Followers

Wednesday, June 10, 2015

Alamat Tak Baik: Parti Erdogan Gagal Menang Majoriti


Turki semalam memasuki fasa baharu pergolakan politik dan kewangan selepas parti pemerintah pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan hilang majoriti di Parlimen untuk kali pertama sejak 2002.

Parti Keadilan Dan Pembangunan (AKP) yang mendominasi politik Turki sejak 13 tahun lalu gagal memperoleh majoriti dalam pilihan raya umum kelmarin yang dikenali sebagai pilihan raya Parlimen.

AKP kini mempunyai pilihan untuk membentuk sebuah kerajaan campuran atau mengadakan pilihan raya lebih awal.

Keputusan yang merudum itu memusnahkan cita-cita Erdogan mengubah perlembagaan untuk menukar pentadbiran daripada sistem Parlimen kepada sistem Presiden.

Rombakan perlembagaan itu memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen. Beberapa bulan sebelum pilihan raya, Erdogan menyasarkan kemenangan 400 kerusi untuk AKP.

Dalam reaksi pertamanya mengenai keputusan pilihan raya, Erdogan mengakui AKP tidak mampu membentuk kerajaan secara bersendirian dan menggesa parti-parti politik lain supaya bertanggungjawab dalam proses pembentukan kerajaan baharu.

“Menurut keputusan pilihan raya, tiada satu parti layak membentuk kerajaan,” katanya.

AKP memenangi 41 peratus undi diikuti Parti Republik Rakyat (CHP) sebanyak 25 peratus, Parti Gerakan Nasionalis (MHP) dengan 16.5 peratus dan Parti Demokratik Rakyat (HDP) memenangi 13 peratus undi.

Peratus keluar mengundi pada pilihan raya kali ini pula ialah 86.5 peratus.

Perkembangan itu membayangkan sokongan kepada AKP telah merosot selepas parti itu memenangi hampir 50 peratus undi pada pilihan raya 2011.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi AKP memenangi 258 daripada 550 kerusi Parlimen diikuti CHP 132 kerusi, manakala MHP dan HDP masing-masing memperoleh 80 kerusi.

sumber...AFP

Monday, June 8, 2015

Oh Pedih ! Aishah Pulak Tibai Puak UG dalam PAS

 Kejatuhan moral puak UG semakin hari semakin ketara

'PAS yang dulu bukanlah yang sekarang'

Kumpulan konservatif terus mendapat penolakan daripada bekas 'orang kanan' mereka ketika berusaha mendapatkan sokongan rakyat suatu ketika itu.

Hari ini bekas penyanyi Aishah membuat beberapa catatan di Facebook dengan menyindir golongan berkenaan.

Menggunakan lirik lagu Tegar, Aishah menyinggung kumpulan proulama PAS:

PAS yang dulu bukannya yang sekarang,
dulu PAS for All sekarang PAS for ustaz
dulu dulu dulu dakwah kasih sayang
sekarang dakwah siku lutut

Cita-citaku menjadi hamba mulia
dibimbing oleh orang yang kuat agama
tapi tapi tapi apa dah jadi
jemaah dicaci begini


 Pernah menjadi anggota Dewan Muslimat PAS, beliau yang mempunyai nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin juga menyindir sikap pemimpin proulama.

Aishah yang sebelum ini terkenal dengan lagu Janji Manismu juga menulis di Facebooknya, PAS ketika ini tidak lagi membawa pendekatan seperti pernah dikenalinya.

Kata Aishah, parti itu pernah membawa slogan “PAS Untuk Semua" tetapi kini dilihat seolah-olah hanya golongan ustaz sahaja yang berhak berada dalam barisan kepimpinan parti berkenaan.

Dalam tulisan lain, Aishah yang pernah bertanding di atas tiket PAS untuk kerusi parlimen Jempol turut menolak pelantikan sebagai anggota Biro Kesenian Kebudayaan dan Rekriasi PAS.

Aishah dengan sinis menulis: "Hai la ustazah nak cari juga jebon-jebon parasit PAS buat apa. Ustazah carilah ustazah yang boleh buat kerja tu, hehe jangan cemari 'kebersihan' pimpinan baru ini, katakan tidak pada pelantikan,” katanya.

Dalam pemilihan Dewan Muslimat PAS lalu, semua penyandang jawatan tertinggi itu gagal mempertahankan jawatan masing-masing dan telah ditewaskan oleh calon yang dikatakan proulama. 


sumber...Mkini 

Friday, June 5, 2015

VIDEO: Presiden dan Perwakilan PAS Pun Buat Kerja Haram ?


Kepada pencinta kebenaran dan keadilan sila viralkan video diatas.

Muktamar Pas 2015 menjelmakan wajah sebenar Presiden, Timbalan Presiden,Naib Presiden dan sebahagian besar perwakilan muktamar Pas.

Tarikh untuk hancur telah bermula.

Tidak ada apa lagi yang boleh dibanggakan oleh ahli parti yang kononnya memperjuangkan Islam secara syumul itu.

Buktinya sudah terang lagi bersuluh.

Terdesaknya gerombolan UG dalam Pas atawa juga kononnya golongan ulama dakwaan Utusan Meloya dan Berita Hairan telah berani melakukan apa juga cara yang tidak demokratik untuk menguasai parti.

Selepas ini kejatuhan moral yang lebih dahsyat dapat dijangkakan berlaku dalam parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu.


Ibarat kemenangan palsu ,kata Ahmad Awang

Pencabar jawatan presiden PAS Ahmad Awang berkata, beliau menerima kekalahannya dalam merebut jawatan tersebut.

Bagaimanapun, beliau yang merupakan bekas naib presiden PAS mendakwa, kemenangan yang diperolehi barisan pimpinan baru itu diibaratkan sebagai "kemenangan palsu".

Ia berikutan tindakan yang dibuat oleh sesetengah pihak yang mengeluarkan senarai "chai" untuk memberi panduan kepada para perwakilan membuat pemilihan kepimpinan, katanya.

"Dengan "chai" ini nampak sangat saya rasa kemenangan yang diperolehi oleh yang menang - dari presiden sampai ke bawah - kemenangan yang palsu yang berasaskan dengan perbuatan yang tidak sihat.

"Bukan sahaja bercanggah dengan amalan demokrasi dan syariat kerana melakukan tindakan untuk singkirkan rakan perjuangan berdasarkan fitnah dan memburukkan orang lain," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Malah, Ahmad turut melahirkan kebimbangan bahawa budaya "chai" tersebut bukan sahaja memburukkan imej parti, malah presiden parti itu sendiri.

"Saya tak ada masalah kalah tapi cara mereka lakukan itu menjatuhkan imej parti Islam seMalaysia. Jatuhkan imej presiden sendiri.

"Kalau dibiarkan berlaku chai ni, amalan ini sangat tak bagus," kata bekas pesuruhjaya PAS Perak itu lagi.

Ahmad menjadi pemecah tradisi apabila mencabar jawatan presiden PAS.

Hadi mendapat 928 undi manakala Ahmad hanya memperrolehi  233 undi.  


kutipan dari Mkini

Monday, April 27, 2015

Oh Hamidah ! Kantoi Jua Akhirnya ...



 Khalid Samad menang saman terhadap Adun Perak, dapat gantirugi RM150,000.00

Pada 10 Disember 2013, Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan rayuan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad bagi mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah beliau ke atas Exco Perak Datuk Hamidah Osman yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rapat.


Exco kerajaan negeri Perak Datuk Hamidah Osman diperintahkan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membayar ganti rugi RM150,000 kepada Khalid Samad atas penerbitan artikel yang memfitnah Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Keputusan tersebut diberikan Penolong Kanan Pendaftar Firdaus Sidqi Sharil Azli hari ini di kamar beliau setelah mendengar hujah yang diberikan oleh peguam kedua-dua pihak.

Pada 10 Disember 2013, Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan rayuan Khalid bagi mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah beliau ke atas Hamidah yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rapat.

Di dalam keputusannya, Mahkamah Rayuan memutuskan hakim Mahkamah Tinggi tersilap apabila memutuskan tiada bukti Hamidah menerbitkan artikel yang bertajuk "Umat Islam Perlu Bersatu" di dalam blognya pada sekitar Januari 2010 di mana dalam artikel tersebut, Hamidah memuatkan gambar 'superimposed' Khalid berpakaian ala seorang Paderi.

Semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Hamidah memadam posting beliau itu dan cuba menafikan menerbitkannya, namun Mahkamah Rayuan memutuskan memang beliau yang menerbitkan artikel berunsur fitnah tersebut.

Mahkamah Rayuan juga memerintahkan taksiran ganti rugi dibuat di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam yang kemudiannya memutuskan jumlah tersebut hari ini.

Khalid diwakili Azhana Mohd Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala Hamidah diwakili Tetuan Hafarizam, Wan & Aisyah Mubarak.

sumber...TMI

Monday, April 20, 2015

Pemilihan PAS 2015 Betul Betul Kotor !


Trend buku atau risalah diatas tak ubah seperti  buku 50 Dalil.

Review keadaan terkini sekitar proses Pemilihan PAS 2015.

Dimanakah letaknya Akhlak murni islam setelah golongan juhalak dalam PAS bermaharaja lela, kempen kotor seteruk pemilihan UMNO.

Ramai melihat PAS sudah berserabut dan tidak ketahuan hala tuju , semakin hari parti yang kononnya berasaskan islam ini sudah jauh menyimpangkan pandangan publik dari elok,cantik dan menawan sukma kepada kotor,tidak senonoh dan memualkan !

Kempen kali ini lebih kotor - kata Jawatankuasa Pemilihan PAS

Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat mengakui kempen bagi pemilihan kali ini lebih kotor apabila wujud unsur serangan peribadi yang keterlaluan berbanding sebelum ini, walaupun peraturan rasmi dirangka mulai tahun ini supaya mematuhi etika dan larangan sepanjang proses itu.

Pengerusinya, Asmuni Awi berkata, pihaknya mendapati sejak kebelakangan ini banyak risalah yang dikeluarkan bersifat serangan peribadi bagi menjatuhkan calon-calon tertentu, disebarkan di media sosial.

“Macam-macam (cara) tetapi lebih kepada serangan peribadi seperti (calon) tak layan bertanding, parasitlah, untuk ulamalah, rosak akidah, liberal dan ortodoks.

“(Kempen) sebelum ini tak nampak pun. Kalau ada pun kecil-kecil sahaja, tetapi sekarang ini hebat sangatlah, saya pun tak tahu kenapa berlaku macam ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, Isnin.

Bagaimanapun, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Sabtu lalu berkata, pemilihan Pas pada Jun ini bersih tanpa dicemari dengan sebarang kempen kotor.

Asmuni berkata, Peraturan Pemilihan PAS 2014 dikeluarkan parti untuk digunapakai bagi pemilihan di peringkat kawasan dan negeri berbanding tahun-tahun sebelum ini yang tidak mempunyai peraturan secara rasmi.

"Peraturan ini menetapkan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan bagi menghormati kempen atau promosi calon-calon dalam mengadakan pemilihan.

“Kita tidak benarkan perbuatan yang melanggar etika seperti melabel atau memberi gelaran kepada individu dan mengeluarkan poster untuk menjatuhkan maruah calon.

“Sebelum ini sudah ada peraturan cuma kita keluarkannya pada tahun ini sebagai rujukan rasmi berhubung pemilihan,” katanya sambil menambah beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada serangan itu dilakukan oleh anggota parti atau pihak lain.

Ditanya mengenai aduan berkaitan, beliau mengakui banyak yang diterima dan jawatankuasa diminta untuk menyiasat perkara tersebut.

Dalam pada itu, Asmuni turut menyuarakan kebimbangannya mengenai taktik kotor kempen ini hanya akan menyebabkan pelbagai tindakan saman fitnah.

“Ia akan menimbulkan pelbagai saman fitnah, dikemukakan oleh mereka yang terjejas reputasinya kerana kempen fitnah ini terhadap penulis atau penyebar.

“Imej parti akan terjejas kerana kita (PAS) ini adalah parti Islam dan etika Islam itu masih ada. Ini lebih kepada reputasi,” katanya.

Dilaporkan, antara risalah yang disebarkan baru-baru ini adalah mengenai bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang didakwa gagal mempertahankan jawatannya sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Kampar, Perak disebabkan sekeping risalah yang memburuk-burukkan beliau.

Risalah itu menyatakan sebab-sebab Nizar tidak boleh dipilih untuk memegang jawatan itu.

sumber...Mstar