar jam 1 pagi hingga 5 pagi dalam keadaan bertelanjang.

Imej suspek yang cuba menceroboh rumah seorang penduduk di Taman Pelangi, Gombak berjaya dirakam litar rakaman tertutup (CCTV) pada Mac lalu.

Menurut maklumat, suspek memecah masuk antara dua hingga tiga rumah pada satu malam.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Murusamy ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan siasatan giat dijalankan untuk menangkap suspek.

sumber...FMT

Saturday, October 11, 2014

Renungan: Tak Sangka Kena "Kawtim" Dengan Apek Semayang !



aku tak kenal china ni..tp dalam dok nunggu aku basuh kete dia tgk aku,aku tgk dia...so x bertegur sampai la aku snyum kat di,dia terus tegur dan tarik kursi berbual dgn aku...

yang aku tersentap,xpernah ak tgk china mengalirkan air mata sambil bercerita dgn ak beberapa perkara yg berkaitan ekonomi hari ini..yg membuatkan beliau nangis adalah apabila beliau menceritakan satu peristiwa seorang melayu mencuri buah sawit di kebunya,dan beliau dapat menangkapnya...

apabila ditanya melayu tu cakap dia terpaksa sebab x da duit dan hidup susah,barang mahal ada anak dll....dia menceritakan melayu tersebut mencuri 20 tandan sawit,dan beliau menambahkan lagi tandan sawit tersebut menjadi 50 tandan sambil memberi pesan pada melayu tersebut "wa x mau pukul u,wa x mau report polis,wa malas mau naik mahkamah mcm2!! wa china semyang punya..wa bagi lu 50 tandan,tp wa tak mau lu curi lagi...

lu orang melayu sembahyang mintak tuhan la...mesti dia bagi ma..lu mintak sama dia ma..wa pon china semayang,wa susah wa mintak sama wa punya tuhan ( sambil melayu tu menangis mengeluarkan air mata,di pon nangis jugak).." china pon faham...dan dia ckp hari ni kalau kerajaan tak pulihkan ekonomi,lagi banyak orang panjang tangan...

sebelum dia beredar dia pesan kat aku, kita org semyg hati ada sikit sensetif, kalau mau marah olang mesti sentuh itu hati,comfirm dia jd baik..lu pukul pun tada guna kalau hati dia sulah mati.... sekadar itu pengalaman hari ni...

sumber... 

FB Akil EI

Thursday, October 3, 2013

Kantoi : Gambar Penyangak Curi Beg Tangan Wanita Dalam Masjid




Kata Baginda Rasul SAW mafhum dari al Hadith.."Seburuk buruk manusia adalah mereka yang mencuri didalam solat".

Mamat ni lagi buruk beb..

Gelagat seorang lelaki mencuri beg tangan jemaah wanita ketika sedang bersolat berjaya dirakamkan CCTV dan tersebar melalui laman facebook.

 GEORGETOWN - Heboh dalam laman sosial facebook apabila gelagat seorang lelaki mencuri beg jemaah wanita yang sedang bersolat berjaya dirakamkan melalui sistem kamera litar tertutup (CCTV).

Memalukan apabila pencuri berkenaan cuba bertindak ‘bijak’ dengan mengambil beg tangan wanita ketika kesemua jemaah wanita sedang sujud.

Setiausaha Kariah Masjid Hashim Yahaya, Zambri Abdul Rahman berkata, perkara tersebut amat memalukan kerana mencuri ketika orang lain sedang melakukan ibadat.

Menurutnya, Masjid Hashim Yahaya turut tidak terlepas dengan pelbagai kecurian barang lain termasuk basikal, helmet dan juga dompet.

“Kami cuba memantapkan lagi tahap keselamatan di masjid dengan memasang empat lagi CCTV di luar masjid, tempat letak tabung masjid dan juga pejabat.

“Kami tidak boleh meletakkan CCTV di bahagian wanita kerana bimbang timbul isu lain, namun pendekatan lain diambil ialah dengan meletakkan papan amaran yang meminta mereka supaya menjaga barang berharga,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kariah Masjid Al Huda Sungai Ara, Zainudin Haniff berkata, kariah mendapati sasaran utama pencuri di situ adalah kasut berjenama.

Menurutnya, kebiasaannya yang menjadi mangsa adalah orang luar termasuk jemaah yang singgah sekejap untuk bersolat.

“Bagi orang tempatan di sini memang sudah tahu kalau pakai kasut berjenama datang ke masjid sudah pasti akan dicuri, jadi ramai yang hanya pakai selipar sahaja," katanya.

Beliau berkata, selain itu kariah juga menggunakan pendekatan nasihat kepada setiap jemaah ketika waktu Solat Jumaat bagi mengurangkan kes kecurian di masjid.

Menurutnya, sebelum khutbah dibacakan slot selama 30 minit diambil.

“Pada masa itu kami menasihati jemaah supaya menjaga anak-anak mereka daripada gejala mencuri dan menjaga barang berharga.

“Sedikit sebanyak ini  membantu mengurangkan masalah kecurian,” katanya.

sumber...s.harian

Wednesday, February 22, 2012

Jom Tengok "LUBUK" Enjin Curi Se Malaysia



BANYAK...bengkel lerai kenderaan dalam ladang sawit yang menyimpan ribuan enjin lori curi bernilai jutaan ringgit.

TAIPING: Serbuan polis ke sebuah bengkel kenderaan yang tersorok dalam ladang kelapa sawit di Changkat Jering, di sini, membawa kepada penemuan mengejutkan apabila lebih 1,000 enjin lori yang dicuri bernilai jutaan ringgit berselerakan di bengkel itu.

Bengkel milik sindiket curi kenderaan berat itu sengaja dibina di kawasan sunyi bagi membolehkan kerja melerai dan melapah lori curi dilakukan dalam tempoh hanya beberapa jam sebelum komponennya dijual sebagai alat ganti terpakai.

Serbuan ke atas bengkel yang terletak di atas kawasan seluas dua hektar itu dilakukan polis Kontinjen Perak dengan kerjasama polis Kontinjen Selangor dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Sabtu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, sindiket terbabit sengaja memilih kawasan tersorok dalam ladang kelapa sawit untuk menjalankan kegiatan mereka bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Berdasarkan maklumat, sindiket itu mendapat bekalan lori curi dari Pulau Pinang, Perak dan Lembah Klang yang dibawa ke bengkel itu sebelum dileraikan enjin serta komponen lain.

“Selain lebih 1,000 enjin lori curi, turut ditemui puluhan kepala lori yang menunggu masa untuk dileraikan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam.


Sementara itu, di Shah Alam, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, selain lori, ahli anggota sindiket terbabit turut mencuri pelbagai kenderaan lain dan mereka dipercayai aktif dalam jenayah itu sejak 10 tahun lalu.

Menurutnya, tembelang sindiket itu terbongkar sejurus polis menahan tiga lelaki yang cuba mencuri sebuah lori di belakang sebuah pasar raya di Rawang, Khamis lalu.

Katanya, susulan penahan lelaki berusia 22 tahun hingga 33 tahun yang berasal dari Tanjung Karang dan Sungai Besar itu, polis menjumpai pelbagai peralatan curi kenderaan dalam kereta Proton Wira yang dimiliki seorang daripada mereka.

“Penahanan ketiga-tiga suspek membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki berusia 25 tahun di Sabak Bernam kira-kira jam 4 pagi keesokan harinya.

“Hasil soal siasat, suspek membawa polis ke sebuah bengkel di Taiping, Perak,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam. Tun Hisan berkata, hasil serbuan ke bengkel itu, polis menahan lapan individu membabitkan seorang kerani wanita, tiga lelaki tempatan dan empat lagi lelaki warga Bangladesh. Semua mereka berusia antara 18 dan 50 tahun.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas suspek warga Bangladesh itu mendapati hanya seorang daripada mereka memiliki pasport dan selebihnya masuk ke negara secara haram.

“Hasil pemeriksaan lanjut, polis menjumpai 1,101 enjin lori, 102 enjin kereta, 30 kepala lori, tiga kepala kereta, tiga lori, 128 kereta, 1,040 pintu lori yang sudah dikikis nama syarikat pada badannya serta 13 kunci lori. “Polis mendapati suspek mengikis nombor casis dan enjin kenderaan yang dicuri bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa,” katanya. Beliau berkata, setakat ini, polis mengesan pemilik dua lori yang dilaporkan hilang dipercayai dicuri sindiket berkenaan di Hutan Melintang, Perak pada 1999 dan di Desa Jaya, Gombak.

Katanya, modus operandi sindiket berkenaan adalah mencuri lori atau kereta yang diletakkan di tempat letak kereta atau dengan cara menyamun kenderaan berkenaan. “Polis akan meminta bantuan pasukan Forensik untuk mengenal pasti nombor casis dan enjin serta pintu yang dikikis bagi memudahkan siasatan,” katanya.

Beliau berkata, seorang lelaki yang juga pemilik premis berkenaan RC Muniandi, 48, dan alamat terakhirnya Taman Kota Jaya, Simpang, Taiping, Perak kini diburu polis untuk membantu siasatan.

Semua individu yang berjaya ditahan itu kini ditahan reman sehingga 22 Februari ini dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan (KK) kerana curi kenderaan.

Tun Hisan berkata, sepanjang tahun lalu, sebanyak 294 kes curi lori dilaporkan di Gombak meningkat berbanding 246 kes dilaporkan sepanjang 2010.

Katanya, Polis Selangor juga menumpaskan empat sindiket curi kenderaan serta menahan 12 individu sepanjang tahun lalu. Beliau berkata, suspek satu daripada empat sindiket sudah didakwa di mahkamah manakala yang selebihnya dihantar ke Pusat Tahanan Simpang Renggam, Johor mengikut Ordinan Darurat berikutan kekurangan bukti.

sumber...Hmetro

Thursday, October 27, 2011

‘Datuk Mohd Shah’ Singapura Tipu Hampir RM1juta

Siapa Gerangan Datuk Ahmad Shah?

JOHOR BARU, 27 Okt ― Seorang warganegara Singapura dikenali sebagai “Datuk Mohd Shah” ditahan Jumaat lalu kerana dipercayai menipu seorang ahli perniagaan warga tempatan membabitkan kerugian berjumlah RM946,560.

Lelaki itu ditahan di rumahnya di Jalan Setia Tropika di sini bersama-sama isterinya yang merupakan warganegara Malaysia berikutan empat laporan polis yang dibuat ahli perniagaan berusia 42 tahun itu pada 14 Oktober lalu.

“Siasatan awal kita mendapati lelaki warga Singapura ini tiada gelaran Datuk,” kata Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Johor Supt Mohd Luthfi Ismail Abdullah dipetik Bernama Online.

Katanya suspek berusia 58 tahun itu yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau didakwa menawarkan kepada pengadu bantuan mendapatkan lesen senjata api, kontrak membina longkang, nombor pendaftaran kereta WWW 1 bersama kelulusan cermin gelap dan kelulusan pinjaman RM5 juta.

Pengadu mendakwa telah membayar RM946,560 kepada suspek untuk khidmat menguruskan tawaran-tawaran tersebut, katanya.

Katanya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan disebat dan boleh juga didenda.

Percaya ramai lagi yang telah menjadi mangsa lelaki itu, Mohd Luthfi meminta mereka tampil untuk membantu siasatan.

Beliau menasihati orang ramai agar tidak mudah diperdaya dengan cara penipuan yang dilakukan ini sebaliknya menggunakan prosedur atau saluran yang betul melalui agensi-agensi yang telah ditetapkan untuk mendapatkan kelulusan sesuatu perkara.

Kata beliau, sekiranya ada keraguan laporkan terus kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil IPK Johor di talian 07-2254656 atau mana-mana balai polis.

sumber...TMi

Thursday, October 13, 2011

Polis Sendiri Curi Enjin Bot Peronda ??



Polis P.Pinang Siasat Kemungkinan Anggota Sendiri Curi Enjin Bot Peronda


GEORGE TOWN: Polis sedang menyiasat kemungkinan penglibatan anggotanya dalam kes kehilangan empat enjin kapal peronda dari stor Polis Marin di sini minggu lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata, setakat ini dua anggota polis marin berpangkat Lans Koperal berusia 20 dan 35 tahun ditahan untuk membantu siasatan mengenai kes itu.

Rabu lepas, empat buah enjin bot milik polis yang disimpan di stor penyimpanan barang pelupusan Pasukan Gerakan Marin (PGM) dilaporkan hilang oleh anggota bertugas di stor berkenaan.

"Petugas itu mendapati enjin bot yang dalam proses pelupusan telah hilang dan saya telah mengarahkan supaya siasatan dilakukan bagi mengenal pasti sama ada terdapat anggota polis yang menyalahgunakan kuasa," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Koperal kepada 420 anggota polis di sini, Rabu. Beliau berkata enjin-enjin bot itu adalah aset kerajaan walaupun sedang dalam proses pelupusan.

Katanya polis masih berusaha mengesan enjin bot yang hilang itu dan yakin ia akan ditemui dalam masa terdekat.

Empat enjin yang dilaporkan hilang itu ialah jenis Mercury 200 hp dan 150 hpbuatan Amerika Syarikat seberat hampir 200 kilogram yang dianggarkan bernilai "ratusan ribu ringgit".

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan, dan mereka yang bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

sumber... BERNAMA

Wednesday, August 24, 2011

Benji Suka curi seluar dalam wanita

ini bukan benji pelakon filem tuu laaah.....
benji tu dah kena hukum denda 5,000 ringgit pun.

Kanggaru curi seluar dalam wanita dari ampaian


PRAGUE, Republik Czech - Seekor kanggaru yang terlepas daripada jagaan seorang pemiliknya ditangkap kerana mencuri beberapa helai seluar dalam wanita di ampaian di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Haiwan jantan itu yang diberi nama Benji dan berusia dua tahun ditangkap polis selepas seorang wanita melihat ke arah tingkap dan mendapati ia mencuri seluar dalam miliknya yang disidai.

Sebelum ditangkap, polis mendapat panggilan daripada penduduk yang mengadu mengenai kehilangan seluar dalam di ampaian baru-baru ini.

Seorang jurucakap polis menjelaskan bahawa pihaknya juga menerima aduan daripada pemilik kanggaru itu bahawa haiwan tersebut telah melarikan diri.

Menurutnya, ketika itu, polis tidak berpendapat bahawa kedua-dua kes berkenaan mempunyai kaitan.

Pemilik haiwan itu, Petr Hlabovic, 35, berkata: "Saya berasa amat lega kerana mendapat semula haiwan itu.

"Pastinya, haiwan itu tidak mendapat tabiat tersebut daripada saya."

sumber... Agensi