Followers

Thursday, October 13, 2011

Polis Sendiri Curi Enjin Bot Peronda ??



Polis P.Pinang Siasat Kemungkinan Anggota Sendiri Curi Enjin Bot Peronda


GEORGE TOWN: Polis sedang menyiasat kemungkinan penglibatan anggotanya dalam kes kehilangan empat enjin kapal peronda dari stor Polis Marin di sini minggu lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata, setakat ini dua anggota polis marin berpangkat Lans Koperal berusia 20 dan 35 tahun ditahan untuk membantu siasatan mengenai kes itu.

Rabu lepas, empat buah enjin bot milik polis yang disimpan di stor penyimpanan barang pelupusan Pasukan Gerakan Marin (PGM) dilaporkan hilang oleh anggota bertugas di stor berkenaan.

"Petugas itu mendapati enjin bot yang dalam proses pelupusan telah hilang dan saya telah mengarahkan supaya siasatan dilakukan bagi mengenal pasti sama ada terdapat anggota polis yang menyalahgunakan kuasa," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Koperal kepada 420 anggota polis di sini, Rabu. Beliau berkata enjin-enjin bot itu adalah aset kerajaan walaupun sedang dalam proses pelupusan.

Katanya polis masih berusaha mengesan enjin bot yang hilang itu dan yakin ia akan ditemui dalam masa terdekat.

Empat enjin yang dilaporkan hilang itu ialah jenis Mercury 200 hp dan 150 hpbuatan Amerika Syarikat seberat hampir 200 kilogram yang dianggarkan bernilai "ratusan ribu ringgit".

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan, dan mereka yang bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

sumber... BERNAMA