Followers

Sunday, September 7, 2014

Konflik Presiden PAS: 'Tembakan' Ke Arah Saifuddin Nasution Yang Tersasar ..




Kelebihan menguasai media bukanlah suatu yang akan membuatkan orang yang berakal sihat akan mudah terpengaruh..

Buktinya PR telah menguasai 53% suara rakyat Malaysia yang inginkan kehidupan lebih baik dan makmur.

Bergerak dalam satu kumpulan akan membawa lebih kejayaan pada hari hari mendatang.

Inilah adu domba yang paling 'heavy' melanda PAS sekarang.

Serangan psikologi murahan ternyata tidak bisa mempengaruhi hakikat keadaan sebenar.


Awasi propaganda media yang sering memetik 'sumber'..

KENYATAAN MEDIA

MSTAR, THE STAR PETIK SUMBER YANG SEBAR MAKLUMAT TIDAK BENAR

Setelah mendapat pengesahan daripada Datuk Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung KEADILAN, didapati bahawa rencana yang ditulis mStar ("Isu MB: PKR Akhirnya Hantar Tiga Nama") dan The Star ("PKR finally agrees to nominate three candidates for MB") telah memetik sumber yang menyebarkan maklumat tidak benar berkaitan jumlah nama calon Menteri Besar Selangor yang akan dihantar KEADILAN kepada pihak Istana.

Rencana-rencana tersebut turut cuba menimbulkan persepsi bahawa Setiausaha Agung mengesahkan maklumat jumlah calon seperti yang disebut "sumber" wartawan mStar dan The Star. Ini tidak sepatutnya dilakukan kerana Datuk Setiausaha Agung tidak menjawab soalan mengenai isu jumlah nama calon.

Sekian, terima kasih.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

6 September 2014