Followers

Monday, December 8, 2014

Hari Ini Madey Tibai Najib Kaw Kaw Punya

 Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata rakyat Malaysia tidak ada kepercayaan kepada diri sendiri sehingga melantik warga Jerman sebagai ketua pegawai eksekutif MAS


PM ‘orang putih’ pula selepas ini, kata Dr Mahathir tentang CEO baru MAS

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyarankan seorang “kulit putih” boleh menjadi perdana menteri Malaysia akan datang berikutan pelantikan warga Jerman mengambil alih pengurusan syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS).

Bercakap dengan nada sinis seperti biasa, bekas perdana menteri itu berkata, memandangkan Putrajaya melantik Christoph R Mueller sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) MAS NewCo di bawah pelan pemulihan syarikat itu, mungkin negara sudah bersedia menerima seorang dari bangsa kulit putih sebagai perdana menteri.

"Saya khuatir kita tidak ada kepercayaan kepada diri sendiri sehingga satu hari nanti kita nak perdana menteri, kita boleh ambil orang putih sebab dia lebih pandai daripada kita.

Kalau nak marah, marahlah. Itu pendapat saya,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Malaysiakini pada satu sidang media selepas merasmikan seminar pengurusan kualiti Islam (i-QAM) di Hotel Everly di Putrajaya.

Sabtu lepas, Dr Mahathir pertama kali mengulas mengenai pelantikan Mueller yang diumumkan Jumaat, mengatakan Putrajaya terpaksa mengambil CEO Aer Lingus itu kerana "rakyat Malaysia bodoh", tidak pandai mengurus syarikat penerbangan hingga MAS mengalami kerugian.

Mengulas lanjut pelantikan Mueller berkuat kuasa 1 Januari 2015 itu, Dr Mahathir menyuarakan kebimbangannya terhadap sikap tidak percaya kepada kepakaran rakyat tempatan dalam pelantikan jawatan penting.

Katanya menurut laporan Bernama, Malaysia mempunyai banyak bakat berkebolehan yang boleh digilap.

"Kita ada banyak 'talent' (bakat) dalam negara ini. Tapi nak panggil konsultan pun orang asing. Nak jadi 'director' (pengarah) pun orang asing," katanya.

Dr Mahathir berkata, kemakmuran negara yang dikecapi selepas kemerdekaan merupakan hasil kepimpinan rakyat tempatan sendiri.

"Saya ingat orang Malaysia ini tidak bodoh. Pada zaman (penjajahan) British dulu, kita sebuah negara yang cukup kolot, miskin. Kita jadi kaya, kita dapat membangun selepas kita merdeka, dipimpin oleh orang Malaysia," katanya.

Sebelum ini, beberapa pengkritik mengulas pengumuman Khazanah Nasional Berhad mengenai pelantikan Mueller itu, termasuk memberi reaksi negatif.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, walaupun Mueller mungkin "pakar terbaik" di dalam industri penerbangan, beliau boleh dilantik sebagai konsultan, dan bukannya CEO.

Katanya, tenaga dan kepakaran tempatan mesti diutamakan dalam mengetuai agensi atau syarikat berkaitan kerajaan atau anak syarikat milik penuh kerajaan, kerana amanah yang diberikan itu mempunyai "pertanggungjawaban nasional".

Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, rakyat tempatan seharusnya menguruskan MAS, bukan warga asing yang tidak diyakini boleh memenuhi aspirasi korporat syarikat penerbangan negara.

Bekas pengarah urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, pelantikan warga asing menerajui MAS satu pembaziran kerana setelah sekian lama menerajui dunia penerbangan, Malaysia memiliki calon tempatan yang lebih sesuai.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula menyifatkan pelantikan Mueller itu penting dalam meletakkan asas yang kukuh demi kejayaan masa depan MAS.

Mueller menerajui Aer Lingus, syarikat penerbangan nasional Ireland, sejak 2009 dan mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam sektor penerbangan, logistik dan pelancongan.