Followers

Monday, September 22, 2014

Konflik Presiden PAS: Bila Pak Abu Tibai Tuan Presiden



 Kisah malang sang Presiden bermula lagi..

Adakah ini kali terakhir sebelum tuan Presiden berundur dari kerusi Presiden Parti ? .Ramai rakyat awam berpendapat perkataan 'barua' tidak sepatutnya terpacul dari seorang yang dianggap murabbi.

Pastinya kali ini lebih hebat kerana melibatkan kedua dua tokoh 'usrah' yang memperjuangkan kehidupan islamik.

Saari Sungib bukan nama asing bagi para student dan ahli PAS, jasa beliau dalam dunia keusrahan sangatlah banyak.

Tokoh politik yang telah pun teruji dengan dikenakan tahanan ISA dan keluar masuk lokap Polis cukup komited dengan perjuangannya.

Boleh saja dikatakan kali ini antara 'buku bertemu ruas'.

Adakah sang Presiden akan menyahut cabaran Pak Abu ?

Jom kita tengok , adakah imam sembahyang yang kena stop atau makmum yang akan mufarakah dalam masjid yang sama kerana imam bisa saja boleh ditegur oleh makmum kerana kesalahan dalam sebutan dan rukun sembahyang ! Tak perlu membuat masjid baru kerana makmum ini memang suara beliau sedap! Sesedap kicauan burung dipagi hari nan indah.



Buktikan PKR 'beli' saya, kata Saari pada Hadi


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Saari Sungib dilapor mencabar presiden partinya Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengemukakan bukti beliau “dibeli” oleh PKR.

Perkara itu dilontarkan ekoran tindakannya menandatangani akuan berkanun (SD) yang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai pengganti Menteri Bersar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Saari, wakil rakyat Hulu Selangor menjelaskan, beliau menandatangani SD itu bagi mengelakkan Khalid menyebabkan lebih banyak masalah pada negeri itu, lapor The Star Online.

“Peguam menjelaskan bahawa ADUN mesti memindahkan sokongan kepada calon lain untuk mengesahkan SD itu, dan kami sokong Wan Azizah kerana PKR dan DAP setuju dengan pencalonannya,” beliau dipetik sebagai berkata.

Hadi semalam berkata, PKR tidak patut "mencuri" dua wakil rakyatnya, Saari dan Hasnul Baharuddin (Morib), untuk menyokong Azizah sebagai calon menteri besar.

"Takut majoriti tak dapat, curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat. Adakah ini etika bertahaluf?

"Kita tidak memandang ringan, dua wakil rakyat yang sanggup menyeberang, yang jadi broker, yang jadi barua, semua ada,” katanya.

Portal berbahasa Inggeris itu juga hari ini melaporkan Saari sebagai menegaskan, beliau hanya cuba mengekalkan kekuatan Pakatan di Selangor.

“Banyak ulama dalam parti, tetapi mereka masih benarkan tindakan mengutuk saya atas tindakan saya, yang sebenarnya hukuman sebelum perbicaraan. Parti Islam jenis apa ini?

“Di muktamar, pengerusi tetap tidak campur tangan apabila perwakilan berdoa supaya tuhan murka pada saya. Perkara ini sangat memalukan parti,” belia dipetik sebagai berkata.

Perwakilan dalam muktamar PAS sebelum ini mengambil peluang dalam ucapannya untuk membacakan doa mengutuk Saari dan Hasnul selain Timbalan Presiden Mohamad Sabu.

Wakil PAS Wilayah Persekutuan Azhari Ariffin berkata, dua ADUN itu ibarat ejen perosak dalam parti dan menyifatkan mereka sebagai “nila setitik yang merosakkan susu sebelanga”.

[Baca berita asal]