Coretan politik,sosial,ekonomi,agama dan lain lain lagi di Malaysia dan seluruh dunia. Sumber dari semua capaian internet. email greenblacks8@gmail.com
Followers
Showing posts with label mamat bangla. Show all posts

Friday, July 10, 2015
Awas Orang KL: Pencuri Bogel Berkeliaran
Pencuri bogel berkeliaran di Gombak
Suspek dipercayai warga Bangladesh dan aktif melakukan jenayah antara jam 1 pagi hingga 5 pagi
Seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh dikesan giat menjalankan aktiviti mencuri dan menceroboh rumah di sekitar Gombak sejak beberapa bulan lalu.
Lebih memeranjatkan, suspek yang menjalankan jenayah itu sekitar jam 1 pagi hingga 5 pagi dalam keadaan bertelanjang.
Imej suspek yang cuba menceroboh rumah seorang penduduk di Taman Pelangi, Gombak berjaya dirakam litar rakaman tertutup (CCTV) pada Mac lalu.
Menurut maklumat, suspek memecah masuk antara dua hingga tiga rumah pada satu malam.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Murusamy ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan siasatan giat dijalankan untuk menangkap suspek.
sumber...FMT
Label:
bogel,
kes curi,
kuala lumpur,
Malaysia,
mamat bangla
Monday, September 19, 2011
Jerat cinta mamat bangla
Mamat Bangla ugut sebar gambar lucahJOHOR BAHRU - Seorang gadis berusia 23 tahun tertekan apabila bekas teman lelakinya, seorang warganegara Bangladesh mengugut akan menyebarkan gambar lucahnya selepas mangsa menyatakan hasrat untuk memutuskan hubungan cinta yang dijalinkan sejak beberapa bulan lalu.
Mangsa mendakwaugutan itu mula diterima sejak awal bulan lalu selepas dia menghubungi suspek dan menyatakan hasratnya untuk memutuskan hubungan mereka.
Lelaki berkenaan yang berusia 40-an, sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak itu dikatakan akan menyebarkan gambar lucahnya menggunakan laman web sosial kepada ahli keluarga, jiran dan kenalan yang lain.
Lebih memeritkan, lelaki itu juga turut meminta mangsa memulangkan semula wang berjumlah RM25,000 yang dibelanjakan sepanjang mereka bercinta sebagai syarat memutuskan hubungan.
Dipercayai gambar mangsa itu dirakam menggunakan telefon bimbit lelaki berkenaan ketika mereka menginap di sebuah hotel di Seremban, Negeri Sembilan, beberapa bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat gadis berkenaan berhubung ugutan diterima daripada bekas teman lelakinya itu.
Menurutnya, mangsa yang tertekan dengan ugutan daripada bekas teman lelakinya itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Skudai, sejurus menerima kiriman gambar lucah berkenaan.
"Susulan laporan diterima, sepasukan pegawai dan anggota membuat serbuan di sebuah rumah dan berjaya menahan lelaki berkenaan untuk siasatan lanjut.
”Lelaki terbabit ditahan kerana mengugut mangsa dan siasatan kes sedang berjalan. Kami yakin dapat menyelesaikan kes ini dalam masa terdekat,” katanya.

sumber...HS
Label:
bangla,
cinta,
gambar lucah,
mamat bangla
Subscribe to:
Posts (Atom)