Followers

Monday, September 1, 2014

Inilah Punca Ketua Polis Negara Naik 'Bengang'



Semalam KPN da naik hot..

Steady ler bro ...

Kalau sebelum ini pemimpin pembangkang kena kutuk dengan bermacam macam gelaran...Derang buat dek jer , sebab mana ada tindakan puak polisi pon.

Ini kali KPN pulak tibai entah dari siapa yang empunya gerangan ?

Dua pengguna laman sosial Twitter dikesan mengeluarkan kenyataan biadap terhadap polis, seorang daripadanya menggelar Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai 'anjing Barisan Nasional'.
 
Sehubungan itu, Khalid mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengenal pasti individu tidak bertanggungjawab di sebalik dua akaun Twitter berkenaan untuk dikenakan tindakan.
 
"PCIRC@PDRMsia sila ambil tindakan terhadap orang biadap ini yang menggelar IGP 'Anjing BN'," kata Khalid dalam catatan di laman Twitternya hari ini.
 
Akaun yang menghina Khalid itu menggunakan akaun Twitter Nasrul Omar.
 
Pada satu lagi akaun Twitter atas nama Viktor Wong, tertera mesej mencemuh berikut: "Bastardization of @PDRMsia. Thanks to the ruthless@KBAB51. Henrich Himmler of Malaysia".
 
Merujuk kepada akaun Twitter kedua itu, Khalid berkata: "PCIRC@PDRMsia, juga kesan seorang lagi yang biadap ini untuk diambil tindakan."
 
Heinrich Himmler merupakan antara individu paling digeruni di bawah pemerintahan Nazi di Jerman.

sumber... Bernama