Kisah Aneh Muhyiddin Yassin
Dalam pesanan teks yang dikirimkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin
kepada saya dalam empat tahun kebelakangan ini, dia akan selalu
mengantarnya dengan “Bro”. Oleh sebab saya lebih muda daripada beberapa
anak-anaknya, saya pula selalu memanggil beliau dengan panggilan hormat
“Tan Sri.”
Pengamatan peribadi saya terhadap lelaki yang lemah lembut ini
mengingatkan saya kepada kisah
Dr Jekyll dan Mr Hyde. Kisah ini cukup
aneh tetapi mungkin itu adalah fitrah manusia ketika seseorang itu
menghadapi godaan kuasa.
Kali pertama kami bertemu adalah pada 11 April 2016. Saya dan Anthony
Loke, mewakili DAP, berbual lama dengan beliau selama dua jam lebih.
Muhyiddin, yang dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 28
Julai 2015 kerana mempersoalkan penglibatan Najib Razak dengan skandal
1MDB, ketika itu dipantau dan diekori oleh
Cawangan Khas. Bagi
mengelakkan diri daripada menarik perhatian, pegawainya telah menyewa
sebuah bilik hotel di Petaling Jaya. Saya dan Anthony masuk terlebih
dahulu diikuti oleh Muhyiddin 10 minit kemudian. Apabila perjumpaan
berakhir, beliau pergi dahulu. Kami pergi 10 minit kemudian.
Pada 25 Julai 2016, Muhyiddin bertemu dengan Kit Siang, juga di
sebuah hotel, di Kuala Lumpur. Saya dan Anthony turut serta. Kami
melalui proses yang sama. Kami masuk dulu, kemudian Muhyiddin masuk.
Hari ini, saya sangat berharap Muhyiddin tidak akan menggunakan
Cawangan Khas untuk memantau pemimpin Pakatan Harapan sepertimana beliau
sendiri menjadi mangsa ketika beliau tidak berada di tampuk kuasa.
Sebagai konteks, pertama sekali, Muhyiddin dan Mukhriz Mahathir telah
dipecat daripada UMNO pada 24 Jun 2016. Kedua, Tun Dr. Mahathir Mohamad
mengadakan dua pertemuan strategi yang melibatkan semua pemimpin
pembangkang dan beberapa pemimpin masyarakat sivil pada 28 Jun 2016 dan
14 Julai 2016 untuk membuka jalan kepada penubuhan parti baharu.
Dalam pertemuan dengan Kit Siang itu , Muhyiddin memberitahu bahawa
parti baharunya akan bertanding untuk 15 kerusi parlimen, sebaliknya
dalam komunikasi kami dengan pihak Dr Mahathir, kami diberitahu Tun
sedang berusaha untuk bertanding 40 kerusi.
Selepas pertemuan itu, Kit Siang berpandanganbahawa angka Dr Mahathir
lebih realistik (akhirnya Bersatu bertanding 51 kerusi) kerana
seseorang tidak sepatutnya membentuk parti nasional hanya untuk
bertanding 15 kerusi.
Muhyiddin kurang bercita-cita tinggi pada masa itu kerana dia
berpendapat partinya masih perlu bekerjasama dengan PAS, sedangkan Dr
Mahathir telah menolak parti Islamis yang beliau anggap tidak lain
hanyalah rakan subahat Najib.
Ketika pertemuan itu, Muhyiddin juga meminta Kit Siang untuk membantu
parti baharunya untuk memerangi Najib bersama-sama, dan veteran DAP itu
berjanji akan menyokong beliau sepenuhnya.
Pada 13 Disember 2016, Muhyiddin mengetuai kepemimpinan Parti Pribumi
Bersatu Malaysia ataupun Bersatu yang baharu ke ibu pejabat PKR di
Petaling Jaya untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan
Pakatan Harapan.
Usaha ini adalah percubaan rasmi pertama untuk menyelaraskan Bersatu
dengan Pakatan walaupun ketika itu Muhyiddin masih memikirkan untuk
membentuk “Barisan Rakyat” sebagai platform baharu untuk bekerjasama
dengan PAS dan parti-parti Pakatan Harapan.
Walau bagaimanapun, Mahathir sudah menjelaskan pendiriannya lebih
awal lagi. Pada 12 November 2016, dalam ucapannya kepada Konvensyen
Pakatan Harapan, mantan Perdana Menteri itu sudah menyatakan hasrat
Bersatu untuk menyertai Pakatan. Mahathir telah pun
mendahului masa,
manakala, Muhyiddin dan Mukhriz akhirnya menolak PAS hanya pada Februari
2017.
Siapa bakal PM
Selepas upacara MOU itu, di sebuah bilik persendirian di Ibu Pejabat
PKR, seorang pemimpin NGO penting secara terbuka mengatakan di hadapan
Muhyiddin dan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail bahawa Datuk
Seri Wan Azizah Ismail tidak sesuai untuk menjadi Perdana Menteri.
Sebaliknya individu itu mencadangkan Muhyiddin sebagai PM dan Timbalan
Presiden PKR Azmin Ali sebagai timbalannya. Mesyuarat itu tidak berakhir
dengan baik.
Individu daripada NGO tersebut adalah orang sama yang menemui saya
untuk makan tengah hari pada bulan April 2015 untuk meyakinkan saya
bahawa Azmin harus menjadi calon PM Pakatan. Perkara ini berlaku hanya
dua bulan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan pada 10 Februari
2015.
Pada 9 dan 10 Januari 2017, akhbar Sinchew menerbitkan wawancara
eksklusif dua bahagian dengan Muhyiddin. Penerbitan wawancara tersebut
jelas membawa agenda untuk menyemai rasa sangsi dalam kalangan pengundi
Cina terhadap pemimpin Bersatu. Sinchew memaparkan keraguan Muhyiddin
mengenai pengiktirafan Unified Examination Certificate (UEC), secara
langsung menanam perasan tidak puas hati terhadap beliau dalam kalangan
rakan-rakan Cinanya.
Saya dan Muhyiddin terus berhubung. Beliau
menjemput saya untuk
sarapan pagi di sebuah restoran kegemarannya berdekatan dengan rumahnya
pada 24 Januari 2017. Pertemuan ini merupakan kali pertama saya
bersemuka dengan beliau secara perseorangan.
.
Kami berbual selama tiga jam. Muhyiddin memberitahu saya bahawa
beliau mahu memahami DAP dengan lebih mendalam, “memandangkan kita
sekarang perlu bekerjasama”. Salah satu topik yang tidak dapat dielakkan
adalah berkenaan jawatan perdana menteri.
Atas permintaan Muhyiddin, Kit Siang berjumpa dengan beliau pada 7
Februari 2017. Muhyiddin meminta sokongan DAP supaya menyokong
pencalonan beliau sebagai Perdana Menteri. Kit Siang menjelaskan kepada
beliau bahawa perkara ini perlu dibincangkan dengan Anwar kerana
pendirian DAP pada masa itu adalah untuk menyokong Anwar sebagai Perdana
Menteri.
Beberapa bulan selepas itu, idea pasukan kepimpinan
Muhyiddin – Azmin
masih dicanangkan selepas Pakatan menerima Bersatu sebagai komponen
parti secara rasmi. Mesyuarat
pertama Majlis Presiden dengan kehadiran
pemimpin Bersatu telah diadakan pada 27 Mac 2017 di tingkat 14, parlimen
Malaysia.
Pada April 2017, idea untuk memilih Mahathir sebagai perdana menteri
telah dibincangkan dalam mesyuarat-mesyuarat persendirian. Namun,
meletakkan Mahathir semula sebagai Perdana Menteri adalah idea yang
masih sukar diterima orang dalam sekeliling Anwar. Walaupun kem
Muhyiddin menentang idea tersebut pada awalnya, tetapi populariti
Mahathir sebagai PM kian meningkat diperingkat akar umbi.
Tidak lama selepas itu, Muhyiddin bagi pihak Bersatu menyokong
Mahathir sebagai calon PM. Saya menghormati beliau kerana dapat melihat
gambaran luas dan mengenepikan cita-cita peribadi beliau. Tindakan
beliau yang cukup dihormati.
Pakatan mengambil masa beberapa bulan untuk memutuskan Mahathir
sebagai pengerusi. Rundingan tersebut hampir gagal, tetapi
diselamatkan
oleh Nurul Izzah Anwar yang bertemu dengan keluarga Mahathir di London
semasa Hari Raya.
Pada jam 12.30 malam, 14 Julai 2017, Pakatan menamakan Mahathir
sebagai pengerusi, Anwar sebagai Ketua Umum dan Wan Azizah sebagai
Presiden.
Fraksi Azmin keluar, bimbang kerana persetujuan yang telah dicapai
untuk memilih kerjasama Mahatihr – Anwar akan menagguhkan
perancangan
Azmin untuk menjadi PM. Tetapi, Muhyiddin menyokong keputusan tersebut
tanpa memperdulikan ‘
amukan’ Azmin.
Isu tersebut tidak selesai di sini.
Kegelisahan Azmin kekal
berterusan. Azmin terus mendokong kombinasi Muhyiddin-Azmin sebagai
PM-TPM, tetap Muhyiddin tidak terlibat dengan percaturan ini.
Terdapat
pertengkaran hangat antara ahli-ahli Pakatan Harapan yang
lain dengan Azmin dan sekutunya di pemukiman Pakatan pada 1 hingga 2
Disember 2017, di Putrajaya. Dalam kalangan empat parti (Amanah,
Bersatu, DAP dan PKR), tiga setengah parti bersetuju mengumumkan Dr.
Mahathir sebagai PMi ke-7 dan Anwar sebagai PM ke-8, dengan
tentangan
kuat daripada fraksi Azmin.
Perunding daripada setiap parti berlumba dengan masa untuk
menyelesaikan rundingan pada 6 Januari 2018 bagi mengumumkan pencalonan
Mahathir dan Anwar Ibrahim, dan pencalonan Wan Azizah sebagai Timbalan
Perdana Menteri, di konvensyen Pakatan pada 7 Januari 2018.
Sekali lagi, Muhyiddin membuktikan bahawa dia seorang yang budiman
dengan menyokong persetujuan tersebut meskipun Azmin dan sekutunya
meneruskan bantahan keputusan konvensyen.
Selain pencalonan untuk jawatan tertinggi, rundingan untuk kerusi
Parlimen di kawasan Semenanjung Malaysia turut diumumkan di konvensyen
tersebut. Perundingan ini merupakan pencapaian kali pertama dalam
sejarah.
Percaturan Johor
Muhyiddin, Salahuddin Ayub (Amanah), Nurul Izzah (PKR), Anthony Loke
(DAP), dan pemimpin Pakatan Harapan Johor telah berjaya menyelesaikan
rundingan kerusi Johor pada 18 Januari 2018, negeri pertama yang berjaya
melakukannya.
Muhyiddin meminta saya dan Anthony untuk mendapatkan
persetujuan DAP
untuk kekal bertanding di 14 kerusi demi kepentingan gabungan parti, dan
kami pun bersetuju dengan permintaan tersebut.
Pada asalnya, DAP mahu
bertanding di 16 kerusi negeri; Johor pada ketika itu masih merupakan
kubu kuat BN. Sejak itu, Johor merupakan negeri barisan hadapan yang
akan memenangkan Pakatan di peringkat nasional; Pakatan telah memenangi
18 kerusi parlimen (lebih tiga kali ganda berbanding 5 kerusi pada 2013)
dan 36 kerusi negeri (dua kali ganda berbanding 18 kerusi pada pilihan
raya 2013).
Sebagai pengerusi DAP Johor, saya bekerja rapat dengan Muhyiddin.
Beliau memutuskan untuk kekal bertanding di Pagoh dan tidak berpindah ke
‘kerusi yang lebih selamat’, satu anjakan keyakinan untuk penyokong
Pakatan Harapan. Pada PRU14, pilihan kerusi Muhyiddin, Mukhirz dan Tun
Mahathir memberi satu isyarat kuat buat semua pengundi bahawa mereka
sedang berjuang berhabis-habisan.
Setelah melihat perangkaan, saya dan pegawai Muhyuddin yakin akan
kemenangan Muhyuddin di Pagoh. Kawasan parlimen Pagoh mempunyai 64
peratus pengundi Melayu dan 36 peratus pengundi kaum lain. Saya memilih
untuk bertanding di kerusi yang penuh cabaran, Ayer Hitam, untuk
menekankan bahawa perjuangan ini soal “hidup atau mati”. Kami yakin
Muhyiddin akan menang dengan skonongan pengundi bukan Melayu dan 40
peratus pengundi Melayu. Akhirnya, beliau memperoleh 55.21 peratus undi,
kemenangan bergaya buat Pakatan Harapan di kawasan separuh bandar.
Pada malam pilihan raya, saya bergerak dari Yong Peng di Johor ke
Sheraton Hotel, Petaling Jaya, dan tiba pada tengah malam. Muhyiddin
menenangkan saya atas kekalahan di Ayer Hitam. Pada malam yang penuh
bersejarah, saya dapat rasakan keikhlasan yang disampaikan beliau.
Di Sheraton Hotel pada awal pagi 10 Mei 2018, Tan Sri Muhyiddin
Yassin, yang dikenali dengan budi pekertinya yang lemah lembut, menarik
saya dan Lim Kit Siang ke tepi untuk meminta DAP menyokong calon Bersatu
bagi jawatan Menteri Besar Johor. Beliau memerlukan bantuan supaya
sumbangan beliau dalam menukar undi negeri tersebut kepada Pakatan
Harapan diperakui.
Walaupun DAP telah memenangi bilangan kerusi yang terbesar di Dewan
Undangan Negeri, iaitu 14 kerusi, berbanding dengan Amanah (9), Bersatu
(8), dan PKR (5), DAP tidak menuntut jawatan Menteri Besar. Kit Siang
terbuka untuk berbincang. Selepas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng
berbincang dengan Presiden Amanah Mohamad Sabu, DAP bersetuju untuk
menyokong calon Muhyiddin bagi jawatan Menteri Besar.
Pada 11 Mei 2018, DYMM Sultan Johor telah menitahkan sebuah kapal
terbang untuk menjemput Muhyiddin dari Kuala Lumpur untuk menghadap
baginda. Saya turut serta mengikuti beliau. Itu merupakan kali pertama
saya menaiki jet peribadi.
Tiga bulan sebelum itu, pada 8 Februari 2018, saya dan Muhyiddin
membuat perjalanan bersama menaiki penerbangan tambang rendah Malindo
sejurus selepas mesyuarat Pakatan Harapan Johor. Beliau memberitahu saya
bahawa, ketika beliau masih Timbalan Perdana Menteri, satu pesawat
kerajaan khas telah ditugaskan untuk perjalanan beliau.
Sebagai salah satu pemimpin pembangkang yang tidak memiliki apa-apa
hak istimewa, Muhyiddin berasa senang hati melihat penghargaan rakyat
terhadap perjuangan kami. Ketika beliau masih menganggotai Barisan
Nasional, beliau tidak pernah mengalami situasi di mana orang ramai
menawar diri untuk
membayar makanan beliau di kedai kopi ataupun warung
sebagai tanda sokongan mereka. Semangat rakyat ketika itu cukup
memberangsangkan.
Ketika penerbangan pada May 2018 itu, seorang pegawai Muhyiddin telah
memberitahu saya bahawa itulah kali pertama mereka menjejak kaki semula
dalam jet peribadi semenjak bos mereka dipecat daripada jawatan TPM
pada Julai 2015. Mereka berasa bangga dengan PRU14 kerana kami telah
mencipta sejarah ketika itu dengan mengambil tindakan yang betul demi
negara, walaupun, secara peribadi, Muhyiddin mengalami kehidupan yang
sukar antara 2015 dan 2018.
Pada hari seterusnya, iaitu 12 May 2018, Pakatan Harapan telah
memilih Muhyiddin sebagai Menteri Dalam Negeri, Mat Sabu sebagai Menteri
Pertahanan, dan Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.
Pada 13 May 2018 pula, saya berjumpa dengan Muhyiddin di kediamannya;
hanya kami berdua sahaja. Beliau berasa murung ketika itu. Beliau ingin
meletakkan semua jawatan pada malam sebelumnya kerana kecewa tidak
dilantik menjadi Menteri Kewangan oleh Dr. Mahathir. Beliau telah
dipujuk untuk terus kekal dengan jawatannya.
Beliau turut memberitahu saya, pada 1995, ketika beliau merupakan
Timbalan Presiden UMNO yang meraih bilangan undi terbesar, dan setelah
berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor selama sembilan tahun, beliau
berharap untuk memegang portfolio ekonomi kanan di peringkat kerajaan
persekutuan. Akan tetapi, Dr. Mahathir yang merupakan PM ketika itu
hanya melantik beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan, suatu jawatan
yang paling rendah. Kemudian, beliau diberitahu oleh Anwar untuk
bersabar dan menunggu sehingga 1998, memberi bayangan bahawa Muhyiddin
akan menjadi pilihannya untuk Timbalan Perdana Menteri.
Dalam renungan beliau pada pagi yang tenang itu, Muhyiddin mengajukan
soalan kepada saya, setelah 20 tahun lebih, setelah beliau telah
berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri selama enam tahun
(2009-2015), adakah wajar beliau menjadi timbalan kepada Anwar sekiranya
berlakunya peralihan kuasa daripada Dr. Mahathir ke Anwar? Hanya
kesepian menyahut persoalan itu.
Di Sheraton Hotel pada awal pagi 10 Mei 2018, Tan Sri Muhyiddin
Yassin, yang dikenali dengan budi pekertinya yang lemah lembut, menarik
saya dan Lim Kit Siang ke tepi untuk meminta DAP menyokong calon Bersatu
bagi jawatan Menteri Besar Johor. Beliau memerlukan bantuan supaya
sumbangan beliau dalam menukar undi negeri tersebut kepada Pakatan
Harapan diperakui.
Walaupun DAP telah memenangi bilangan kerusi yang terbesar di Dewan
Undangan Negeri, iaitu 14 kerusi, berbanding dengan Amanah (9), Bersatu
(8), dan PKR (5), DAP tidak menuntut jawatan Menteri Besar. Kit Siang
terbuka untuk berbincang. Selepas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng
berbincang dengan Presiden Amanah Mohamad Sabu, DAP bersetuju untuk
menyokong calon Muhyiddin bagi jawatan Menteri Besar.
Ketika penerbangan pada May 2018 itu, seorang pegawai Muhyiddin telah
memberitahu saya bahawa itulah kali pertama mereka menjejak kaki semula
dalam jet peribadi semenjak bos mereka dipecat daripada jawatan TPM
pada Julai 2015. Mereka berasa bangga dengan PRU14 kerana kami telah
mencipta sejarah ketika itu dengan mengambil tindakan yang betul demi
negara, walaupun, secara peribadi, Muhyiddin mengalami kehidupan yang
sukar antara 2015 dan 2018.
Pada hari seterusnya, iaitu 12 May 2018, Pakatan Harapan telah
memilih Muhyiddin sebagai Menteri Dalam Negeri, Mat Sabu sebagai Menteri
Pertahanan, dan Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.
Pada 11 Mei 2018, DYMM Sultan Johor telah menitahkan sebuah kapal
terbang untuk menjemput Muhyiddin dari Kuala Lumpur untuk menghadap
baginda. Saya turut serta mengikuti beliau. Itu merupakan kali pertama
saya menaiki jet peribadi.
Tiga bulan sebelum itu, pada 8 Februari 2018, saya dan Muhyiddin
membuat perjalanan bersama menaiki penerbangan tambang rendah Malindo
sejurus selepas mesyuarat Pakatan Harapan Johor. Beliau memberitahu saya
bahawa, ketika beliau masih Timbalan Perdana Menteri, satu pesawat
kerajaan khas telah ditugaskan untuk perjalanan beliau.
Sebagai salah satu pemimpin pembangkang yang tidak memiliki apa-apa
hak istimewa, Muhyiddin berasa senang hati melihat penghargaan rakyat
terhadap perjuangan kami. Ketika beliau masih menganggotai Barisan
Nasional, beliau tidak pernah mengalami situasi di mana orang ramai
menawar diri untuk membayar makanan beliau di kedai kopi ataupun warung
sebagai tanda sokongan mereka. Semangat rakyat ketika itu cukup
memberangsangkan.
Pada hari seterusnya, iaitu 12 May 2018, Pakatan Harapan telah
memilih Muhyiddin sebagai Menteri Dalam Negeri, Mat Sabu sebagai Menteri
Pertahanan, dan Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.
Pada 13 May 2018 pula, saya berjumpa dengan Muhyiddin di kediamannya;
hanya kami berdua sahaja. Beliau berasa murung ketika itu. Beliau ingin
meletakkan semua jawatan pada malam sebelumnya kerana kecewa tidak
dilantik menjadi Menteri Kewangan oleh Dr. Mahathir. Beliau telah
dipujuk untuk terus kekal dengan jawatannya.
Beliau turut memberitahu saya, pada 1995, ketika beliau merupakan
Timbalan Presiden UMNO yang meraih bilangan undi terbesar, dan setelah
berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor selama sembilan tahun, beliau
berharap untuk memegang portfolio ekonomi kanan di peringkat kerajaan
persekutuan. Akan tetapi, Dr. Mahathir yang merupakan PM ketika itu
hanya melantik beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan, suatu jawatan
yang paling rendah. Kemudian, beliau diberitahu oleh Anwar untuk
bersabar dan menunggu sehingga 1998, memberi bayangan bahawa Muhyiddin
akan menjadi pilihannya untuk Timbalan Perdana Menteri.
Dalam renungan beliau pada pagi yang tenang itu, Muhyiddin mengajukan
soalan kepada saya, setelah 20 tahun lebih, setelah beliau telah
berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri selama enam tahun
(2009-2015), adakah wajar beliau menjadi timbalan kepada Anwar sekiranya
berlakunya peralihan kuasa daripada Dr. Mahathir ke Anwar? Hanya
kesepian menyahut persoalan itu.
Muhyiddin telah dikesan dengan penyakiti kanser pada Julai 2018. Saya
menziarahi beliau di Hospital Mount Elizabeth, Singapura. Kali pertama
saya pergi seorang, kali kedua saya mengikuti Guan Eng. Saya menganggap
Muhyiddin sebagai sahabat berusia dan sangat bimbang dengan kesihatan
beliau.
Ketika beliau sedang beransur pulih, dalam kebanyakan pertemuan kami,
beliau telah mengadu kepada saya tentang keinginannya untuk meletak
jawatan. Penyakit tersebut telah mengubah perspektif beliau terhadap
kehidupan.
Kebuntuan di Johor
Pada 24 April 2019, setelah Muhyiddin dan Dr. Mahathir
bercanggah
berkenaan pemilihan Mazlan Bujang sebagai ketua Bersatu di Johor, saya
berjumpa dengan Muhyiddin di pejabatnya di Kementerian Dalam Negeri.
Sekali lagi, beliau menzahirkan keinginannya untuk meletak jawatan
kerana Dr. Mahathir tidak menerima pandangannya walaupun Johor merupakan
negeri beliau. Muhyiddin merupakan pengerusi Majlis Pakatan Harapan
Johor.
Muhyiddin berasa kecewa tetapi tidak menghalang pelantikan Mazlan.
Beliau beritahu kepada saya, menurut perlembagaan Bersatu, selaku
presiden beliau mesti berunding dengan dan menerima keputusan pengerusi,
iaitu Dr. Mahathir.
Ketika mesyuarat-mesyuarat kami pada bulan-bulan seterusnya, beliau
berulang kali menyatakan kekecewaannya terhadap pemilihan Mazlan Bujang
oleh Pengerusi Bersatu.
Pada 2 Syawal (6 Jun 2019), Muhyiddin telah memberitahu saya, beliau
sudahpun hampir pulih daripada penyakitnya. Doktor beliau turut
menyatakan perkara yang sama ketika majlis rumah terbuka anak lelaki
Muhyiddin. Saya cukup lega menerima berita itu.
Imbas ke hadapan, pada bulan Oktober 2019. Percubaan untuk merampas
kuasa oleh trio Azmin Ali, Hishammuddin Hussein, dan Hamzah Zainuddin
telah menyemarakkan lagi api perkauman bagi pihak Melayu dan bukan
Melayu. Usaha tersebut bertujuan mewujudkan satu kerajaan gabungan
perpaduan Melayu baharu tanpa melibatkan DAP dan Amanah.
Muhyiddin sangat bimbang akan “perbezaan pandangan antara kita kerana
perbezaan ideologi dan kepercayaan kian jelas sekarang’. Daya maju
hubungan gabungan Bersatu-DAP sedang dipersoalkan dengan serius dan
terdapat banyak tekanan daripada pihak yang
agresif dalam Bersatu agar
beliau bertindak menentang DAP.
Beliau menganjurkan makan malam kecil-kecilan antara pemimpin
tertinggi Bersatu dan DAP pada 29 Oktober 2019 bagi mencari jalan
menyelamatkan gabungan parti. Kedua-dua parti bersetuju bahawa naratif
melampau Melayu dan bukan Melayu menyebabkan kita menderita di jalan
tengah. Kita harus lakukan lebih banyak lagi untuk menyelamatkan
gabungan ini.
Mesyuarat tersebut berjaya mengatasi cubaan
rampasan kuasa pada
Oktober oleh trio Azmin, Hishamuddin dan Hamzah yang menggunakan DAP
sebagai momokan. Tetapi kejayaan ini hanyalah untuk sementara.
Imej Pakatan Harapan tidak ditambah baik, terutama sekali apabila dimanipulasi pihak lawan dengan isu perkauman.
Pada malam 16 November 2019, saya berada di bilik gerakan bersama
Muhyiddin dan beberapa orang dalamannya untuk menyaksikan siaran
langsung keputusan Piihan Raya Kecil Tanjong Piai. Muhyiddin yang kecewa
mengatakan “
ini lebih buruk daripada tsunami.”
Pergerakan mencurigakan, motif menghairankan
Majlis Presiden Pakatan Harapan khas diadakan pada 23 November 2019
dengan satu agenda untuk membincangkan pembentangan oleh Muhyiddin
sebagai ketua Jawatankuasa Kempen Pilihanraya Pakatan.
Beliau menggariskan beberapa cabaran politik yang berikut:
-
Isu sentimen perkauman memberi kesan negatif terhadap PH
-Orang Melayu menganggap PH dikuasai DAP
-Orang Cina mengganggap PH dikuasai Bersatu dan Dr Mahathir
-Isu peralihan kuasa antara PM7 dan PM8 menyebabkan rakyat beranggapan kerajaan PH tidak stabil
-Kabinet PH dilihat tidak cekap
Cadangan beliau buat Pakatan
-Tangani isu kaum dan agama secara bijaksana dengan mengambil sikap yang lebih moderat dan berhemah
-Kikis imej anti-Melayu DAP ; anti-Cina Bersatu
-Kuatkuasakan tindakan disiplin terhadap ahli parti yang mengkritik
sesama sendiri atau mengkritik pimpinan parti anggota yang lain
-Tangani isu peralihan kuasa antara PM7 dan PM8 secara bijaksana
-Rombak kabinet supaya kabinet PH dilihat berprestasi tinggi
Muhyiddin mencadangkan agar Pakatan berusaha untuk mencapai tahap penilaian penerimaan 60% dalam jangka masa setahun.
Selepas mesyuarat khas itu dan Parlimen masuk ke sesi rehat,
Muhyiddin pun pergi ke luar negara pada akhir tahun bulan Disember dan
beberapa hari pada bulan Januari. Dia kembali kelihatan sangat segar dan
dalam keadaan sihat.
Mat Sabu bertemu Muhyiddin pada 22 Januari. Pertemuan mereka
membuatkan Mat Sabu berasa sangat hairan. Menteri Pertahanan ketika itu
memberitahu kepada saya bahawa dia bimbang Muhyiddin mempunyai idea
baharu yang bertentangan dengan prinsip asas Pakatan Harapan.
Nampaknya Muhyiddin memikirkan suatu bentuk pemerintahan
perpaduan
Melayu, dan beliau tidak lagi berminat dengan Anwar untuk menjadi PM
berikutnya.
Pada 31 Januari 2020, saya dan Muhyiddin menghadiri Sambutan Tahun
Baru Cina di Grisek, kawasan Pagoh. Selepas itu, saya mengunjungi
Muhyiddin di rumahnya untuk berbual panjang pada 5 Februari 2020.
Seperti biasa, beliau peramah dengan saya. Tetapi, saya dapat
mengesan terdapat sesuatu
perubahan dalam pandangannya. Bagi beliau,
jika tiada perubahan dalam Pakatan, maka Bersatu akan kalah teruk untuk
pilihan raya akan datang. Saya memberi hujah untuk menyanggah pendapat
beliau, mengatakan Bersatu akan dimamah hidup-hidup oleh UMNO dan PAS
dalam gabungan penyatuan Melayu. Malah, rakan terbaik Bersatu ialah DAP
kerana pertindihan kawasan adalah minima.
Pada hari itu saya pulang dengan suatu perasaan bahawa sesuatu yang
aneh telah berlaku, sesuatu telah berubah dalam dirinya tetapi saya
percaya beliau masih mempertimbangkan pilihannya.
Saya berpandangan bahawa dalam sosok tubuh itu masih wujud Muhyiddin
yang terhormat, individu yang selalu melihat gambaran yang lebih besar
dan bersedia untuk beralah dengan Dr Mahathir seperti pada tahun 2017.
Saya telah berharap agar Muhyiddin yang berulang kali berfikir untuk
berhenti itu tidak tergoda oleh kedudukan duniawi tetapi akan memikirkan
legasinya.
Namun, beliau hanyalah manusia. Mungkin,
godaan tersebut terlalu
hebat sehingga beliau tidak dapat menahannya. Boleh jadi, kekecewaan
beliau terhadap Dr. Mahathir, dorongan daripada
trio Azmin, Hishammuddin
dan Hamzah, dan
cita-citanya sendiri untuk menjadi PM akhirnya membuat
beliau cenderung ke arah
kudeta politik Sheraton pada 23 Februari 2020.
Saya sedih apabila sahabat lama saya yang berusia, Tan Sri Muhyiddin
memilih jalan ini. Sikap baiknya ketika perlawanan epik menentang Najib
sang kleptokrasi telah memberi laluan kepada gambaran perebutan kuasa
tanpa keabsahan. Mungkin Dr. Jekyll telah bertukar menjadi Mr Hyde.
Terdapat beberapa pemimpin dan penyokong gabungan rapuh Perikatan
Nasional diketuai Muhyiddin sekarang kembali dengan
taktik jahat lama
mereka dengan memomok DAP dalam usaha mereka membakar kebencian antara
kaum.
Saya ingin berpesan kepada sahabat lama saya yang berusia ini, Tan
Sri Muhyiddin. Saya ahli DAP. Dalam empat tahun, dari tahun 2016 hingga
2020, setiap kali anda meminta pertolongan daripada DAP,
kami tidak
pernah mengecewakan anda, kami lakukan semua perkara semana mungkin
untuk membantu anda. Dengan memainkan
sandiwara anti-DAP sebagai
justifikasi kewujudan gabungan Perikatan Nasional, ini hanyalah
menunjukkan hipokrasi.
oleh: Liew Chin Tong