Followers

Wednesday, December 31, 2014

Banjir: Gambar Bandar Temerloh Lumpuh










Bandar Temerloh lumpuh akibat dilanda banjir luar biasa hingga ke paras bumbung rumah yang dapat dilihat ketika tinjauan udara di Temerloh, Selasa. Foto BERNAMA

Hujan lebat dijangka terus berlaku di negeri-negeri yang sedang terjejas oleh banjir, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G.Palanivel.

Beliau berkata mengikut ramalan, hujan lebat sekejap-sekejap serta ribut petir di sana sini, terutama di kawasan pantai, dijangka berlaku di Pahang antara 1 dan 5 Januari tahun depan.

"Oleh itu, penduduk di Pahang dinasihati supaya bersiap sedia untuk menghadapai sebarang kemungkinan, termasuk dipindahkan dengan segera ketika berlaku ribut petir," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sementara itu, Terengganu pula, katanya, dijangka mengalami hujan dalam tempoh tujuh hari akan datang, termasuk hujan sekejap-sekejap dan kadangkala lebat.

Keadaan serupa juga dijangka berlaku di Kelantan dan Perak, dengan kadangkala hujan sederhana lebat sepanjang beberapa hari akan datang, kata beliau.

Beliau berkata, hujan di sana-sini dijangka kerap berlaku di kawasan pesisir pantai Kelantan.
Di Johor, hujan lebat dijangka berlaku dua hari lagi.

"Ribut petir di sana-sini diramal berlaku pada tengah hari di negeri paling selatan kita ini. Sekali lagi, rakyat Malaysia dinasihati supaya bersiap sedia dan menjaga keselamatan diri serta sentiasa memberi respons terhadap langkah pihak berkuasa," katanya.

Palanivel juga berkata, mereka yang tinggal berhampiran sungai dan kawasan berisiko tinggi dilanda banjir perlu sentiasa berwaspada dan memantau paras air sungai dengan melayari laman sesawang Public InfoBanjir, publicinfobanjir.water.gov.my.

sumber...Mstar

Tuesday, December 30, 2014

Kantoi: Siapa Temberang, TMB Kelantan Atau Tok Mat ?



 Kata Nik Amar timbalan menteri Besar Kelantan ...

Banjir 1967 lebih teruk, tapi kita tak isytihar darurat, sebab itu kali ini pun kita belum isytihar darurat, cuma yang menjadi kelam-kabut apabila ada setengah kawasan tak pernah banjir tiba-tiba ditenggelami, ramai tidak jangka kerana ia datang secara mengejut, itu yang menjadi isu.

Apakah ini bukan realiti di Kelantan ?

ORANG ramai memilih makanan yang masih boleh dimakan apabila pekedai membuang barangan yang rosak berikutan banjir besar yang melanda di Kuala Krai. FOTO Khairull Azry Bidin & Owee Ah Chun...Hmetro


Penduduk: Banjir kali ini lebih besar dari 1967

"Sepanjang saya tinggal di sini, dua kali banjir besar, tetapi kali ini lebih besar," kata seorang warga emas ketika ditanya pengalamannya berhadapan banjir kali ini.

Mohamad Salleh, 80, ketika ditemui Malaysiakini di rumahnya di Kampung Kota, Pasir Mas berkata, kali pertama rumahnya dinaiki air ketika banjir besar pada tahun 1967.


Bagaimanapun kata Mohamad, paras air yang sampai di kawasan rumahnya ketika itu hanya setinggi kira-kira dua kaki sahaja.

"Banjir sebelum ni (1967), tenggelam tiga anak tangga sahaja, tapi banjir kali ni paras pinggang.

"Banjir dulu air setakat hampir lintas jalan. Itu waktu jalan depan ni rendah. Sekarang jalan sudah tinggi, tapi air paras betis. Ini banjir besar," katanya.

Mohamad, yang lebih dikenali dengan nama jolokan Pak Mat Dobi di kalangan penduduk setempat kerana pernah mengusahakan perniagaan dobi di Wakaf Che Yeh di zaman mudanya.

Beliau kini tinggal sendirian di rumah tersebut selepas isterinya meninggal dunia.

Rumah anak-anaknya bagaimanapun terletak tidak jauh dari situ.

Mengulas lanjut, Pak Mat Dobi berkata, beliau juga terkejut kerana paras air meningkat  begitu cepat.

"Memang cepat kali ini air naik. Kita pun tak jangka." katanya.

Beliau bagaimanapun tidak berpindah kerana rekabentuk rumahnya agak tinggi dan air tidak mencecah lantai.

Banjir 1967 dikatakan banjir kedua terbesar pernah melanda negeri Kelantan.

Paling besar adalah banjir yang berlaku pada tahun 1926 yang dikenali sebagai Bah Merah.

Nama Bah Merah diambil sempena warna air banjir ketika itu yang bertukar seakan merah ekoran lumpur yang dibawa bersamanya.



sumber...mkini

Monday, December 29, 2014

Soltan Kelantan 'Buat Hal ' Lagi ...



Kisah menyentuh hati dari seorang saksi

Baginda datang tanpa wartawan, tanpa kamera, tanpa publisiti, drive sendiri mengharung banjir untuk melihat rakyatnya. Sewaktu banjir, beliau turut sama membantu kerja kerja menyelamat sehingga orang tidak sedar itu adalah sultan mereka. Baginda juga menerima arahan dari seorang Mejar.

Sewaktu berhenti rehat beliau turut minum dlm cawan polisterin dengan petugas petugas. Tiba tiba baginda disapa ..
 

"abang dari mana?" "orang sini jugak" "macam muka tuanku la abang ni"
 

Beliau hanya trsenyum setelah menyedari yang disapa tadi adalah sultan mereka, kecut perut orang tadi minta maaf kerana tidak tahu yang itu adalah sultan. Baginda hanya tersenyum malah memeluk orang tadi. Tergamam Mejar yang ada kat situ, langsung tak reti nak bagi arahan macam mula mula tadi.
 

Ciri ciri pemimpin begini kita mahukan. Menyusup keluar dari istana, membantu rakyat tanpa memperkenalkan diri. Moga Tuanku menjadi contoh pada sultan dan bakal bakal sultan. Allahhu Akbar!

Nukilan ...
 https://www.facebook.com/wanmohamad.akram


Berita menyedihkan dari Kelantan

Bantuan tidak sampai pada mangsa banjir kerana masalah pengangkutan

 


Ramai penduudk kampung terperangkap tanpa bekalan, elektrik atau wang untuk membeli barang keperluan seperti lilin atau makanan dalam tin kerana banyak jalan tidak dapat dilalui pengangkutan darat di kebanyakan tempat.
 

"Kelam kabut di sini," kata seorang pekerja mengagihkan bantuan kepada The Malaysian Insider ketika beliau menunggu ketibaan bot bagi mengedarkan air minuman, biskut dan makanan dalam tin di Kota Baru semalam.

Katanya, sesetengah pusat pemindahan turut dinaiki air dan tidak dapat menyediakan bantuan makanan kepada mangsa banjir, ramai yang pulang dengan tangan kosong kerana kehabisan bekalan.

"Tiada penyelarasan, tiada pengurusan yang baik ketika bencana ini.

"Satu perkara saya boleh kata dari tempat bencana ini terjadi, pihak berkuasa kita tidak bersedia menghadapi bencana negara ini. Entah bila kita akan bersedia" katanya.

Bertan-tan bekalan makanan dan air diterbangkan ke Kota Baru menggunakan pesawat komersial dan tentera sementara rakyat Malaysia di tempat lain juga menyumbang bekalan yang diangkut dengan lori ke kawasan dilanda banjir di pantai timur.

Tetapi, menurut pekerja bantuan, kekurangan bot menghalang usaha mengedarkan bantuan kepada orang kampung yang terputus hubungan dari Kota Baru.

Difahamkan bekalan elektrik yang terputus dan jalan dinaiki air menyebabkan bank juga tidak boleh mengisi wang di mesin ATM dan syarikat minyak tidak boleh menghantar bekalan ke stesen minyak di kampung yang dibanjiri air.

"Ramai orang sudah tidak berdaya. Mereka tiada api, makanan dan malah tiada duit hendak membeli lilin untuk waktu malam," kata seorang lagi pekerja bantuan kepada The Malaysian Insider.

Bernama melaporkan malam tadi, keadaan banjir di Kelantan masih buruk dengan peningkatan jumlah mangsa sehingga 134,139 dibandingkan 124,966 pada jam 5 petang.

Menurut angka Jabatan Kebajikan Masyarakat jajahan Kota Baru masih mencatatkan angka tertinggi mangsa banjir iaitu 42,469 orang, Pasir Mas (23,568), Kuala Krai (23,169), Tumpat (30,569), Gua Musang (7,529), Tanah Merah (3,546), Machang (3,097) dan Pasir Putih (192).

Keadaan juga tidak banyak berubah di Terengganu dengan 24,097 mangsa, Pahang (31669), Perak (7,539) dan Johor (332).

Di Terengganu, Bernama melaporkan semalam lambakan kayu balak merintangi laluan utama di Kampung Rantau Panjang menghala Bukit Besi dekat Dungun, menyebabkan lebih 1,000 penduduk di beberapa kampung di sana terputus hubungan darat sejak tiga hari lepas.

Ratusan kayu balak bertaburan di atas jalan raya sejauh kira-kira 100 meter, menyebabkan penduduk terperangkap sehingga terpaksa menggunakan bantuan helikopter milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi operasi menghantar bekalan makanan.

"Disebabkan hujan lebat tidak berhenti yang sudah lebih seminggu, kayu balak yang disimpan di atas bukit itu menggelongsor jatuh hingga berselerak di jalan utama," seorang mangsa, Nik Mohd Faizal Nik Mohd Fikri, dipetik berkata oleh Bernama.

Berikutan kejadian itu, beliau yang pulang ke kampung sejak seminggu lepas terpaksa menangguhkan perjalanan pulang ke tempat kerja, selain tidak dapat membuat panggilan bagi memaklumkan keadaannya.

"Sudahlah kawasan kampung kami banjir, semua penduduk di sini juga risau kerana jika hujan berterusan, kayu balak yang sebesar empat hingga lima pemeluk itu akan menggelongsor jatuh lebih banyak dari tempat simpanannya dan merempuh rumah," katanya.

Jururawat Kongsi Cerita Terperangkap 6 Hari dalam Banjir



Seorang jururawat masyarakat yang bertugas di Klinik Desa Kampung Star, Bertam Baru, Gua Musang, menceritakan bagaimana 150 penduduk di situ, kelaparan dan menempuh detik cemas setelah terperangkap selama enam hari apabila kampung mereka seakan-akan 'sebuah pulau' akibat banjir, bermula Isnin lepas.
 
Suzana Bakar, 49, berkata mereka menyelamatkan diri mencari tempat perlindungan di Sekolah Kebangsaan Star, Bertam Baru dengan sehelai sepinggang tanpa sempat menyelamatkan harta benda selepas air dari Sungai Nenggeri naik mendadak ke kawasan kampung mereka.
 
"Ini disebabkan kami tidak menyangka air naik secara mendadak kerana sebelum ini tidak pernah berlaku," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
 
Suzana bagaimanapun berkata pada hari Selasa lepas, makanan terutama beras tiba dengan jumlah sedikit setelah diusahakan pemimpin setempat serta belas ihsan daripada orang kampung yang tinggal di kawasan tinggi.
 
"Sebaik makanan tiba di sekolah itu mereka berebut-rebut mendapatkan makanan yang tidak mencukupi kerana jumlah mangsa banjir yang datang ke pusat itu bertambah setiap hari," katanya.

Suzana berkata untuk mendapatkan bekalan makanan dari luar terutama di Gua Musang terlalu sukar kerana tidak boleh dilalui sebarang kenderaan berikutan arus yang sangat deras.
 
Beliau berkata sepanjang berada di sekolah itu, sebahagian besar mangsa memakan apa sahaja seperti biskut dan mi segera bagi mengalas perut untuk mengelak daripada kebuluran dan sepanjang malam pula terpaksa bergelap akibat bekalan elektrik terputus.
 
Bagaimanapun, Suzana bersyukur kerana ketika kejadian beliau dan empat anak masing-masing berumur antara tiga dan 14 tahun, sempat menyelamatkan diri ke sekolah berkenaan lebih awal apabila menyedari paras air semakin meningkat ke paras paha dalam tempoh beberapa minit.
 
Ketika kejadian suaminya Raibi Hamid, 39, tiada di rumah kerana bekerja di Kuala Lumpur.
 
"Sebuah kereta Proton Wira dan motosikal serta peralatan elektrik kesemuanya tidak sempat diselamatkan apabila paras air meningkat terlalu cepat sehingga menenggelamkan sebahagian 50 buah rumah penduduk di situ," katanya.
 
Suzana berkata ketika berada di sekolah itu mereka terpaksa tinggal di tingkat tiga kerana tingkat pertama dan kedua dinaiki air, sebelum surut sepenuhnya, semalam.

sumber... Bernama

Sunday, December 28, 2014

Soltan Kelantan Tibai Siapa Hari Ini ?



 gambar dari FB Husam Musa




Jangan bersengketa dengan alam, nasihat Sultan Kelantan

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mahu seluruh rakyat supaya menjadikan alam sekitar sebagai sahabat baik kerana musibah banjir yang berlaku ketika ini mempunyai hubung kait daripada perbuatan manusia.

Titah baginda, rakyat perlu bermuhasabah dengan apa yang dilakukan selama ini dan perlu memperbaiki kesilapan yang dilakukan.

"Marilah kita menghulurkan tangan persahabatan dengan alam sekitar dan marilah kita sedar bahawa segala macam musibah bencana dan malapetaka yang terjadi semua itu akibat daripada olahan tangan-tangan kita.
"Semoga Allah mengampuni kita semua dan menjadikan musibah ini dengan kebaikan yang banyak," titah baginda dalam teks yang diedarkan kepada media di Kota Baru, hari ini.

Baginda juga mahu rakyat agar tidak menyebarkan berita yang boleh menambahkan kekeruhan terhadap musibah yang berlaku itu.

"Janganlah ada dalam kalangan ahli masyarakat yang tidak sensitif dan ingin menangguk di air keruh dengan menyebarkan berita-berita yang boleh menambahkan kekeruhan dan kekusutan," titah baginda.

Titah baginda ujian yang dialami ketika ini bukan masanya untuk saling menyalahkan sesama sendiri.

Baginda turut mengucapkan takziah kepada rakyat Kelantan yang terjejas banjir dan berharap mereka menerima ketentuan Allah itu dengan penuh berlapang dada.

"Banjir yang berlaku ini adalah sebahagian daripada qada dan qadar Allah. Hal ini harus diyakini dan diimani," titah baginda.

sumber...TMI

Saturday, December 27, 2014

Polis Dedahkan Siasatan Letupan di Gurun Kedah


Polis: Letupan akibat peluru pelancar roket

Polis hari ini mengesahkan bahawa kes letupan di sebuah rumah di Taman Ria Mesra II, yang mengorbankan tiga nyawa Rabu  lepas berpunca daripada peluru pelancar roket anti kereta kebal.

Pemangku Ketua Polis Kedah Datuk Zakaria Yusof berkata peluru berkenaan, "High Explosive Anti-Tank" adalah jenis yang digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Letupan itu berpunca daripada peluru pelancar roket, yang digunakan untuk memusnahkan kereta kebal," katanya.

Bercakap pada sidang media selepas melawat lokasi kejadian hari ini, beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan ATM untuk menyiasat perkara itu.

Katanya, pihaknya percaya terdapat lebih daripada satu bom yang meletup kerana kawasan kawah letupan itu luasnya kira-kira satu meter, tetapi siasatan masih dilakukan.

"Bom (peluru) itu memang digunakan oleh ATM dan mangsa yang meninggal itu cuba mengabstrak item berharga di dalam peluru," katanya.   

Zakaria berkata polis kini masih mengutip serpihan daripada bom yang meletup untuk membantu siasatan selain merakam percakapan daripada penduduk taman berkenaan.

"Kita juga mendapat kerjasama baik daripada ATM demi meningkatkan SOP (Standard Operation Procedure), jika ia perlu diperbaiki.

"Kita akan teruskan siasatan untuk mengenalpasti macam mana bom (peluru) itu dibawa keluar daripada kem latihan tentera," katanya.

Sementara itu, Zakaria berkata sehingga kini polis menerima 61 laporan polis berhubung kerosakan rumah yang dialami penduduk taman terbabit.

Dalam kejadian Rabu lalu, sebuah bom meletup di rumah milik seorang anggota tentera menyebabkan tiga maut dan dua mangsa cedera parah, manakala lebih 40 rumah terjejas akibat kesan letupan.

Letupan kira-kira 4.45 petang itu menyebabkan seorang anggota tentera, Ayub Hashim, 34; anak perempuannya berusia lapan tahun Nur Idayu Syahirah Ayob; serta anak jirannya Aqif Mohd Sharizal, 4, maut.

Sementara itu, isteri Ayob, Sharifah Azlina Hashim, 30, yang mengandung enam bulan, dan jirannya Zuraida Mat Rotebe, 30, (ibu Aqif) cedera parah.

Anak dalam kandungan Sharifah Azlina dilaporkan meninggal dunia akibat kejadian itu.


sumber...Bernama

Kota Bharu Semakin Kritikal,Mangsa Kuala Krai Kelaparan






Jumlah mangsa banjir di tujuh negeri kini mencecah 119,087 orang dengan Kelantan mencatat jumlah tertinggi iaitu 45,467 orang setakat petang ini.

Di Kelantan, limpahan air Sungai Kelantan menyebabkan jumlah mangsa di Kota Bharu naik mendadak iaitu seramai 13,388 orang kepada 14,586 orang petang ini berbanding 1,198 orang pagi tadi.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri,  Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata limpahan air sungai itu telah merebak ke beberapa kampung berhampiran termasuk Kampung Lembah Sireh, Kampung Pintu Geng, Kampung Kedai Buloh, Kampung Banggol, dan kawasan sekitar Pengkalan Chepa.

Kesemua mangsa kini dipindahkan ke 40 pusat pemindahan berbanding hanya tujuh pagi tadi, katanya.

Kecuali di Pasir Mas yang menunjukkan sedikit penurunan dengan jumlah mangsa kini mencecah 6,319 orang, beberapa kawasan lain kebanyakannya tidak berubah termasuk di Tanah Merah (3,546 orang), Gua Musang (5,150 orang), Tumpat (5,005 orang), Machang (4,039 orang), Jeli (1,430 orang), Kuala Krai (5,200 orang) dan Pasir Puteh (192 orang).





Mangsa banjir di Kuala Krai kelaparan

 Ketika pelbagai pihak sibuk menghulurkan sumbangan membantu mangsa banjir di Kelantan, kira-kira 100 mangsa yang menjadikan sebuah sekolah di Kuala Krai sebagai pusat perlindungan sementara, terpaksa berlapar dan bergelap tanpa sebarang bantuan sejak lebih 40 jam lepas.

Seorang mangsa banjir di Kuala Krai, Dr Azilah Mohd Ali berkata sehingga kini tidak diketahui nasib mangsa yang berlindung di bangunan Asrama Lelaki Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra (SYP) 1 itu.

"Saya mendapat tahu mangsa yang berada tingkat tiga dan empat asrama SYP 1 itu tidak menerima sebarang bantuan atau makanan sejak berpindah awal pagi Rabu lepas," kata Pakar Pergigian Kanak-kanak Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, itu ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Menurut beliau sembilan anggota keluarganya termasuk dua adik, dua adik ipar dan lima anak saudara yang berusia antara tujuh dan 27 tahun terperangkap di bangunan sekolah berkenaan sejak tiga hari lepas.

Dr Azilah, yang sedang bercuti dan pulang ke Kelantan, kini berlindung di rumah anggota keluarga terdekat di Taman Krai Sentral yang bagaikan sebuah pulau setelah dikelilingi air banjir.

"Hubungan kami terputus disebabkan bateri telefon semakin lemah dan saya pula perlu menguruskan orang tua yang uzur," katanya yang berpindah pada 4 pagi ketika air naik secara mendadak di Jajahan Kuala Krai, Rabu lepas.

"Masalah besar kini adalah sumber air mentah untuk makan dan minum telah kehabisan dan kami terpaksa mengharapkan kepada air hujan semata-mata," katanya.

Sementara itu seorang penjawat awam yang berasal dari Kuala Krai, Soon Li Wei, 26, berkata sudah tiga hari dia tidak dapat berhubung dengan keluarganya yang menetap di Taman Guchil Jaya dan Kampung Guchil 4.

"Saya cuba menghubungi mereka beberapa kali sebelum ini tetapi tidak dapat. Sehingga kini saya langsung tidak tahu bagaimana keadaan mereka. Paling dibimbangi, nenek saya Chan Cho Chu, 80, tinggal bersendirian di rumahnya dan saya dimaklumkan rakan sekampung, rumah nenek dinaiki air sehingga paras pinggang.

"Nenek tidak ada pengalaman melalui banjir jadi saya amat risaukannya, manakala ibu bapa dan adik saya juga terputus hubungan apabila jalan di sekeliling termasuk untuk ke rumah nenek turut dinaiki air dan ditutup... kemungkinan ibu bapa saya juga sudah berpindah ke pusat pemindahan," katanya.

Seorang mahasiswa kolej swasta di Petaling Jaya, Kua Chee Hoe, 23, pula berkata beliau mendapat berita tentang kejadian banjir yang melanda rumahnya di Jalan Ah Sang, Kuala Krai melalui gambar yang tersebar di laman sosial Facebook.

"Saya cuba menghubungi keluarga saya tetapi tak dapat... apabila mendapat tahu air sudah mula naik ke tingkat dua rumah, saya segera meminta bantuan rakan-rakan melalui Facebook untuk membantu keluarga saya yang terperangkap.

"Syukur kerana tidak lama kemudian Pemuda MCA bahagian Kuala Krai membantu anggota keluarga saya keluar dari kawasan banjir dengan bot kecil mereka," katanya ketika dihubungi Bernama.

Setakat 5 petang ini, sejumlah 119,624 mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor, Kedah dan Perlis terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan.


sumber...Bernama

Friday, December 26, 2014

Menyedihkan: Gambar Terbaru Dari Kuala Krai

Inilah Realiti Mangsa ‪#‎Banjir‬ Di ‪#‎KualaKrai‬ ‪#‎Kelantan‬.. Walau Tidak Mendapat Liputan Meluas Dalam Media Masa Akhbar Juga Berita Malaysia 3suku..

Ya Allah Ya Rabbi.. Saat Getir Begini Mereka Hadapi.. Di Manakah Pemimpin2 Sekalian. Bila Ada PRK Semua Blh Turun Padang Berkempen, Tapi Bila Saat Rakyat Dlm Kesusahan... Masing2 Cuci Tangan.

Kenapa Sukar Sgt ‪#‎NajibRazak‬ Isytiharkan Kelantan Darurat..???

dari album Abe Is https://www.facebook.com/fizzfaiz?fref=photo

Saksikanlah apa yang telah terjadi sehingga hari ini

 Nik Abduh dibidas kata banjir akibat Allah murka, sebaliknya kerana pembalakan

Status Facebook yang ditulis pemimpin PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menimbulkan rasa kurang senang orang ramai apabila ia mendakwa kejadian banjir yang berlaku adalah tanda kemurkaan Allah dan perlunya meneruskan pelaksanaan hudud.

Pemimpin PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dikritik orang ramai kerana mendakwa banjir teruk melanda negara adalah akibat kemurkaan Allah dan menganggapnya tanda kerajaan negeri Kelantan perlu meneruskan agenda hududnya.

Pada masa sama, anak kepada Mursyidul Am PAS itu juga menyeru orang ramai memanjatkan doa kepada Allah memohon agar dihentikan segala bencana dan dikembalikan kesejahteraan untuk semua umat manusia dan negeri yang dilanda banjir.

Menulis status di laman Facebooknya pada Rabu, beliau berkata: "Bencana banjir ingatkan umat Islam agar kembali kepada Allah dan jauhi murkaNya. Ia wajarkan kerajaan Kelantan terus istiqamah laksana syariat Hudud."

Ia bagaimanapun menimbulkan pelbagai reaksi di dalam ruang komennya yang rata-rata membidas ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Mereka sebaliknya mengatakan, bencana alam tersebut berpunca daripada pembalakan yang tidak terkawal di Kelantan.

Salah seorang pengguna Facebook, Hussain Muhammad mengecam Nik Abduh dan menuduh ada pemimpin PAS Kelantan sebagai punca banjir besar berlaku.

"Banjir berlaku sebab keserakahan terdapat pemimpin PAS menebang balak, dan tak pernah peduli pasal sistem perparitan dan kutipan sampah. Ini bukan benda baru, tiap-tiap tahun jadi," katanya.

Seorang pengguna lain, Anas Abd Jalil juga menyindir Nik Abduh yang seolah-olah meletakkan beban kepada pencipta alam, serta memuat-naik gambar pembalakan di Gua Musang.

Dengan nada marah, beliau mengaitkan banjir itu dengan kegiatan "perogolan balak" yang memusnahkan kawasan tadahan air serta menyebabkan tanah gambut yang menyerap air terhakis dan akhirnya tanah laterit masuk ke sungai dan mencetekkan sungai.

"(Sebaliknya) Semua dibebankan pada takdir Allah," kata Anas.

Sementara itu, orang ramai juga membidas kenyataan Nik Abduh yang seolah-olah mengatakan pelaksanaan hudud merupakan penyelesaian kepada masalah banjir di negeri tersebut.

"Isu bnjir skrg ni tiba2 puak2 lebai ni bncg psal hudud, sabar sat klau nk laksana pun... Islam ni bkn pada hudud ja..banteras rasuah pnyelewengan, korupsi kjaan, ketirisan pn tak sudah2 lg. Selamatkn rkyt dlu, mcm hg sorg nk msuk syurga ustaz oi!" kata pengguna bernama Khairul Anuar KA dalam ruang komen.

Kantoi: Ridhuan Tee Kena Lagi ..



Ridhuan Tee dilarang masuk Sarawak

Ahli akademik Mohd Ridhuan Tee Abdullah dilarang daripada memasuki Sarawak sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), pagi ini.

Timbalan Pengarah Imigresen Sarawak, Hamfatullah Syawal Hamdan ketika dihubungi Bernama di sini mengesahkan Jabatan Imigresen mendapat arahan daripada Pejabat Ketua Menteri untuk tidak membenarkan Ridhuan memasuki Sarawak.

Bernama difahamkan Ridhuan dijadual menyampaikan ceramah agama di Masjid Kecil Daerah Lundu, kira-kira satu setengah jam perjalanan dengan kereta dari Kuching, pada 8 malam ini.

Beberapa pihak sebelum ini menyuarakan harapan mereka menerusi laman sosial, agar penceramah itu dihalang daripada memasuki Sarawak.

Seorang sumber yang dihubungi Bernama berkata: "Ketua Menteri (Tan Sri Adenan Satem) kurang setuju dengan kehadiran Ridhuan di Lundu malam ini, jadi majlis diarahkan untuk dibatalkan."

Sebelum ini beberapa pemimpin pembangkang dihalang daripada memasuki Sarawak di LTAK dan Lapangan Terbang Sibu, dan Adenan yang baru dilantik sebagai ketua menteri pada hujung Februari lepas pernah mengeluarkan kenyataan tidak membenarkan pentaksub agama atau golongan pelampau ke dalam negeri ini.


sumber...Bernama

Hospital Kuala Krai Bergelap,Bandar Kuala Krai 'Tenggelam'





Hospital Kuala Krai Bergelap,Bandar Kuala Krai Tenggelam

Seorang pakar bius terpaksa memberi rawatan "intubation" (bius melalui hidung) kepada seorang bayi dalam gelap untuk menyelamatkan nyawanya selepas generator di Hospital Kuala Krai kehabisan minyak hari ini.

Ini merupakan pengalaman yang menakutkan seperti dinyatakan melalui mesejWhatsApp oleh Dr Adibah Abdullah, seorang pegawai perubatan di hospital itu.

Hospital itu beroperasi dengan menggunakan generator selepas bekalan elektrik terputus kira-kira 5 petang semalam, akibat peras air meningkat dengan cepat dalam apa yang disifatkan sebagai banjir terburuk dalam sejarah Kelantan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dengan tepat bila generator kehabisan diesel.

Dalam rentetan mesej WhatsApp untuk memberi maklumat terkini kepada seorang rakan mengenai keadaan yang semakin teruk di hospital, Dr Adibah menjelaskan pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan unit penjagaan kritikal (CCU) bernafas menggunakan mesin yang berfungsi melalui kuasa bateri

"Kalau bekalan tak pulih, kami akan bergilir-gilir membuat manual bagging ... tapi sampai bila?" beliau menulis.

Beliau berkata bekalan diesel untuk generator dijanjikan dihantar pada 8.30 malam oleh helikopter.

Bagaimanapun, masalahnya ialah hospital itu berada dalam kegelapan sepenuhnya.

"Kami tidak mempunyai suar tetapi kami memerlukan lampu untuk menunjukkan kepada mereka di mana kami berada.

"Kuala Krai bertukar menjadi sungai yang besar, dan hospital kami adalah satu daripada beberapa pulau yang tidak bersinar dalam kegelapan," kata beliau dalam catatannya.

Dalam satu lagi detik yang menyayat hati, Dr Adibah berkata helikopter tiba sebelumnya pada sebelah malam tetapi tidak dapat mendarat kerana ketiadaan ruang.

"Kipasnya berputar begitu kuat sehingga air terpercik dari kawasan yang digenangi air, serpihan berterbangan, dan mereka berkata bumbung akan runtuh jika helikopter menghampiri lebih dekat.

“Satu-satunya cara untuk menyelamatkan pesakit ialah dengan mengangkat mereka ke atas, seperti dalam filem. Dari bot, atau dari kawasan yang berhampiran dengan pinggir air.

"Tetapi kita bercakap mengenai pesakit yang sakit di sini. Yang bernafas dengan mesin, bayi baru lahir, orang tua patah tulang," beliau menulis.

Beliau berkata helikopter akhirnya terpaksa berlepas tanpa memindahkan mana-mana-mana pesakit.

"Helikopter berlegar-legar ... dan tidak menghantar apa-apa. Kenderaan amfibia milik bomba datang. Kemudian ia pergi semula. Matron mengumumkan 'tak jadi pindah, sila pulang ke wad masing-masing'.

"Dan kerana lif tidak berfungsi (menggunakan lif dalam keadaan elektrik on-off begini adalah tindakan amat bahaya), kebanyakan pesakit mengheret badan menaiki tangga," katanya.

Dr Adibah berkata pesakit kecewa apabila mereka melihat kenderaan amfibia itu berlepas dan tidak dapat sampai kepada mereka.

Beliau berkata satu-satunya bantuan perubatan yang tiba sejak krisis itu bermula ialah seorang doktor tentera, yang tiba di hospital beberapa jam lalu.


sumber...Bernama
Seorang pakar bius terpaksa memberi rawatan "intubation" (bius melalui hidung) kepada seorang bayi dalam gelap untuk menyelamatkan nyawanya selepas generator di Hospital Kuala Krai kehabisan minyak hari ini.
Ini merupakan pengalaman yang menakutkan seperti dinyatakan melalui mesejWhatsApp oleh Dr Adibah Abdullah, seorang pegawai perubatan di hospital itu.
Hospital itu beroperasi dengan menggunakan generator selepas bekalan elektrik terputus kira-kira 5 petang semalam, akibat peras air meningkat dengan cepat dalam apa yang disifatkan sebagai banjir terburuk dalam sejarah Kelantan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dengan tepat bila generator kehabisan diesel. Dalam rentetan mesej WhatsApp untuk memberi maklumat terkini kepada seorang rakan mengenai keadaan yang semakin teruk di hospital, Dr Adibah menjelaskan pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan unit penjagaan kritikal (CCU) bernafas menggunakan mesin yang berfungsi melalui kuasa bateri
"Kalau bekalan tak pulih, kami akan bergilir-gilir membuat manual bagging ... tapi sampai bila?" beliau menulis.
Beliau berkata bekalan diesel untuk generator dijanjikan dihantar pada 8.30 malam oleh helikopter.
Bagaimanapun, masalahnya ialah hospital itu berada dalam kegelapan sepenuhnya.
"Kami tidak mempunyai suar tetapi kami memerlukan lampu untuk menunjukkan kepada mereka di mana kami berada.
"Kuala Krai bertukar menjadi sungai yang besar, dan hospital kami adalah satu daripada beberapa pulau yang tidak bersinar dalam kegelapan," kata beliau dalam catatannya.
Dalam satu lagi detik yang menyayat hati, Dr Adibah berkata helikopter tiba sebelumnya pada sebelah malam tetapi tidak dapat mendarat kerana ketiadaan ruang.
"Kipasnya berputar begitu kuat sehingga air terpercik dari kawasan yang digenangi air, serpihan berterbangan, dan mereka berkata bumbung akan runtuh jika helikopter menghampiri lebih dekat.
“Satu-satunya cara untuk menyelamatkan pesakit ialah dengan mengangkat mereka ke atas, seperti dalam filem. Dari bot, atau dari kawasan yang berhampiran dengan pinggir air.
"Tetapi kita bercakap mengenai pesakit yang sakit di sini. Yang bernafas dengan mesin, bayi baru lahir, orang tua patah tulang," beliau menulis.
Beliau berkata helikopter akhirnya terpaksa berlepas tanpa memindahkan mana-mana-mana pesakit.
"Helikopter berlegar-legar ... dan tidak menghantar apa-apa. Kenderaan amfibia milik bomba datang. Kemudian ia pergi semula. Matron mengumumkan 'tak jadi pindah, sila pulang ke wad masing-masing'.
"Dan kerana lif tidak berfungsi (menggunakan lif dalam keadaan elektrik on-off begini adalah tindakan amat bahaya), kebanyakan pesakit mengheret badan menaiki tangga," katanya.
Dr Adibah berkata pesakit kecewa apabila mereka melihat kenderaan amfibia itu berlepas dan tidak dapat sampai kepada mereka.
Beliau berkata satu-satunya bantuan perubatan yang tiba sejak krisis itu bermula ialah seorang doktor tentera, yang tiba di hospital beberapa jam lalu.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hospital-kuala-krai-bergelap#sthash.eJ1pMEyP.dpuf

Thursday, December 25, 2014

Kami BELUM MATI, Mesej Mangsa Banjir di Hospital Kuala Krai Yang Terperangkap



Situasi banjir di Kelantan semakin buruk dengan ribuan mangsa masih terperangkap memandangkan kesukaran pasukan menyelamat masuk ke lokasi akibat arus deras.

Sesetengah ibu kami sudah mula menangis, tetapi kami belum bimbang tentang mati. Belum, belum lagi, tetapi air terus naik," tulis seorang pakar bius yang terperangkap di Hospital Kuala Krai kepada rakannya melalui kumpulan Whatsapp.

Ia salah satu mesej telefon yang tersebar bagi membayangkan teruknya banjir yang sedang melanda negara sekarang.

Banjir di Kelantan khasnya di Kuala Krai disifatkan paling teruk dalam sejarah apabila ia melibatkan semua kawasan.

Namun tidak ramai tahu setakat manakah yang dikatakan 'krtikal' itu jika tidak mendengar daripada mereka yang terlibat.

Berikut adalah mesej seterusnya kakitangan hospital berkenaan melalui kumpulan Whatapps yang disahkan benar oleh saksi kejadian.

Ia diedit semula untuk membolehkan semua pihak memahami situasi yang berlaku tanpa lari daripada mesej asal yang dibuat kakitangan hospital bernama Adibah yang dihantar malam tadi.

[24/12 20:07] adibah ab1: Air memang masih menaik. Keluarga saya dah lari atas bukit. Kami kat hospital masih bertahan..bot pon  tak boleh sampai bawa bantuan sebab arus laju sangat.

[24/12 20:07] adibah ab1: Dengarnye army akan hantar bantuan melalui helikopter. Kalau air tak surut-surut. Esok mungkin akan evacuate patient (pindahkan pesakit) dengan helikopter sebab bekalan oksigen pun tak tahan lama.

[24/12 20:09] adibah ab1: Bekalan elektrik dah putus satu bandar (Kuala Krai). Kami kat hospital guna generator... mungkin tahan 24-48 jam, jimat cermat.
Talian telefon slow-slow (perlahan-lahan) nak putus dah, landline TM dah tak berfungsi. Maxis dan Digi takda line. Celcom boleh lagi sikit-sikit.

[24/12 20:11] adibah ab1: Kalau tengok berita, mereka tak cerita sangat pun how bad things are over here (bagaimana teruknya keadaan di sini). They kept saying that situations are bad (Mereka terus berkata, situasi sangat teruk)...tapi khabar berita tentang berapa teruk tu tak diberitahu pun.

Orang sebarkan berita melalui Whatsapp dan
Facebook
...it's like the nation doesnt really care. (seolah-olah negara tidak ambil peduli).

Sibuk nak sambut tahun baru dengan artis? Pui.

[24/12 20:14] adibah ab1: My staffs are working round the clock (Kakitangan saya bertugas sepanjang masa) Orang sama je tak henti henti kerja. Dapur gelap gelita...untuk masak untuk beratus-ratus orang, kami cari lampu suluh dari wad, dari dewan bedah, dari ICU.

Kat Manek Urai (di Kuala Krai)...beribu-ribu orang berlindung kat sekolah yang hampir tenggelam, duduk atas bukit yang hampir tenggelam.

Sebuah heli bantuan pun tak nampak.

[24/12 20:18] adibah ab1: Kami doktor bius duk fikir tentang patient icu. Bernafas dengan mesin. Kat Kota Bharu, Hospital USM, semua dah penuh.

Air pun dah makin naik kat Kota Bharu...diorang tengah fikir nak pindahkan berpuluh-puluh patient yang bernafas dengan mesin kat sana, nak pindah ke mana.

[24/12 20:23] adibah ab1: Semalam ada pesakit meninggal, jasad dah hantar keluar dengan bot bomba, keluarganya masih terdampar kat hospital. Tak tahu nak pergi ke mana.
Hospital ni adalah tempat paling selamat di bandar Kuala Krai sekarang.

Kami masih ok...masih boleh fikir tentang makan, tentang pakaian, tentang ubat.

Belum fikir tentang mati dan tenggelam, tapi kami dah telefon keluarga masing-masing....pesan-pesan...kirim salam. Some of our mothers are crying, but we are not yet worried about us dying. No, not yet, but the water keeps rising (sesetengah ibu kami sudah mula menangis, tetapi kami belum bimbang lagi tentang mati. Belum, belum lagi, tetapi air terus naik).

Selagi masih ada talian celcom/wifi, I'll try to tell our stories here. (saya akan cuba hantar cerita kami kat sini)

[24/12 20:24] adibah ab1: Doakan kami deh. Kami dan keluarga kami... some of us here (sesetengah kami di sini), rumah-rumah dah lesap tenggelam, kenderaan dah tenggelam. – 25 Disember, 2014.


sumber...TMI

Bekas Kerani Sheila Majid Didakwa Songlap RM90,000



Bekas Kerani Sheila Majid Didakwa Pecah Amanah RM90,000

Bekas kerani syarikat produksi hiburan milik penyanyi popular Datuk Sheila Majid dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada Rabu atas tuduhan melakukan pecah amanah wang berjumlah RM90,000 milik syarikat itu untuk kegunaannya sendiri, empat tahun lepas.

Nasimah Kamarudin, 37, dari Kota Damansara, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zanol Rashid Hussain.

Nasimah, yang diamanahkan dengan satu buku cek akaun Maybank milik syarikat Magada Entertainment Sdn Bhd, didakwa dengan curangnya telah menunaikan lima keping cek atas namanya dan telah mendepositkan lapan keping cek ke dalam akaun banknya, membabitkan wang keseluruhan berjumlah RM90,000.

Wanita itu yang ditangkap pada 28 April lepas didakwa melakukan kesalahan itu di syarikat berkenaan di Jalan Balau, Damansara Heights di sini antara 1 Nov 2007 dan 28 Mac 2008, mengikut

Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Pengadu dalam kes ini adalah penyanyi Sheila Majid atau nama sebenarnya Shaheila Abdul Majid, yang juga pengarah urusan syarikat itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri tidak menawarkan sebarang jaminan, namun Nasimah yang tidak diwakili peguam memohon jaminan yang minimum dengan alasan perlu menyara anaknya masih bersekolah.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan 30 Jan depan ditetapkan untuk sebutan semula kes.

sumber...Mstar

Wednesday, December 24, 2014

Gambar Kritikal Banjir Besar di Kelantan










Mohon bantuan segera

MASYAALLAH, DARI SEMALAM SAMPAI PAGI NI TIADA BANTUAN SAMPAI KE SMK LALOH, AIR DAH NAIK KE LEVEL 2, HAMPIR KE LEVEL 3 TEMPAT PEMINDAHAN BANJIR

dari info kawan, Mushairi Mukhtar

Dpt sms dari adik, bantuan xkunjung tiba, org kg laloh yg lekat di tingkat 3 smk laloh masih mengharapkan btuan sampai dgn segera. Harap dia dan org kg disana lebih tabah.
Pic; org ckp ni smk manek urai, kalo pic mcm ni smk laloh pun lebih kurang jg, laloh to manek urai dkt jah.

info tambahan
‪#‎pray4kelantan‬

Mesej dari gua musang

Salam...ada jpam...bomba...polis x dale group nie....tlg hntr bntuan kat kg bertam baru....d sekolah ngan dewan ada bntuan....d masjid bdk2 duk tiyok lapar...mntak tlg sgt2 hntr bntuan....
Air d limau kasturi makin naik......mano bantuan niiiii

Harap bantuan segera sapa kt kg kundur..bekalan makanan dh xdok. Nayo ko ore2 tuo, bdk2 kecik, sepupu hok msih dlm pantang tdo dlm kesejukan kt atas bukit kg kundur.. xleh gi mano2, srupo pulau doh kne keliling nge air banjir.tulun la mari cepat amik demo2 ni

: kawasan jeram tekoh, Kawasan Pasir Tumbuh...Bertam jgk 70 keluarga terperangkap banjir dah 3 hari terputus bekalan makanan...tiada jln darat...tiada jln air...tiada jln udara -
manik urai, laloh, rakyat kelaparan,
tumpat, pasir pekan naik air lagi
tanah merah naik air lagi
pasir mas naik air lagi
kb - grik terputus, kb- cameorn terputus,
bandar kuala krai naik air,

Inilah Puncanya Banjir Besar di Pantai Timur


Fenomena 'Full Moon', Monsun Timur Laut Cetus Banjir Luar Biasa 

Fenomena 'full moon' iaitu kedudukan bulan berhampiran dengan bumi yang menyebabkan air pasang merupakan antara faktor yang mencetuskan banjir luar biasa di kawasan Pantai Timur pada tahun ini.

Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata keadaan banjir menjadi lebih teruk apabila ditambah dengan tiupan angin Monsun Timur Laut secara konsisten merentasi Laut China Selatan ke negara ini bermula bulan November hingga Mac.

"Meskipun hujan semakin reda dan tidak lagi lebat, namun air banjir dilihat sukar untuk surut disebabkan fenomena 'full moon' yang mana bulan berada dekat dengan bumi yang menyebabkan air pasang lebih tinggi daripada biasa.

"Selain itu, hujan yang tidak berhenti sebelumnya menyebabkan aliran sungai dari hulu ke kuala tidak sampai sehingga menyebabkan air sungai melimpah keluar sehingga menyebabkan banjir teruk," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya pihaknya menjangkakan hujan lebat akibat tiupan angin Monsun Timur Laut di Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak minggu lalu, akan berterusan sehingga awal Januari depan.


"Namun keadaan cuaca dijangka bertambah baik pada hari ini hingga esok berikutan ramalan kami menunjukkan hujan hanya berlaku di satu atau dua tempat di negeri-negeri berkenaan," katanya.

Dr Mohd Hisham menjelaskan musim Monsun Timur Laut yang membawa kepada hujan lebat terbahagi kepada tiga episod, iaitu episod pertama yang berlaku pada akhir bulan November, episod kedua pada 16 hingga 19 Dis diikuti dengan yang ketiga iaitu Isnin lepas hingga esok.

"Walaupun cuaca dijangka baik pada dua hari tersebut, namun kami menjangkakan ada lagi episod keempat iaitu bermula pada 28 Dis sehingga 31 Dis dan mungkin akan berterusan sehingga awal bulan Januari," katanya.

Dr Mohd Hisham berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan banjir akan berlaku lagi selepas 28 Dis ini di kawasan-kawasan kedudukan rendah dan berdekatan dengan sungai.

"Ketika musim Monsun Timur Laut, kawasan Pantai Timur dijangka mengalami empat hingga lima episod hujan lebat menyeluruh dan berterusan selama tiga hingga tujuh hari pada November hingga Januari 2015, serta kawasan barat Sarawak dan Sabah pada Januari hingga Mac 2015.

"Oleh itu, penduduk yang tinggal di kawasan tepi sungai dan rendah dinasihatkan supaya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk banjir," katanya.

Sementara itu, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi hari ini, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kilometer sejam yang berlaku di kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung, Sarawak, Sabah dan Labuan dijangka berterusan hingga esok.

Selain itu, laut bergelora dengan ketinggian ombak sehingga 5.5 meter turut dijangka berlaku di kawasan tersebut yang berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Menurut kenyataan itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga esok.

sumber...Mstar

Tuesday, December 23, 2014

Konflik PT3: PT3 ‘Kelam Kabut’ Perlukah Ia Dikekalkan?



Keputusan Pentaksiran Tingkatan tiga (PT3) yang diumumkan hari ini ternyata mengejutkan pelbagai pihak, mana tidaknya PT3 yang mengambilalih ‘peranan’ Peperiksaan Menegah Rendah (PMR) telah melihatkan penurunan calon yang mendapat semua A.

Antaranya Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff turut mempersoalkan PT3 ini.

Menurutnya reaksi yang beliau dapat terutama daripada ibu bapa calon ternyata mereka kecewa dengan PT3.

“Jam 9 pagi, saya keluar pejabat untuk ke SMK Jalan 4, Bandar Baru Bangi melihat reaksi anak murid dan ibu bapa menerima keputusan peperiksaan PT3. Saya ke sekolah ini kerana inilah sekolah terbaik di daerah ini yang setiap tahun ratusan pelajarnya mendapat 8A ke atas.

“Namun, tahun ini hanya 8 orang pelajar sahaja dari sekolah ini yang mendapat semua A. Pencapaian sekolah ini adalah lebih kurang sama sahaja dengan pencapaian dari sekolah berasrama penuh yang lain. Maklumat awal yang saya perolehi menunjukkan hanya 11 orang dari Tunku Kursiah yang mendapat semua A, 10 dari Faris Petra, seorang dari SDAR, seorang dari Sakti, 21 orang dari Mozac dan 26 orang dari Tun Fatimah.

“Saya bertanyakan ibu bapa dan para guru tentang tentang pelaksanaan PT3. Satu persamaan pandangan mereka ialah PT3 adalah peperiksaan yang paling bercelaru, kelam kabut dan kucar kacir,” katanya dipetik menerusi laman sosial Facebooknya.

Jelas Agus lagi, luahan hati ibu bapa calon juga mengatakan bahawa PT3 dilaksanakan secara tergesa-gesa sehinggakan anak-anak mereka tidak sempat untuk ‘bersiap siaga’.

“Kata mereka, inilah peperiksaan yang format peperiksaannya bersifat ad hoc (sementara), diumumkan lewat, anak-anak dijadikan bahan uji kaji, calon-calon dan para guru tidak diberitahu langsung tentang peperiksaan ini pada peringkat awalnya dan banyak lagi.

“Ibu bapa tidak berpuas hati dengan pentaksiran mengikut sekolah ini kerana kertas jawapan diperiksa oleh guru yang sama mengajar di sekolah, tidak guru dari sekolah atau negeri lain. Mereka mempersoalkan tentang keadilan untuk memohon masuk ke sekolah berasrama penuh dan lainnya,” katanya.

Menurut Agus lagi, oleh itu pandangan ibu bapa dan guru perlu tentang PT3 perlu diambil kira sekiranya sayangkan pendidikan negara.

“Betul, soalan PT3 adalah berbentuk subjektif yang memerlukan pelajar berfikir. Betul, soalan PT3 adalah bersifat Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Tetapi pertanyaannya, apakah dengan KBAT ini, ia dapat membantu kita dalam menaikkan taraf pendidikan negara?

“Melihat kepada kecelaruannya, saya tidak fikir ia dapat membantu meningkatkan sistem pendidikan negara kita. Jadi, apa tindakan seterusnya? Buatlah survei secara jujur dari kalangan guru dan ibu bapa, dan ambillah cadangan dan pandangan mereka. Itulah yang terbaiknya,” katanya.

sumber...sh

Monday, December 22, 2014

Gawat 2015: Tambang Bas Sekolah Dijangka Naik Sehingga 50 Peratus


Kadar tambang bas sekolah pada sesi persekolahan yang akan dibuka semula pada Januari ini dijangka meningkat antara 30 hingga 50 peratus.

Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) Amali Munif Rahmat berkata, beliau tidak menolak akan ada pengusaha bas sekolah yang akan berbuat demikian akibat peningkatan pelbagai kos yang perlu ditanggung.

"Jangan terkejut jika berlaku kenaikan  antara 30 hingga 50 peratus. Ini kerana peratusan kenaikan akan diputuskan oleh pengusaha bas sendiri  selepas kadar tambang asas bas sekolah yang diwarta di bawah Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) pada 2009 sudah tidak relevan lagi," katanya kepada mStar Online.

Sambil mempertahankan pengusaha bas sekolah, beliau berkata, jika situasi itu berlaku, pengusaha bas tidak patut dipersalahkan kerana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dilihat tidak mengambil sebarang inisiatif untuk mengatasi masalah tersebut.

"Macam mana kita nak tetapkan satu kadar tambang yang memuaskan hati semua pihak jika tiada harga asas? Jadi jangan salahkan kami jika berlaku kenaikan tambang nanti," katanya.

Dakwa beliau, sehingga hari ini, SPAD dilihat cuba 'lepas tangan' bagi mengelak dipersalahkan oleh ibu bapa seandainya tambang bas sekolah dinaikkan.

"Mereka dilihat seolah-olah mahu 'lepas tangan'. Kami dibiarkan terkapai-kapai. Bila tiada harga asas yang baharu, SPAD jangan sebut tindakan akan diambil jika tambang berlebihan. Sepatutnya mereka lakukan sesuatu untuk mengelakkan kemelut ini berlarutan," katanya.

 Malah, Amali berkata, sekiranya pengusaha bas dan PIBG bersepakat menetapkan kadar tambang bas sekolah, ia menjadi satu kesalahanan serius di bawah Akta Persaingan 2010.

"Kita sudahpun diberi amaran oleh MyCC (Suruhanjaya Persaingan Malaysia) supaya tidak melakukan penetapan harga secara kolektif. Jadi kami tersepit antara MyCC dan SPAD. Apa yang patut kami lakukan," katanya.

Pada Oktober lalu, MyCC memberi amaran kepada ahli persatuan itu yang didapati mengambil bahagian serta bersetuju dalam penetapan harga secara kolektif, boleh dikenakan denda sehingga 10 peratus daripada jumlah keseluruhan perolehan mereka.

Malah, perlakuan penetapan harga adalah bertentangan dengan Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 dan semua operator bas diminta supaya menentukan struktur tambang bas mereka secara bebas dan tidak menetapkan struktur tambang bas bersama operator yang lain.

Pada Selasa lalu, pengusaha bas sekolah menegaskan tetap menaikkan tambang bermula Januari ini dengan struktur tambang bas masing-masing ditentukan secara individu dan bebas.

Kata-kata itu dicapai dalam satu resolusi yang dicapai menerusi mesyuarat yang dihadiri seramai 105 perwakilan PPBSM di ibu negara pada Selasa lalu.

Amali menyifatkan kenaikan itu sebagai satu keperluan selepas lebih lima tahun tambang bas sekolah tidak pernah dikaji semula, selain peningkatan
kos operasi termasuk alat ganti.

Malah, beliau berkata, kenaikan juga pasti berlaku sekiranya harga runcit diesel melebihi 50 sen daripada harga sedia ada.

SPAD pada awal Oktober lalu menetapkan pengendali bas sekolah tidak akan terikat kepada satu struktur tambang tetap lagi tetapi bebas menentukan anggaran tambang masing-masing berdasarkan rundingan bersama pihak sekolah dan ibu bapa.

Namun, sejak itu, keputusan tersebut mendapat bantahan daripada beberapa pengusaha bas yang menyifatkan ia sebagai sesuatu yang mustahil dan sukar untuk dilaksanakan kerana tiada garis panduan disediakan dalam penetapan harga baharu berkenaan.


sumber...Mstar

Sunday, December 21, 2014

Badai Melanda Rumah Tangga Farah Asyikin Pulak


Farah Asyikin Mahu Pertahankan Rumah Tangga 

Penyanyi Farah Asyikin menjelaskan dia tidak mahu perkahwinan keduanya dengan Zaahier Stanley berakhir dengan perceraian biarpun masalah rumah tangga mereka kini telah pun dibawa ke mahkamah syariah.

Farah, 35, berkata, mereka berdua sedang berusaha memperbaiki masalah yang berlaku selain
memikirkan masa depan anak lelaki mereka, Ebrahim Owais yang baharu sahaja berusia lapan bulan.

"Biarpun kes kami dibawa ke mahkamah tetapi kami masih suami-isteri yang sah dan apa yang boleh saya katakan kami masing-masing sedang berusaha memperbaiki keadaan.

"Apa yang saya minta doa daripada semua agar kami dapat mengharungi saat getir ini sekaligus menjernihkan keadaan kerana perceraian adalah jalan terakhir," katanya.

Nama Farah dan Zaahier dilihat berada di papan kenyataan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan dekat sini berhubung permohonan perceraian mereka pada 18 Disember lalu.

Bagaimanapun Fara dan Zaahier tidak hadir ke mahkamah dan kes berkenaan ditangguh pada 21 Januari untuk sebutan semula.

Dalam pada itu, Farah berkata, biarpun sudah tidak tinggal sebumbung hampir tujuh bulan lalu namun hubungan mereka berdua masih baik dan sering berjumpa demi anak mereka.

"Buat masa sekarang saya tinggal bersama keluarga di Taman Tun Dr Ismail dan bersyukur mereka sentiasa memberi semangat kepada saya untuk mengharungi dugaan ini.

"Saya dan suami masih berhubung biarpun tidak tinggal sebumbung malah kami ada bertemu untuk bertanya khabar dan melawat Ebrahim," katanya.

Farah dan Zaaher iaitu warganegara Afrika Selatan yang berketurunan Melayu Cape berkahwin pada 15 Februari tahun lalu selepas berkenalan selama setahun menerusi Twitter.

sumber...Mstar

Pandangan Kritis DAP Terhadap Hudud PAS di Kelantan


PAS tak harus abai tadbir urus baik semata-mata kerana hudud, kata DAP

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata PAS tidak sepatutnya lupa dengan perjuangan pengurusan kerajaan yang baik hanya kerana mahu meneruskan agenda hudud parti.

PAS diingatkan untuk kembali kepada perjuangan tatakelola dan tadbir urus kerajaan yang baik seperti ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan tidak meninggalkan perjuangan yang disepakati Pakatan Rakyat (PR) itu semata-mata kerana mahu meneruskan agenda hudud mereka bersama musuh sejati, Umno, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Melalui kenyataannya hari ini, ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, 80% pengundi bukan Islam yang mengundi dalam PRU13 mengharapkan PAS menentang Umno akan rasa dikhianati oleh parti Islam tersebut kerana mereka mengundi untuk menentang rasuah serta menggantikan Barisan Nasional (BN), bukannya melaksanakan hudud.

"PAS tidak seharusnya meninggalkan tadbir urus kerajaan yang baik semata-mata mempercayai Umno akan membantu mereka melaksanakan hudud kepada Muslim di Kelantan kerana ia bakal melenyapkan asas Perlembagaan Persekutuan dan menggagalkan usaha Pakatan Rakyat (PR) menyelamatkan Malaysia daripada rasuah dan BN," kata Lim.

Lim berkata, Umno tidak akan mengalami sebarang kerugian kecuali untuk kembali memenangi undi bukan Islam yang hilang kerana PAS pada 2013.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata, hudud juga bukannya pemenang pilihan raya bagi PAS untuk pengundi komuniti Melayu, kerana jika jika undang-undang Islam itu begitu penting, PAS sudah pasti akan memenangi setiap pilihan raya sejak 50 tahun lalu dan tidak perlu menunggu 50 tahun sehingga Pilihan Raya 2008 untuk memenangi Kedah dan Perak melalui penyertaan bersama PKR dan DAP dalam PR.

Pengundi bukan Islam katanya, tidak akan tertipu dengan tindakan PAS kerana mereka sedar pelaksanaan hukum hudud di Kelantan akan memberikan kesan kepada mereka kerana ia adalah langkah awal pembentukan hudud kepada semua, termasuk komuniti bukan Islam.

"Setiap pengundi bukan Islam sedar Perlembagaan Persekutuan tidak boleh diubah dan perubahan asas Malaysia daripada pentadbiran sivil sedia ada ketika pelaksanaan hudud di dalam 'satu negara, dua sistem jenayah', adalah langkah awal menjadikan pelaksaan hudud kepada semua, termasuk bukan Muslim," katanya.

Lim turut mempersoalkan tindakan PAS yang membuka ruang untuk diperangkap Umno dengan menyediakan inisiatif terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan.

"Mampukah PAS bergantung kepada Umno? PAS membenarkan parti itu diperangkap Umno.
"Daripada mencabar Umno yang merupakan kerajaan pusat untuk melaksanakan hudud di Kelantan, PAS sebaliknya menyediakan inisiatif itu," katanya.

"PAS dan Umno sedar, sejak pilihan raya 2004, sokongan bukan Muslim terhadap PAS menurun sehingga kurang 5%. Sama ada dengan atau tanpa bantuan Umno di Parlimen, mustahil PAS akan memenangi pengundi bukan Islam jika meneruskan pelaksaan hudud di Parlimen."


sumber... TMI

Friday, December 19, 2014

Fadilah Mansor Tidak Lapor Cerai Ke Mahkamah Kerana Sangka Kekal Menjanda

 Fadilah dan Mat London berbual selepas status perceraian mereka disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis. Foto KAMARUL ARIFFIN.

Biarpun telah bercerai selama dua tahun dengan penerbit dan pengarah Mat London namun dramatis Fadilah Mansor mempunyai alasan tersendiri tidak melaporkan kejadian tersebut di mahkamah syariah untuk mendapatkan pengesahan.

Fadilah, 56, berkata, dia tidak segera berbuat demikian kerana tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan penyanyi 60-an, Datuk A Rahman Hassan selepas berkenalan sejak setahun lalu.

"Saya tidak segera membawa kes berkenaan ke mahkamah untuk mendapatkan pengesahan kerana tidak menyangka akan bertemu jodoh sekali lagi kerana saya yakin akan hidup menjanda sehingga akhir hayat.

"Tetapi kuasa Allah mempertemukan saya dengan Datuk A Rahman Hassan dan sebab itulah baru kini saya mahu mendapatkan pengesahan supaya tidak timbul sebarang masalah di kemudian hari," katanya kepada mStar Online.

Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis mengesahkan lafaz cerai yang dibuat Mat London atau nama sebenarnya Ahmad Ibrahim terhadap Fadilah pada 28 September 2012 selepas berpuas hati dengan keterangan diberikan mereka kepada mahkamah.

 Pasangan itu berkahwin di Narathiwat, Thailand pada 18 Oktober 1989 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Alia Farhani, 23, dan Faeesal Aswad, 20.

Terdahulu Hakim Syarie, Ab Malek Awang turut mengesahkan pernikahan pasangan itu di luar negara sah mengikut hukum syarak.

Fadilah bakal bernikah dengan A Rahman Hassan pada 25 Disember ini di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam pada itu, Fadilah menjelaskan bakal suaminya itu mengetahui tentang perkara tersebut dan sentiasa memberikan sokongan dan doa supaya segala-galanya selesai dengan baik.

Malah kata Fadilah, dia tidak pernah menyorokkan sebarang cerita tentang kisah silamnya termasuk kisah rumah tangga dan perceraiannya dengan Mat London.

"Dia (A Rahman) tahu tentang segala-galanya dan sentiasa memberi semangat kepada saya dalam menyelesaikan masalah ini," katanya.

Sementara itu, Fadilah turut memberitahu persiapan perkahwinannya dengan A Rahman berjalan lancar dan berharap majlis itu nanti akan berlangsung seperti dirancang.

"Alhamdulillah semuanya hampir siap dan doakan majlis itu nanti berjalan lancar," katanya ringkas.


sumber...Mstar
Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI

Thursday, December 18, 2014

Siapa Makan Tanah: Dialog Din Ayam VS Lim Guan Eng ?


Tajuk ini sepatutnya bukan cabar ajak dialog tetapi ajak dialog secara profesional

Inilah keadaannya bila politik persepsi menjadi ukuran umum..

Sepanjang masa PAS bertahaluf Siyasi dengan parti pembangkang lain,sejauh manakah seruan atawa syiar dakwah islamiah khususiah dalam bab Hudud dijalankan ?

Malang sekali, ruang dan peluang yang telah diberikan oleh Allah swt selama ini tidak digunakan semaksimanya untuk memahamkan anggota PR..

Adakah rakyat terbanyak akan dsogokkan dengan politik Takfiri ?

PAS cabar Guan Eng dialog, jelaskan sebab tolak hudud

  
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dicabar Ahli Majlis Syura Umala PAS Zaharudin Muhammad untuk berdialog berhubung isu hudud.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Zaharudin Muhammad hari ini mencabar Lim Guan Eng berdialog dengannya berhubung isu hudud, merujuk kenyataan yang dibuat setiausaha agung DAP itu meminta Pakatan Rakyat (PR) memberi jaminan hudud tidak akan dilaksanakan sekiranya ia mengambil alih pemerintahan negara.

Zaharudin yang juga menantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dialog itu bagi memberi peluang kepada Lim menerangkan kenapa beliau menolak hudud dan kepada PAS menjelaskan keadilan sistem Islam kepada rakyat.

"PAS membawa politik Islam, politik damai dan politik dialog. Maka dengan sebab itu saya menyeru YAB (Yang Amat Berhormat) berdialog di depan masyarakat khususnya bukan Islam.

"Saya tidak kisah jika dalam dialog nanti YAB dengan jelas dan lantang menyatakan tidak bersetuju dengan alternatif yang PAS bawa, tetapi yang saya dan rakyat perlukan ialah fakta di sebalik penolakan lantang YAB," katanya dalam satu surat terbuka kepada Lim hari ini.

Surat itu, bertajuk “Cabaran dialog dengan Lim Guan Eng” diletakkan di status Facebooknya petang semalam.

Berucap pada Persidangan Nasional DAP 2014 di Subang Jaya pada Ahad, Lim berkata, dalam usaha menunjukkan pembangkang mempunyai suara sama, pendirian tidak melaksanakan hudud perlu jelas dinyatakan.

"Pakatan perlu buktikan kita boleh mentadbir lebih baik, ini dapat dilakukan dengan dasar yang jelas.

"Perlu ada pendirian tegas, kerajaan PR di Putrajaya tidak akan melaksanakan undang-undang hudud. Itu mesti jelas sama sekali," kata ahli Parlimen Bagan itu.

Zaharudin berkata beliau menulis surat itu atas kapasiti peribadi sebagai seorang Islam dan rakyat Malaysia yang faham dan yakin tentang keselamatan rakyat semakin terhimpit, jenayah menjadi-jadi serta kewujudan unsur rasuah dalam pengurusan ekonomi negara.

Katanya, PAS menegakkan Islam melalui kerangka demokrasi dan menawarkan sistem Islam yang adil sebagai alternatif kepada sistem sedia ada sekarang.

"Dengan kata lain, PAS berusaha menjelaskan keadilan sistem Islam kepada rakyat, kemudian terpulang kepada mereka untuk memilih atau menolak dasar PAS.

"Bila rakyat sokong dengan memberikan undi dan kemenangan kepada PAS sebagaimana berlaku di Kelantan, bermakna PAS berhak melaksanakan apa yang termampu sebagaimana yang dijanjikan kepada rakyat.

"Dengan kerangka demokrasi, sepatutnya semua parti dalam PR bebas bercakap tentang dasar perjuangan masing-masing dan ini juga dipersetujui dalam deklarasi ringkas pada 5 Mei 2013," katanya.

Beliau berkata, DAP tidak sepatutnya meminta PAS membuat pengisytiharan untuk tidak melaksanakan Islam sekiranya PR memenangi pilihan raya umum akan datang, sebagaimana PAS juga tidak boleh memaksa DAP untuk mengisytiharkan menerima pelaksanaan Islam.

"Apa yang penting ialah kita bersatu menentang BN (Barisan Nasional). Selepas menang kita melihat siapa yang majoriti sewaktu kemengangan.

"Jika PAS majoriti, maka Islam akan dilaksanakan demi kebaikan semua. Jika DAP majoriti, maka terpulang kepada DAP. Itu namanya demokrasi,” katanya.

Zaharudin berkata, keadaan itu sudah pun berlaku secara tidak langsung di Pulau Pinang di mana urusan pentadbiran diserahkan sepenuhnya kepada DAP dan di Kelantan, mengikut cara PAS.

Beliau menasihati orang bukan Islam supaya mengamalkan keterbukaan dan memahami hudud yang akan diperkenalkan oleh PAS, termasuk "hak dan keistimewaan yang mereka akan perolehi" di sebalik dasar itu, sebelum membuat keputusan menerima atau menolaknya.

"Apa yang rakyat tidak perolehi daripada Barisan Nasional (BN) ialah kebebasan mendengar dasar parti yang wujud di dalam Malaysia secara lebih jelas.

"Suara PAS disekat, dasar PAS tidak dapat difahamkan kepada masyarakat. Lebih teruk, media Umno putar belit hakikat dasar PAS. Akhirnya sokongan rakyat kepada sesuatu parti ialah berdasarkan sentimen.

"Saya menyeru YAB supaya sentimen ini dihancurkan bersama. Biar rakyat mendengar dan menilai. Itu yang saya dan rakyat Malaysia mahukan," katanya sambil mendakwa BN menerangkan dasar PAS dan memutar belitnya melalui sekatan media.

"1% betul, 99% putar belit. Akhirnya rakyat keliru. Saya harap ini tidak diikuti oleh DAP," katanya.

Zaharudin dengan yakin menegaskan beliau boleh menyatakan fakta yang hak orang bukan Islam sedang didiskriminasikan dalam sistem perundangan konvensional sekarang yang mempunyai banyak kelemahan.


sumber...TMI

Wednesday, December 17, 2014

Gambar Remaja 15 Tahun Kahwini Kekasih 17 Tahun

 Zulhelmi dan pasangannya Nurulain pada majlis persandingan mereka.

Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mengakhiri zaman bujangnya selepas mengambil keputusan untuk mengahwini kekasihnya selepas hanya berkenalan selama dua bulan.

Muhd Muaz Mislan, 15, dan Nur Izzati Amiera Ishak, 17 berkahwin pada 30 November lalu meraih perhatian di media sosial selepas pasangan itu memuat naik gambar-gambar dan video akad nikah mereka di Facebook.

Dalam kenyataannya, Muhd Muaz berkata, dia mahu mengahwini Nur Izzati kerana mahu menjadikan perhubungan mereka sah selepas mendapat restu daripada kedua-dua keluarga.

"Kahwin muda selalu dikatakan macam-macam daripada orang lain, tetapi saya sudah bersedia," tambahnya.

Muhd Muaz dipercayai sedang menunggu keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) berkata, dia memutuskan untuk tidak meneruskan pelajarannya pada tahun depan.

Rakaman video itu menunjukkan Muhd Muaz dan Nur Izzati diijab kabul dengan mas kahwin RM22.50.

Nur Izzati baharu sahaja menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bagi orang Islam, usia perkahwinan yang sah dari segi undang-undang adalah 18 tahun untuk lelaki dan 16 tahun buat perempuan.

Bagaimanapun, dengan kebenaran Mahkamah Syariah, mereka boleh berkahwin tanpa mengira usia.

Di Melaka, Nurulain Mohammad, 15, berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Zulhelmi Kaharudin, 21 pada majlis persandingan mereka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh di sini, Ahad lalu.

Perkahwinan Nurulain dan Zulhemi, mendapat restu daripada kedua-dua keluarga. Kisah cinta mereka juga bukan satu rahsia sejak mula berkenalan.

Zulhelmi yang mengusahakan perniagaan restoran berkata, dia dibesarkan dalam keluarga yang tegas.

'Tiada seorang pun daripada kami berjumpa secara senyap-senyap," katanya.

Dia yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik berkata, dia akan menyokong isterinya untuk menyambung pelajaran ke peringkat universiti.

"Hanya selepas itu baharulah kami akan menimang cahaya mata," katanya.

"Dia masih muda tetapi saya akan membimbingnya dengan nilai-nilai yang baik," katanya.

Pasangan itu mula mengenali sewaktu bersiar-siar di kawasan kejiranan. Zulhemi berkata, ia merupakan cinta pandang pertamanya.

"Dia (isteri) dalam perjalanan balik dari sekolah selepas saya beritahu 'Saya cintakan awak. Dia juga meluahkan perasaan yang sama kepada saya."

sumber...Mstar

GILA: Taliban Serang Sekolah,132 Kanak Kanak Terkorban


Ahli keluarga dan pasukan penyelamat bersama sebahagian mayat pelajar yang terbunuh dalam serangan Taliban di sebuah sekolah di Peshawar, Pakistan pada Selasa. Foto AFP

Serangan Taliban di Sekolah Pakistan: 141 Disahkan Terkorban, 132 Daripadanya Pelajar Sekolah 

PESHAWAR (Pakistan): Pihak berkuasa tentera Pakistan mengesahkan 141 orang, termasuk 132 pelajar sebuah sekolah awam tentera telah terbunuh dalam serangan kumpulan bersenjata puak Taliban di sini pada Selasa.

Kira-kira 500 pelajar dan guru berada di Sekolah Awam Tentera di Jalan Warsak ketika kejadian itu berlaku.

Tentera Pakistan berkata, kesemua tujuh anggota puak Taliban yang melakukan serangan tersebut turut terkorban.Ada di antara mereka yang meletupkan diri sendiri di hadapan pelajar-pelajar sekolah tersebut yang sedang mengikuti kelas sains sosial ketika itu.

Sekurang-kurangnya seorang tentera Pakistan dilaporkan terbunuh dalam insiden tembak-menembak sehingga merosakkan bangunan sekolah berkenaan.

Seorang jurucakap Taliban berkata, kumpulan militan itu diarahkan untuk menembak pelajar yang lebih dewasa, sambil menambah bahawa serangan itu sebagai balas dendam terhadap serangan tentera secara besar-besaran ke atas kubu mereka di kawasan itu baru-baru ini.

Perdana Menteri Pakistan, Nawaf Sharif secara peribadi telah mengendalikan operasi menyelamat ketenteraan di Peshawar berhubung serangan di sekolah itu.

Kerajaan wilayah mengisytiharkan hari berkabung selama tiga hari berikutan tragedi berkenaan.

Taliban mendakwa mereka bertanggungjawab terhadap serangan itu tetapi berkata ia tidak menyasarkan para pelajar.

"Pengebom berani mati kami memasuki sekolah, dan mereka diarahkan untuk tidak mencederakan kanak-kanak, tetapi menyasarkan anggota tentera," kata jurucakap Taliban, Muhammad Umar Khorasani kepada Reuters.

Bagaimanapun pihak tentera berkata, seorang daripada penyerang itu telah memasuki sebuah kelas yang mengandungi 60 orang murid lalu meletupkan dirinya sendiri - mengorbankan sebahagian besar pelajar-pelajar berkenaan.

Manakala dalam satu kelas yang lain pula seorang guru wanita yang sedang mengajar telah disimbah dengan petrol lalu dibakar oleh penyerang-penyerang ini di hadapan murid-muridnya.
Serangan terbaru ini adalah yang terburuk di Pakistan dan melibatkan jumlah korban kanak-kanak yang terbesar dalam sejarah negara itu yang sentiasa bergolak dengan pertelingkahan etnik dan perbezaan mazhab.

Pada 22 September tahun lalu, puak militan telah melakukan serangan ke atas sebuah gereja di sini mengorbankan 80 orang. Ia disifatkan sebagai serangan terburuk ke atas masyarakat Kristian di Pakistan.

Manakala pada 10 Januari tahun lalu, 120 orang terbunuh apabila tempat berkumpul etnik Hazara yang berfahaman Syiah diserang oleh puak Taliban di bandar Quetta, Pakistan.


sumber...Mstar


Tuesday, December 16, 2014

Fakta: Pantai Timur Catat Rekod Tertinggi Buka Pornografi Di Internet



Orang-orang dari Pantai Timur Malaysia menghabiskan masa yang paling lama untuk melihat pornografi di internet, sebuah syarikat video dalam talian mengesahkan.

Statistik oleh Pornhub mendedahkan bahawa pengguna internet di Kuala Terengganu menghabiskan purata 12 minit dan 58 saat untuk setiap lawatan sama ada untuk mencari atau melihat visual.

Warga Malaysia di Kuala Lumpur menduduki tempat kedua, dengan purata 12: 29.

Ini diikuti oleh pengguna internet di Kota Bahru dan Miri, yang mencatatkan penerokaan dengan purata 12: 27 seorang, bagi setiap lawatan.

Ini adalah tempoh masa lanjutan yang dilakukan Pornhub secara global bertajuk 'Who Lasts Longest' dengan mengumpul dan memperincikan masa yang digunakan di laman web oleh orang-orang di seluruh dunia.

Empat bandar di Malaysia mencatatkan purata penggunaan Pornhub lebih tinggi berbanding Malaysia sendiri (12: 05), yang merupakan antara yang tertinggi di Asean.

Filipina (14: 22) mendahului senarai sebagai salah sebuah negara yang mana penggunanya adalah paling tinggi (atau paling lama) di dunia.

Malaysia diikuti oleh Myanmar (10: 54), Indonesia (10: 11), Singapura (9: 50), Brunei (9: 45), Laos (8: 28), Vietnam (8: 24), Thailand (8: 15) dan Kemboja (8: 07).

Bercakap kepada The Star, Naib Presiden Pornhub Corey Price berkata sesetengah negara mungkin telah mencatatkan tempoh masa yang lebih lama untuk setiap lawatan kerana mereka telah mencari video yang betul.

"Kadang-kadang, proses pemilihan boleh memakan masa, justeru ia tidak menghairankan apabila jumlah pelbagai diperolehi di laman web kami," katanya.

sumber...
 Oleh: PATRICK LEE
editor@mstar.com.my

Kantoi: 'Boss SPR' Penyokong Tegar BN Rupanya


Habis...rahsia siapa sebenarnya bekas boss SPR terserlah jugak..

Inilah kesah dari perbuatan 'tangan tangan licik' untuk memenangkan BN dalam PRU..Sebab itulah NGO dan partai pembangkang menggerakkan BERSIH.BERSIH 2.0 dan mahukan SPR diletakkan dibawah Parlimen.

Wa rasa mamat ni jujur menerangkan siapa dirinya yang sebenar...TAPI

Apakah 'benda' yang dimaksudkan oleh Zahid Hamidi dan mamat ini tidak dapat?

Hahaha...Woooittt luu makan sorang jer ke ? 

Jangan serang, saya juga penyokong kuat BN, kata bekas pengerusi SPR kepada Zahid

Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengingatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar jangan salah anggap dengan kenyataannya semalam menggesa Putrajaya tidak berbohong kepada rakyat.

Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu berkata apa yang dikatakanya dalam mesyuarat agung Perkasa semalam adalah kerana mahu Barisan Nasional (BN) terus berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang.

“Jangan serang saya kerana cuba bangkitkan sesuatu yang boleh menjatuhkan kerajaan.

“Saya penyokong kuat BN. Saya tidak mahu kerajaan ini jatuh kerana tiada kerajaan lain boleh memberikan pentadbiran lebih baik dari kerajaan ini,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Zahid hari ini mempersoalkan gesaan yang dibuat Rashid menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhenti daripada menipu rakyat, yang berkemungkinan terdapat 'benda' yang tidak diperolehi naib presiden Perkasa itu.

Naib presiden Umno itu berkata, Rashid seharusnya membangkitkan perkara itu ketika masih berkhidmat dan bukannya selepas bersara daripada perkhidmatannya.

"Semasa dia pegang jawatan kenapa dia tidak sebut perkara itu? Adalah benda yang dia tidak dapat itu," kata Zahid.

Rashid berkata beliau tidak faham apa yang dimaksudkan Zahid kerana seelok-eloknya penjelasan yang lebih lanjut perlu diberikan.

Katanya, selepas menyertai Perkasa, tiada apa yang harus dibimbangkan untuk mengkritik kerajaan kerana tidak terikat dengan peraturan kakitangan awam.

“Apa sesuatu yang saya tidak dapat itu? Apa ada kaitan dengan benda itu semua? Marah kepada saya kenapa? Jelaskan. Jika kerajaan kamu kerajaan yang baik, jelaskan pada rakyat.

“Saya hanya bercakap mengenai rasuah. Bila rakyat bercakap tentang rasuah, mereka tidak menjelaskan dengan baik. Rakyat berterusan bercakap mengenai perkara ini. Dalam parti dia pun tidak ada bincang tentang ini.

“Ini kelemahan utama menyebabkan kerajaan ini tidak popular. Bila kerajaan tidak popular, mereka jatuh. Saya juga sayang dan salah seorang penyokong kerajaan BN. Saya mahu kerajaan BN kekal,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata Putrajaya perlu segera memperbaiki kelemahan kerana mereka mempunyai masa lebih kurang tiga tahun sebelum pilihan raya umum untuk mendekati rakyat.

Katanya, kritikannya itu tidak boleh dipandang ringan kerana sebagai bekas pengerusi SPR, pelbagai keluhan rakyat sudah didengar mengenai pemerintahan kerajaan semasa.

“Baiki kelemahan, rakyat akan kembali memberi sokongan. Saya buat kajian lapangan juga, bercakap dengan rakyat. Mereka tidak menyokong kerajaan sekarang.

“Najib di peringkat antarabangsa banyak melakukan perkara yang hebat. Kita boleh puji salah seorang perdana menteri yang terbaik dalam soal diplomasi. Tetapi di sini, beliau perlu memberikan perhatian kerana ini yang banyak diperkatakan rakyat.

“Maaf kalau orang tidak suka apa yang saya kata tetapi saya kata ini supaya pemimpin ini sedar apa yang tidak betul, dibetulkan. Tolonglah orang miskin di bawah, tengok rakyat hidup. Bukan suap-suap duit,” katanya.

sumber...TMI

Monday, December 15, 2014

ISIS Mula Serang Bandaraya Sydney Pulak


Pasukan polis khas taktikal mendapatkan salah seorang tebusan yang menyelamatkan diri keluar dari sebuah kafe di pusat daerah perniagaan Sydney yang kini ditawan oleh seorang lelaki bersenjata. Foto AP

Tebusan: Suspek Tuntut Bendera IS, Beri Amaran Empat Bom Dipasang Di Sydney

Seorang lelaki bersenjata yang menawan tebusan di sebuah kafe di Sydney pada Isnin mendesak supaya bendera kumpulan Negara Islam (IS) diserahkan kepadanya dan memberi amaran terdapat empat butir bom telah dipasang di sekitar bandar itu, menurut satu laporan.

Channel Ten berkata, ia telah bercakap dengan dua daripada tebusan yang berada di dalam kafe tersebut dan lelaki yang menawan mereka membuat beberapa tuntutan.

"Pasukan #TenNews kami telah bercakap secara terus dengan dua tebusan di dalam kafe... mereka telah mengesahkan dua tuntutan daripada lelaki itu," kata saluran itu di akaun Twitter.

"Dia (lelaki bersenjata) mahu bendera Kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) supaya dihantar ke kafe itu, dan tuntutan keduanya adalah mahu bercakap dengan Perdanan Menteri.

"Mereka juga menyatakan bahawa terdapat empat butir bom, dua di dalam kafe Lindt di Martin Place, dan dua lagi di pusat daerah perniagaan (CDB) Sydney. Tiada pengesahan daripada polis," katanya.

Setakat ini, seramai lima orang berjaya menyelamatkan diri keluar dari kafe itu. Mereka terdiri
daripada tiga lelaki dan dua wanita.

Polis Australia mengepung ibu negara itu pada Isnin selepas seorang lelaki bersenjata menawan tebusan di sebuah kafe di pusat bandar Sydney dan memaksa mereka untuk bendera dengan tulisan Arab, berikutan kebimbangan terhadap serangan pejuang jihad.

Polis berkata, mereka mengesan terdapat seorang penyerang yang terlibat dalam kafe coklat Lindt di Sydney tetapi kemungkinan jumlah yang terlibat adalah lebih ramai.

Polis, termasuk para pegawai separa tenteta mengepung beberapa blok bangunan di sekitar kafe apabila pihak yang mahu berunding cuba untuk menyelesaikan masalah itu.

Sekumpulan penembak hendap dan Pasukan Taktik dan Senjata Khas (SWAT) membuat kawalan di sekitar kafe dan helikopter polis turut beroperasi membuat pemantauan.

Sekurang-kurangnya lima tebusan telah dibebaskan atau berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian yang berlaku pada pagi Isnin.

Polis berkata, tidak dapat dipastikan berapa ramai lagi tebusan yang masih ditawan di dalam kafe tesebut tetapi bilangannya tidak seramai 30 atau 40 orang seperti yang dilaporkan sebelum ini.

sumber...Mstar

Rang Undang-Undang Hudud Kelantan ‘Bermasalah’, kata Anwar


Kerajaan pimpinan PAS di Kelantan mahu meminda enakmen tentang hudud di Dewan Undangan Negeri pada 29 disember ini.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rancangan kerajaan pimpinan PAS di Kelantan mahu meminda enakmen tentang hudud di Dewan Undangan Negeri bermasalah, kerana ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang jenayah Islam di negeri itu.

"Akan ada banyak masalah kerana anda perlu meminda undang-undang persekutuan. Mereka tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakannya (hudud)," kata Anwar ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

"Katakan mereka buat juga. Siapa yang akan membuat tangkapan? Siapakah yang akan membawa mereka (suspek) ke penjara? Ia bukan dalam kuasa (kerajaan negeri) mereka. Oleh itu, terdapat banyak masalah."

Kerajaan Kelantan telah menetapkan 29 Disember untuk memanggil satu sidang khas Dewan Undangan Negeri untuk membentangkan pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata semalam ia adalah sebahagian daripada prosedur kerajaan negeri untuk membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen untuk membolehkan Kelantan menguatkuasakan hudud.

Walau bagaimanapun, DAP telah berulang kali menuntut PAS menangguhkan rancangannya di Kelantan, menyatakan undang-undang jenayah Islam yang kontroversi bukan sebahagian daripada rangka kerja dasar bersama Pakatan Rakyat.

Anwar berkata hari ini mereka masih tidak tahu pindaan enakmen yang hendak dibuat tetapi PAS katanya telah berjanji untuk memberikan maklumat itu.

"Dalam kata sepakat yang kami capai pada tahun 2010, kita bersetuju apa-apa langkah-langkah baru perlu dibincangkan dalam PR. Tetapi kita juga bersetuju apa-apa langkah yang telah diambil sebelum ini (sebelum kewujudan PR) termasuk yang diambil oleh Kelantan perlu dihormati.

"Jadi, saya tidak tahu tentang peruntukan ini apakah sama dengan apa yang telah diluluskan sebelum ini yang juga memerlukan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan."

Anwar berkata Pakatan Rakyat akan mengkaji rang undang-undang ini sebelum membuat apa-apa keputusan mengenainya.

Sebelum ini, kerajaan Kelantan sudah menubuhkan satu jawatankuasa teknikal mengenainya yang mengumpulkan semua kumpulan pakar mengenai undang-undang itu termasuk para peguam sivil.

Kerajaan pusat juga telah menubuhkan jawatankuasa yang sama di peringkat pusat dengan diketaui oleh Ketua Bahagian Syariah Jabatan Peguam Negara.

Sehingga kini, tujuh mesyuarat telah diadakan iaitu lima di peringkat negeri dan dua di peringkat pusat.


sumber...TMI