Followers

Saturday, October 1, 2011

AL Fatihah, Anwar Terbunuh

Anwar terbunuh akibat serangan dari pesawat kawalan jauh

Pendakwah kelahiran Amerika Syarikat yang dianggap antara pemimpin kanan al-Qaeda, Anwar al-Awlaqi, terbunuh dalam serangan pesawat kawalan jauh yang disahkan pegawai kanan Washington selepas berita kematian Awlaqi diumumkan Kementerian Pertahanan Yaman.
“Saya boleh sahkan, dia sudah mati,” kata pegawai itu tanpa memberi penjelasan lanjut, mengulangi kenyataan Kementerian Pertahanan Yaman.
Sumber kumpulan puak di Yaman berkata, Awlaqi yang berada dalam senarai paling dikehendaki Amerika, terbunuh dalam serangan udara ke atas dua kenderaan di wilayah Marib, kubu al-Qaeda di timur Yaman.

“Beberapa orang lain yang disyaki anggota al-Qaeda turut maut. Sumber berkata, pesawat yang melakukan serangan itu hampir pasti milik Amerika.

“Beberapa pesawat Amerika berlegar di utara selama beberapa hari. Sebuah pesawat Amerika menyerang dua kenderaan Awlaki dan beberapa orang lain bersamanya pada 9.30 pagi,” kata sumber itu.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Amerika dari Parti Republikan, Peter King menyifatkan pembunuhan Awlaqi sebagai kejayaan besar dalam kempen memerangi al-Qaeda dan sekutunya.
“Sejak beberapa tahun lalu, Awlaqi semakin berbahaya daripada Osama bin Laden.

“Pembunuhan Awlaqi satu kejayaan Presiden Barack Obama dan masyarakat perisikan Amerika,” katanya.

Osama dibunuh komando Amerika yang menyerbu kediamannya di Abbotabad, Pakistan, 2 Mei lalu.

Satu lagi sumber tempatan berkata, ada khabar angin baru-baru ini mengatakan Awlaqi sudah berpindah ke tempat persembunyian baru.

Sejak tiga minggu lalu, dia dipercayai bersembunyi di wilayah Shabwa di selatan, sebuah lagi kubu militan.

“Tetapi, maklumat diterima mengatakan Awlaqi berada di wilayah Marib. Dia mungkin berpindah ke sana tiga minggu lalu,” kata sumber itu.

Katanya lagi, anggota keselamatan Yaman semakin aktif mencari Awlaqi di Marib sejak spekulasi mengatakan dia berada di situ.

Dia berkata, Awlaqi yang berasa terancam atas usaha menahannya, pergi ke Marib minggu lalu untuk bersembunyi di kawasan al-Jawf’ dekat sempadan Arab Saud-Yaman.

sumber... Agensi