Followers

Tuesday, August 23, 2011

Akta Murtad: Pemuda Pas Perak sokong Harussani

IPOH, 22 Ogos: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak merakamkan sokongan terhadap cadangan mufti negeri, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) agar menyegerakan Akta Murtad baru-baru ini.

“Kami yakin usaha untuk memelihara akidah umat Islam perlu kepada penegasan agar tindakan untuk memesongkan umat Islam terjebak kepada gejala murtad dapat diatasi,” ujar setiausahanya, Salman Saleh dalam surat yang diemelkan kepada Harussani, hari ini.

Menurutnya, Pemuda PAS negeri berharap cadangan tersebut dapat dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Perak dan mereka juga mencadangkan agar semua parti politik menyatakan sokongan secara terbuka demi memelihara akidah umat Islam.

Tambahnya, adalah menjadi harapan Pemuda PAS negeri juga untuk membincangkan dengan lebih lanjut lagi perkara tersebut dan berharap dapat mengadakan pertemuan dengan Harussani dalam tempoh yang terdekat ini.

“Kami bersedia membincangkan isu yang semakin parah buat umat Islam ini dan berharap ianya dapat dijayakan dengan kadar segera,” ujarnya.

sumber...harakahdaily

Monday, August 22, 2011

Selangor tubuh Majlis Syura selesai kemelut Jais-DUMC

Majlis tersebut akan dianggotai oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Mufti Negeri Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid dan timbalannya, Datuk Abd Majid Omar.

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menubuhkan majlis penasihat Syura dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu.

Majlis tersebut akan dianggotai oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Mufti Negeri Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid dan timbalannya, Datuk Abd Majid Omar.

Menurut Abdul Khalid, idea penubuhan majlis syura tersebut dicadangkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika mereka mengadakan perbincangan minggu lalu.

“Saya menghargai nasihat baginda agar mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu ini secara berhemah dan memuaskan.

“Saya juga telah berjumpa dengan mufti negeri Selangor dan kami telah merumuskan formula untuk dirujuk oleh Majlis Syura,” kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan media hari ini.

Abdul Khalid berkata, majlis tersebut akan mengkaji isu-isu yang membimbangkan masyarakat Islam dan komuniti bukan Islam di Selangor untuk dibangunkan garispanduan demi memastikan sikap hormati menghormati dan harmoni pelbagi kaum dan agama terus terpelihara.

Harapan Komuniti

Beliau juga berkata majlis ini akan mendapatkan maklumat daripada JAIS dan penganjur majlis makan malam itu, Harapan Komuniti.

“Sekiranya perlu. majlis Syura juga akan memanggil DUMC dan 12 orang Islam yang menghadiri majlis makan malam di gereja berkenaan ketika pemeriksaan itu dilakukan,” tambahnya.

Jelasnya, majlis ini juga akan mendengar dan meneliti sepenuhnya laporan penuh oleh JAIS termasuk memeriksa maklumat, bukti dan pita rakaman mengenai pemeriksaan itu.

“Keutamaan Kerajaan Selangor ialah memastikan setiap aspek pentadbiran mematuhi prinsip keadilan, telus, amalan pentadbiran yang baik dan berintegriti,” kata menteri besar.

Kerajaan Selangor mengulangi kesediaan untuk berbincang dan berdialog untuk menjaga keharmonian dan keamanan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

sumber...FMT

Guna seluar dalam rompak kedai

SEORANG perompak menggunakan sehelai seluar dalam berwarna putih untuk menutup wajahnya semasa dia merompak di sebuah kedai serbaneka di Dallas pada Sabtu lalu.

DALLAS, Amerika Syarikat - Seorang perompak menggunakan seluar dalam untuk menutup wajahnya semasa dia merompak di sebuah kedai di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Polis kini sedang memburu lelaki berkenaan selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menyiarkan aksi lelaki tersebut merompak sebuah kedai serbaneka.

Rompakan itu berlaku pada Selasa lalu dan dia meminta lelaki di kaunter pembayaran menyerahkan kepadanya sejumlah wang tunai.

Perompak itu menggunakan sehelai seluar dalam berwarna putih dan pakaian lain untuk menutup wajahnya semasa dia merompak.

sumber... Agensi

Sunday, August 21, 2011

Mahathir tidak nafi terlibat dalam gerakan jatuhkan Najib

Tun M tidak ada penafian

GERAKAN untuk menjatuhkan Najib Tun Razak kerana beliau disifatkan sebagai pemimpin lemah dan gagal menyelesaikan pelbagai isu termasuk isu berkaitan ekonomi bertiup kencang baru-baru ini.
Dalang di sebalik gerakan itu telah dinamakan oleh protal berita Free Malaysia Today, di mana Muhyiddin Yassin dengan restu Tun Mahathir telah memulakan gerakan untuk menjatuhkan Najib [Gerakan jatuhkan Najib].
Tun Mahathir di dalam blognya menjelaskan impak atau kesan daripada gerakan tersebut yang akan mengakibatkan Umno berpecah belah. Apa yang jelas Tun Mahathir langsung TIDAK MENAFIKAN dakwaan bahawa beliau terlibat di dalam gerakan menjatuhkan Najib [Blog Mahathir].



Jelas sekali Tun Mahathir langsung tidak menafikan dakwaan bahawa beliau terlibat di dalam gerakan menjatuhkan Najib. Sebaliknya satu ucapan tahniah diucapkan oleh Tun Mahathir terhadap gerakan itu.
Tidak hairanlah, sejak kebelakangan ini keputusan Najib kelihatan begitu lemah dan seringkali bercanggah dengan timbalannya Muhyiddin Yassin. Banyak pihak yang terlibat dalam gerakan ini.
ReJaM© "Apa khabar Zulkifli Nordin? Ada peluang jadi ahli parlimen ke kali ni?"

sumber...MiloSuam

Al Fatihah Novelis Azizi Abdullah Selamat Dikebumikan

Al Fatihah

KULIM: Jenazah novelis Azizi Abdullah yang meninggal dunia pada Ahad akibat komplikasi buah pinggang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamiul Makmur di sini selepas solat Zohor.

Jenazah Allahyarham yang siap dimandi dan dikapan tiba dari Hospital Pulau Pinang ke rumahya di Taman Bersatu di sini kira-kira 11.30 pagi dan disambut oleh beratus-ratus orang jiran dan sahabat handai serta rakan-rakan penulis dari Kedah dan Pulau Pinang.

Antara yang menziarahi jenazahnya ialah Sasterawan Negara Datuk Shahnon Ahmad bersama keluarganya.

Allahyarham meninggal kira-kira pukul 7.50 pagi tadi.

Azizi, 69, dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang sejak 26 Mac lalu untuk menjalani pembedahan jantung.

Beliau turut menjalani rawatan buah pinggang di hospital yang sama dan berada di hospital selama enam bulan sebelum meninggal dunia.

Isterinya Zubaidah Yusuff, 64, berkata ketika melawat Allahyarham di hospital semalam, Azizi berada dalam keadaan sihat walaupun lebih suka berehat dan tidur.

Allahyarham dilahirkan di Kampung Bukit Meriam, Kota Kuala Muda.

Beliau merupakan seorang pesara guru dan kemudiannya turut menjadi Ketua Editor Utusan Pengguna di Pulau Pinang.

Beliau meninggalkan dua orang anak perempuan iaitu Anita, 40 dan Azimah, 21.

Shahnon menyifatkan beliau telah kehilangan seorang sahabat karib yang banyak jasanya dalam dunia kesusasteraan negara di samping seorang penulis yang prolifik dan disegani di kalangan rakan-rakan.

Azizi juga pernah memenangi Anugerah SEA Write 1988.

sumber...BERNAMA