Followers

Saturday, March 9, 2019

Penduduk PPR Penang Naik 'Hangat' Kena Troll


Penduduk PPR mahu saman pihak dedah kelas penerbangannya

Seorang penduduk yang diusir dari rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis di Georgetown, minggu lalu dilaporkan pernah menaiki penerbangan kelas perniagaan ke Colombo, Sri Lanka pada tahun 2014.

Walau bagaimanapun, Khalidah Nazir Ahmad, 63, berang hantarannya di Facebook yang memaparkan dia menaiki penerbangan MAS itu dengan suaminya menjadi tular di media sosial.

"Saya tidak mahu mengulas perkara itu, saya telah bercakap dengan peguam saya mengenai perkara itu,” kata Khalidah kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

"Hantaran di Facebook adalah urusan peribadi saya, bukankah bodoh untuk tanya saya mengenainya?" katanya.

Khalidah adalah antara 22 penduduk yang diusir kerana melanggar beberapa syarat dari rumah awam yang disewakan pada harga RM124 sebulan pada Rabu lalu.

Mereka didapati tidak lagi layak untuk mendiami di rumah berkenaan yang dikhaskan untuk golongan miskin tegar dengan pajakan lima tahun.

Sejak itu, Khalidah dan beberapa yang lain, termasuk beberapa kanak-kanak dan warga emas membantah dengan ‘berkampung’ di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) untuk memaksa kerajaan negeri Pulau Pinang supaya membatalkan keputusan pengusiran berkenaan.

Sementara itu, Bernama melaporkan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, mendakwa ada pihak menghasut penduduk PPR Taman Manggis, sekali gus mengeruhkan lagi keadaan yang turut menjejaskan usaha membantu mereka yang berkenaan.

Beliau berkata kerajaan negeri sudah mempunyai perancangan untuk membantu penduduk yang diarah mengosongkan unit sewaan mereka itu.

“Mungkin proses untuk kita meyakinkan penduduk itu tidak mudah kita capai kerana (ada) pihak lain masuk untuk menyebarkan maklumat yang tidak berasas maka penduduk merasa khuatir dan tidak mahu bekerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan sekumpulan penduduk yang diarah mengosongkan unit sewaan di taman perumahan itu mengadakan demonstrasi kerana tidak berpuas hati dengan arahan berkenaan.

Mengulas lanjut, Chow berkata, tindakan pengosongan itu tidak ada kaitan dengan perkauman tetapi berasaskan undang-undang sedia ada, selain penduduk juga diberikan tempoh yang mencukupi untuk mereka berbuat demikian.

Beliau juga berkata susulan pengeluaran notis itu, kerajaan negeri sudah menyediakan kediaman sementara bagi yang terbabit, namun sebilangannya terpengaruh dengan hasutan pihak tertentu sehingga mengadakan demonstrasi.

Katanya, tujuh daripada 22 unit yang terbabit dalam arahan itu dapat diambil balik kerajaan negeri selepas penyewanya menyerahkan unit berkenaan secara sukarela.

“Mungkin proses bagaimana kita hendak menguatkuasakan sesuatu keputusan ini, kalau perlu ditambah baik lagi kita akan bersedia untuk mengkaji semula,” katanya.

Sebelum ini, Chow dilaporkan berkata penyewa PPR Taman Manggis diarah mengosongkan unit sewaan masing-masing selepas didapati melanggar syarat mendiami PPR itu, antaranya tinggal melebihi tempoh ditetapkan iaitu lima tahun selain ada yang menerima pendapatan melebihi kelayakan.

Beliau berkata majoriti penduduk yang diarah keluar adalah mereka yang telah tinggal di situ antara 10 hingga 11 tahun.

Sebanyak enam penyewa membabitkan kira-kira 40 ahli keluarga ‘menumpang’ di Komtar sejak Rabu lalu selepas diarah mengosongkan unit sewaan masing-masing.

Komen hangat netizen... 


Muhammed Firdaus
 Ade peguam tu..perghh..aku x mampu nk lantik peguam..naik kpal terbang tu bkn isu besar mungkin nk sedap kn hati..menang hadiah pg bercuti..or simpanan mkn masa lama..or duit jual kete n sbagainye..tp lantik peguam..mmg rare..org ade2 je ni huhu..umah rm120 lebih sbln..xkn lawyer fee rm50 je..bg je la org len yg susah tuk brteduh..mcm mne la nk basmi kemiskinan..bila halau ckp krjaan x btol..klu cm tu baik bg tau kerajaan..semua rakyat msia nk umah free x nk byr bln2..

oleh:Susan Loone  mKini

Friday, March 8, 2019

Era PH: Petronas Mampu Bayar Dividen Khas RM30b Kepada Kerajaan



Petronas yakin mampu membayar dividen RM54 bilion kepada kerajaan termasuk dividen khas RM30 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Petronas Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata sebab syarikat minyak negara bersetuju dengan bayaran itu kerana mereka mampu melakukannya.

"Kita ada simpanan tunai yang agak besar, hasil daripada pengurusan yang cermat selama ini.

"Ini membenarkan Petronas untuk mengisytiharkan dividen khas RM30 bilion kepada pemegang saham, seperti yang diumum tahun lalu.

"Kami akan mengagihkannya secara berperingkat sepanjang 2019," katanya dalam ucapan ketika mengumumkan prestasi kewangan Petronas di KLCC hari ini.

Dividen khas RM30 bilion itu merupakan sebahagian daripada RM54 bilion yang diminta kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk membantunya melunaskan pembayaran semula GST.

Wan Zulkiflee berkata pembayaran telah bermula Januari lalu dan Petronas yakin mampu memenuhi komitmen itu, selain pembayaran dividen biasa berjumlah RM24 bilion.

"Dividen berjumlah RM24 bilion. RM30 bilion adalah dividen khas dan RM24 bilion dividen biasa kita.

"Ya kami yakin...Kerana sebelum kami menyatakan komitmen dan isytiharkan angka ini, kami yakin untuk membuat pembayaran," katanya lagi.

Pad 2017, Petronas membayar dividen sebanyak RM16 bilion kepada kerajaan.

Keuntungan selepas cukai (PAT) Petronas untuk suku keempat 2018 merosot kepada RM14.3 bilion berbanding suku sama tahun sebelumnya (RM18.2 bilion).

Untuk keseluruhan tahun, PAT 2018 meningkat 22 peratus kepada RM55.3 bilion berbanding RM45.5 bilion pada 2017.

Untuk 2019, Wan Zulkiflee berkata harga minyak dijangka terus tidak stabil namun menegaskan struktur perniagaan integrasi Petronas dan portfolio yang semakin pelbagai akan membolehkan syarikat itu menempuhi sebarang ketidaktentuan.

oleh: Annabelle Lee mKini

Declare: Ini Dia Harta Anwar bin Ibrahim

 
Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini mengisytiharkan hartanya yang bernilai RM10.75 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Setiausaha politiknya, Shukri Saad dalam satu kenyataan berkata, antara harta diisytiharkan anggota parlimen Port Dickson itu ialah rumah di Bukit Segambut yang dianggarkan bernilai RM9.5 juta.

Katanya, kediaman itu pada mulanya dibeli Anwar pada harga RM4.5 juta selepas rumah terdahulu - di Bukit Damansara - dijual pada 2005.

“Turut diisytiharkan, sebidang tanah di Permatang Habib, Mukim Penor, Kuantan, Pahang yang dibeli pada 1974 dengan harga RM7,000. 

"Nilai anggaran tanah tersebut ketika ini ialah RM420,000.

“Harta selebihnya daripada akaun-akaun pelaburan dan wang simpanan yang berjumlah RM828,658.83.

“Dengan ini, dimuktamadkan jumlah harta milik Anwar ialah RM10,748,658.83," katanya.

Awal Januari lalu, Anwar menegaskan beliau mempunyai masa tiga bulan sebelum mengisytiharkan harta kepada SPRM.

Tempoh itu berkuat kuasa selepas beliau mengangkat sumpah sebagai anggota parlimen Port Dickson pada 15 Oktober lalu.

Mengikut senarai perisytiharan, yang boleh dilihat di https://mydeclaration.sprm.gov.my/, anggota Parlimen Segamat, Edmund R Santhara Kumar merupakan wakil rakyat terkaya dengan memiliki aset bernilai RM132,115,000.

Ia diikuti oleh anggota Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham dengan RM77,011,990.00.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang turut mengisytiharkan hartanya memiliki aset bernilai RM32,357,900.00.

Menurut laman web itu lagi, 121 atau 93.8 peratus anggota parlimen sudah mengisytiharkan aset masing-masing, sementara 76 anggota pentadbiran (88.4 peratus) turut melakukannya.

Ia adalah antara pembaharuan yang diikrar dan dilaksanakan kerajaan PH setakat ini.

sumber...mKini

Wednesday, March 6, 2019

Kenapa Haji Hadi Tinggalkan Rameli Musa Seorang Diri ?

Isteri Rameli: Tak ada khabar, simpati dari orang yang ditolong


Norlella Md Akram yang merupakan isteri pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Rameli Musa berkongsi keluhan selepas suaminya kini berdepan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

Norlella mendakwa pihak yang sudah menerima pertolongan suaminya kini tidak lagi mempedulikan mereka, sekali pun bertanya khabar mahupun menyatakan simpati.

"Adakah ajaran Islam untuk membiarkan orang yang banyak menolong kita ditimpa kesusahan oleh kerana pertolongan itu dan tiada sebarang simpati mahupun bertanya khabar dari pihak yang ditolong?

"Kebenaran akan ditegakkan," katanya dalam kenyataan di Facebook, semalam.

Norlella turut menyertakan kenyataan itu dengan gambarnya menemani suaminya yang hadir menyerahkan dokumen di ibu pejabat SPRM di Putrajaya semalam.

Rameli dispekulasikan sebagai individu yang membayar RM1.4 juta kepada editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown bagi pihak Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Clare mendakwa bayaran RM1.4 juta itu merupakan sebahagian persetujuan bagi penyelesaian luar mahkamah selepas Abdul Hadi menarik semula saman terhadapnya.

SPRM sebelum ini membekukan beberapa aset dan akaun bank dalam siasatan berhubung kes berkenaan.

Kes saman Abdul Hadi terhadap Clare sebelum ini adalah berhubung laporan Sarawak Report yang mendakwa pemimpin PAS menerima RM90 juta daripada Umno.

sumber...mKini

Tuesday, March 5, 2019

Buluh: Teresa Kok atau Siapa Yang BANGANG ?



Bila Teresa Kok menggalakkan Rakyat Malaysia menanam buluh... ramai yg ketawa terbahak2. Seolah olah cadangan tersebut sepertimana Ahmad Maslan mengatakan GST akan buat harga barang jatuh.

Ramai org Melayu ingat buluh ini hanya boleh buat rotan atau perabut. Sebenarnya banyak selain kegunaan harian ia juga boleh digunakan utk industri seperti baju,pakaian dalam dan lain lain lagi , ada yang buat ubatan seperti garam buluh.

Orang Melayu bila dengar sahaja nama pemimpin Cina DAP... terus hentam. Jangan terpengaruh dengan orang politik seangkatan 'bos kur'... penyamun pun dilantik sebagai sebagai bos ku.

Teresa bercakap atas kapasiti Menteri untuk bantu rakyat Malaysia... jangan nanti bila dia deal dengan pemimpin luar negara atas kapasitinya sebagai Menteri ketika itu ramai pengusaha Cina yang sudah lama menanam buluh mendapat keuntungan kerana harganya yang tinggi... mulalah kita kata Teresa rasist.

Kita mesti ingat negara negara maju khususnya EU sudah tidak mahu membeli minyak sawit. Minyak sawit, pengusaha dan pekerja tak salah tetapi peredaran zaman yg membuat minyak sawit bukan jadi pilihan. Kita jangan jadi seperti pemandu teksi... bila anak anak moden bertukar pilihan dari teksi ke grab atas faktor pilihan masa, keselesaan dan kemudahan teknologi... pemandu grab dipukul mereka.

Perkara sama pernah terjadi pada mertua saya. Saya beritahu durian mereka sudah tua. Malah pengurusan sudah teruk kerana faktor usia. 20 tahun dulu bila musim durian menghasilkan 30 tan... sekarang tinggal 15 tan... tolak yang rosak dan kena curi tinggal 8 tan. Setahun sekali dpt RM 30K berbanding dahulu boleh mencapai RM 150K.

Jadi rugi 80 ekar tanah untuk tanaman durian tu... baik buat sesuatu seperti gantikan dengan benih baru atau jual buat perniagaan lain untuk anak anak. Tapi mereka degil... akhirnya saban tahun merungut tanpa lakukan sesuatu. Ini style bumiputra suka tunggu bangsa Cina berjaya dahulu baru nak follow. Bila Menteri cadangkan kita anggap menteri tersebut cuba perbodohkan kita.Betul tak?

Patutnya kita orang Melayu berasa hati dan bimbang bila Teresa bersuara...kenapa idea tanam buluh ini tidak lahir dari pemimpin Melayu seperti Salahuddin Ayob. Sedangkan beliau Menteri Pertanian, Salahuddin yg patut memikirkan apakah tanaman terbaik masakini yg menjadi demand dari negara luar untuk petani, peladang Melayu khasnya memikirkan apakah yg patut ditanam oleh mereka.Maaflah kiranya Salahuddin sibuk mengangkat fail agenda kearah pencapaian 30% pengeluaran pertanian dalam negara.

Sebab itu saya bertanya Teresa Kok kah yg bodoh atau dikalangan orang kita yang bangang? Bangsa Cina berada di seluruh dunia. Mereka cepat mendapat info2 terkini apa yg berlaku di seluruh dunia. Sebab itu bangsa ini maju selain daripada cepat bertindak!

Tahukah anda berapakah pendapatan Thailand,China,Korea dan Jepun dalam industri buluh?

oleh: Cikgu Khaled