Coretan politik,sosial,ekonomi,agama dan lain lain lagi di Malaysia dan seluruh dunia. Sumber dari semua capaian internet. email greenblacks8@gmail.com
Followers
Sunday, December 14, 2014
Fakta: Pekung 1MDB Tunggu Pecah Saja
Apa cerita sebenarnya, kemanakah perginya wang rakyat Malaysia berbilion bilion ?
Kenapa Najib enggan menjawab pertanyaan Rafizi Ramli di Parlimen ?
1MDB sebagai satu skandal terbesar era Datuk Seri Najib Razak dan katalis kejatuhan Najib nampaknya kian menjadi kenyataan.
Laporan polis oleh salah seorang pemimpin Umno bahagian sendiri dan kabinet turut membincangkan isu ini semasa ketiadaan Najib, adalah perkembangan baru bakal membawa impak yang besar.
Timbalan Ketua Umno Batu Kawan, Pulau Pinang, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dalam laporan polisnya, antara lain memohon siasatan dijalankan mengenai:
a. Pembelian tanah seluas 234 ekar di Air Itam, Pulau Pinang pada harga RM1.38 bilion, yang dikatakan melebihi harga pasaran semasa (dari dua pemilik)
b. Pelaburan misteri sebesar US$1.2 billion dalam sebuah syarikat dikenali PetroSaudi International
c. Pembelian sebidang tanah dari syarikat Tadman Resources Bhd di Pulau Indah dengan harga RM317 juta
d. Pembayaran bunga pinjaman yang lebih tinggi dari kadar pasaran
e. Pembayaran yuran kepada Goldman Sachs International yang dikira berlebihan
f. Pembelian aset janakuasa IPP seperti Powertek Energy dan Sanyen Power Sdn Bhd pada harga yang lebih mahal dari harga pasaran
g. Pelaburan misteri di Pulau Cayman
Rabu lalu, ketika kabinet bersidang tanpa PM yang berada di luar negara, seorang menteri dilaporkan membangkitkan isu 1MDB.
Kabinet dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku timbalan perdana menteri, mengambil kesempatan membincangkan isu ini.
Ia sudah tentu akan diminitkan dan sekembalinya Najib nanti, beliau pasti akan membaca minit tersebut untuk pengesahan mesyuarat kabinet akan datang. Apa reaksi beliau dalam mesyuarat akan datang?
Mengapa menteri berkenaan berani membangkitkan atau berani mengambil kesempatan ketika ketiadaan PM?
Bagaimana pula perbincangan sulit kabinet mengenai isu ini boleh sampai kepada media? Tentulah dengan niat yang tertentu.
Tidakkah Najib mula terasa panasnya bahang 1MDB dengan tindakan baru ini? Sama juga dengan keberanian tiba-tiba seorang pemimpin Umno bahagian.
Bukankah menjelang PAU baru-baru ini, presiden parti telah mengadakan perjumpaan dengan semua perwakilan dan memberikan penjelasan mengenai 1MDB
Tidakkah dua perkembangan ini laporan polis oleh pemimpin Umno bahagian dan perbincangan kabinet – terjadi serentak?
Terlepas dari apa jua pertimbangan politik pihakpihak yang terlibat, rakyat negara ini secara keseluruhannya mempunyai hak mendapatkan penjelasan yang terang tidak lain dari PM sendiri mengenai isu ini.
Samada polis berani menyiasat bos tertinggi negara ini atau tidak, adalah isu lain.
Ini adalah ujian terbesar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku menteri dalam negeri. Beranikah beliau membenarkan polis bertindak profesional dalam isu ini?
Namun, dari dua perkembangan terbaharu ini, Najib mestilah berani memberikan penjelasan terbuka.
Siapa pemilik tanah di Pulau Pinang yang dibeli dengan harga (95% lebih mahal?) oleh 1MDB, misalnya.
Isu 1MDB melibatkan jumlah kewangan yang sangat besar dan mewajarkan PM bersikap telus.
Misalnya, bagi tahun kewangan sehingga Mac tahun ini, 1MDB mencatat kerugian sebesar RM665.3 juta dengan hutang sebesar RM49.1 bilion.
Sekalipun 1MDB dikatakan mempunyai aset sebesar RM51.4 bilion, jumlah aset di atas kertas ini kelihatan lebih besar dengan menggunakan penilaian yang lebih tinggi.
Apa lagi, seperti ditulis oleh Datuk A Kadir Jasin dalam blognya bahawa 1MDB telah pun memohon dan mendapat kelulusan dari Bank Negara memanjangkan tempoh bagi hutang tak berbayar (non-performing loan) dari tiga bulan kepada enam bulan.
Jika ini benar, memang 1MDB sudah mengerang kesakitan walaupun usianya sangat muda.
Najib bukan sahaja perlu memberikan penjelasan terbuka terhadap semua isu yang dibangkitkan berkait dengan 1MDB, tetapi juga bersedia memberikan penjelasan dalam sirisiri berikutnya apabila pertanyaan lanjutan dikemukakan nanti.
Lazimnya, sebuah Kertas Putih perlu dibentangkan kepada Kabinet dan seterusnya kepada Parlimen.
Sepanjang menuju penjelasan terbuka itu, saya percaya, pengkritik utama Najib seperti Tun Dr Mahathir Mohamad sudah pun mempunyai jerangkap samar untuk meletupkan survival politik Najib sebelum PRU yang akan datang.
sumber...TMI
Label:
1MDB,
BN,
laporan polis,
najib rosmah,
Umno Baru