Followers

Friday, September 30, 2011

HUDUD: BN Kecundang, PAS Menang Bergaya

Bukan islam memberikan sokongan padu kepada Nik Aziz

Dengan selesainya isu hukum hudud, Mursyidul Am PAS sememangnya ada sebab untuk tersenyum lebar. Beliau telah berjaya memujuk rakan pakatannya, DAP.

DAP dan PKR sudah sedia maklum akan aspirasi PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan dan Terengganu. Kedua-dua negeri telah pun membentangkan pelaksanaan hukum hudud di dalam dewan rakyat masing-masing. Namun, apa yang menjadi penghalang adalah kerajaan pimpinan UMNO yang enggan memberikan kebenaran untuk melaksanakannya.

Tetapi, Nik Aziz yang telah berusia 80 tahun, juga memegang jawatan sebagai Menteri Besar bukanlah sembarangan orangnya. Beliau tidak mungkin akan memaksa pelaksanaan hudud di negera ini semata-mata untuk kepentingan sendiri dan cita-cita Islam PAS. Beliau telah pun mula menerangkan kepada rakyat bukan Islam dalam usaha mententeramkan ketakutan mereka terhadap hukum yang membolehkan pesalah dipotong tangan, disebat dan direjam sehingga mati itu.

“Wahai sahabat bukan Islamku, beritahu pada saya, bahagian manakah tentang hukum hudud yang menakutkan anda,” tulis Nik Aziz di laman Facebooknya beberapa jam selepas keputusan Pakatan dibuat.

“ Saya berharap anda tidak akan takut pada hudud hanya kerana kekeliruan dan kejahilan kerana jika kamu takut akan hudud itu hanya kerana khabar angin sahaja. Saya ingin mengetahui dengan lebih jelas apakah kebimbangan kamu dan untuk mengakhirkan semua ini, saya telah menyediakan beberapa jawapan kepada persoalan kamu untuk meredakan kebimbangan kamu itu.”

BN tidak tentu arah

Apabila Pakatan telah membuat keputusan secara terbuka, dimana DAP, PAS dan PKR telah menangani isu kontroversi ini dengan sepakat, UMNO dan BN pula tidak senang duduk.

Perdana Menteri, Najib Razak, yang merupakan presiden UMNO, dilihat tidak berupaya dan tidak berlaku adil kepada orang Islam dan bukan Islam. Minggu lalu, apabila isu ini ditimbulkan oleh bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad, sokongan orang Islam terhadap PAS dan juga Nik Aziz juga telah meningkat.

Walaupun ramai orang Melayu yang menentang hukum hudud kerana percaya bahawa ianya hukum yang sudah tidak relevan pada masa ini, mereka tetap memberi sokongan terhadap PAS kerana sanggup mempertahankan Islam. Mereka melihat Najib yang menolak hudud adalah sebagai caturan politik untuk menjadikan dirinya lebih popular tetapi tidak pernah cuba untuk mencari jalan penyelesaian terhadap isu yang sensitive dan kontroversi itu.

“Kita menegaskan bahawa kita tidak akan diheret kedalam kancah politik sempit yang cuba memecah-belahkan kita. Kita percaya akan kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai situasi ini sendiri,” kata ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.

Ketidakpuasan hati terhadap Najib meningkat dalam UMNO

Semasa BN dengan cepat cuba mengalih perhatian kepada perbalahan Pakatan terhadap isu ini, UMNO sendiri berada dalam keadaan kucar-kacir apabila MCA dan Gerakan menentang sekeras-kerasnya pelaksanaan hudud.

Cepat mengenepikan pelaksanaan hudud, kenyataan Najib bercanggah pula dengan pandangan timbalannya yang berpendapat UMNO menyokong hudud tetapi belum boleh melaksanakannya buat masa yang terdekat ini. Ralat politik PM ini telah mengundang kemarahan ahli tegar UMNO dan juga umat Islam yang taat.

Sambutan baik oleh bukan Islam, terutamanya kaum Cina tidak diendahkan kerana mereka melihat ini sebagai mainan untuk memancing undi bagi MCA dan Gerakan.

Ketidak ikhlasannya terbukti. Ini sememangnya akan meretakkan lagi hubungan penyokong Najib dan Muhyiddin. Di dalam UMNO, permintaan untuk Najib segera berundur semakin meningkat kerana isu hudud. “Dia tak sedar akan kemahuan orangnya sendiri,” Ahli parlimen Bukit Gantang, Nizar Jamaluddin memberitahu Malaysia Chronicle.

Sokongan tak terhingga di Facebook

Dalam pada itu, kejujuran sentiasa dihargai kerana laman Facebook NikAziz telah mendapat sambutan yang hangat sejak isu ini timbul. Sekarang, beliau sudah mempunyai kira-kira 561, 047 orang pengikut.

Untuk satu kenyataan berkaitan hudud, beliau telah mendapat 4,356 komen. Sekurang-kurangnya 9,146 telah ‘like’ dan 3,054 pula telah berkongsi kenyataan beliau itu di laman facebook mereka sendiri.

Kenyataan yang paling menarik perhatian adalah seperti berikut:

Oh Utusan Malaysia, akhbar yang mendakwa sebagai jaguh mempertahankan hak orang Melayu dan Islam. Sedarkah anda apa yang sedang anda lakukan. Dimanakah had dalam mempraktikkan politik apabila al-Quran sentiasa diperlekehkan?

Wahai orang Islam…ya Tuhan yang Maha Berkuasa…wahai sahabat Mufti…wahai NGO Melayu/ Islam…wahai sahabat cendekiawan dan ilmuwan muda UMNO…bukankah sudah nyata bahawa ini adalah penghinaan terhadap hukum Islam?

Nik Aziz telah menulis sebagai respon kepada karikatur yang diterbitkan oleh akhbar Utusan milik UMNO.

Dalam kenyataannya selepas itu, Nik Aziz menerangkan bahawa beliau jarang membaca Utusan.

“Pada pendapat saya, surat khabar ini umpama pembesar suara bagi UMNO. Pagi tadi, saya ditunjukkan lakaran kartun yang diterbitkan semalam, menghina hukum hudud. Saya tak nak komen banyak-banyak, apa yang saya cakap sudah cukup, dan boleh difahami oleh sidang editor Utusan Malaysia,” kata Nik Aziz.

sumber...Malaysia Chronicle

Projek Kapal NGPV BN Kantoi Lagi !

Akibat pecah amanah 1,000 perantis DTM terkontang kanting

Harakahdaily

LUMUT, 30 Sept: Ekoran kegagalan pembinaan kapal NGPV (New Generation Petrol Vessel) akibat penyelewengan kewangan dan rasuah pada tahun 2006, bukan sahaja duit rakyat yang hangus tetapi menzalimi anggota tentera.

Ini kerana, akibat kegagalan pembinaan 27 buah kapal tentera itu, ia telah menyebabkan lebih 1,000 pelatih TLDM yang dipersiapkan untuk bertugas dengannya sudah teraniaya.

Inilah yang diajukan para lulusan Perantis Diploma Teknologi Marin (DTM) yang kini terus terkontang-kanting dan tidak tentu hala kedudukan mereka.

Semua masalah ini berpunca dari rasuah dan pecah amanah dari skandal pembinaan 27 kapal NGPV ini.

Skim DTM yang dimulakan pada tahun 1996 dijalankan di KD Pelandok yang berpangkalan di Lumut dengan kerjasama pihak UTM Skudai.

Pembelajaran mereka dijalankan di bawah pengawasan Markas Pendidikan dan Latihan TLDM. Penganugerahan diploma pula dibuat di UTM Skudai, Johor.

TLDM merancang pembinaan 27 kapal ronda dalam program Kapal Ronda Generasi Baru NGPV (New Generation Patrol Vessel) pada hujung 1990an.

Namun Jawatankuasa Perakaunan Awam mendedahkan kegagalan PSC-ND menyerahkan semua kapalnya yang dianugerahkan dengan kontrak sejumlah RM5.35 billion ringgit kepada media massa.

Dari 27 buah, hanya dua sahaja berjaya disiapkan.

Selepas pasukan pengurusan baru ditubuh, projek ini berjalan semula namun hingga kini hanya empat buah sahaja berjaya diselesaikan.

Dua kapal pertama dalam kelas ini, 171 KD Kedah dan 172 Pahang akhirnya ditauliahkan ke dalam perkhidmatan pada bulan Jun dan Ogos tahun 2006.

Kapal ketiga, KD Perak (gambar atas) dan kapal keempat KD Terengganu baru sahaja diserahkan kepada TLDM baru-baru ini.

Akibat kegagalan pembinaan ini, lebih 1,000 anggota tentera laut yang dilatih untuk berkhidmat dengan kapal-kapal ini dan memiliki DTM ini terkontang kanting.

Mereka tiada tempat untuk diperjawatkan setelah habis kursus DTM dan memakai pangkat Laskar Kanan.

"Maka terjadilah lebihan anggota tetapi perjawatan tiada kerana kapal PV ini gagal disiapkan mengikut jadual," kata satu sumber kepada Harakahdaily.

Kini, mereka mula menghadapi akibat dari penyakit rasuah yang menyelubungi pentadbiran kerajaan Datuk Seri Najib Razak ini.

Antara masalah yang mereka hadapi adalah penyambungan perkhidmatan, pemberhentian sukarela sebelum tarikh tamat perkhidmatan tanpa pembelaan nasib anggota yang sewajarnya selepas berhenti di samping pemberian gaji yang tidak telus, adil dan saksama.

"Untuk pengetahuan tuan, hanya cawangan kami (skim DTM) sahaja yang mengalami masalah yang dinyatakan. Nyatalah kami telah didiskriminasi berbanding cawangan kelasi, bekalan dan teknikal biasa," kata sumber itu.

Mereka juga menghadapi pencabulan perjanjian pangkat cepat yang dijanjikan kepada mereka.

Teraniaya

"Skim kami dijanjikan pangkat cepat selepas lima tahun tamat kursus skim DTM, pakai pangkat Laskar Kanan selama setahun, selepas itu dinaikan ke pangkat Bintara Muda (petty officer).

"Tetapi janji ini telah ditarik balik oleh bekas panglima tentera laut," kata sumber itu.

Skim perantis DTM ini telah dimansuhkan pada tahun 2010 dan dihentikan pengambilan anggota sejak tahun 2009.

Pengambilan terakhir iaitu intake 2001 paling junior sekarang masih dalam on job training untuk melengkapkan kursus DTM mereka.

Mulai tahun lepas, mereka mula ditawarkan pemberhentian awal secara sukarela sebelum tarikh tamat perkhidmatan yang tidak pernah diamalkan dalam tentera laut.

Mereka hanya dibayar pampasan mengikut tahun berkhidmat.

Kini, kira-kira 200 orang dari kesemua 1,000 anggota telah berhenti dari perkhidmatan melalui pendekatan ini.

Yang menyedihkan mereka juga, akibat rasuah dan kegagalan projek ini merekalah yang menjadi mangsa.

Bayangkan selama 5 tahun berkhidmat, gaji mereka masih RM1200.00 sebulan iaitu sama dengan anggota dari cawangan lain yag baru berkhidmat dalam setahun dua sahaja.

Untuk menyelesaikan masalah ini, pelbagai cara telah mereka buat termasuk berbincang secara langsung dengan Panglima Angkatan Tentera tetapi gagal.

Bahkan ada antara mereka telah cuba berbincang secara langsung dengan Perdana Menteri melalui facebooknya, namun pegawai ini telah diambil tindakan tatatertib oleh TLDM.

Bagi mereka, inilah jalan terakhir untuk membela nasib mereka iaitu ke media.

Tahniah: Guan Eng mohon maaf pada Sultan Johor

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memohon maaf kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar kerana menyinggung perasaan baginda berhubung satu kenyataan yang didakwa memburukkan negeri Johor.
Lim berkata beliau memohon maaf sepenuhnya kepada baginda dan rakyat negeri Johor.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini, Lim berkata, beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri lain.

Berikut adalah kenyataan penuh Guan Eng.

Sebagai rakyat Malaysia yang setia kepada Raja dan negara, patik ingin memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, atas rasa tersinggung DYMM Tuanku terhadap kenyataan berikutan dengan Johor yang telah dibuat oleh patik.

Dan juga kepada rakyat jelata Johor di bawah naungan DYMM Tuanku atas perkara yang sama.

Patik tidak berniat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri atas apa-apa sebab dan alasan sekali pun.

Dalam laporan media, DYMM Sultan Johor juga bertitah bahawa Baginda tidak mahu diseret ke dalam arena politik. Patik bersetuju dengan titah DYMM Sultan Johor.

Saya merasakan bahawa saya telah disalah lapor oleh media massa yang dikawal oleh Barisan Nasional.

Saya akan membawa perkara ini ke mahkamah untuk menentukan kebenaran tentang di mana saya membuat ucapan saya, apa yang sebenarnya yang diperkatakan, bagaimana ia dikatakan dan dalam konteks apa kenyataan itu dibuat.

Setakat ini, selain daripada pita rakaman yang disiarkan oleh TV3, tidak ada sebarang laporan media tentang apa yang saya katakan di Singapura atau di Australia. Saya mempunyai akses untuk pita rakaman wawancara saya dengan Radio Australia. Saya masih sedang mencari pita rakaman tentang apa yang saya katakan di Singapura yang dibuat secara peribadi dalam satu sesi tertutup.

Saya telah pun mengarahkan peguam-peguam saya untuk memfailkan saman di mahkamah, ke atas semua media massa kawalan BN bermula dengan Bernama.

Sementara itu, akhbar-akhbar utama hari ini melaporkan Sultan Johor tersinggung dengan dakwaan yang Guan Eng telah memburukan negeri itu dan ketua menteri Pulau Pinang itu didakwa berkata rakyat Singapura menghadapi kemungkinan diculik jika ke negeri itu.

Berita Harian melaporkan baginda tersinggung bila mendengar tuduhan tidak berasas dibuat berkaitan keadaan Johor.

Menurut baginda, polis Johor yang dipimpin Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, selama ini sentiasa menunaikan tanggungjawab diamanahkan dalam menjaga keselaatan dan keamanan untuk kesejahteraan seluruh rakyat dan pelancong ke negeri ini.

Pada 12 Ogos lalu, Lim didakwa memburukkan negeri itu dalam pertemuan dengan wartawan asing di Singapura, dan rakaman audio yang dikatakan beliau memburukkan Johor, telah disiarkan dalam Buletin Utama TV3.

Lim dilaporkan berkata rakyat Singapura menghadapi kemungkinan diculik apabila mereka pergi ke Johor.

Kenyataan Lim itu dilaporkan mengundang kemarahan pelbagai pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendesak setiausaha agung DAP itu memohon maaf di atas kenyataaan itu.

Bahkan kira-kira 200,000 ahli Majlis Penyelaras Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Melayu Johor dilaporkan mahu tindakan undang-undang diambil kepada Lim dan menasihatkan beliau agar tidak masuk ke negeri tersebut.

sumber...MK

p/s...from a good comment...

Congratulation.... this is another example of good quality leader. Say sorry when you feel you hurt someone. Sorry doesn't mean you are wrong but to express your feeling and human quality. Tahniah again, keep good work.

...syabas LGE .... jgn jadi mcm BN semua hipokrit ... kita hormat dgn sultan bukan dgn puak2 umporno ... tahniah ..

Kenapa Sehingga 4,000 Helai Coli Digantung

PITTSBURGH, Amerika Syarikat (AS) - Sebanyak 4,000 helai coli digantung di sepanjang sebuah jambatan di sini dalam kempen meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya penyakit barah payu dara, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Coli berbagai saiz dan beraneka warna itu berkibar ditiup angin selepas digantung di atas wayar jambatan Hot Metal Bridge yang menghubungkan sungai Monongahela dengan pusat bandar raya ini, negeri Pennsylvania.

Semua coli tersebut akan digantung selama tiga minggu bermula kelmarin sebelum pakaian dalam itu dicuci dan didermakan ke beberapa rumah perlindungan wanita.

Coli-coli itu dibekalkan oleh pihak pengurusan syarikat pakaian tempatan, American Eagle Outfitters yang bertanggungjawab mencetuskan idea untuk mengadakan kempen tersebut.

Selepas coli-coli itu digantung kelmarin, ia berjaya menarik perhatian para pengguna jambatan berkenaan serta pihak media.

"Saya langsung tidak menyangka akan melihat sebegitu banyak coli. Kempen ini hebat. Saya berhenti untuk merakam pemandangan unik ini," kata seorang pengguna jambatan tersebut, Monica Minetola.

sumber...Agensi

Thursday, September 29, 2011

BUKU Memali: A Policeman Remembers

Bekas OCPD: Bukit Aman buat keputusan 'tak bijak'

Seorang bekas pegawai kanan polis yang terlibat dalam peristiwa Memali mendakwa keputusan pegawai atasannya di Bukit Aman untuk menangkap pemimpin PAS Ibrahim Mahmood atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya sebagai 'tidak bijak'.
Bekas ketua polis daerah Baling, Tunku Muszaffar Shah Tunku Ibrahim dalam bukunya 'Memali: A policeman remembers' berkata keputusan tidak bijak itu dibuat dengan campurtangan politik serta kerana memandang rendah ketabahan pengikut Ibrahim.

Peristiwa berdarah pada 19 November, 1985 menyebabkan kematian Ibrahim, 13 pengikutnya dan empat anggota polis, selepas percubaan kali kedua untuk menahan beliau di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Muszaffar menulis bahawa pegawai-pegawai tertinggi di Bukit Aman sepatutnya tidak menuruti arahan daripada pemimpin politik mereka dan menolak permintaan yang tidak selaras dengan norma-norma atau prosedur polis.

"Budi bicara dan tindakan polis tentang bagaimana mereka harus melaksanakan tanggungjawab perlu mengikut situasi pada peringkat akar umbi," katanya.
Pada masa itu, pihak polis diletakkan di bawah jagaan Tun Musa Hitam dalam kapasiti beliau sebagai Menteri Dalam Negeri. Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kejadian itu adalah perdana menteri.

Menurut Kertas Putih yang dibentangkan di Parlimen pada bulan Februari 1986, kerajaan cuba memberikan justifikasi bagi menangkap Ibrahim di bawah ISA dengan menuduh beliau menubuhkan Gerakan Revolusi Islam yang bertujuan untuk menggulingkan kerajaan persekutuan dengan kekerasan.

Walaupun Muszaffar tidak membekalkan apa-apa dokumen mengenai contoh campur tangan politik itu, katanya, Musa telah mengeluarkan arahan khusus semasa percubaan pertama pada 2 September 1984 untuk menangkap pemimpin PAS berkenaan.
Dalam buku itu, Muszaffar berkata Musa telah mengarahkan Bukit Aman untuk memastikan bahawa pihak berkuasa tidak menggunakan kekerasan semasa menangkap Ibrahim dan berundur sekiranya mereka menghadapi rintangan.

Dengan diketuai oleh ketua daerah polis cawangan khas, pihak berkuasa menuju ke rumah Ibrahim di Kampung Charok Puteh pada jam 2:45 pgi hari berkenaan tetapi berundur mereka dihalang oleh puluhan penduduk yang bersenjatakan buluh runcing dan senjata lain.

sumber ...malaysiaKini

Mengimbau Detik 29 September

Mata lebam Anwar: 29 Sept detik hitam sejarah negara

(Oleh: Nabihah Hamid)

KUALA LUMPUR: Tanggal 29 September 2008 genap 13 tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul di mahkamah dengan mata lebam akibat dibelasah Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Tarikh itu menyaksikan institusi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) diperkudakan bagi memenuhi konspirasi peringkat tertinggi, termasuk badan kehakiman untuk memenjarakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Tragedi mata lebam Anwar merupakan detik hitam pada era pemerintahan diktator Tun Dr Mahathir Mohamad, yang merencanakan satu konspirasi untuk menjatuhkan timbalannya itu dengan fitnah seks dan salahgunakuasa.

Ketika Anwar muncul di mahkamah dengan mata lebam selepas ditangkap polis pada malam 20 September 1998, Mahathir menuduh Anwar memukul dan mencederakan dirinya sendiri.

Namun kes berkenaan mendapat liputan meluas antarabangsa dan desakan berterusan mengheret Rahim ke penjara serta dipecat dari jawatannya sebagai ketua nombor satu dalam PDRM.

Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, sejak tragedi penangkapan Anwar dan insiden mata lebam itu, imej polis terus menjunam dan sehingga kini ia tidak berjaya dipulihkan.

“Kalau orang tulis tentang sejarah polis, 29 September merupakan titik hitam sejarah polis kerana pada masa itu kredibiliti mereka menjunam, sehingga lah sekarang,” kata beliau.

Tahun 1998 katanya merupakan tarikh keramat perjuangan menuntut reformasi, menyaksikan kebangkitan rakyat segenap lapisan, terutama golongan muda menentang pemerintahan diktator Mahathir.

“Kempen secara terbuka banyak dilakukan tentang perjuangan hak asasi dalam menentang undang-undang yang zalim. Peristiwa mata lebam secara langsung memberi kekuatan kepada rakyat untuk terus berjuang,” kata beliau.

Rafizi merupakan pengendali laman web Free Anwar Campaign- sebuah laman yang aktif pada era reformasi mendesak pembebasan Anwar- ketika semua media dikawal ketat oleh pemerintah.

Sejak itu katanya, rakyat mula sedar tentang makna demokrasi, kebebasan bersuara, hak asasi manusia dan kebebasan media.

“Selepas peristiwa mata lebam Anwar, informasi di internet bercambah dengan cepat dan mendapat tempat, termasuk laman-laman web reformasi yang menjadi perintis kepada blog sekarang,”

“Selama 50 tahun, tiada orang mengambil berat tentang kebebasan media, namun rakyat sedar akan penipuan (media) dan sampai sekarang kredibiliti media telah jatuh. Beberapa pihak mengasaskan media alternatif seperti Malaysiakini,” katanya.

Katanya lagi, peristiwa pemecatan Anwar sehingga dipenjarakan kemudian telah menyatukan NGO seperti Adil dan tertubuhnya Parti Keadilan Nasional pada 4 April 1999.

“Dan dari situ tertubuh Keadilan (Parti Keadilan Rakyat) dan wujud satu pakatan alternatif antara parti pembangkang yang menentang Umno-BN dan terbentuklah Pakatan Rakyat seperti sekarang,” katanya.

Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Mat Zain Ibrahim sebelum ini mengesahkan bukti-bukti yang digunakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah ’98 dipalsukan Mat Zain, pegawai yang menyiasat insiden mata lebam Anwar itu membuat pendedahan itu dalam surat-surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Beliau mengesahkan pemalsuan bukti itu dilakukan pegawai penyiasat polis pada masa itu, Tan Sri Musa Hassan dan ketua pasukan pendakwa raya, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Anwar kini berdepan satu lagi konspirasi kedua, yang diteruskan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak dengan menggunakan skrip hampir sama pada 1998.

Pada hari ini juga, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor memohon mengenepikan sepina ke atas mereka, supaya hadir sebagai saksi dalam kes berkenaan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=21044

Selamat Pengantin Baru: Noraniza Idris Dan Jeffri

Noraniza Idris Akhirnya Bergelar Isteri Kepada Bilal Masjid

PETALING JAYA: Dengan sekali lafaz, Penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris, 43, sah bergelar isteri kepada bilal sebuah masjid di Singapura, Jeffri Hudi, 52.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana, Johor Baru, Johor, kira-kira pukul 2 petang, Khamis.

Menurut pembantu peribadi Noraniza iaitu Yus Sulaiman, pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah, Abu Bakar Watak berwalikan abang penyanyi itu, Mohd Arshad Idris dengan mas kahwin berupa senaskhah Al-Quran.

Noraniza juga turut menerima wang hantaran sebanyak RM15,000.

Turut menyaksikan majlis tersebut adalah ibu dan keluarga kedua-dua pasangan pengantin.

Pihak perempuan menerima enam dulang hantaran seperti set minyak wangi, tasbih, telekung, sirih junjung, sebentuk cincin serta sejadah dan dibalas lima dulang hantaran iaitu songkok dan kain pelekat, senaskhah Al-Quran, sirih junjung, sejadah dan set minyak wangi.

Noraniza anggun mengayakan busana kurung moden rekaan Eilla Faiz Shah (Busana Cinta), sementara pelamin ditaja oleh Juwein Bridal Gallery.

Sementara itu, majlis resepsi persandingan mereka akan diadakan pada Sabtu ini di Dataran Plaza Angsana, Johor Baru.

Ia diadakan seiring dengan sambutan Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011.

Selain perkahwinan berkenaan, terdapat majlis perkahwinan melibatkan lima pasangan pelbagai kaum yang diadakan selama empat hari berturut-turut di tempat yang sama.

Majlis ini dianjurkan oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd bersama Gerakan Belia 4B (M) Negeri Johor.

Ini merupakan perkahwinan ketiga Noraniza Idris dan perkahwinan kedua Jeffri.

Noraniza mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu manakala Jeffri yang menduda sejak 13 tahun mempunyai empat anak berusia antara 15 hingga 26 tahun.

sumber...Mstaronline

Masyaallah: Suasana KL macam Las Vegas

SIASAT ...pegawai forensik melihat kereta terkena peluru dalam kes suspek melepaskan 12 das tembakan ke atas pemilik syarikat penarik kereta.

Taukeh tarik kereta kena tembak 12 das

KUALA LUMPUR: Angkara dendam, seorang pemilik syarikat tarik kereta cedera parah di perut dan tangan akibat ditembak secara rambang oleh dua lelaki yang menunggang motosikal dalam kejadian di Jalan Prima 2, Taman Metro Prima, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, mangsa yang berusia 43 tahun sedang minum bersendirian di sebuah restoran berhampiran syarikat miliknya apabila secara tiba-tiba muncul dua lelaki menunggang motosikal dan berpakaian serba hitam melepaskan tembakan secara rambang ke arahnya yang turut menyebabkan dua orang lain cedera.


Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa berkata kedua-dua suspek melepaskan 12 das tembakan ke arah mangsa yang tidak menyedari kehadiran mereka.

“Suspek menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ berwarna biru menggunakan pistol jenis automatik dan melepaskan tembakan dari jarak 20 meter ke arah mangsa sebelum memecut laju.


“Akibat kejadian itu, mangsa cedera parah di perut dan tangan manakala seorang lelaki berusia 40-an yang minum di restoran sama dan seorang pekerja wanita warga Indonesia cedera di kaki,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.


Beliau berkata, mangsa bersama dua lagi orang awam berkenaan dihantar ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan dan dilaporkan stabil.

sumber...mymetro

p/s...Oleh yang demikian janganlah HUDUD dijalankan di Malaysia.

VIDEO Keputusan Terkini Hudud: Penjelasan Dari Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim


NOTA:
jangan buat buat tak faham
jangan buat buat tak reti

tak faham?
pakatan rakyat sedang berpakat
untuk menghumbankan united malay national organisation
kedalam tong sampah sejarah
ini ajenda utama pakatan rakyat

bukan negara islam
bukan negara huhud
tak faham juga?

kalau tak faham juga
pergi hantuk kepala ke dinding
kah kah kah


Ronaldo Tak sesuai diikuti kanak-kanak kata Bekas Kekasih

Bekas kekasih sifatkan bintang Real Madrid kacak tetapi bodoh

MADRID: Bekas teman wanita Cristiano Ronaldo, Nereida Gallardo menyifatkan bintang bola sepak itu sebagai seorang lelaki kacak tetapi bodoh selain tidak boleh menjadi contoh kepada kanak-kanak.
Malah, model kelahiran Sepanyol itu menegaskan bahawa suaminya jauh lebih hebat di ranjang berbanding bintang Real Madrid berusia 26 tahun itu.
“Ronaldo seorang yang terlalu ego. Dia juga tidak terlalu bijak,” katanya.

Ronaldo sebelum ini mengakhiri hubungannya dengan Nereida, 27, hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 2008 selepas Nereida sendiri mengakui bahawa dia ada menjalinkan hubungan dengan pemain pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos.

Satu sumber rapat dengan Ronaldo ketika itu berkata: “Hubungan lalu teman wanitanya itu diketahui Ronaldo di mana dia langsung tidak mengetahui mengenainya sebelum ini dan dia amat kecewa.”

Rakan rapat pemain kelahiran Portugis itu pernah memberitahu The Sun bahawa dia sendiri sudah bosan untuk meneruskan hubungan dengan Nereida.
Walaupun sudah berpisah dengan Ronaldo, Nereida dilihat masih lagi memakai cincin berlian yang dibeli Ronaldo.

Minggu lalu bekas pemain Manchester United itu mendakwa bahawa beliau disorak penyokong lawannya kerana dia seorang yang ‘kaya, kacak dan pemain yang hebat.’

Ronaldo yang kini berpacaran dengan model Russia, Irina Shayk mempunyai seorang anak lelaki berusia setahun. Tetapi bintang bola sepak berkenaan tidak pernah mengesahkan siapa ibu kepada anaknya yang dinamakan Cristiano itu. –

sumber... Agensi

Polis: Letupan Empire Gallery tiada kaitan kerja sabotaj, pengganas

SUBANG JAYA, 28 Sept — Polis menolak unsur sabotaj dan keganasan sebagai punca letupan yang menggegarkan kompleks membeli-belah Empire Gallery di sini awal pagi ini.

Sebaliknya, pihak berkuasa itu mengesahkan letupan disebabkan kebocoran gas yang kemungkinan ada kaitan dengan elemen kecuaian.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan memberitahu pemberita di tempat kejadian, kompleks itu akan dikosongkan sehingga diberitahu kelak.

Kompleks itu menempatkan menara pejabat 12 tingkat, pusat membeli-belah lima tingkat, ruang pejabat kecil sembilan tingkat dan hotel 10 tingkat.

“Ramai yang menghubungi saya untuk bertanya sama ada kejadian ini disebabkan oleh kerja-kerja sabotaj atau keganasan. Hasil siasatan awal, tiada bukti kerja khianat dalam kejadian ini.

“Bermakna tiada (unsur) sabotaj dan tiada kaitan dengan keganasan, bermakna kemungkinan disebabkan kecuaian,” katanya lagi.

Katanya, Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Suruhanjaya Tenaga akan meneliti punca yang menyebabkan kebocoran.

“Kita tahu ia kebocoran gas. Tetapi apa yang menyebabkan letupan?” katanya.

Empat cedera dalam letupan sekitar pukul 3.30 pagi itu. Mangsa terdiri daripada dua pengawal keselamatan rakyat Nepal dan dua rakyat tempatan yang masing-masing cedera di tangan dan kaki.

Beliau juga berkata anggota polis akan diletakkan di kompleks itu sepanjang proses siasatan bagi mengelakkan kecurian.

Kira-kira 170 penghuni hotel dan 10 penyewa ruang niaga kecil telah dipindah keluar.

sumber...TMI

Wednesday, September 28, 2011

Samun KLIA: SPRM Akui Pegawai Mereka Telah Melakukan Kesalahan Yang Serius

SPRM Akui Pegawai Mereka Telah Melakukan Kesalahan Yang Serius

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengakui bahawa pegawai mereka telah melakukan satu kesalahan yang serius apabila terlibat dalam kes menyamun wang milik pengurup wang di bangunan satelit Lapangan Terbangan Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Selasa, SPRM menegaskan perbuatan tiga orang pegawai mereka itu boleh menjurus kepada pemecatan jika didapati bersalah.

Pegawai Perhubungan Awamnya, Salwa Muharam berkata, apa jua keputusan SPRM mengenai masa depan ketiga-tiga orang pegawainya itu tiada kaitan dengan siasatan yang kini sedang dijalankan oleh pihak polis.

Sebaliknya kata beliau, hasil siasatan Lembaga Disiplin SPRM akan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan bahawa tempoh tahanan reman ketiga-tiga orang pegawai SPRM itu yang tamat semalam telah dilanjutkan untuk tiga hari lagi.

sumber...BERNAMA

Video Lucah Pejabat Adun Kota Anggerik atau dari henpon blogger UMporno

Video lucah asmara luar nikah ni dah lama pun ada..kata budak budak kedai henpon.

Blogger UMporno macam sial jer buat cerita.

Adun Kota Anggerik nafi tuduhan blog pro-Umno

Klip video itu memaparkan aksi seorang lelaki dan wanita sedang melakukan aktiviti tidak bermaruah dalam sebuah pejabat dengan tajuk entri 'Video Klip Skandal Dalam Pejabat Adun Kota Anggerik Shah Alam'.

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik, Yaakob Sapari hari ini menafikan tuduhan fitnah oleh sebuah laman blog pro-Umno yang didakwa cuba memburukkan imej Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat beliau dan para stafnya.

Klip video itu memaparkan aksi seorang lelaki dan wanita sedang melakukan aktiviti tidak bermaruah dalam sebuah pejabat dengan tajuk entri ‘Video Klip Skandal Dalam Pejabat Adun Kota Anggerik Shah Alam’.

Namun menurut Yaakob, hasil siasatan mendapati video klip itu menunjukkan lokasi dan dekorasi dalaman pejabat yang jauh berbeza dengan Pusat Khidmat milik beliau.

Beliau sekaligus menyangkal individu (pelaku) video tersebut adalah stafnya dan percaya jurublog terbabit cuba membuat tuduhan tidak bermoral ke atas warga kerja untuk memberi gambaran negatif kepada rakyat.

Klip video

“Blogger tersebut tidak bertanggungjawab dengan memuat naik klip video yang memaparkan aksi seorang lelaki dan seorang wanita yang sedang melakukan aktiviti tidak bermaruah di dalam sebuah pejabat.

“Akan tetapi hasil kajian dan siasatan yang telah dilakukan ke atas video tersebut menunjukkan lokasi dan dekorasi dalaman pejabat di dalam video tersebut berbeza dengan pejabat pusat khidmat yang sebenar,” katanya yang juga Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor.

Gesaan turut dibuat Yaacob agar BN dan Umno tidak lagi menggunakan politik kotor dengan menuduh pemimpin Pakatan Rakyat terlibat dengan skandal tanpa bukti jelas.

Katanya tindakan sedemikian hanya untuk menganggu Pakatan Rakyat dan mengalihkan fokus rakyat terhadap isu yang lebih besar.

sumber...FMT

Kesah Benar: Makan Bata macam makan biskut

Mentol kaca dan kayu pun dia makan juga

TERRY HAUTE: Seorang kanak-kanak mempunyai selera makan yang ganjil sehingga pernah memakan seluruh mentol lampu dan mengunyah bata seperti mengunyah biskut.

Natalie Hayhurst sentiasa terdedah kepada meracun dirinya sendiri kerana menghidap penyakit yang membuatkan dia berselera terhadap objek yang tidak boleh dimakan.

Seleranya begitu teruk sehinggakan kanak-kanak berusia tiga tahun itu hampir mati selepas memakan mentol lampu yang dicabutnya di bilik tidurnya.
Makanan kegemarannya ialah batu dan kayu. Dia pernah memakan hampir sebiji bata seolah-olah seperti memakan biskut coklat

Ibunya, Colleen, 31 berkata, setiap hari dia terpaksa berusaha melarang anaknya memakan sesuatu yang boleh menyebabkan dia mati.

Colleen berkata: “Dia tidak mencuba makan kaca begitu banyak kerana ia mencederakannya. Tetapi dia akan cuba makan batu dan kayu yang ditemuinya di taman.

“Dia boleh makan bata seperti orang biasa makan biskut coklat. Dia sedar benda tu tidak bagus untuknya. Tetapi keinginan itu begitu tinggi bagi seorang kanak-kanak untuk menanganinya.”

Natalie menghidap Pica, sejenis penyakit yang membuka selera penghidapnya terhadap bahan yang tidak berzat.

Colleen, dari Terre Haute, Indiana, Amerika Syarikat menceritakan bagaimana penyakit itu hampir menyebabkan dia mati.

“Saya menidurkan Natty sebelum pergi ke dapur untuk membasuh. Tiba-tiba dia masuk dan memegang seutas wayar kecil. Mulutnya berdarah dan saya tahu apa yang terjadi.

“Dia makan mentol lampu, semua sekali kecuali wayar itu. Saya serta-merta membawanya ke pusat perubatan.

“Saya begitu cemas,. Mujur dia tidak apa-apa,” katanya.

Sejak kejadian itu, Natalie sentiasa diperhatikan oleh Collen, suaminya, David, dan anak lelaki mereka, Andrew.

Colleen, pengurus pejabat berkata: “Natalie tidak menunjukkan keganjilan setiap hari.

“Ada ketika, dia hanya sekali-sekala cuba memakan sesuatu yang berbahaya. Tetapi pada masa lain, dia sentiasa berkeinginan untuk memakan benda itu.

“Yang paling membimbangkan ialah mungkin satu hari kelak dia memakan sesuatu yang beracun dan kami tidak sempat untuk bertindak menyelamatkannya.”

sumber...TS

Tuesday, September 27, 2011

BN Hilang arah dan hilang tumpuan

Isu bertambah-tambah sekarang ini. Isu klip video “Undilah” sedang diperkatakan dengan hebat di mana-mana. Arahan MCMC untuk menarik balek penyiarannya di TV saluran perdana merupakan satu tindakan yang membayangkan kerajaan sedang begitu takut dengan keadaan politik sekarang.

Ahli Parlimen Kota Belud memberi ulasan yang video itu mengandungi unsur anti BN dan beliau menyokong tindakan mengarahkan saluran-saluran TV untuk tidak menayangkan video itu. Apa kandungan yang dianggap sebagai anti BN tidak dapat di ketahui tetapi orang ramai berpendapat yang kata-kata Tengku Razaleigh yang menyebut negara kita ada masalah merupakan penyebab kenapa video itu di katakan anti BN. Pemimpin BN minta semua orang berkata yang BN tidak ada masalah.

Bagi setengah pemimpin berpendapat BN merasa pedasnya dengan kata-kata itu kerana mereka yang paling banyak memakan cili itu. Kata-kata Tengku Razaleigh itu merupakan kata-kata yang amat ditakuti dan sekali gus ianya dianggap sebagai anti BN sedangkan Tengku Razaleigh tidak pun menyebut apakah masalah-masalah yang beliau maksudkan. Itu menunjukan yang pemimpin Umno sedar yang mereka sedang menghadapi masalah.

Hakikatnya BN memang bermasalah khususnya Umno. Kalau tidak ada pun kata-kata Tengku Razaleigh itu rakyat tahu BN berada dalam masalah besar yang belum pernah dialaminya sebelum ini. Kalau tidak ada masalah masakan keadaan haru biru yang di alami negara sekarang ini wujud.

Saya selalu menyebut dalam tulisan saya sebagai seorang yang telah begitu lama menyertai Umno bercakap benar itu seolah-olah menjadi cegahan dan sesiapa bercakap secara jujur dan terbuka orang itu akan menghadapi masalah dan ditekan dan diketepikan. Pemimpin BN hanya mahu pujian walaupun tidak betul.

BN bermasalah dengan keyakinan rakyat terhadapnya. Krisis keyakinan ini sangat besar yang datang dari setiap sudut. BN sudah diketahui rakyat sebagai pentadbir yang melakukan “stripping” terhadap aset negara kepunyaan rakyat untuk kepentingan beberapa orang tertentu dalam kerajaan.

Ramai kroni kepada pemimpin-pemimpin tertinggi negara menyelesaikan masalah hutang mereka dengan menggunakan wang dan harta rakyat dan negara secara sistematik dan akhirnya ramai pula rakyat yang menyokongnya kerana menipu mereka. Orang Melayu dan Umno akan menyokong siapa sahaja yang menipu dan membohongi mereka.

“Corporate Exercise” AirAsia dan MAS adalah isu yang besar dan sudah diketahui umum sebagai satu tindakan yang amat buruk padahnya kepada kerajaan BN pimpinan Umno ini. “Share swap” di antara AA dan MAS ini merupakan penipuan terancang bagi kepentingan orang-orang dan pihak tertentu dalam persekitaran pihak berkuasa. Urusan yang sebesar ini tentunya telah mendapat persetujuan Kabinet dan kita tidak tahu kenapa kerajaan yang menjaga amanah kepada harta rakyat melalui Khazanah itu tidak bertanggungjawab terhadap isu ini.

Apa yang berlaku di antara AirAsia dengan MAS merupakan satu kes pemindahan harta rakyat kepada beberapa individu yang berkepentingan serta satu “exercise” untuk menyelesaikan hutang beberapa orang kroni dengan menggunakan harta rakyat pembayar cukai.

Tuntutan Bersih untuk pihak kerajaan melaksanaan 8 tuntutan dalam pengendalian pilihanraya masih lagi menghantui pimpinan sehinggakan pimpinan kita menghadapi pandangan serong oleh masyarakat antarabangsa kerana kegagalan menyelesaikan masalah tuntutan ini.

Perpecahan di dalam Umno di setiap peringkat akan menjadi penghalang yang terbesar dalam usaha Umno mendapatkan keyakinan rakyat keseluruhan untuk terus memberikan sokongan terhadapnya. Telah di sebut acapkali yang Umno akan menurunkan calon-calon yang “winnable” tetapi sehingga hari ini parti itu menghadapi kesulitan untuk mencari calon yang “winnable” itu kerana “winnable” atau tidaknya seseorang calun itu merupakan elemen intrepitasi masing-masing.

Saya tidak nampak Umno akan mampu melaksanakan pencarian calon-calon “winnable” itu kerana Umno itu sudah terlalu dipersoalkan oleh rakyat untuk kekal sebagai sebuah parti yang “winnable”.

Dalam definasi “winnable” itu ianya mesti seorang calon dari parti yang “winnable” serta calon yang akan diberikan sokongan dan dukongan oleh parti dan pimpinan setempat. Ramai yang berpendapat yang calon-calon yang dikatakan sebagai calon yang “winnable” itu sebahagiannya adalah calon “payung terjun” yang akan ditentukan oleh pucuk pimpinan.

Dalam parti sedang berkecamuk di peringkat bahagian-bahagian ini untuk meletakan calon payung terjun itu akan hanya memberikan padah yang lebih buruk terhadap parti Umno itu sendiri. Dulu-dulu calon-calon payung terjun ini mudah diterima kerana semasa itu sikap perjuangan masih menebal dan rakyat tahu turunnya calon payung terjun itu adalah untuk kebaikan perjuangan parti.

Tetapi perjuangan itu sudah lama hilang dan orang ramai menerimanya sebagai tindakan yang hanya memberikan kepentingan beberapa kelompok dalam pimpinan parti dan calon-calon itu adalah calon kepada kelompok di dalam Umno sahaja. Najib pastinya akan hanya menurunkan payung terjun dari mereka yang menyebelahi beliau kerana isu ini penting bagi menjaga keselesaan beliau sebagai pemimpin utama.

Keadaan ini lebih lagi menjadi perhatian kerana tindakan secara senyap-senyap mereka di dalam Umno untuk menurunkan Najib dari kepimpinan itu adalah real dan nyata kepada mereka yang memerhatikan politik Umno secara detail. Di kalangan pemimpin Umno di peringkat tertinggi bukannya baik sangat sebenarnya. Masing-masing mahukan calon-calon yang di turunkan nanti adalah dari kelompok mereka dalam parti.

Dalam proses pemilihan calon-calon ini lah akan timbul permasalahan yang besar di dalam Umno kerana masing-masing akan mengaku dan yakin yang setiap di antara yang bercita-cita itu merasakan yang mereka adalah calon-calon yang “winnable”. Tetapi tidak kurang pemimpin-pemimpin yang adalah di dalam barisan kepimpinan bahagian-bahagian Umno sekarang ini mempunyai “apprehension” untuk menjadi calon Umno pada masa ini kerana belum pasti menang dalam pilihanraya kali ini.

Ahli-ahli Umno tidak sehaluan dengan ahli-ahli dari MCA dan Gerakkan dan saya pernah menulis yang BN di Semenanjung itu adalah Umno tanpa parti-parti komponen yang lain. Jika keadaan ini berlaku BN itu Umno, Umno itu adalah BN di Semenanjung ini yang dijangkakan akan hanya mempunyai kurang dari 70 kerusi selepas pilihanraya yang akan datang.

Sesungguhnya Umno telah terlalu lama terabai kerana sudah terlalu lama dikuasai oleh manusia pemimpin yang terlalu mementingkan kuasa peribadi. Ketagihan mendapat kuasa menyebabkan parti menjadi korban dan budaya perjuangan yang ada di dalam Umno sudah terlalu jauh dan menyimpang dari matlamat asal perjuangannya.

Sesuatu parti politik itu selalunya ada budaya yang menyebabkan parti itu tertubuh. Tetapi apabila budaya yang selama ini telah memperkuatkan perjuangan parti itu sudah hilang, maka identiti parti itu dengan sendirinya hilang. Apabila identitinya hilang maka parti itu akan dengan sendirinya lemah dan tersasar dari matlamat asalnya.

Banyak bangsa di dunia ini telah hilang dan hanya tinggal di kawasan-kawasan terpencil di banyak negara dan ketinggalan di dalam pembangunan dunia sejagat ini. Semuanya berlaku bermula dengan kehilangan identiti bangsa mereka.

Umno dan pemimpin-pemimpinnya sedang menjurus ke arah itu….maruah boleh dijual beli. Yang penting mereka menjadi pemimpin. Samada mereka dihormati atau dipandang rendah oleh rakyat tidak menjadi isu.

Sekarang ini Najib sedang menjelajah negara dan ber “shopping” undi. Beli sana dan beli sini. Jika menang lagi boleh cari lagi wang untuk menggantikan yang telah di belanjakan dalam masa sibuk membeli undi sebelum PRU itu. Keadaan akan menjadi seperti biasa kembali....pemimpin sibuk menyaingi rakyat untuk berniaga dengan bermodalkan kuasa yang di berikan rakyat tadi.

Walaupun “Melayu tidak akan hilang di dunia ini” tetapi “Melayu akan hilang dunianya”. Syabas Umno kerana Melayu sudah beransur-ansur hilang dunianya hasil dari perjuangan parti ini.

sumber...aspanaliasnet.blogspot.com

Isu nilai pasaran sebenar rumah Khir Toyo jadi pertikaian

SHAH ALAM: Isu nilai pasaran sebenar dua lot tanah termasuk sebuah rumah di Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7, Shah Alam yang dibeli bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo terus menjadi topik pertikaian pihak pendakwaan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamad ketika menyoal balas Dr Mohamad Khir, yang menjadi saksi pertama pihak pembelaan yang memberi keterangan dari kandang saksi, menuduh beliau berpakat dengan penilai profesional Rahim & Co yang dilantik pihak bank dalam menentukan harga rumah berkenaan.
Menyambung keterangannya hari ini, Dr Mohamad khir sebaliknya menegaskan hartanah yang dibelinya dinilai sebanyak RM3.5 juta mengikut harga pasaran oleh penilai profesional Rahim & Co yang dilantik oleh Bank HSBC pada 14 Mei 2007 dan harga itu dipersetujui Pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni.
Ditanya Abdul Wahab sama ada beliau pernah berpakat dengan Choy Yue Kwong (pegawai penilai dari Rahim & Co dalam menentukan harga rumah), Dr Mohamad Khir manjawab: "Tidak pernah".

Dr Mohamad Khir turut menafikan dakwaan Abdul Wahab yang menyatakan Shamsuddin bersetuju menjual rumahnya kepada beliau kerana beliau adalah Menteri Besar ketika itu.

Dr Mohamad Khir berkata demikian ketika membela diri atas pertuduhan mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember, 2004, pada harga RM6.5 juta.
Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu.

Dr Mohamad Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei, 2007.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki disambung petang ini.

sumber...BERNAMA

Janda Berputih Mata

Janda kena tipu

KUANTAN- Seorang wanita bergelar janda nekad membuat laporan polis selepas hilang sabar menunggu teman lelakinya memulangkan barang kemas yang ‘dirampas’ sejak dua minggu lalu dalam satu kejadian di rumahnya di Taman Seri Mahkota Jaya, Batu 11, Jalan Gambang dekat sini.

Berikutan laporan polis itu, teman lelaki wanita itu berusia dalam lingkungan 30-an berjaya ditahan bagaimanapun barang kemas bernilai RM3,000 yang kononnya disimpan lelaki itu rupa-rupanya sudah dijual.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (Risikan dan Operasi) Superintendan Nordin Mustapha berkata, wanita terbabit hanya mendapat kembali sebuah pemain DVD miliknya yang turut dilarikan lelaki itu dalam kejadian tersebut.

Menurutnya, mangsa berusia 43 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci di sini baru mengenali lelaki itu sejak sebulan lalu.

“Dalam kejadian antara jam 7.30 hingga 8 pagi, 11 September lalu, , mangsa berada di rumah sebelum didatangi lelaki terbabit.

“Niat sebenar lelaki itu datang ke rumah mangsa terbongkar apabila dia secara tiba-tiba bertindak meragut rantai emas yang dipakai wanita itu sebelum melarikan diri bersama barang kemas tersebut dan sebuah pemain DVD,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Nordin berkata, mangsa sempat bergelut dengan teman lelakinya bagaimanapun tindakannya itu gagal menghalang suspek daripada merampas barang kemas tersebut.

“Mangsa menghubungi teman lelakinya merayu supaya memulangkan semula rantainya dan lelaki itu berjanji akan memulangkan semula namun banyak alasan diberikan.

“Bosan selepas menunggu lebih dua minggu, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, kelmarin,” katanya.

Berliau berkata, susulan itu suspek berjaya dikesan dan ditahan untuk siasatan lanjut.

“Hasil siasatan lanjut, suspek memberitahu barang kemas tersebut sudah dijual manakala pemain DVD ada di simpan di rumahnya.

“Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya.

sumber...harian sinar

Nik Aziz: DAP ibarat budak-budak kecil takutkan hantu

Hudud untuk orang Islam dan apa hubungan dia (DAP) dengan orang Islam, kata Menteri Besar Kelantan.

KOTA BARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan kerajaan Kelantan sama sekali tidak kena mengena dengan masyarakat bukan Islam terutama DAP yang juga tiada sebab membantah undang-undang Islam itu dilaksanakan.

Beliau menyifatkan DAP seperti “budak-budak kecil takutkan hantu”, sedangkan hukum hudud sebenarnya lebih adil dan tidak membabitkan golongan bukan Islam.

“DAP nak keluar (gabungan pembangkang) pasal apa? Hudud untuk orang Islam dan apa hubungan dia (DAP) dengan orang Islam,” katanya kepada pemberita di kediaman Menteri Besar di sini, hari ini.

Semalam, Nik Aziz berkata hukum hudud itu akan dilaksanakan di Mahkamah Syariah di Kelantan walaupun mendapat tentangan daripada DAP.

Baru-baru ini, pemimpin-pemimpin kanan DAP dilaporkan akan meletakkan jawatan beramai-ramai sekiranya terdapat usaha meletakkan matlamat menjadikan negara Islam atau melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Kenyataan Mursyidul Am PAS itu bertentangan dengan saranan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang meminta semua pemimpin Pakatan Rakyat tidak membuat sebarang kenyataan mengenai hukum hudud sehingga mesyuarat bulanan mereka, Rabu ini.

Ia adalah persetujuan yang dicapai antara beliau dengan setiausaha agung PKR, Saifudin Nasution Ismail, dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke, kata Mustafa kepada pemberita di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur.

Mustafa berkata, mesyuarat pada hari tersebut yang sepatutnya membincangkan mengenai Bajet 2012 tetapi akan meletakkan isu sensitif hukum hudud sebagai keutamaan dan satu pendirian bersama akan dibuat.

sumber... Bernama

Monday, September 26, 2011

Saksi Kes Sosilawati,Tulang, darah, seluar dalam ditemui di ladang: Saksi


SHAH ALAM: Seorang pegawai kanan forensik memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini bahawa sejumlah barangan termasuk serpihan tulang, kesan darah dan cebisan seluar dalam ditemui di sebuah ladang di Tanjung Sepat, Banting, yang didakwa menjadi lokasi pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Supt Soo Me Tong, 55, Ketua Bahagian Kimia, Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras, berkata semua barangan itu dijumpai semasa pasukannya menjalankan siasatan di sebuah bangunan setingkat dan sebuah tapak pembakaran pada 12 dan 14 September 2010.
"Pegawai penyiasat kes (ASP Ishak Yaakob) maklumkan kepada kami bahawa bangunan setingkat yang terletak di sebelah kanan ladang itu adalah tempat mangsa diangkat, diikat, dipukul dan diserang.
"Satu lagi tempat (tapak pembakaran) berhampiran sebuah kolam kira-kira 50 meter dari bangunan setingkat itu ditutupi kayu-kayan dan atap zink dan pegawai penyiasat maklumkan bahawa ia adalah tempat mangsa dibunuh dan dibakar," katanya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd Ghani.

Soo, saksi ke-48 pendakwaan, memberi keterangan pada perbicaraan kes bekas peguam, N Pathmanabhan, 42 dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyalagan, 20, R Matan, 21 dan R Khatavarayan, 31, yang didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai CIMB, Noorhisham Mohamad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Pembunuhan itu didakwa berlaku di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Soo berkata, siasatan pasukannya pada 12 September 2010 di bangunan setingkat yang mempunyai lima bilik itu, menemui kesan darah di dinding bilik pertama, di luar dinding bilik kedua, ketiga dan kelima, pada sarung sofa dan kusyen yang terletak di depan bilik kedua serta pada televisyen di depan bilik ketiga.

Beliau berkata, siasatan di bangunan itu juga menemui dua puntung rokok dan beg kertas di dalam bilik ketiga, sebuah tong plastik berisi dua pertiga penuh cecair dipercayai bahan bakar dan beberapa keratan wayar berwarna hijau di dalam bilik kelima serta enam kesan cap jari di almari, laci almari dan sebuah botol minuman Coca-Cola yang terletak di dalam bilik ketiga.

"Selepas kumpul semua barang kes, pasukan saya beralih pada tapak pembakaran untuk buat proses galian bagi mencari sisa-sisa tulang atau barang kes yang berkaitan dengan kes pembunuhan ini. Tempat ini dilitupi dengan atap zink, kayu-kayan dan atas permukaan tanah juga dilitupi dengan najis kambing.

"Saya buat empat zon pada tapak pembakaran supaya saya boleh berikan tugasan kepada anggota saya untuk mencari dengan lebih rapi. Saya teliti di kawasan sekitar mendapati daun kelapa sawit berhampiran ada kesan layu kena haba kebakaran dari tapak pembakaran itu," katanya.

Soo berkata, pemeriksaan di zon A dan zon B tapak pembakaran itu menemui beberapa serpihan tulang dan dua sampel tanah turut diambil selepas pasukannya terhidu bau bahan bakar pada tanah.

Beliau berkata, pada 14 September 2010, pasukannya sekali lagi menjalankan galian di tapak pembakaran itu dengan bantuan enam patologi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan Hospital Melaka bagi mengesahkan sisa tulang yang ditemui.

"Hasil pemeriksaan di zon A menjumpai satu kepingan logam, di zon B menjumpai satu tulang rahang, sebatang kayu bakau dan serpihan kayu terbakar manakala pemeriksaan di zon C menemui satu wayar warna hijau, seluar dalam jenama Hush Puppies saiz M, satu cebisan stoking, satu seluar panjang jenama Snail Classic saiz M, satu cebisan kain guni, sisa kebakaran warna biru, beberapa cebisan tulang dan wayar hijau.

"Pemeriksaan di zon D menemui berbelas-belas serpihan tulang, sebatang gigi dan kod bar. Kami juga ada ambil lima sampel tanah di zon A, B dan C serta ambil sampel tanah kawalan di kawasan sekeliling luar tapak pembakaran untuk rujukan," katanya.

Soo berkata, semua barang bukti itu dibungkus dengan baik, dilabel, ditandatangani serta dicatatkan tarikh penemuan sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat dan beliau turut menyediakan laporan berhubung semua penemuan pada dua tarikh berkenaan.

Perbicaraan hari ke-35 di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir disambung esok.

sumber... BERNAMA

RM100 juta hasil keuntungan judi untuk pendidikan, kata Najib

Oleh Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Sekurang-kurangnya RM100 juta daripada keuntungan aktiviti perjudian akan disalurkan kepada sekolah-sekolah vernakular dan mubaligh menerusi “perbincangan rapat” bersama komponen Barisan Nasional (BN), kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Perdana Menteri (gambar) berkata demikian selepas melancarkan dana Community Chest yang diuruskan oleh sebuah konsortium ahli-ahli perniagaan yang membayar lebih RM2 bilion kepada Pan Malaysian Pools Sdn Bhd (PMP) milik bilionair Ananda Krishnan tahun lalu.

Dana pendidikan didukung oleh Putrajaya itu diketuai oleh Tan Sri Lim Kok Tay dari Genting, yang menyumbangkan sumbangan awal RM26 juta kepada 61 sekolah hari ini, kebanyakannya bagi sekolah vernakular dan menjanjikan minimum RM100 juta setiap tahun mulai tahun depan.

“Dana ini akan diagih-agihkan menerusi perbincangan rapat dengan parti-parti seperti MCA, Gerakan dan MIC dan juga pertubuhan bukan kerajaan bagi memastikan ia diagihkan dengan adil,” kata beliau di SJK (C) Confucian petang ini.

Langkah kerajaan mengehadkan pembiayaan kepada sekolah-sekolah vernakular telah menjadi punca rasa tidak puas hati di kalangan komuniti Cina dan India.

Akhbar Straits Times melaporkan bulan lalu bahawa eksekutif-eksekutif kewangan yang terlibat dalam perjanjian itu percaya ia boleh memperbaiki penerimaan Barisan Nasional (BN) di kalangan masyarakat Cina dan India yang sokongan mereka beralih kepada Pakatan Rakyat dalam jumlah yang banyak pada pilihan raya umum 2008.

Najib yang dijangka memanggil pilihan raya umum ke-13 dalam waktu terdekat menambah, “penyelesaian kreatif” akan melengkapi usaha kerajaan dalam memastikan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua.

“Kami tidak boleh memenuhi kesemua keperluan komuniti,” katanya.

Kata Najib, adalah penting “model-model baru” diusahakan untuk mencapai apa yang kerajaan sasarkan.

Selain Lim, lembaga pemegang amanah terdiri daripada timbalan pengerusi Genting Tun Hanif Omar, Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong, ketua Kumpulan Lion Tan Sri William Cheng dan Tan Sri G. Gnanalingam dari Westports.

Genting memiliki separuh daripada Jana Pendidikan Malaysia, konsortium yang membeli PMP.

sumber...TMI

Gani 4Tahil ada berani tunjuk jantan ke ???

Palsu bukti: Gani dicabar saman pihak kaitkan beliau

OLeh:Majdan Dagang

KUALA LUMPUR, 26 Sept: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dicabar menyaman pihak yang mengaitkan beliau dengan pemalsuan bukti dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tindakan ini penting bagi membersihkan nama baik institusi kehakiman dan keluhuran perlembagaan negara ini," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam sidang medianya di Ibu Pejabat PAS di sini, petang ini.

Gesaan itu dibuat apabila baru-baru ini bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mendakwa Gani dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan terbabit pemalsuan bukti tersebut.

Sebelum surat terbuka daripada bekas Ketua Polis Kuala Lumpur itu, telah wujud dakwaan-dakwaan tentang salah laku dan peranan Peguam Negara dalam kes Anwar oleh para blogger, namun isu itu didiamkan sahaja.

Mahfuz juga menggesa supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat Gani kerana dakwaan itu menggugat kredibiliti institusi kehakiman dan penyiasatan negara ini.

“Selain itu, turut terdapat dakwaan daripada blogger tentang penglibatan Gani Patail dalam kes rasuah dan peranannya dalam kes pembunuhan Altantuya. Kegagalan Gani Patail menangani isu ini menyebabkan timbul pelbagai tafsiran yang mencemarkan Jabatan Kehakiman,” ujar Mahfuz.

Menurut Mahfuz lagi, jika Gani terus mendiamkan diri, beliau yang juga ahli Parlimen Pokok Sena akan menggerakkan usaha menghantar petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong agar suatu Suruhanjaya Diraja dibentuk.

sumber...harakahdaily

KEADILAN bongkar peranan Apco-FBC Media naik imej Najib

(Oleh: Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR: KEADILAN akan terus membongkar isu penggunaan wang rakyat bagi meningkatkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menjelang pembentangan belanjawan 2012 Oktober depan.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata demikian ketika ditanya mengenai bayaran RM57 juta oleh kerajaan Malaysia kepada firma penerbitan TV dan komunikasi strategik Britain, FBC Media.

“Kita menjangka akan ada perkembangan terbaru mengenai perkara ini menjelang Bajet 2012. Kita akan terus memantau isu ini secara dekat dan akan membuat pendedahan-pendedahan baru yang lebih sensasi,” kata Saifuddin.

Menurut Saifuddin, pendedahan tersebut berkisar mengenai kontrak antara FBC Media dan Apco Worldwide, syarikat perunding Israel yang turut terlibat dalam mempromosi imej Najib sebelum ini.

“Ini merupakan sumber yang diperolehi dari Parlimen. FBC Media lebih awal menggunakan khidmat Apco, berbanding kerajaan Malaysia dengan jumlah USD 70,000,”

“Kerajaan Malaysia kemudiannya membayar Apco sebanyak RM 77 juta. Perkara ini didedahkan Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di Parlimen,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Machang.

FBC Media, yang berpangkalan di United Kingdom dilantik kerajaan Malaysia untuk menerbitkan program TV berkaitan Malaysia, ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Program- program berkenaan kemudian ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC (Consumer News and Business Channel), CNN (Cable News Network) dan BBC (British Broadcasting Corporation).

Kerajaan Persekutuan pula membayar RM57.68 juta kepada FBC Media antara tahun 2008 dan 2009, manakala kerajaan Sarawak membelanjakan RM15 juta setahun untuk tujuan itu.

“Perkara ini memalukan Malaysia dan menjatuhkan imej kerajaan. Mereka tuduh (ketua pembangkang) Datuk Seri Anwar bayar CNN untuk diwawancara dalam rancangan ‘Connect The World’ dan CNN nafikan.

“Sebaliknya yang terdedah ialah kerajaan Malaysia bayar kepada FBC Media untuk melobi agar Najib muncul di CNBC, CNN dan BBC. Ini menyalahi etika kewartawanan,” kata Saifuddin.

Sebelum ini, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dilapor membelanjakan RM1.5 juta membeli dua muka penuh iklan dalam akhbar New York bagi mengalu-alukan lawatannya sendiri ke New York sebagai ‘Wanita Pertama Malaysia,”.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=20884

Tanam Mayat suami dalam kandang babi

FLORIDA: Seorang wanita ditangkap selepas polis mendakwa dia menembak mati suaminya dalam satu pertengkaran dan mengebumikan mayat lelaki itu dalam kandang babi.

Jennifer Lynn Hearn menulis dalam laman Facebooknya mengenai bagaimana suaminya, Carl 'Cliff' Hearn, 41, meninggalkannya dan gembira kerana hidup membujang semula.


Dia ditangkap malam tadi atas tuduhan membunuh selepas penyiasat menemui mayat suaminya yang sudah reput.

Mayat berkenaan ditemui dalam lubang sedalam setengah meter di kandang babi di belakang sebuah setor keluarga itu di Melbourne, Florida.


Jennifer memberitahu penyiasat, dia menembak suaminya selepas bertengkar waktu malam dan kemudian menanam mayatnya, kata syerif Melbourne, Lt Tod Goodyear.


Akhbar Florida Today melaporkan, Jennifer memberitahu rakannya enam minggu lalu bahawa suaminya berpindah dan tinggal bersama teman wanitanya.

Dia kemudian menulis dalam Facebooknya dengan berkata: “Wow. Saya begitu gembira kerana ada orang yang meninggalkan saya supaya ada orang lain dapat mengisi kehidupan saya. Saya suka hidup membujang.” Menurut Florida Today, jiran mengetahui hubungan buruk Jennifer dan suaminya dan ada dakwaan mengenai penderaan, kecurangan serta penggunaan dadah oleh si suami.


Pasangan itu yang mempunyai tiga anak berpisah dan bersatu semula beberapa kali sebelum ini.

sumber... Agensi

Sunday, September 25, 2011

Kes Oral Sex Soi Lek Panas Kembali

Jui Meng: Jika MCA keluar BN, Soi Lek akan didakwa melakukan seks oral

Berhenti menipu dan mengelirukan rakyat, timbalan presiden PKR Chua Jui Meng berkata kepada bekas rakan sekerja di dalam MCA dan Umno kerana kedua-dua parti tersebut telah mengeruhkan keadaan disebabkan isu undang-undang hudud. “Jika Chua Soi Lek seorang yang berani, dia akan mengeluarkan MCA daripada BN sekarang juga. Dia tidak sanggup melakukan perkara tersebut adalah kerana di saat terdapat ura-ura dia akan melakukannya, pihak Bukit Aman akan memanggilnya disebabkan video seksnya. Dia mungkin berani berkata serba sedikit, tetapi jangan risau kerana dia masih lagi di pihak yang salah,” beritahu Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.

“Bagi Muhyiddin dan Umno, kami ingin sekali melihat mereka menyatakan bila masanya yang mereka akan melaksanakan hukum hudud. Buktikan kepada orang Melayu dan orang Islam betapa ikhlasnya kamu tentang Islam dengan mengemukakan rangka kerja yang jelas dan muktamad bagi melaksanakan hukum hudud di Malaysia. Jika tidak, amatlah jelas sekali bahawa kedua-dua pihak, MCA dan Umno, hanyalah bekerja sama untuk memecahbelahkan rakyat sekali lagi. Orang Islam akan berpaling kepada Umno manakala orang Cina berpaling kepada MCA.

Ugutan seks oral?

Jui Meng, bekas Menteri Kesihatan dan timbalan presiden MCA, merujuk kepada Soi Lek, presiden MCA yang ditangkap di dalam skandal video seks pada tahun 2007.

Pada tahun 2010, di kemuncak perebutan kuasa dengan pemegang jawatan sebelumnya Ong Tee Keat, Soi Lek telah berkata bahawa dia ada memikirkan untuk meletakkan jawatan di dalam MCA untuk Pakatan Rakyat. Soi Lek telah dipanggil ibu pejabat polis di Bukit Aman dengan kadar segera dan disoal siasat kerana melakukan seks oral bersama teman wanitanya, kerana ini merupakan jenayah di Malaysia.

Pada minggu yang lepas, isu untuk melaksanakan undang-undang hudud di Negara Malaysia yang majoritinya beragama Islam telah membangkitkan pertelingkahan politik, walaupun ia tidak menarik perhatian awam seteruk sebagaimana sebelum ini. Bekad Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah memulakan langkah dengan mencabar Nik Aziz, penasihat rohani PAS untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan, dengan sokongan oleh ketua PKR, Anwar Ibrahim, tetapi dibantah DAP.

Situasi di Pakatan bukanlah sesuatu yang baru dan dan ketiga-tiga parti di bawah Pakatan telah menyatakannya berulang kali. Jika PAS mahu mengenalkan hukum hudud ataupun negeri Islam, PAS mestilah menerima sokongan majoriti sama ada di peringkat negeri atau kerajaan persekutuan untuk PAS melakukannya. PKR mahupun DAP akan terikat untuk menyokong PAS di dalam hal ini.

Soi Lek bergegas untuk mendapatkan ‘mata kemenangan’

Walaubagaimanapun, ia tidak menghalang Soi Lek daripada bergegas untuk mendapatkan perhatian dari pihak media.

“Pendirian MCA adalah amat jelas. Kami akan membantah hudud secara keras. Jika Umno ingin melaksanakan hudud, kami akan menarik keluar MCA daripada Barisan Nasional – semudah itu saja. Pendirian kami amat jelas sekali. Umno ingin melaksanakan hudud, MCA bukanlah sebahagian daripadanya, kami akan keluar dari Umno,” beritahu Soi Lek kepada wartawan pada hari Jumaat.

Hudud merupakan tangan bagi perundangan Islam yang berkenaan 6 dakwaan jenayah, dan ditakuti kerana hukuman jenayah di bawah hudud termasuklah dibaling batu hingga mati, memotong anggota badan dan sebatan. 6 jenayah hudud adalah mencuri, hubungan kelamin tidak sah, memfitnah seseorang melakukan zina, minum minuman beralkohol dan murtad.

Pada petang Khamis, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah berkata bahawa Umno menyokong hukum hudud akan tetapi belum lagi sampai masa untuk melaksanakannya. Dia tidak memberi sebarang petunjuk yang merujuk kepada masa yang sesuai untuk melaksanakannya, dia juga tidak menyatakan sebarang cadangan yang jelas untuk memperkenalkan hudud.

Ini telah menyebabkan ramai pengkritik untuk menuduh Timbalan Perdana Menteri tersebut untuk menipu orang Melayu dan yang beragama Islam,kerana setelah 5 dekad menggunakan undang-undang berkuasa, kenapa UMNO masih tidak bersedia untuk hukum hudud?

Padahalnya, Soi Lek dengan semangatnya mencuba untuk memperoleh mata kemenangan dengan komuniti Cina hampir menyebabkan kejatuhannya. Pada tahun-tahun yang lepas, Soi Lek dan MCA telah gagal memenangi sokongan awam disebabkan pengurangan pengundi, yang utama sekali disebabkan oleh ketakutan mereka dan kegagalan untuk berpendirian tegas terhadap Umno.

“Itu boleh difahami kerana semua yang beragama Islam menyokong ajaran Quran. Tetapi kamu mesti melihat kenyataannya yang Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan hukum hudud. Dan itu adalah amat jelas,” kata Soi Lek, menerangkan kenapa komen Muhyiddin boleh diterima oleh MCA.

Tarik tali antara Umno-MCA

Bagi ketua-ketua Pakatan, permainan tarik tali antara Umno-MCA adalah untuk menimbulkan kemarahan DAP, terutamanya Karpal Singh yang telah menunjukkan bantahan keras di atas penubuhan negeri Islam dan hokum hudud. Pihak umum tidak dibenarkan berkata apa-apa, setelah pihak UMNO dan MCA kehilangan kredibiliti kerana membuat keputusan politik yang tidak matang.

Bagi Jui Meng, adalah bagus bahawa isu hudud telah diutarakan. “Bagaimanacarapun MCA akan terus menggunakannya sebagai senjata terhadap pihak Pakatan. Jadi tiada sebarang salah untuk berdebat secara terbuka. Pada masa ini, pihak bukan Melayu masih risau kerana mana-mana sistem baru yang memasukkan hudud boleh merubah ciri-ciri sesebuah Negara akan tetapi mereka tidaklah takut padanya seperti dahulu,” kata Jui Meng.

sumber...Malaysia Chronicle


Gambar Kawen Norman - Memey

Memey dan Norman kini sah bergelar suami isteri.

PETALING JAYA: Pelakon Norman Hakim, 35, telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, pelakon Memey Suhaiza, 23, pada Sabtu di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.

Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah mukim Kambau, Kota Tinggi, Zulkifli Tarmizi berwalikan bapa Memey, Suhaimi Sawarni, 49.

Pada majlis tersebut, Memey turut menerima mas kahwin berjumlah RM22.50 dan lima dulang hantaran termasuk wang hantaran RM24,000, sistem pengesanan global (GPS), rantai, cincin berlian, kek buah berbentuk beg tangan Gucci, sirih junjung dan al-Quran.

Sementara Norman menerima tujuh dulang hantaran daripada Memey iaitu iPad 2, cincin, coklat, buah-buahan, sirih junjung, kek lapis Sarawak dan al-Quran.

Keseluruhan hantaran kedua-dua belah pihak dianggarkan berjumlah RM40,000 yang digubah oleh Iezla Bridal merangkap perunding perkahwinan.

Memey dan Norman kelihatan sama cantik sama padan mengenakan baju pengantin berwarna mengikut kulit rekaan Ezuwan Ismail.

Memey menerima hadiah hantaran daripada Norman. - Foto RAHMAN EMBONG

Selain keluarga kedua-dua belah pihak, majlis ini turut dihadiri dan disaksikan oleh 1,000 tetamu.

Menurut Norman, dia akan membawa Memey berbulan madu di Paris dalam masa yang akan ditetapkan kemudian dan seterusnya dijangka ke Mekah untuk mengerjakan umrah pada tahun depan.

Pada malam Sabtu, pasangan ini melangsungkan majlis malam berinai di rumah pihak perempuan di mana Memey mengenakan baju busana berkonsepkan kontemporari berwarna peach manakala Norman dengan baju tradisional berwarna hitam yang disediakan oleh Iezla Bridal.

Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan dilangsungkan di rumah pihak perempuan pada Ahad dengan berkonsepkan perkahwinan dalam taman. Pakaian persandingan direka oleh Hatta Dolmat manakala untuk upacara memotong kek direka oleh Rizman Ruzaini.

Pada 28 September depan pula, majlis perkahwinan yang bernilai RM12 juta, akan diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, ditaja sepenuhnya oleh jenama barangan kemas, Rafflesia.

Tema majlis perkahwinan itu berkonsepkan Kosmopolitan dan hanya 200 orang tetamu sahaja di undang iaitu pihak media dan selebriti.

Menariknya Memey akan menyarungkan gaun pengantin pereka tersohor dunia, Vera Wang pada majlis perkahwinannya pada 28 September itu.

Menurut perancang perkahwinan mereka, Billbora, gaun yang menjadi pilihan selebriti Hollywood seperti Kim Kardashian, Mariah Carey dan Invanka Trump itu telah dibeli oleh Rafflesia, menerusi sebuah agen di Hong Kong.

Memey akan mengenakan dua gaun pengantin pada majlis tersebut dan salah satunya daripada rekaan Vera Wang yang berkonsepkan Bohemian. Bagaimanapun ia bukanlah ditempah khas sebaliknya dibeli oleh pihak Rafflesia yang inginkan kelainan pada majlis tersebut.

Sepasang lagi gaun yang akan dikenakan pula direka khas oleh tiga pereka tempatan daripada Rafflesia dengan bertatahkan mutiara gred A yang bernilai RM500,000.

Bagi pakaian pengantin lelaki pula, Norman akan mengenakan dua pasang sut tradisional Inggeris rekaan Lord's Taylor bernilai RM10,000 setiap satu.

Menarik lagi, keempat-empat gaun dan sut pengantin tersebut akan dipamerkan untuk satu acara istimewa di Muzium Negara pada 26 November hingga 31 Disember depan.

Selain Rafflesia, Lord's Taylor dan Vera Wang, Profesor Datuk Jimmy Choo juga akan menghasilkan dua pasang kasut khas buat Memey yang bernilai RM300,000.

Ini merupakan perkahwinan pertama buat Memey manakala yang kedua bagi Norman.

Norman pernah berkahwin dengan pelakon Abby Abadi pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim,3. Mereka bercerai pada 18 Disember 2008.

sumber...Mstaronline


Pelajar Tahfiz Cuba Diperkosa sebelum Dibunuh Dan Bakar

Polis sahkan suspek cuba memperkosa mangsa sebelum bunuh dan bakar

SHAH ALAM - Polis mengesahkan suspek dalam kes bunuh dan bakar seorang remaja wanita di Jalan Bukit Belacan, Ampang pada 5 Sept lepas cuba memperkosa mangsa selepas hajatnya untuk menyambung kembali hubungan percintaan mereka ditolak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata siasatan mendapati suspek berang selepas mangsa Nurul Awatif Syakir, 19, seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Tijarah di Selayang enggan meneruskan hubungan mereka.

Beliau berkata suspek dipercayai mengambil tindakan nekad membunuh mangsa sebaik permintaanya itu ditolak.

"Laporan bedah siasat telah diperoleh. Polis juga sudah mendapatkan perintah sambung reman sehingga 27 Sept ini sebelum mengambil tindakan seterusnya," katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Akhbar pada 5 Sept lepas melaporkan mangsa dilapor hilang oleh anggota keluarganya setelah tidak pulang selepas keluar rumah pukul 8.30 malam sehari sebelum itu.

Pengecaman mayat mangsa dilakukan anggota keluarganya melalui cebisan baju kurung berwarna hijau serta sepasang anting-anting yang dipakai gadis itu sebelum menuntut mayat itu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kira-kira pukul 11 pagi hari yang sama.

Pada 12 Sept polis menahan seorang lelaki berusia 19 tahun yang merupakan pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan di pusat pengajiannya yang terletak di Seri Iskandar, Perak bagi membantu siasatan kes itu.

sumber...Bernama

Ini Dia Wanita berambut afro terbesar dunia

AEVIN DUGAS mengambil masa dua hari untuk mencuci dan mengeringkan rambutnya.

NEW ORLEANS, Amerika Syarikat (AS) - Ramai suami dan teman lelaki gemar mengadu bahawa kaum wanita mengambil masa terlalu lama untuk berdandan, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, bagi seorang wanita di sini, Aevin Dugas, dia terpaksa mengambil masa dua hari untuk mencuci dan mengeringkan rambut kerinting afronya.

Dugas, 36, merupakan pemegang rekod dunia Guinness Book of Records untuk kategori rambut afro asli terbesar di dunia.

Dia yang merupakan seorang pekerja agensi sosial, mengambil masa 12 tahun untuk menyimpan rambutnya hingga setebal 1.32 meter.

Dugas pernah menangis di lapangan terbang selepas pihak keselamatan AS memeriksa rambutnya untuk memastikan tiada bahan letupan disembunyikan di dalam 'mahkota' wanita itu.

sumber... Agensi

Saturday, September 24, 2011

Mat Sembab 'Syok Sendirik'


Muhyiddin syok sendiri, kata SU Politik MB Selangor


KUALA LUMPUR, 24 Sept — Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa rakyat Selangor tertekan di bawah Pakatan Rakyat jauh terpesong dan membuktikan Umno-BN semakin terdesak untuk menagih simpati, kata pegawai kanan Menteri Besar hari ini.

Semalam, Muhyiddin berkata rakyat Selangor seakan-akan tidak sabar untuk menanti pilihan raya umum bagi menukar kerajaan negeri sekarang daripada pakatan PKR-DAP-PAS kepada BN.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden Umno berkata rakyat Selangor mula sedar perbezaan pemerintahan antara pakatan tersebut dan BN dan telah bertanya kepada beliau bila pilihan raya akan diadakan.

Justeru, Setiausaha Politik Tan Sri Khalid Ibrahim, Faekah Husin berkata, mungkin situasi itu yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, minggu lalu, yang orang Umno suka syok sendiri.

“Meskipun begitu kita tidak menolak sepenuhnya dakwaan ini kerana sememangnya ada golongan yang berasa tertekan ini semenjak kita (Pakatan Rakyat) menerajui pentadbiran negeri,” kata Faekah dengan merujuk kepada para kroni dan suku-sakat Umno-BN yang selama ini telah mengaut kekayaan menerusi pemberian projek secara terus, menjadi orang tengah dan para pelobi.

“Mereka yang tertekan ini juga adalah ahli perniagaan yang merasuah pegawai kerajaan dan orang politik untuk mendapatkan pertolongan dan pengecualian dari beberapa polisi dan syarat-syarat termasuklah melibatkan perumahan kos rendah bagi mengejar keuntungan berganda,” kata beliau.

Jelas Faekah, lebih malang lagi, projek disiapkan dengan ala kadar menjadikan golongan berpendapatan rendah semakin tertekan di bawah kerajaan Umno-BN.

“Ketika pentadbiran Umno-BN, ahli perniagaan ini ‘terlalu berkuasa’ dan undang-undang tidak mampu menakutkan mereka hanya kerana mereka ini mendapat ‘keizinan’ dan ‘dilindungi’ orang politik yang merestui perbuatan khianat ini.

“Golongan yang tertekan juga adalah individu atau kumpulan tertentu yang menjadi orang tengah untuk mendapatkan projek atau tender dengan cara membodek orang politik bagi mendapat bayaran komisyen tinggi,” katanya.

Malah kata Faekah, golongan berkenaan juga tidak mempunyai modal atau kepakaran tetapi sekadar cukup “menjual air liur” kepada ahli politik Umno-BN.

“Golongan ini tanpa segan silu berkunjung dan bersidai di pejabat orang politik. Senario ini telah berlaku semenjak Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor dan budaya kotor ini masih berterusan sehingga sekarang,” katanya lagi.

Tambah beliau, banyak projek besar bernilai jutaan dan bilion diberikan kepada kroni-kroni dan kemudian menjual tender ini kepada syarikat lain semata-mata untuk mendapatkan komisyen.

Justeru katanya, tinjauan pendapat mendapati rakyat Selangor gembira dengan corak pentadbiran dan pengurusan Pakatan Rakyat yang tidak membenarkan golongan-golongan tertentu bersidai di pejabat Menteri Besar atau pegawai kanan kerajaan. “Fenomena ini begitu meluas dilihat ketika pentadbiran Umno sebelum ini,” katanya lagi.

Apa-apa pun, katanya, mereka yang tertekan di bawah Pakatan Rakyat hanyalah golongan kecil, yang tidak menjejaskan sokongan padu rakyat Selangor pada pilihan raya umum.

“Sudah tentu kroni-kroni Umno-BN ini tertekan kerana tidak lagi boleh membodek orang politik dan pegawai kerajaan kerana kerajaan Selangor mengamalkan pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab.

“Manakala bagi rakyat biasa bila ditanya, sudah tentu Muhyiddin dan pemimpin Umno-BN lain akan terlopong melihat sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat yang telah berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat dengan pelbagai bantuan menerusi program Merakyatkan Ekonomi Selangor,” katanya.

Beliau juga berkata, dalam tempoh empat tahun, kerajaan negeri telah berbelanja lebih RM500 juta untuk rakyat dan sebahagian besarnya disalurkan untuk skim pemberian air percuma.

“Mana mungkin rakyat Selangor tertekan dengan pemberian air percuma ini dan program-program kebajikan lain yang diberikan kerajaan Pakatan Rakyat.

“Amat memalukan apabila Muhyiddin sebaga orang nombor dua dalam pentadbiran negara dan nombor dua dalam parti membuat kenyataan sumbang sebegini dan memalukan dirinya sendiri,” kata beliau.

“Namun begitu, kata-kata Muhyiddin ini kita percaya bagi mewakili kroni-kroni dan suku sakat Umno-BN yang merayu kerana tidak lagi boleh cari makan dengan cara haram, disebabkan pentadbiran bersih diamalkan kakitangan dan pegawai kerajaan serta pemimpin politik di Selangor,” katanya lagi.

Dalam kenyataannya, Muhyiddin juga berkata, “bila ditanya mengapa mereka hendak pilihan raya cepat diadakan, ada yang berkata saya nak undi cepat rasa terseksa di bawah Pakatan Rakyat.”

Beliau berucap menutup perhimpunan tiga hari Ahli Dewan Undangan Negeri BN dari seluruh Malaysia di Selangor, yang berakhir semalam.

Muhyiddin berkata pendekatan yang diambil ADUN BN iaitu tinggal bersama-sama dengan keluarga-keluarga angkat di 73 pusat daerah mengundi di seluruh Selangor akan membantu memberi gambaran sebenar landskap politik Selangor dalam membantu kepimpinan BN negeri merangka program berkesan bagi menghadapi pilihan raya.

Katanya, pendekatan tinggal dan makan bersama keluarga angkat masing-masing, akan membolehkan ADUN merasakan denyut nadi dan jantung masyarakat di Selangor.

“Tentulah ini akan memberikan kita pandangan yang lebih jelas mengenai aspirasi rakyat (dan) kehendak rakyat,” katanya.

sumber...TMI

Adun DAP Di Hukum Gantung


Isu bendera: DAP gantung ADUN 6 bulan

Anggota parlimen Kota Alam Shah M Manoharan digantung enam bulan oleh jawatankuasa disiplin DAP ekoran kenyataan kontroversi berhubung bendera Malaysia.

Pengerusi jawatankuasa itu Tan Kok Wai (kanan) berkata mengumumkan keputusan itu selepas sidang panjang badan itu di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini.

Pada 16 September lepas, Manoharan (kiri) membuat kenyataan di Facebook bahawa beliau enggan mengibarkan Jalur Gemilang kerana ia didakwa tidak menggambarkan Malaysia, tetapi lebih kepada BN.

Manoharan juga dilaporkan membuat kenyataan akan menukar Jalur Gemilang dengan bendera lain. Tindakan itu mengundang kemarahan dan laporan polis pelbagai pihak.

Setakat semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, polis masih mengkaji kes itu dan menasihatkan semua pihak berhati-hati mengeluarkan kenyataan.

sumber...malaysiaKini

p/s...Padan muka kau, hukuman tak ada pilih bulu dalam DAP.Sebagai contoh untuk orang lain .