Coretan politik,sosial,ekonomi,agama dan lain lain lagi di Malaysia dan seluruh dunia.
Sumber dari semua capaian internet.
email greenblacks8@gmail.com
Followers
Friday, September 19, 2014
Gambar Doktor Wanita Dari Malaysia Kahwin Dengan Anggota ISIS
Salah satu gambar yang dimuatnaik di laman blog tumblr 'diary-of-a-muhajirah.tumblr.com'.
Wanita Mangaku Doktor Dari Malaysia Kahwin Dengan Anggota Militan ISIS
Seorang wanita berusia 26 tahun yang mengaku rakyat Malaysia
menggemparkan media sosial apabia dia selalu mengemas kini pengalamannya
sebagai 'Muhajirah' di laman Facebook, Tumblr dan akaun Twitter.
kebanyakan status yang dimuatnaiknya itu dikumpul oleh media sosial
dari Amerika, Buzzfeed dan berdasarkan maklumat tersebut, wanita itu
merupakan seorang doktor yang pergi ke Syria dan terlibat dengan
perkahwinan rancang dengan anggota militan.
"Saya Muhajirah, boleh bercakap Urdu dan Hindi dan sebab itulah
sesetengah 'sisters' mengalu-alukan saya ke sini...dengan filem dan
tajuk lagu. Saya dari Malaysia," jelasnya di laman Twitter @BirdOfJannah
pada 11 Ogos lalu.
Di laman facebook miliknya, wanita ini mendakwa kedatangannya ke Syria
kerana ingin berkhidmat kepada masyarakat di sana kerana dia adalah
seorang doktor.
"Saya melakukan hijrah ke Syria dan ibu bapa saya tidak bersama, tetapi
mereka 'okay' dengan keputusan saya," komennya di laman Facebook.
Selepas dua bulan di Syria, dia terfikir untuk berkahwin kerana baginya
amat sukar hidup bersendirian dan telah diperkenalkan dengan seorang
Moroccan oleh teman serumahnya di Syria.
"Satu malam, kawan baik saya telah mengetuk pintu dan belum pun sempat
saya menjawab apa-apa, dia telah membuka pintu dan melompat ke atas
saya.
"Dia memberitahu bahawa suaminya telah bercakap dengan kawannya, dan
kawan suaminya itu telah bersutuju untuk berkahwin dengan saya walaupun
tidak berjumpa terlebih dahulu.
"Saya berasa hairan, dan memberitahunya saya bersetuju untuk berkahwin.
Dia memeluk saya dan menangis serta berkata betapa gembiranya dengan
keputusan saya ini. Saya merasakan dia berkelakuan seperti ibu saya dan
itu merupakan malam yang emosi," jelasnya yang dikongsi di tumblr blog,
Diary of A Muhajirah.
Shams dan suaminya tidak bercakap pada hari perkahwinannya yang mana
difahamkan itu adalah arahan yang ditetapkan oleh pihak organisasi dan
mereka perlu memuat turun kamus di aplikasi telefon untuk bercakap pada
awal perkahwinan mereka.
"Suami dan saya, adalah sangat berbeza. Kami dari dua benua yang berbeza
dan bercakap dan bahasa yang berlainan. Bahasa arab saya sangat teruk,
manakala dia sangat fasih berbahasa arab dan Perancis.
"Saya masih ingat kami memuat turun aplikasi kamus di telefon bimbit dan
ia sangat membantu. Apa yang penting adalah hati," jelasnya di laman
Facebook sebelum memadamnya.
Selepas empat hari perkahwinannya, dia baharu tersedar dia berkahwin
dengan seorang Mujaheed dan perlu berdepan dengan realiti apabila suami
kawannya meninggal dunia ketika berperang.
Dia juga turut memuatnaik kata-kata dari suaminya di laman Facebook
"Jihad adalah isteri nombor satu, dan kamu adalah yang kedua. Saya harap
kamu faham."