Mangkok ni dapat 'tarbiah' dari siapa tak tau ler..
Tarbiah ostad Nasha ke Hasan Ali ke Haron Din ke, tak tau ler !
25 minit dihabiskan dengan doa' yang kononnya untuk mentakfirkan Mat Sabu,Saari Sungib dan Hasnol. Nampak sangat waktu yang berharga untuk diisikan dengan hujjah disia siakan begitu sahaja.
Bukankah ugama didirikan diatas hujjah ?
Lu ada bukti bro, lu bawak ler, apesal lu nak takfirkan Mat Sabu, Saari dan Hasnol pulak?. Lu ada banyak jasa sangat kepada PAS ke ?
Berapa kali daa lu masok keluar lokap dan ISA macam Mat Sabu dan Saari ?
Ini ler contoh puak puak wahabi dalam PAS, masok PAS bukan untuk kuatkan PAS, menambahkan huru hara ada ler. patot ler 1 kerusi pon tak menang dalam Wilayah Persekutuan.
Perwakilan berdoa kutuk Mat Sabu, dua ADUN
Seorang perwakilan di Muktamar PAS mengambil peluang dalam ucapannya untuk membacakan doa yang mengutuk pemimpin parti – termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua ADUN parti itu di Selangor.Dua ADUN yang disasarkan oleh wakil PAS Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin itu ialah Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).
Dua ADUN tersebut sebelum ini menyokong presiden PKR sebagai calon menteri besar Selangor yang baru dalam pengakuan berkanun mereka.
Dalam doanya sepanjang 25 minit itu, Azhari memanjatkan doa agar Mohamad Sabu tidak akan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau juga berkata Saari dan Hasnul ibarat ejen perosak dalam parti itu, dengan memetik perumpamaan “nila setitik yang merosakkan susu sebelanga”.
“Sekarang kita ada dua nila – satu Cap Hulu Kelang dan satu Cap Morib, mereka nila yang sangat beracun,” katanya dalam doa itu sambil menadah tangan.
"Ambil tindakan displin kepada dua titik nila ini... Mereka yang khianat akan binasa,” katanya lagi
Kebanyakan perwakilan yang bersidang di bawah khemah besar di Parit Salleh Ros, Batu Pahat itu dilihat turut menadah tangan.
Malah, ada juga sebilangan para wartawan yang membuat liputan muktamar tersebut yang turut menadah tangan.
Doanya yang meleret-leret sehingga lebih 25 minit itu memaksa pengerusi tetap muktamar, Abu Kassim Abdullah mengulangi peringatan agar beliau menamatkan ucapan.
Ia turut menimbulkan kemarahan wakil Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar, yang meluru ke pentas dan menuntut agar tindakan dikenakan ke atas Azhari.
Beliau meminta pengerusi tetap mengeluarkan ketetapan sama ada tindakan membaca doa yang mengutuk orang lain dalam parti itu boleh dibenarkan dalam persidangan.
Beliau meminta pengerusi tetap mengeluarkan ketetapan sama ada tindakan membaca doa yang mengutuk orang lain dalam parti itu boleh dibenarkan dalam persidangan.
"Saya minta pengerusi tetap membuat ketetapan, menghentam pemimpin dalam doa. Apakah ini akhlak dalam jamaah Islam?
"Dan kawan-kawan wartawan yang bukan Islam, masing-masing tertanya apakah ini agama yang diajar dalam Islam.
"Kenapa kita perlu mempergunakan agama? Datangkan hujah sepatutnya," katanya sebelum seorang anggota Unit Amal muncul dan turut mematikan mikrofon tersebut.
Kata-katanya itu turut disambut dengan sorakan dari sekumpulan individu di bahagian belakang dewan tersebut.
Pengerusi tetap seterusnya cuba mengawal keadaan dengan meminta anggota perwakilan bertenang.
"Tenang muktamar. Kalau tidak kita pakat balik semua," katanya tanpa membuat sebarang ketetapan dan mempersila pewakilan seterusnya berbahas.
sumber...malaysiakini