Coretan politik,sosial,ekonomi,agama dan lain lain lagi di Malaysia dan seluruh dunia. Sumber dari semua capaian internet. email greenblacks8@gmail.com
Followers
Wednesday, October 5, 2011
Namewee Aset Berharga Pembangkang
TIDAK disangka-sangka di minit-minit terakhir sebelum pilihanraya ke 13, ketika Pakatan Rakyat sudah hampir letih menepis isu-isu yang berbangkit dan dibangkitkan sendiri sehingga menyebabkan sokongan semakin merosot, tiba-tiba UMNO pula yang tersilap langkah.
Kesilapan kali ini bukannya kecil kerana ia dibuat oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib sendiri dengan menyokong Namewee, si Cina kurang ajar yang menghina Islam, Melayu, kerajaan, polis dan negara ini – bukan sekali tetapi tiga kali termasuk yang terbaru di mana dia mencarutkan Utusan Malaysia.
Jika seorang kaki carut, kaki kutuk dan tidak beradab ini dianggap sebagai unik dan diangkat sebagai pendokong 1Malaysia, maka apakah ertinya 1Malaysia itu sebenarnya? Soalan yang sama disoal oleh berpuluh-puluh blog pro-kerajaan, forum-forum dan komen-komen di internet. Malah laman-laman sosial penyokong UMNO juga kini sudah mula beralih arah dengan mempertikai, meragui, marah dan mencarutkan Najib.
Senario yang sama pernah terjadi dalam pemerintahan Abdullah Badawi di mana beliau telah dilihat terlalu memanjakan minoriti sehingga mengabaikan majoriti. Akibatnya, beliau kini tercatat dalam sejarah sebagai PM paling singkat memegang jawatan.
Tiba-tiba, dengan tidak semena-mena, penggantinya, Najib yang dilihat semakin hari semakin popular kini mengikut jejak langkah Abdullah sekali gus mematahkan segala sokongan terhadapnya dalam sekelip mata.
Tidak mustahil Najib juga akan menerima nasib seperti Abdullah Badawi. Sejarah kadangkala tidak menunggu masa yang lama untuk berulang terutama apabila kita gagal belajar dari kesilapan orang terdahulu.
Kemarahan orang Melayu terhadap Namewee tidak akan pudar kerana dia tidak pernah menunjukkan rasa sesal jauh sekali bersalah malah dengan bongkaknya mengulangi perbuatannya menghina melayu apabila ditempelak oleh Utusan Malaysia. Justeru, apabila Najib menunjukkan sokongan kepadanya, secara automatik Najib kini menjadi sasaran cemuhan dan kebencian orang-orang Melayu dan kebencian ini juga tidak akan pudar selagi Najib tidak menukar kenyataannya terhadap Namewee secara jelas dan nyata.
Melihat dari keadaan sekarang, dan mengenali sikap Najib, kita yakin Najib tidak akan berani menyinggung Cina dengan membuat flip-flop menukar kenyataannya terhadap Namewee. Najib pastinya akan mendiamkan saja perkara ini dengan mengharapkan agar Melayu mudah lupa.
Justeru itu, Namewee kini menjadi aset besar Pakatan Rakyat, terutamanya PAS untuk mengembalikan sokongan Melayu. Orang Melayu kini kehausan pemimpin yang ingin membela mereka dan PAS boleh mengambil peranan ini bermula dengan menggunakan isu Namewee dan Najib ini sepenuhnya.
Walaupun Najib tidak berjumpa dengan Namewee secara langsung namun itu tidak lagi bermakna apa-apa bagi orang-orang Melayu yang sedang marah dan kecewa dengan Najib dan juga UMNO. Bagi mereka, sikap Najib yang berdiam diri terhadap Namewee sebelum ini sudah cukup meresahkan dan apabila Najib memberi sokongan pula kepada Namewee, maka ia dianggap sebagai bukti kukuh bahawa Najib sememangnya lemah.
PAS mampu menjarakkan diri dari DAP dan PKR andainya PAS berjaya mengambil alih tugas UMNO untuk membela Melayu. Namewee telah tunjukkan jalannya, terpulanglah kepada PAS untuk mengambil kesempatan yang terbentang di depan mata untuk memulihkan semula perjuangan yang telah tersasar.
PAS harus padamkan isu komunis dan kembali menjadi juara Melayu. Ingatlah 90% daripada orang Melayu adalah dari golongan sederhana dan miskin yang kini amat marah dengan Najib dan Namewee. Manakala hanya 10% dari orang Melayu adalah terdiri dari golongan liberal, korporat dan elit yang mungkin bersetuju bahawa mencarut dan memaki hamun itu adalah unik dan menonjolkan semangat 1Malaysia.
Oleh itu, PAS tidak perlu terhegeh-hegehkan undi Cina sepertimana Najib sehingga menggadaikan segala-galanya. Jika ini berjaya dilakukan, nescaya PAS akan mampu meraih 90% undi Melayu itu secara total.
Sumber...suarapakatanrakyat.com
Label:
najib razak,
namewee,
umno/apco