Followers

Saturday, October 30, 2010

Timbalan: Zaid dahului pengundian

Daripada sembilan cabang PKR yang mula mengadakan pemilihan jawatan untuk jawatan tertinggi parti itu, Datuk Zaid Ibrahim kini mendahului di depan dengan 263 undi untuk jawatan timbalan presiden.

Beliau diekori dua lagi pencabar Azmin Ali dengan 116 undi dan Mustaffa Kamil Ayub dengan 32 undi.

Lima cabang di Kedah dan empat lagi di Kelantan memulakan pemilihannya hari ini.

Berbeza dengan pencalonan, kemenangan calon dikira berdasarkan jumlah undi yang terkumpul dan tidak dikira berdasarkan kemenangan di cabang.

Berikut keputusan yang diperoleh setakat ini:
Rantau PanjangTimbalan Presiden: Azmin Ali (69), Zaid Ibrahim (2), Mustaffa Kamil Ayub (0)
Naib Presiden: Fuziah Salleh (68), Mansor Othman (68), Tian Chua (63), R Sivarasa (61)

Ketua Wanita: Zuraida Kamaruddin (30), Animah Ferrar 0, Suraya Sudin (0)
Timbalan ketua wanita: Rodziah Ismail (30), Asmah Abd Kadir (0)
Naib: Gan Pei Nei (26), Haniza Talha (26), Noor Sham Abu samah (25)

(Seramai 72 daripada 281 anggota hadir mengundi)
Kota BharuTimbalan: Zaid Ibrahim (174), Azmin Ali (11), Mustaffa Kamil Ayub (25)

Naib Presiden: Nurul Izzah Anwar (147), N Gobalakrishnan (88), Baru Bian (74),
Jonson Chong (60)

(Seramai 206 daripada 1,935 anggota hadir mengundi)
Pengkalan ChepaTimbalan presiden: Azmin Ali (14), Zaid Ibrahim (8), Mustaffa Kamil Ayub (1).

(Hanya 23 daripada lebih 300 yang layak, hadir membuang undi)
Rantau PanjangKetua AMK: Shamsul Iskandar Md Akin (14), Badrul Hisham Shaharin (0)
Timbalan: Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (14), Chang Lih Kang (0)
Naib: Azmizam Zaman Huri (14), Erveana Ansari Ali (13), V Sivam (13), Abdul Yunus Jamahri (1)

Alor SetarTimbalan: Zaid Ibrahim (59), Azmin Ali (20), Mustaffa Kamil Ayub (5)

Pokok Sena Timbalan: Zaid Ibrahim (20), Azmin Ali (2), Mustaffa Kamil Ayub (1)
Naib: Tian Chua (20), Sivarasa (17), Nurul Izzah Anwar (15), Mansor Othman (10), N Gobalakhrisnan (9), Fuziah Salleh (5), Suresh Kumar (3), Baru Bian (1), Xavier Jayakumar (1)
Ketua AMK: Badrul Hisham Shaharin (3), Shamsul Iskandar (0)
Timbalan: Chang Lih Kang (2), Kharul Anuar Ahmad Zainuddin (1)
Naib: Azmizam Zaman Huri (3 undi), S Kesavan (2) dan Lee Khai Loon (2 undi).

Ketua Wanita: Animah Ferrar (1), Suraya Sudin (2), Zuraida Kamarudin (0)
Timbalan: Rodziah Ismail (3), Asmah Abd Kadir (0)
Naib: Gan Pei Nei (3), Haniza Talha (3) dan Salma Ismail (2).

(Hanya 24 daripada 314 yang layak, membuang undi)

PAS akui belum selesa untuk menang

PAS masih belum berada dalam keadaan selesa untuk memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, 4 November ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, berkata sebaliknya parti itu kini berdepan dengan serangan hebat daripada Barisan Nasional (BN) yang menggerakkan jentera kerajaan bagi memenangi hati rakyat.
"Kita masih belum boleh menilai sikap pengundi yang berdepan dengan serangan berbentuk ‘barangan’ daripada BN. Minggu depan kita akan boleh melihat sejauh mana sokongan pengundi kepada parti dan calon.
"Buat masa ini saya meletakkan PAS dalam keadaan 50-50 untuk mempertahankan kerusi DUN Galas. Kedudukan PAS masih lagi dalam keadaan tidak selesa," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Abdul Halim berkata, kempen yang sama daripada BN pernah dilakukan ketika cuba merampas kerusi DUN Manek Urai pada pilihan raya kecil kawasan itu tahun lalu menyaksikan kemenangan tipis memihak kepada PAS.

"Buat masa ini kita tidak berdepan dengan isu yang besar kecuali serangan barangan ini. Bagaimanapun. serangan ini baru bermula dan kami perlu menghadapinya," katanya.

Sharing content with public pages

Sharing content with public pages

Monday, October 11, 2010

Janji BN: Tiada projek segera di Galas

Kerajaan Pusat tidak akan menjanjikan projek segera dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas atau cadangan membina universiti di Gua Musang walaupun BN memenangi pilihan raya kecil itu pada 4 Nov ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sebaliknya, kerajaan akan lebih mementingkan peningkatan mutu daripada membina lebih banyak pusat pengajian tinggi dalam negara.

Kewujudan 20 universiti awam yang ada setakat ini dianggap sudah cukup untuk menampung keperluan pelajar di negara ini, kata Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis perasmian Program Selangkah Ke Universiti dan majlis penutupan 1 Program 1 Daerah 2010 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Kota Bharu hari ini.

Mustapa diminta mengulas kenyataan Ketua Pergerakan Wanita Umno Gua Musang Senator Datuk Wan Hazani Wan Mohd Noor yang mahu kerajaan menimbangkan cadangan Wanita Umno bahagian itu supaya membina pusat pengajian tinggi, kolej universiti atau universiti awam di kawasan itu khususnya bagi menampung keperluan pelajar yang semakin meningkat di kawasan berkenaan.

Mengenai dakwaan PAS kononnya kerajaan BN gagal melaksanakan janjinya pada kempen pilihan raya kecil DUN Manik Urai 14 bulan lepas, Mustapa berkata semua empat projek yang dijanjikan sudah dilaksanakan, cuma ada di antaranya mengalami kelewatan kerana masalah teknikal.

Projek terbabit ialah pembaikan rumah rakyat miskin membabitkan kos RM1.5 juta, pembinaan jambatan Manik Urai menelan belanja RM8 juta, Gelanggang Sukan di Kampung Manjor RM300,000 dan Masjid Temalir RM600,000 yang semuanya sedang dalam pelaksanaan.

"Malah, dua hari lepas, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Mohd Arshad Ismail mengesahkan pembinaan rumah rakyat miskin di kawasan Manik Urai sudah siap sepenuhnya empat bulan selepas pilihan raya kecil DUN itu," katanya.

Beliau berkata PAS akan memerangkap diri sendiri jika cuba membawa isu projek yang dijanjikan BN itu pada kempen pilihan raya DUN Galas.

Mustapa berkata janji-janji BN terkandung dalam kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan bukan yang dikemukakan oleh pemimpin Umno dan masyarakat setempat.

--Bernama