Followers

Sunday, November 30, 2014

2,000 Paku Dikeluarkan Dari Badan Seorang Wanita


Biar betul ?

Seorang pakar bedah dari Indonesia menjadikan kes terapi Islam sebagai pelengkap perubatan moden di hospital dengan mengeluarkan paku berkarat dari dalam badan seorang pesakit wanita, kononnya dipercayai menjadi mangsa ilmu sihir.

Dr Sagiran Sukardi menggambarkan bagaimana pemahamannya mengenai amalan perubatan dicabar ketika merawat wanita tersebut.

Dalam kes di Sumatera yang menjadi bualan ramai, lebih 2,000 paku dikeluarkan dari dalam badan seorang wanita berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Supiyati.

"Sebagai seorang pakar bedah, saya tidak percaya kesakitan itu berpunca daripada sihir dan jin," katanya dalam forum bertajuk 'Jin dan Sihir' Dalam Perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dr Sagiran dari fakulti perubatan di Universiti Muhammadiyyah Yogjakarta berkata keadaan Supiyati mencabar logik perubatan.

Beliau menunjukkan kepada peserta forum beberapa keping gambar paku dibawah kulitnya dan X-ray kesan luka yang dialami Supiyati.

Kira-kira 75 peratus daripada peserta yang hadir terdiri daripada doktor dan pakar psikiatri manakala selebihnya adalah pakar akademik serta kumpulan penyelidik.

Pesakit itu pertama kalinya dibawa ke bilik kecemasan pada September 2012.

Dr Sagiran berkata, dalam pembedahan pertama, beliau mengeluarkan lebih 70 paku dari bahagian kakinya sebelum merawat luka tersebut.

"Amat memeranjatkan, sehari selepas pembedahan itu saya menjumpai lebih banyak paku dikawasan itu semula. Pada masa sama, saya tidak percaya ia ada kaitan dengan ilmu sihir," katanya.

Namun, beliau berkata selepas mendapat nasihat daripada rakan-rakan dan guru agama, dia kemudiannya menggunakan terapi Islam untuk merawat pesakit itu.

Menurut Dr Sagiran, dia mula membaca ayat suci Al-Quran ketika sedang membersihkan luka atau semasa gadis itu mengerang kesakitan.

Beliau berkata, selepas rawatan tersebut wanita berkenaan kemudiannya termuntah.

"Anda tidak boleh bayangkan tetapi lebih banyak paku dan rambut terkandung dalam muntahnya," kata Dr Sagiran.

Dr Sagiran berkata bekas suami Supiyati yang menghilangkan diri selepas dia menjalani rawatan tersebut dipercayai bertanggungjawab melakukan perbuatan sihir itu.

Katanya, kes itu menggambarkan keperluan terhadap pendekatan secara holistik termasuk rawatan kerohanian dan keagamaan di hospital.

Moderator forum UKM, Prof Madya Dr Supyan Hussin berkata penganjur tidak menentang cara perubatan moden.

"Namun terapi Islam boleh digunakan untuk merawat pesakit yang kesakitannya tidak dapat dikenal pasti," katanya.

Dr Supyan berkata terapi Islam tiada kaitan dengan ilmu hitam atau ilmu sihir yang bertentangan dengan Islam.

Beliau berkata, peserta mungkin akan meluluskan resolusi tersebut menerusi perbincangan dalam forum yang akan bersambung pada Ahad sebelum perkara itu dibawa kepada Kementerian Kesihatan.

sumber...Mstar

Saturday, November 29, 2014

Terkedu: 'Mai Celen' Shahrizat Ada Orang Sambut Dengan Tibai


Ambik kau...hahahahaha

Ibu red indian duk ingat tadak orang berani celen  dengan dia

Tup tup lagi sakan mamat umngok tibai ibu red indian tu....hahahahaha

PAU 2014: Ketua Umno Bahagian Cheras Gesa Shahrizat Letak Jawatan

Ketika Presiden Umno menggesa ahli parti agar bersatu pada Perhimpunan Agung Umno, seorang Ketua Umno Bahagian melahirkan rasa kurang senangnya terhadap Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.


Pada Jumaat, Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dalam satu temubual bersama, Astro Awani telah menggesa Shahrizat meletakkan jawatan sebagai ketua sayap wanita Umno. 

"Shahrizat harus melihat diri sendiri, kerana ada individu lain yang inginkan jawatan yang dipegangnya. Adalah tidk adil untuk beliau (Shahrizat) meminta jawatan Naib Presiden diberikan kepada sayap wanita.

"Dia mempunyai liabiliti. Maka, jalan terbaik adalah dengan meletakkan jawatan, isu ini akan berakhir," katanya kepada Astro Awani di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat.

Sementara itu di blog peribadinya, Syed Ali menggesa Wanita Umno agar bersikap lebih realistik dan meletakkan agenda rakyat dihadapan berbanding mendesak agar mereka diberikan peranan yang lebih besar dalam parti.

Beliau berkata persoalan untuk memberikan jawatan penting diperingkat tertinggi kepimpinan parti tidak wajar menjadi perkara utama.

"Wanita Umno tidak harus menyatakan hasrat mereka. Ia ibarat memberikan tekanan dan menggesa presiden parti."


"Adalah lebih baik mereka yang membebankan parti keluar dan meninggalkan parti, termasuk mereka dalam Wanita Umno," katanya di blog peribadi beliau.

Sebelum ini, Syed pernah mempertikaikan cadangan agar kerusi Naib Presiden ditambah hanya kerana 89 peratus menyokong atau 171 daripada 192 bahagian menyokong Wanita Umno Bahagian seluruh negara.

"Cadangan tersebut hanya datang daripada mereka dan ia tidak dipersetujui oleh majoriti ahli parti."


"Mengapa anda perlu meminta pucuk pimpinan agar mempertimbangkan satu kerusi tambahan untuk Wanita Umno kerana ia akan hanya dipertandingkan dikalangan bagi sayap Wanita Umno sahaja.

"Jika anda meminta kerusi tambahan, ia akan menyebabkan parti terpaksa 'menyediakan' satu kerusi hanya untuk sayap Wanita. Saya menolak tanggapan Umno kejam dan tidak menghargai peranan wanita sebagai tulang belakang parti.


"Ya,...memang pada ketika ini tiada pemimpin wanita yang menjadi menteri penuh. Namun ahli sayap wanita perlu menanyakan soalan tersebut kepada Ketua Wanita Umno mengapa perkara sedimikian berlaku," ujar Syed Ali.

Ini bukan kali pertama Syed Ali mempersoalkan keupayaan Shahrizat memimpin sayap wanita dan beliau juga pernah menggesa bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meletakka jawatan dalam beberapa majlis kira-kira dua tahun lalu.


sumber...Mstar OL
Oleh: T. AVINESHWARAN

Friday, November 28, 2014

Kenapa Image Payudara Wanita Umngok Viral di FB ?








Adakah serangan wanita umngok sudah menepati sasaran ?

Nampaknya contoh tauladan dari Mashitah sebagai bekas pendakwah RTM dikritik dengan hebat oleh warga Facebook..

Ada beberapa komen yang sangat sesuai untuk Mashitah dan wanita umngok lain,adakah mereka akan memperdulikan hujah hujah itu...

Sendirik punya lubang kubor sendirik mau jaga ler...


Dalam perkembangan lain, semakin gawat statement Mashitah ...

DAP lapor polis? Mashitah kata tak gentar

Bekas timbalan menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim tidak gentar dengan laporan polis DAP terhadap dakwaannya tentang pembakaran kitab Al-Quran oleh orang Cina di Kedah.

Ditanya wartawan Malaysiakini tentang perkara itu sewaktu ditemui di perhimpunan agung Umno, Mashitah menjawab: "Kalau dia (DAP) nak saman saya pun, samanlah".

Mashitah juga ditanya mengenai perbezaan fakta mengenai kejadian yang dibangkitkannya, dan juga kejadian yang disebut oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mengulas mengenai perkara itu, Mashitah berkata ia perlu dirujuk kepada Mukhriz.

"Yang itu awak boleh semak dengan dialah...Yang saya punya (fakta) bersandarkan kepada saya dimaklumkan oleh ketua wanita Kuala Kedah (Noor Hasita Mat Isa)," katanya lagi.

Isnin lalu, Mukhriz mengumumkan seorang lelaki Melayu kini ditahan di wad psikiatrik selepas didapati mengoyakkan kitab Al-Quran.

Namun, Mashitah pada hari Rabu lalu mendakwa ada orang Cina di Kedah membakar Al-Quran untuk upacara sembahyang mereka.

Pagi ini, dua MP wanita DAP membuat laporan polis terhadap kenyataan Mashitah yang disifatkan mereka sebagai membuat kenyataan tidak bertanggungjawab.
sumber...malaysiakini

Thursday, November 27, 2014

Shahrizat 60 Tahun Tak Payah Pakai Minyak Pelincir dan Gamat


Apa rahsia ibu red indian pompuan umngok tu ?

Wowww... hahaha

Hebat...Perhimpunan red indian umngok pompuan....hahahaha

Sama jugak seperti perhimpunan angguk Umngok yang lalu..Cerita pasal seks memang tak boleh lepas dari pertubuhan melayu ni...

Aper daa...UMporNO dan seks berpisah tiada..

Isu rakyat...minyak naik, tol naik. harga barang hari hari naik, GST, pinjaman PTPTN dikurangkan dan sebagainya langsung tak disentuh..

So  sesiapa yang nak tahu apa rahsia shahrizat yang dah umor 60 tahun tak payah pakai minyak pelincir atawa gamat pi ler tanya beliau sendirik...hahahahaha

Wanita Umno masih kuat, tak perlu gamat atau pelincir, kata Shahrizat

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menggamatkan dewan hari ini apabila menggunakan perkataan "gamat dan pelincir" bagi menggambarkan sayap Wanita Umno itu masih relevan dan kuat.

Shahrizat menangkis tanggapan mengatakan mereka dipenuhi generasi tua, sebaliknya menegaskan mereka merupakan tulang belakang kepada parti utama kaum Melayu tersebut.

"Tua bukan sebarang tua, kita tua tak terlantar, mai lah celen (marilah lawan).

"You umur 60, I umur 60, siapa lagi kuat? Tidak payah pakai gamat atau minyak pelincir," kata Shahrizat semasa ucapan penggulungan Wanita Umno petang ini.

Dalam pada itu, Shahrizat berkata walaupun Wanita Umno mungkin dilihat tua pada usianya, ia bukan alasan mereka tidak mampu bersaing dan memberikan sumbangan kepada perjuangan parti.

"Saya tidak takut atau gementar dengan mereka yang lebih muda dan cekang," kata Shahrizat.

Shahrizat berkata, tanpa peranan yang dimainkan Wanita Umno, tidak mustahil menyebabkan ketempangan dalam parti.

"Saya takut kalau ramai daripada generasi ketiga pergi semua, lompong habis Umno ini.

"Hari ini saya nak tanya, siapa yang menangkan Umno dalam pilihan raya kecil?" soal Shahrizat.

"Jangan pandang rendah kepada kami (don't take us for granted)."

Shahrizat juga berkata, apa yang penting sebagai seorang pemimpin adalah ketokohan, serta menyeru Wanita Umno supaya tidak rasa dipinggirkan dalam parti.

"Dalam politik adalah ketokohan, jangan sesekali rasa kita tidak berguna," katanya.

sumber...TMI

Wednesday, November 26, 2014

ISIS: Najib dan Din Ayam Kena Tibai Dalam Parlimen


‘Sokongan’ Najib, menantu Hadi terhadap Isis cetus perdebatan di Parlimen

Pembentangan Kertas Putih bagi menangani ancaman kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) oleh Datuk Seri Najib Razak di Parlimen hari ini mencetuskan perdebatan di kalangan ahli Parlimen apabila mereka membangkitkan "semangat" Isis perdana menteri dan sokongan terbuka menantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap perjuangan kumpulan militan berkenaan.

Ketika sesi perbahasan Kertas Putih itu di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Gelang Patah (DAP) Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berjenaka mengatakan Najib menggesa ahli Umno "meniru semangat" kumpulan militan berkenaan beberapa bulan lalu di Kuala Lumpur.

Kamaruddin berkata, Hadi sebaliknya jelas melarang ahli PAS daripada menyokong perjuangan Isis.

Kenyataan itu kemudiannya membuatkan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin bangun dan berkata menantu Hadi, Zaharuddin Muhammad secara terbuka menyatakan sokongan terhadap Isis melalui laman media sosial miliknya."Menantu presiden PAS secara terbuka memuji tindakan Isis di media sosial. Dia gembira Isis menawan beberapa bandar di Iraq. Boleh semak di media sosial," kata Bung.

"Presiden PAS arah lain, menantu dia pula arah lain," katanya.

Najib dalam satu jamuan makan malam Umno Cheras sebelum ini dilaporkan menggesa ahli parti mencontohi keberanian Isis dalam mengalahkan tentera Iraq walaupun dengan bilangan anggota lebih kecil.

“Sama ada kita bersetuju atau tidak, itu cerita lain. Kumpulan Isis yang hanya mempunyai 1,300 orang berjaya mengalahkan 30,000 tentera Iraq, sehingga empat, lima jeneral bintang tiga terpaksa melarikan diri menyelamatkan diri mereka, terjun tingkap pada waktu malam,” katanya.

Sementara Zaharuddin pula melalui laman Facebook beliau didakwa menyatakan sokongan terbuka kepada kumpulan militan itu.

"Satu demi satu daerah-daerah dan kawasan-kawasan di Iraq jatuh ke tangan mereka seperti Mosul dan sekarang mara ke Baghdad.

"Bukan air mata kesedihan, juga tidak pasti ia air mata kegembiraan, tetapi yang pasti ada berita tentang orang awam di Iraq mendapat pembelaan," kata Zaharudin dalam Facebook.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika sesi penggulungannya berkata, Najib hanya bercakap mengenai "semangat" dan konteks ayat itu perlu difahami.

"Tuduhan Gelang Patah dan Tumpat kepada perdana menteri yang meminta Umno menjadi seperti Isis tidak tepat.

"Beliau mengeluarkan kenyataan itu tapi perlu lihat konteks ayat secara keseluruhan, jangan ambil separuh," katanya.

"Tolong faham maksud di sebaliknya."

sumber...TMI

Tuesday, November 25, 2014

Mangkuk Mana Pulak Jual Nama Nyonya Mansor Ni ?



Ye ke apa yang dikatakan oleh Nyonya Mansor ni...hahaha

Alahai...Pandai jugak diorang buat duit ...hahaha

Projek oh projek ...janji asyuuuukkk

Tapi kot ada 'peristiwa' yang berlawan macam mana pulak...hehehe

Tolak Permohonan Guna Nama Saya Untuk Lobi Projek - Rosmah

Mereka yang melobi projek menggunakan nama Datin Seri Rosmah Mansor bermungkinan besar permohonannya akan ditolak serta-merta.


Rosmah yang juga isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menggesa jabatan , agensi dan kementerian agar tidak meluluskan cadangan projek yang menggunakan namanya.

"Sesiapa yang menggunakan nama saya , saya minta pejabat dan kementerian tidak meluluskannya ," kata beliau pada majlis himpunan tahunan Skuad Sayang di Hotel Sri Pacific di sini, Isnin.

Beliau berkata terdapat kes di mana projek-projek yang dicadangkan mendakwa bahawa beliau mempunyai 20 atau 30 peratus kepentingan di dalamnya .

"Bagaimana ketua-ketua jabatan boleh meluluskan projek-projek tersebut tanpa memeriksa fakta dengan saya? " tanya Rosmah yang juga penaung Skuad Sayang.

Rosmah berkata cara terbaik untuk memeriksa masalah itu ialah dengan menolak serta-merta orang-orang yang menggunakan namanya .

" Saya juga tidak mempunyai kuasa untuk menandatangani apa-apa. Tandatangan saya tidak bernilai ," tegas beliau.

Terdahulu , Rosmah membuatkan ahli-ahli Skuad Sayang tersentuh apabila beliau berkata Najib telah mengarahkan beliau untuk menghadiri perhimpunan itu walaupun terpaksa merangkak ke hotel.

"Saya tak sihat. Saya demam malam tadi dan tekak saya sakit . Tetapi suami saya suruh hadir walaupun saya terpaksa merangkak kerana dia tidak mahu saya mengecewakan orang-orang yang mengambil bahagian dalam acara ini, " katanya.


"Saya menggunakan ubat Cina - Saya rebus badam dengan daun pudina selama empat hingga lima jam, tambah kurma merah dan ia membantu melegakan masalah kahak saya," katanya , sambil menambah beliau hanya mengambil ubat penahan sakit untuk tidur.

Dalam perkembangan yang lebih serius , Rosmah melahirkan rasa kecewa terhadap mereka yang cuba melemahkan kepimpinan Najib .

Beliau berkata pemimpin-pemimpin dunia termasuk Presiden Rusia Vladimir Putin telah meminta untuk bertemu dengan Najib , tetapi ia menjadi halangan di dalam negara walaupun mereka dari parti yang sama.

"Jangan menikam kawan dari belakang. Mari kita sama-sama bersatu. Kadang-kadang , saya rasa sedih melihat suami saya.

"Jika dia minta tolong, tolonglah dia," katanya.

sumber...Mstar
oleh: SIRA HABIBU

Kacau: Kiyai Kahwinkan Lelaki Dengan Transgender



Kiyai dedah kahwinkan lelaki dengan transgender

Di Malaysia, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bukan sahaja tidak diterima, malah membicarakan subjek itu saja sudah dianggap tabu.

Tetapi di Indonesia, negara umat Islam terbesar di dunia, siapa sangka sudah ada ustaz yang tampil menikahkan seorang lelaki dengan seorang transgender.

Abdul Muiz Ghazali, pensyarah agama di Institut Studi Islam Fahmina (Isif), yang beroperasi di Cirebon, Jawa Barat, tampil membuat pengakuan itu kepada Malaysiakini minggu lalu.

Dalam wawancara di Petaling Jaya, menjawab “ya” dan disusuli ketawa kecil, beliau mengaku menjadi jurunikah untuk seorang lelaki dengan pasangan transgendernya.

Bekas pengasuh di sebuah 'pesantran waria' (wanita pria atau transgender) di Yogyakarta itu mendedahkan, beliau menikahkan pasangan berumur 40 dan 43 tahun, yang datang kepadanya, setelah mereka saling mencintai.

Muiz, lulusan pengajian Islam di Universiti Islam Negeri (UIN) dan sekolah pondok itu berkata, oleh kerana pernikahan itu tidak diiktiraf oleh undang-undang republik itu, beliau menyediakan sendiri surat nikahnya.

“Kita ada catatan pernikahan yang kita buat sendiri, sekiranya ada masalah boleh jumpa saya semula.

“Saya yang akan menceraikannya nanti (jika pernikahan itu gagal mencapai kebahagiaan) disaksikan komuniti (LGBT), kerana soal nikah cerai itu harus ada pengakuan dari masyarakat,” katanya.

'Muslim yang larang'

Mengimbau kenangan pada 2012 itu, Muiz menjelaskan, walimatul urus itu berlangsung sederhana.

“Cuma perlukan selembar kertas (persetujuan) dan juga komuniti kita,” katanya, yang berkali-kali menegaskan bahawa beliau seorang “heteroseksual” (kecenderungan seksual berbeza jantina).

Malah, Muiz berkata, perkahwinan itu berlangsung tanpa ritual setempat seperti acara merenjis tepung tawar dan tanpa mengenakan pakaian tradisi seperti kebiasaannya.

“Kita tidak perlu pakai benda tinggi-tinggi atas kepala, baju-baju budaya,” katanya sambil membuat isyarat tangan di kepala.

“Nikah (cara) itu cuma budaya. Kita tidak perlukan pelbagai ritual, hanya kertas dan komuniti kita. Ia melibatkan sumpah setia. Pernikahan ini kita harus ingat adalah perjanjian.”

Tampil bersongkok dan bersarung seperti kebiasaannya, ustaz muda yang turut memakai rantai kayu itu, sering menegaskan keperluan kasih sayang dalam sesebuah hubungan rumah tangga.

Ditanya berhubung larangan perkahwinan sama jantina, Muiz memilih berbeza pendapat.

“Islam tidak pernah melarang bernikah berlainan jantina. Tetapi umat Islam ya, mereka yang larang, agama tidak,” katanya yakin.

Seks dan gender dalam al-Quran

Beliau memetik ayat ke-14, surah Ali-Imran yang menyebut bahawa Allah menjadikan kecintaan terhadap apa-apa yang diingini sebagai kesenangan hidup.

“Merujuk surah ini, terdapat perkataan manusia yang boleh mencintai apa-apa yang dingini, jika perempuan mencintai perempuan (contohnya), ya, sudah kelihatan sejenis di sini, itu teks Al-Quran.

‘Yang ada dalam al-Quran itu orang yang dianggap lelaki bukan dari jenis kelamin (aspek biologi),” katanya.

Menurut beliau, syarat nikah lelaki dan perempuan dalam Islam bukan daripada aspek biologi semata-mata, tetapi juga gender.

Bahasa Arab, termasuk Al-Quran menggunakan dua perkataan berbeza untuk menggambarkan lelaki dan perempuan – satu daripada segi biologi dan satu lagi gender.

Muiz bagaimanapun menjelaskan permintaan untuk bernikah sama kelamin tidak banyak kerana komuniti transgender sendiri tidak besar di negara seberang itu.

Beliau juga menjelaskan terdapat juga ustaz atau kiyai lain yang menikahkan pasangan gay selainnya.

Menceritakan pengalaman hidupnya, Muiz mengakui tidak menerima kewujudan golongan itu sebelum ini.

Transgender juga bertuhan

Tetapi, tambahnya, beliau berubah fikiran setelah membuat kajian sendiri, bahkan menyamar sebagai orang gelandangan untuk mendekati golongan transgender yang melacur di jalanan.

Membuka baju batik, songkok dan kain sarung, Muiz tampil berseluar pendek dan berbaju koyak rabak supaya golongan itu tidak takut didekati.

“Apa yang dipakai oleh mereka saya akan turut pakai,” katanya yang kemudian menyimpulkan bahawa setiap manusia memerlukan tuhan, termasuk juga golongan transgender.

"Dari situ saya berpendapat bahawa transgender memerlukan tuhan cuma tidak jumpa jalan, misalnya dilarang ke masjid. Jadi saya ingin mendampingi mereka melalui agama," ujarnya.

Beliau kemudian membawa golongan itu ke pasentren waria bagi membolehkan mereka mendapat pendidikan agama.

“LGBT adalah golongan yang terbuka, jika ada masyarakat boleh membuka ruang untuk mereka mengapa kita tidak boleh.

“Tergantung kepada kita terlebih dahulu, adakah kita mahu membuka diri atau tidak,” ujarnya sambil ketawa.

Monday, November 24, 2014

Azmin Ali Buat Kejutan Dalam Bajet Selangor Pulak


Selangor bentang bajet RM2.42 bilion, jumlah tertinggi dalam sejarah

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menggunakan lebih 90% daripada jumlah RM3.31 bilion rizab negeri bagi Bajet Selangor 2015, bajet tebesar dalam sejarah negeri tersebut.

Azmin semasa pembentangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mencadangkan sejumlah RM2.422 bilion untuk bajet kali ini, 53.19% untuk perbelanjaan mengurus dan 56.81% daripadanya diperuntukkan untuk pembangunan.

Namun pembentangan itu menunjukkan bajet defisit apabila kutipan hasil negeri tahun 2015 dianggarkan hanya ‎RM1.97 bilion sahaja, berbanding perbelanjaan RM2.42 bilion.

Pentadbiran menteri besar terdahulu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa Bajet 2014 hanya memperuntukkan RM1.8 bilion dan Bajet 2013 sebanyak RM1.63 bilion.

"Kumpulan Wang Disatukan pada 19 November 2014 berjumlah RM3.31 bilion. Jumlah tersebut terdiri daripada aset berbentuk wang tunai RM108.68 juta dan pelaburan sejumlah RM3.2 bilion.

"Kumpulan Wang Disatukan meningkat sebanyak RM400.8 juta kepada RM3.307 bilion iaitu 13.78% berbanding RM2.907 bilion pada  2013," kata Azmin di DUN Selangor hari ini.

Bertemakan "Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli", Azmin berkata bajet itu bagi melaksanakan semua rancangan pembangunan kerajaan khususnya program kesejahteraan rakyat.

"Bagi peruntukan mengurus, RM 385 juta adalah bagi emolumen, RM443.5 juta bagi perkhidmatan dan bekalan, dan RM 17.6 juta diperuntukkan kepada pembelian aset.

"Sejumlah RM 426.5 juta pula disediakan untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap dan RM 16 juta untuk perbelanjaan lain," katanya.

Bagi peruntukan pembangunan pula, perbelanjaan tertinggi RM277.3 juta digunakan bagi program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), RM106.6 juta bagi perkhidmatan masyarakat, pembangunan luar bandar, sektor perbandaran dan pembangunan usahawan.

Manakala RM100.2 juta diperuntukkan bagi pembangunan sosial termasuk pendidikan, perumahan, pembangunan belia dan sukan dan pembangunan insan.

"Sejumlah RM48.9 juta akan diperuntukkan bagi pembangunan khas negeri dan RM44.4 juta bagi pengambilan balik tanah.

"Bagi pentadbiran am, sejumlah RM33.8 juta diperuntukkan manakala bagi pembangunan adat Melayu dan warisan serta pelancongan sejumlah RM9.25 juta disediakan," katanya.

Azmin turut membentangkan enam strategi Bajet 2015, iaitu membesarkan lapisan kelas menengah, menjana pertumbuhan berkualiti, memberdaya ekonomi hawa dan generasi
muda.

Selain itu, pembangunan kejiranan hijau, menjana industri budaya dan intelektual, serta menyemarak ekonomi desa turut digunakan sebagai strategi.‎


sumber...TMI

oleh JAMILAH KAMARUDIN

MH17: 'Pembunuhan Beramai-Ramai Yang Dirancang'


Tragedi Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang mengorbankan 298 penumpang dan kru disifatkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Emirates Airline, Sir Timothy Charles Clark sebagai ‘pembunuhan beramai-ramai yang dirancang’.


Oleh itu Clark berkata, beliau berharap dalang yang bertanggungjawab terhadap tragedi itu di bawa ke muka pengadilan supaya mereka dikenakan hukuman sewajarnya atas tindakan itu.

“Kapal terbang tersebut ditembak jatuh. Ada yang menyatakan ia satu kemalangan, tapi saya tidak mempercayainya. Kapal terbang itu ditembak dengan pengetahuan sepenuhnya apa yang dilakukan.

“Pihak Belanda menyatakan bahawa insiden ini adalah satu tindakan jenayah dan pelakunya perlu dibicarakan di mahkamah antarabangsa.

"Ia memang jenayah. Saya menyifatkannya sebagai pembunuhan beramai-ramai yang dirancang dan dalang bertanggungjawab mesti dibawa ke muka pengadilan.” kata Clark dalam satu temu bual bersama wartawan Andreas Spaeth yang diterbitkan di Sydney Morning Herald.

Mengulas lanjut, Clark berkata, tragedi MH17 perlu menjadi satu ‘game changer’ kepada industri penerbangan di mana perlu ada perkongsian maklumat yang lebih baik supaya syarikat penerbangan boleh memilih laluan penerbangan yang selamat.

“Komuniti syarikat penerbangan kadang-kadang perlu melalui zon-zon konflik dan ada yang terus mengelakkan kawasan tersebut. Setakat ini, kami telah hentikan penerbangan ke Erbil, Damsyik dan Tripoli.

"Terbaru kami hentikan penerbangan ke Sana’a dan kami masih menimbangkan kemungkinan penghentian penerbangan ke atas Peshawar, Pakistan juga.

"Pengurusan penerbangan perlu mengimbangi perkara sebegini sepanjang masa. Jadi, kerja ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan jika kami mendapat lebih maklumat,” katanya

Emirates telah menghentikan penerbangan menerusi ruang udara Iraq semenjak kejadian MH17.

Sementara itu, apabila ditanya tentang masa hadapan  MAS, Clark berkata, cabaran yang dihadapi MAS sangat berat kerana setakat ini tiada syarikat penerbangan yang mendepani dua tragedi berturut-turut dalam tempoh beberapa bulan.

Oleh itu, katanya buat masa ini MAS mungkin perlu menilai semula modal perniagaan mereka dan mempertimbang untuk menjenamakan semula syarikat.

“Malaysia Airlines melambangkan jenama Malaysia. Ia merupakan duta perniagaan (Malaysia). Sememangnya amat sukar untuk mendepani stigma. MAS perlu menilai semula modal perniagaan dan penjenamaan semula.”

“Industri penerbangan tidak harus duduk dan melihat (MAS) ‘hilang’ berikutan dua insiden tersebut. Kami perlu cuba menolong mereka mendepani masalah-masalah yang dihadapi.” katanya.

Pesawat MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan kru.

sumber...sh

Sunday, November 23, 2014

PAS Kena Jumpa Umno 'Dalam Gelap' Kata Najib ?


Jika tidak boleh dibincang dengan cara terbuka,maknanya kena buat cara tertutup atau pertemuan dalam gelap gamaknya..

Rasa rasanya inilah maksud Najib 47% hari ini...

Apakah pertemuan dalam gelap melalui broka terdahulu hanya spekulasi ?

Daa berapa kali keluar masok Putrajaya ?

Kebenaran pasti tidak dapat disembunyikan...

Kerjasama Umno - PAS tidak boleh dibincang secara terbuka, kata Najib

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan pada Konvensyen Umno Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, hari in.

Meskipun tidak menolak kemungkinan Umno yang akan terlebih dulu menyuarakan tawaran    bekerjasama dengan PAS, Datuk Seri Najib Razak menegaskan perkara itu tidak boleh dibincangkan secara terbuka, lapor Mingguan Malaysia hari ini.

Presiden Umno itu berkata, perlu wujud kesedaran yang kerjasama antara parti itu dengan PAS penting dalam usaha mengelak ancaman kepada orang Islam dan Melayu menjadi semakin getir.

"Apa pun, kita tidak boleh berbicara secara terbuka. Apa-apa pun nak jadi, akan jadi satu hari nanti," katanya kepada akhbar milik Umno itu dalam satu wawancara khas menjelang Perhimpunan Agung Umno 2014 minggu depan.

Perdana menteri mendakwa, terdapat pihak yang tidak suka Islam dan Melayu berkuasa di negara ini sehingga mereka cuba melaga-lagakan antara sesama mereka termasuk dengan bertindak mengurangkan pengaruh Umno yang dilihat sebagai ancaman.

"Senjata mereka ialah menggunakan orang Islam menyerang kita dan mengurangkan pengaruh Umno," katanya.

Memandangkan situasi tersebut, beliau berkata, sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai pemimpin Islam melaksanakan penyatuan ummah di negara ini.

Mengakui bersikap terbuka dalam isu kerjasama dengan PAS, beliau menolak kemungkinan wujudnya perbezaan pendapat, namun berharap agar adanya keserasian dalam hal tertentu.

"Namun kita mesti tidak bermusuhan sehingga orang kata berkerat rotan berpatah arang antara satu sama lain. Saya terbuka dalam hal ini," katanya seperti laporan akhbar itu.

Kerjasama antara Umno dan PAS bukan perkara baru malah sering diulang dan semakin hangat diperkatakan ketika krisis penukaran menteri besar  Selangor yang menyaksikan konflik hubungan antara Pakatan Rakyat semakin ketara sehingga tahaluf siyasi gabungan pembangkang tersebut dipersoalkan.

Bagaimanapun, Najib berkata kepada Mingguan, kerjasama yang dimaksudkan tidak bererti ia mesti dalam bentuk satu pakatan, tetapi ia lebih kepada kerjasama dalam perkara berkaitan kepentingan masyarakat Islam.

Pada masa sama, beliau berkata, PAS perlu menerima hakikat yang Umno bukan ancaman kepada Islam di mana parti Melayu itu juga tidak melihat PAS sebagai musuh.

"Harap PAS bersikap sedemikian (terbuka) dan tidak melihat Umno musuh mereka. Kita juga tidak boleh anggap PAS sebagai musuh walaupun mempunyai perbezaan pendapat.

"Umno bukan ancaman kepada umat Islam dan Islam itu sendiri. Orang PAS mestilah melihat hakikat ia tidak berpunca daripada Umno," katanya.

Sementara itu, mengulas isu tanah rizab Melayu, Najib berkata dalam usaha memastikan ia dapat diselamatkan, kerajaan pusat juga memerlukan kerjasama daripada kerajaan negeri kerana urusan tanah berada di bawah bidang kuasa negeri.

Mengambil contoh dalam isu pembangunan Kampung Baru, beliau berkata, kerajaan tidak pernah memutuskan hendak menukar status tanah tersebut kerana ia sebenarnya satu usaha menambah nilai.

"Saya tahu kita hendak tanah itu kekal dalam tanah orang Melayu, Namun kita hendak tambah nilai. Itu saja, bukan kita hendak tukar status," katanya.

Beliau berkata Putrajaya juga tidak mempunyai masalah menambah tanah rizab Melayu di negeri yang masih belum mencapai kuota sepatutnya.

"Mungkin kalau ada negeri yang belum cukup lagi, kita boleh tambah. Kita memang patut tambah tanah rizab Melayu ini," katanya.


sumber...TMI


Patutlah Din Ayam Pakai BMW !



Pemilik BMW nikmati lebih subsidi daripada si miskin dengan motosikal, kata kajian

Golongan berpendapatan rendah yang hanya memiliki motosikal dapat subsidi petrol 4 kali lebih rendah berbanding golongan kaya, kata laporan Institut Kajian Khazanah.

Seorang pemilik BMW yang berpendapatan tinggi menikmati 4 kali lebih subsidi petrol daripada seorang penunggang motosikal berpendapatan rendah.

Menurut kajian Institut Kajian Khazanah baru-baru ini, golongan kaya menikmati sejumlah 80% subsidi minyak yang diperuntukkan untuk isi rumah Malaysia pada 2013.

Angka tersebut menunjukkan betapa terpesongnya sistem subsidi minyak di Malaysia sementara rakyat sedang cuba menyesuaikan diri dengan pengumuman yang skim tersebut akan dihentikan pada 1 Disember.

Bagaimanapun, seorang penganalisis dasar Institut Rakyat berkata, walaupun menstruktur semula sistem subsidi itu langkah yang betul, kerajaan patut terlebih dulu memperkenalkan langkah mengurangkan impak keputusan tersebut terhadap orang ramai.

Kajian tersebut yang digelar "Keadaan Isi Rumah di Malaysia" mendedahkan seorang pemilik BMW yang menggunakan minyak RON95 menikmati subsidi RM22.50 setiap 1,000km.

Manakala seorang pemilik motosikal Honda EX5 pula yang menggunakan RON95, hanya mendapat subsidi RM5 setiap 1,000km.

"Sementara kenderaan motor menjadi lebih mahal, daripada motosikal sehinggalah kereta buatan Jerman, subsidi yang diterima pemilik kenderaan itu bagi setiap 1,000km meningkat dengan drastik," kajian tersebut.

Angka itu dikira menggunakan harga RON95 pada RM2.30 seliter di mana kadar subsidinya ialah 27 sen seliter.

"Subsidi bersifat regresif. Kebanyakan subsidi hanya manfaatkan perniagaan daripada isi rumah.

"Daripada apa yang sampai ke isi rumah pula, golongan berpendapatan tinggi yang paling untung  manakala isi rumah yang hanya memiliki motosikal dan kipas siling mendapat kurang subsidi dibandingkan isi rumah dengan beberapa biji kereta dan penghawa dingin di Damansara Heights," kata kajian tersebut.

Kajian tersebut menganggarkan pada 2013, kurang daripada 23.8% atau RM5.6 bilion daripada seluruh subsidi minyak akan digunakan untuk isi rumah.

Selebihnya, sebanyak 76.2% atau RM17.9 bilion, pula pergi ke perniagaan, syarikat dan sumber lain.

Berkenaan subsidi gas melalui Petronas pula, hanya 20% atau RM4 bilion yang sampai ke isi rumah.

Selebihnya, RM16 bilion atau lebih, akan digunakan dalam perniagaan, syarikat dan kegunaan lain.

"Hanya 22% daripada seluruh subsidi tenaga diberikan kepada isi rumah. Secara purata, setiap isi rumah menerima subsidi tahunan RM625 setahun bagi elektrik dan RM885 setahun bagi petrol.

"Tetapi, kebanyakannya dinikmati keluarga yang berpendapatan tinggi, yang menerima 80% daripada subsidi," kata kajian tersebut.

Putrajaya mengumumkan pada 21 November yang ia akan menghentikan subsidi petrol dan diesel bulan depan. Harga RON95 dan diesel akan ditentukan kelak mengikut kawalan pengapungan.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan itu akan menjimatkan kerajaan antara RM10 hingga RM20 bilion yang kemudiannya akan disalurkan bagi memperbaiki pembangunan pedalaman, pendidikan dan sektor kesihatan.

Kajian Khazanah itu juga mengatakan subsidi mewujudkan gangguan dalam ekonomi dan mendatangkan kerugian besar dalam ekonomi, atau pembaziran.

"Wang yang dibelanjakan untuk subsidi lebih baik digunakan dalam sektor lebih produktif yang meningkatkan pertumbuhan ekonomi atau projek pembangunan yang lebih fokus kepada membantu golongan lemah," kata kajian tersebut.

Dibandingkan dengan satu subsidi untuk semua, laporan tersebut mengatakan, pemberian wang adalah cara paling efektif membantu golongan lemah.

Pengarah eksekutif Institut Rakyat Yin Shao Loong bagaimanapun berkata, kerajaan sepatutnya sudah meletakkan mekanisma menghadang kesan daripada keputusan tersebut sebelum mengumumkan pemberhentian subsidi secara mengejut.

Ini kerana peningkatan harga minyak selalu digunakan sebagai alasan pihak peniaga meningkatkan harga barangan dan perkhidmatan, sama ada wajar atau tidak.

"Cara bagaimana kerajaan memperbaharui sistem subsidi menghasilkan inflasi yang mendadak. Kerajaan kemudiannya memberi amaran kepada peniaga supaya tidak meningkatkan harga, namun tiada sebarang tindakan penguatkuasaan dibuat kementerian,” katanya,

Yin berkata walaupun pemberian wang bersasaran adalah lebih efisyen daripada subsidi, kerajaan masih tidak mempunyai rancangan menyeluruh bagi meningkatkan pendapatan isi rumah.

Buat masa kini, median pendapatan isi rumah berada pada RM4,600, bermakna setengah daripada isi rumah rakyat Malaysia berpendapatan lebih rendah daripada batasan pertengahan itu.

Hampir setengah daripada mereka yang berada di bawah median pendapatan ini layak menerima pemberian wang melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan kepada keluarga berpendapatan kurang RM4,000 sebulan.

"Pada dasarnya, hampir setengah isi rumah Malaysia masih bergelut dalam menyara kehidupan," kata Yin.

"Jadi apa rancangan jangka panjang kerajaan bagi mengeluarkan mereka dari terus berada dalam kategori itu?"

Program Transformasi Ekonomi, diumumkan Putrajaya sebagai strategi melakukan pembaharuan ekonomi, masih lagi meneruskan sistem yang menghasilkan barangan berkualiti rendah bagi bayaran upah yang rendah, katanya.


sumber...TMI
Golongan berpendapatan rendah yang hanya memiliki motosikal dapat subsidi petrol 4 kali lebih rendah berbanding golongan kaya, kata laporan Institut Kajian Khazanah. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/orang-kaya-naik-bmw-nikmati-lebih-subsidi-daripada-si-miskin-dengan-motosik#sthash.Ux31Asc3.dpuf

Saturday, November 22, 2014

Inilah Puncanya Petrol Ron95 dan Diesel Kena Tarik Subsidi



Hapus subsidi untuk tanggung pembaziran Putrajaya,kecam PKR

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata langkah menghentikan subsidi RON95 dan diesel dilihat seperti hendak menanggung pembaziran yang berlaku di Putrajaya.

PKR mengecam pengumuman Putrajaya yang memansuhkan subsidi bahan api RON95 dan diesel, menyifatkan langkah tersebut sebagai menanggung pembaziran yang dilakukan oleh pemerintah.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berusaha membolot seluruh kekayaan negara dengan mengambil langkah menghapuskan subsidi selama ini yang dinikmati rakyat.

"Dengan penghapusan subsidi petrol dan diesel, keseluruhan kekayaan hasil minyak dan gas dibolot sepenuhnya oleh Barisan Nasional.

"Mereka menentukan berapa peruntukan yang sampai kepada rakyat. Dalam keadaan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, terbukti tidak berniat menghapuskan rasuah, malah diburukkan lagi dengan skandal 1MDB dan lain-lain," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi juga mempertikaikan langkah tersebut kerana dilihat lebih untuk membiayai pemborosan dan rasuah yang berlaku dalam Putrajaya.

"Penghapusan subsidi ini bermakna kekayaan hasil minyak dan gas dipusatkan sepenuhnya bagi membiayai segala pembaziran dan rasuah yang kian berlaku oleh pentadbiran Najib."

Dengan keputusan penghapusan tersebut, Rafizi berkata rakyat kini tidak lagi menikmati  kekayaan bersama subsidi bahan api, sebaliknya akan dibelanjakan dengan sewenang- wenangnya.

"Persoalan subsidi petrol dan diesel di negara ini bukan terhad kepada keputusan ekonomi samada subsidi baik atau buruk untuk ekonomi negara.

"Prinsip yang lebih besar ialah sama ada kekayaan hasil minyak dan gas negara dikongsi  bersama dengan rakyat, bukannya dibelanjakan sewenang-wenangnya oleh pemerintah di  Putrajaya," katanya.

Ahli Parlimen Pandan tersebut juga menggesa supaya Putrajaya menarik balik langkah tersebut, sebaliknya membenarkan syarikat minyak menetapkan harga petrol RON95 dan diesel masing-masing tertakluk kepada harga siling.

"Dengan cara ini, rakyat akan dapat memilih untuk membeli minyak pada harga paling rendah, bukannya yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya.

Dalam pada itu, Rafizi juga berkata satu demonstrasi akan diadakan bagi membantah pengumuman tersebut pada 31 Disember nanti.

"Dengan pengumuman Barisan Nasional pada hari ini, demonstrasi #turunhargaminyak pada 31 Disember 2014 akan turut menuntut supaya sistem subsidi dikembalikan," katanya.

Harga runcit petrol RON95 kini ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Dengan pengumuman ini, harga purata RON95 yang direkodkan pada pasaran dunia dari 1 hingga 19 November 2014 ialah RM2.27 seliter, berbanding harga di pam RM2.30.

Penetapan harga RON95 dan diesel pada 1 Disember nanti bergantung pada harga purata pasaran minyak dunia sepanjang November.

sumber...TMI
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata langkah menghentikan subsidi RON95 dan diesel dilihat seperti hendak menanggung pembaziran yang berlaku di Putrajaya. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hapus-subsidi-untuk-tanggung-pembaziran-putrajaya-kecam-pkr#sthash.6dJN3Xnc.dpuf

Friday, November 21, 2014

1MDB: Rafizi Tidak Kantoi


Kalau fitnah 1MDB, kami sudah ke penjara – Rafizi

Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli tidak berganjak daripada dakwaannya bahawa kerajaan Persekutuan menanggung hutang Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM19.5 bilion.

“Daripada RM42 bilion hutang 1MDB yang telah kita ketahui, RM20 bilion itu telah disahkan secara fakta dan sahih bahawa ia membawa tanggungan terus kepada kerajaan.

 “RM5.8 bilion dijamin secara terus oleh kerajaan itupun selepas kerajaan sendiri membuat pengakuan untuk tanggung pinjaman berkenaan,” katanya di hadapan kira-kira 400 hadirin dalam Forum ’1MDB Negara Berhutang’ di  Petaling Jaya, malam tadi.

Menurut Rafizi, terdapat dua lagi pinjaman lain yang disembunyikan kerajaan dan telah didedahkan Pakatan Rakyat di parlimen.

“Kedua-dua pinjaman itu adalah, RM9.7 bilion yang datang dengan surat sokongan yang mana kerajaan perlu membayar pinjaman berkenaan sekiranya 1MDB tidak mampu bayar dan juga RM4 bilion daripada Wang Amanah Pencen (KWAP) yang telah dibelanjakan,” jelasnya.

Justeru katanya, melalui ketiga-tiga tanggungan itu, kerajaan dianggarkan berdepan tanggungan kewangan sebanyak RM19.5 bilion tidak termasuk hutang-hutang sedia ada syarikat itu yang berjumlah RM42 bilion.

Rafizi turut membidas kenyataan segelintir pihak yang mendakwa beliau dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sengaja membawa isu 1MDB untuk memfitnah dan memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional.

“Setelah kami semak segala maklumat ini benar, tidak mefitnah dan ada kepentingan awam, maka isu ini kami bawa terus kepada rakyat dan media.

“Kami berdepan dengan saman, tindakan. Kalau apa yang kami sebutkan itu tidak betul, sudah lama kami dimasukkan ke penjara,” jelas Rafizi mendapat tepukan hadirin yang hadir.

Jelas Rafizi, segala pendedahan yang dibuat beliau berdasarkan dokumen-dokumen yang diperolehinya seperti pendedahan mengenai skandal NFC melibatkan bekas Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

“Dulu masa kita bongkar pasal NFC, tak ada orang percaya lembu boleh duduk dalam kondo dan kita sendiri pun tidak percaya skandal itu boleh berlaku.

“Tetapi setakat ini isu yang kami bawa, kami akan berikan bukti sehinggalah menteri atau kerajaan pada mulanya akan menafikan pun akhirnya akan akui juga. Misalnya dalam kes NFC, sampai Ketua Wanita Umno sendiri letak jawatan,” sindir Rafizi.

sumber...
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=64164

Thursday, November 20, 2014

Soltan Pahang Nak Tibai Siapa Pulak ?



Sultan mahu 'pukul' pihak terlibat 'surat kuning'

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah bahawa baginda akan “memukul” pihak tidak bertanggungjawab yang didakwa menggunakan pengaruh istana untuk penerokaan tanah di Cameron Highlands.

Laporan Berita Harian menyebut, baginda juga serius untuk menangani perkara tersebut dengan meminta agar pihak berkuasa berhubung terus dengannya dan juga kerajaan negeri.


Peneroka tanah haram perlu menghentikan serta merta segala aktiviti mereka terutama pertanian di Cameron Highlands, titah Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah. 

Baginda bertitah kerajaan negeri memandang serius perkara tersebut dan tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mereka.

"The illegal farmers who are responsible for doing this continously...for ages they are responsible (for) the problem from time to time...they are to blame," (Peneroka haram bertanggungjawab terus melakukan ini...untuk sekian lama mereka bertanggungjawab...mereka harus dipersalahkan), tegas baginda.

Sultan Ahmad Shah bertitah dalam sidang akhbar selepas berkenan melawat kawasan banjir di Lembah Bertam pada Rabu. 

Turut sama Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan pimpinan kerajaan negeri. 

Sehubungan itu, baginda menyeru kerajaan persekutuan menggunakan segala kemudahan dan agensi-agensi yang sedia ada untuk membantu kerajaan negeri mengatasi masalah tersebut.

"Saya merayu kepada kerajaan persekutuan membantu kerajaan negeri terutama negeri-negeri yang banyak peneroka haram terutama di Cameron Highlands kerana ia (Cameron Highlands) merupakan tempat pelancongan," titah baginda. 

Baginda bertitah kegiatan penerokaan tanah haram telah berlaku sejak zaman British lagi.

"Saya sudah penat dengan semua ini. They  employ gangsters, saya tahu mereka ada duit," katanya. 

Ditanya mengenai wujudnya surat kuning atau surat daripada istana untuk tujuan pembangunan atau pertanian di daerah itu, Sultan bertitah baginda tidak mengetahui mengenai perkara tersebut. 

"Jika ada yang mengemukakan surat kuning terbabit guna nama istana, saya sendiri akan pukul dia, saya nasihatkan jangan percaya," titah baginda.

"Semak dahulu dengan kerajaan negeri, mereka jangan sewenang-wenangnya menggunakan nama orang lain, jika saya tahu siapa, saya akan bagi cukup-cukup," titah baginda. 

Dalam lawatannya kira-kira dua jam itu, baginda turut mengadakan perbincangan dengan Pihak Berkuasa Tempatan mengenai kerja-kerja membaik pulih Sungai Bertam menerusi peruntukan kerajaan persekutuan. 

Baginda dan isteri Sultanah Hajah Kalsom yang menaiki helikopter tiba di Kelab Golf Sultan Ahmad Shah kira-kira pukul 10 pagi untuk lawatan kerja peribadi.

Baginda dijangka menghadiri taklimat di Pejabat Tanah dan Tanah Cameron Highlands di Tanah Rata pada Jumaat.

Wednesday, November 19, 2014

Kantoi: Gambar 'Road Bully' Kena Cekup



Pembuli Jalan Raya Di Subang Ditahan Kurang 24 Jam Selepas Kejadian

Pembuli jalan raya yang didakwa mengganggu dan merosakkan kereta seorang wanita di Jalan Subang Jaya USJ - Shah Alam dilaporkan telah ditahan polis, kurang 24 jam selepas kejadian itu.

Facebook 'Friends of BN' telah berkongsi imej pembuli yang melakukan perbuatan tersebut dan memuji polis yang bertindak pantas.

"Lelaki yang telah membuli dan merosakkan kereta seorang wanita semalam (Isnin) telah ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Tahniah PDRM kerana tindakan yang cepat," menurut posting di Facebook itu, Selasa.

'Posting' tersebut mendorong pengguna Facebook memuji PDRM kerana mengikuti perkembangan isu yang dikongsi di media sosial.

Identiti pembuli jalan raya itu tidak jelas kecuali fakta bahawa dia menetap  di Subang Jaya dan memandu kenderaan utiliti sukan (SUV).

Gambar kejadian itu pertama kali dimuat naik pada pagi Isnin oleh mangsa, Alisia Thean, di laman Facebooknya.

"Bertemu dengan pembuli jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja hari ini. Dia mengetuk tingkap saya, bertanya kepada saya apa yang saya mahu, meludah di cermin, merosakkan 'wiper' dan melipat cermin sisi kereta saya," tulisnya.

Thean berkata, dia sedang memandu ke tempat kerja dan telah membunyikan hon kepada pemandu SUV itu kerana sering menukar lorong, apabila dia tiba-tiba memberhentikan kereta di tepi jalan dan berjalan menuju ke keretanya.

Sebanyak 15 gambar yang kemudiannya dimuat naik menunjukkan seorang lelaki pertengahan umur keluar dari kenderaannya dan berjalan menuju ke kereta wanita itu sebelum merosakkan pengelap cermin dan meludah di bahagian cermin hadapan kereta.

Wanita itu kemudian membuat laporan polis selepas komen-komen mendesak supaya dia berbuat demikian.

Lelaki itu telah ditahan polis di kediamannya sekitar tengah malam pada hari yang sama.

sumber...Mstar OL

Tuesday, November 18, 2014

Shima 'Jual Mahal' Pulak ?



Shima mahu hidup sendirian tanpa perlu memikirkan hendak bernikah lagi. Foto RAFIQ RAHMAN

Shima Enggan Fikir Soal Lelaki Selepas 4 Kali Cerai

Penyanyi popular 1990-an, Shima mendedahkan dia sudah kembali solo sejak dua tahun lalu selepas bercerai dengan rakyat Kanada yang dikahwininya pada tahun 2003.

Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, 45, berkata, ia merupakan perceraiannya buat kali keempat dan dia tidak mahu lagi memikirkan tentang pasangan hidup.

"Empat kali berkahwin, empat kali juga bercerai. Ingatkan yang terakhir sebelum ini dapat bertahan lama, tetapi jodoh kami tidak panjang.

"Kerana itu kami bercerai dua tahun lalu dan sekarang saya kembali solo. Cukuplah dengan alam berumahtangga. Bukannya serik, tetapi saya rasa hidup sendirian seperti sekarang lebih membahagiakan," katanya kepada mStar Online.

Tambah Shima, bagaimanapun dia tidak akan menolak sekiranya ditakdirkan bertemu dengan jodoh lain kerana ia adalah ketentuan Ilahi.

Selain dengan rakyat Kanada itu, Shima pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain keyboard kumpulan The Boys iaitu Satiman pada tahun 1990 dan bercerai pada tahun 1994.

Dia  juga pernah berkahwin dengan seorang guru bernama Khairun Lamb pada tahun 1996, namun mereka bercerai pada 1998. Bagaimanapun Shima enggan berkongsi identiti individu ketiga yang dikahwininya.
Sementara itu, Shima juga tidak pernah berasa sunyi tanpa teman kerana aktiviti hariannya sentiasa terisi dengan pelbagai kerja-kerja nyanyian selain meluangkan masa bersama lima ekor kucing kesayangan.

"Dulu masa awal-awal bercerai, memanglah rasa sunyi, tetapi lama-lama rasa itu hilang lebih-lebih lagi apabila hari-hari kita diisi dengan pelbagai aktiviti.

"Sekarang ini saya rancang mahu kembali aktif dalam industri seni muzik tempatan. Lagipun saya dah lama tak keluar album. InsyaAllah pada tahun hadapan saya akan muncul dengan single lagu baharu," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Shima kini terlibat dengan pertandingan nyanyian Gegar Vaganza, yang menampilkan penyanyi-penyanyi yang pernah popular sebelum ini.

"Alhamdulillah, saya ditawarkan menyertai pertandingan ini selepas setahun menamatkan kontrak menyanyi di sebuah hotel.

"Bagi saya, ini satu cabaran baik untuk saya memantapkan diri semula sebelum muncul dengan single lagu baru," tuturnya.

Antara penyanyi lain yang turut terlibat termasuklah Mamat (Exist), Rahmat (Mega), Hasnol, Fazli Zainal, Sam (Innuendo), Ayai (Ilusi), Haleeda, Sharifah Zarina, Ifa Raziah dan Adilla.

Gegar Vaganza bersiaran bermula 16 November 2014 setiap Ahad, pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).

Shima sebelum ini pernah popular menerusi lagu Di Sebalik Sejuta Wajah, Setelah Aku Kau Miliki  dan Teringin.

sumber...
 Oleh: FERIDE HIKMET ATAK

Madu Ghaib: Status Poligami Sah Jika Penuhi Syarat, Rukun Nikah


Pernikahan berstatus poligami yang dijalankan di luar negara adalah sah daripada segi hukum agama Islam dengan syarat, setiap rukun dan nikah dipenuhi semua pihak terlibat.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Noh Gadot berkata, jika pernikahan itu dilakukan dengan adanya wali perempuan (bapa) atau wakil iaitu adik-beradik (perempuan), saksi dan cukup syarat, maka pernikahan tersebut adalah sah.

Katanya, pernikahan tersebut juga sah jika ia dikendalikan oleh jurunikah yang mendapat tauliah daripada pihak berkuasa agama di sesebuah negara itu.

"Tetapi sekiranya pernikahan itu dilakukan oleh pihak berkuasa agama yang tidak bertauliah atau tidak cukup syarat ditetapkan, maka status pernikahan tersebut tidak sah," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan suami kepada salah seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak Mac lalu yang terpaksa memfailkan permohonan daftar nikah untuk berpoligami di Mahkamah Tinggi Syariah awal November selepas bernikah di negara jiran di utara tanahair.

Bagaimanapun, Noh berkata, individu yang ingin berpoligami sepatutnya menghantar permohonan tersebut ke mahkamah dan proses pernikahan pula mesti dilakukan di dalam negara.

"Semua individu yang memohon untuk berpoligami perlu bernikah di dalam negara. Kita ada peraturannya... mohonlah kepada mahkamah walaupun status isteri masih belum diketahui," katanya.

Sementara itu, peguam syarie, Datuk Amli Embong menyatakan pandangan berbeza mengenai kes poligami di mana akad nikahnya diadakan di luar negara.

Katanya, mana-mana pernikahan di luar negara dianggap tidak sah di sisi undang-undang di negara ini kerana pegesahan di mahkamah syariah di Malaysia perlu diperoleh terlebih dahulu.

"Sepatutnya dia tunggu pengesahan mahkamah untuk menentukan status pernikahan tersebut. Kalau ikut hukum asal, memang mereka tidak dibenarkan tinggal bersama kerana belum ada pengesahan lagi," katanya.

Beliau berkata, mengikut undang-undang, individu tersebut tiada halangan untuk berkahwin di negara ini kerana dia hanya perlu mendapat kebenaran untuk berpoligami daripada pihak berkuasa agama.

"Sebenarnya dia boleh berkahwin di Malaysia tetapi mengapa dia tidak berbuat demikian? Apa yang perlu dilakukan adalah mengikut prosedur, kemuka permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah.

"Selalunya yang akan ambil jalan pintas berkahwin di Thailand ini mungkin nak elak daripada diketahui isteri pertama tapi dalam kes suami mangsa MH370 ini, dia ada alasan untuk mohon berpoligami kerana status isterinya masih tidak diketahui," katanya.

Jelas Amli, mereka yang ingin berpoligami sebenarnya tidak perlu mendapat kebenaran daripada isteri pertama atau isteri-isteri sedia ada tetapi keputusan tersebut hanya ditentukan pihak berkuasa agama negeri.

"Kalau isteri pertama setuju, mahkamah tak setuju tak boleh juga. Mahkamah kena siasat suami sama ada dia layak atau tidak untuk berpoligami. Oleh itu, siasatan pihak berkuasa agama amat penting," katanya.

Amli berkata, individu terbabit mungkin berdepan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah kerana poligami tanpa kebenaran mahkamah.

"Sepatutnya dia kena dapatkan khidmat nasihat peguam yang arif untuk menjelaskan mengenai perkara itu sebelum bertindak," katanya.

sumber...
 Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM

Monday, November 17, 2014

Madu Ghaib: Suami Mangsa MH370 Terpaksa Kahwin Di Luar Negara



Lelaki yang didakwa suami kepada seorang mangsa MH370 ketika melangsungkan majlis perkahwinan baru-baru ini.

Status penumpang dan kru MH370 yang hingga kini masih belum dimuktamadkan bukan sahaja menyebabkan kepiluan kepada waris mangsa, malah ia turut menjadi 'penghalang' untuk mereka meneruskan kehidupan.

Antara masalah yang didepani waris mangsa terlibat ialah untuk membina rumahtangga dengan pasangan baharu.

mStar Online difahamkan, keadaan ini dialami sekurang-kurangnya seorang waris mangsa apabila dia terpaksa bernikah di negara jiran, sebelum mendaftarkan perkahwinannya di negara ini.

Malahan, pasangan ini juga mungkin berdepan tindakan undang-undang kerana mengamalkan poligami tanpa kebenaran kerana isteri baharunya bermadukan seseorang yang tidak diketahui statusnya sama ada meninggal dunia atau ghaib.

Sumber memberitahu mStar Online,  suami salah seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak Mac lalu terpaksa memfailkan permohonan daftar nikah untuk berpoligami di Mahkamah Tinggi Syariah awal November.

Bapa kepada empat anak itu menghadapi kesukaran kerana tidak dapat mengemukakan surat kebenaran isterinya untuk membolehkan dia bernikah kali kedua.

"Sijil kematian isterinya juga tidak dikeluarkan, jadi sukar untuk bernikah dalam negara, oleh itu pasangan itu ke Songkla, Thailand dan kini memfailkan permohonan daftar nikah untuk berpoligami," katanya kepada mStar Online.

Menurut sumber itu lagi, lelaki berkenaan mengahwini seorang wanita yang berasal dari Muar, Johor dan bekerja di ibu negara.

"Majlis meraikan pasangan pengantin baharu ini juga dilangsungkan secara kecil-kecilan di sebuah homestay di Langat bulan lalu," kata sumber itu.

Isteri lelaki terbabit merupakan antara 239 penumpang yang berada dalam pesawat MH370 yang sedang dalam perjalanan ke Beijing apabila hilang awal pagi pada 8 Mac sebaik berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Analisis satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat ialah di selatan Lautan Hindi, barat Perth, Australia.

Bagaimanapun, usaha mengesan pesawat itu terus buntu kerana tiada sebarang bukti ditemui walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) diperluaskan.

Baru-baru ini, seorang ahli Parlimen meminta mufti dan pihak berwajib mengeluarkan fatwa bagi menjelaskan kekeliruan dialami waris penumpang dan kru pesawat MH370 yang masih hilang sehingga kini.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, fatwa itu perlu untuk mencari penyelesaian dan tidak timbul lagi kekeliruan dari segi harta, wasiat, insurans dan sebagainya berkaitan anggota keluarga mereka.

Ikuti penjelasan pihak mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung situasi yang menimpa waris penumpang MH370 ini, Selasa.

sumber...Mstar OL

Tok Guru Nik Aziz Pulak Tibai DAP ?


Menanti saat pecah setelah terbelah..

Selepas Presiden tibai dalam Muktamar..

Selepas Nik Abduh kata kena buli..

Selepas Presiden membuat beberapa kali lawatan ke luar negara..

Selepas Retreat PAS di Kuala Selangor !

DAP Tak Perlu Persoal Ketidakhadiran Abdul Hadi - Nik Aziz 

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas tindakan pemimpin DAP yang mempersoalkan kegagalan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.


Beliau berkata perkara berkenaan sepatutnya tidak dipersoalkan kerana Abdul Hadi mempunyai alasan tersendiri tidak dapat berbuat demikian.

"Dia (Abdul Hadi) tidak datang mesyuarat disebabkan malas atau uzur?. Dia uzur. Kenapa paksa orang uzur hadir mesyuarat.

"Kerja 'orang bodoh' ini (mempersoalkan ketidakhadiran Hadi)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini, Ahad.

Sebelum ini, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP meluluskan resolusi bagi mendesak Abdul Hadi hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata Abdul Hadi perlu hadir bagi memastikan Pakatan Rakyat, gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP serta PAS, berdaya maju dan mendapat keyakinan pengundi.

Guan Eng secara terbuka turut menggesa Abdul Hadi hadir dalam mesyuarat berkenaan selepas beberapa bulan Presiden Pas itu gagal berbuat demikian.

sumber...Mstar OL

Sunday, November 16, 2014

Inikah Alat Untuk HUDUD di Kelantan ?

 Antara contoh gilotin yang diguna ketika zaman Revolusi Perancis 1793.

 Hukum Hudud: Gilotin Jadi Pilihan Di Kelantan 

Gilotin, peralatan yang digunakan untuk memotong kepala Raja Perancis Louis XVI dan permaisurinya Marie Antoinette ketika zaman Revolusi Perancis 1793 dijangka akan digunakan di Kelantan.

Jawatankuasa Teknikal Hudud negeri itu dikatakan menghadapi kesukaran untuk mencari kaedah paling sesuai untuk memotong anggota badan seseorang yang disabitkan kesalahan mencuri dan mini gilotin ini menjadi pilihan.

Pengerusinya, Datuk Mohd Amar berkata, beliau mungkin akan mencadangkan kepada ahli panel agar menggunakan mesin  yang tidak memerlukan pakar bedah mengendalikannya.

Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, jawatankuasa itu masih memikirkan idea walaupun menerima reaksi negatif untuk mendapatkan pakar bedah bagi memotong kaki dan tangan pesalah.

"Pertamanya, pakar bedah mesti bersetuju untuk menjalankan prosedur tetapi itu mungkin akan membangkitkan kemarahan Persatuan Perubatan Malaysia kerana ia melanggar 'Hippocratic Oath' (sumpahan untuk menegakkan piawaian profesional dan mengamal perubatan secara etika).

Mohd Amar berkata, alat pemenggal kepala itu lebih cepat berkesan dan hanya memerlukan seorang sahaja untuk menarik tuil, dua orang memegang pesalah dan doktor untuk memastikan orang yang dihukum itu tidak mengalami sebarang kejutan.

Malah hakim menjatuhkan hukuman itu juga perlu hadir.

"Saya akan membuat kajian yang menyeluruh kepada kaedah yang digunakan semasa Revolusi Perancis pada abad ke-18 apabila gilotin digunakan untuk memenggal kepala sebagai hukuman mati," katanya.

Ironinya, alat pemenggal kepala Perancis itu yang diperkenalkan berabad-abad ini telah dihapuskan kerana hukuman yang tidak berperikemanusian.

Peralatan berat itu digunakan sempena nama Dr Joseph Ignace Guillotine yang memperkenalkannya biarpun peralatan itu bukan hasil ciptaannya.

Kali pertama alat pemenggal kepala itu digunakan di Place de Greve di Paris ke atas perompak bersenjata Jacques Nicolas Pelletier pada tahun 1792.

Manakala orang terakhir dijatuhkan hukuman menggunakan alat ini ialah Hamida Djandoubi pada tahun 1977 yang dikaitkan dengan pembunuhan.

Lelaki Tunisia itu didapati bersalah membunuh bekas kekasihnya, Elisabeth Bousquet.

Bagaimana pun Perancis memansuhkan hukuman mati pada tahun 1981.

Mohd Amar berkata kaedah kemungkinan untuk menjatuhkan hukuman termasuk memotong anggota badan pesalah di bawah Kanun Jenayah Syariah II 1993, telah dibincangkan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan baru-baru ini.

Beliau yang tidak hadir pada mesyuarat itu kerana menunaikan ibadah Haji berkata, antara yang hadir pada mesyuarat itu ialah lapan orang mufti dan beberapa orang doktor.

"Saya akan hadir pada mesyuarat seterusnya dan memberi cadangan mengenai alat pemenggal kepala mini ini dengan lebih terperinci," katanya.

Kelantan bercadang membentangkan Rang Undang-undang Persendirian (hukum hudud) di Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakannya hukum itu pada tahun depan.

Dalam reaksi segera, Timbalan Pengerusi MCA Kelantan Tan Ken Ten berkata, rancangan untuk memperkenalkan alat pemenggal kepala mini itu sebagai tidak masuk akal.

"Saya tidak tahu apa lagi yang mereka akan timbul selepas ini.

"Mereka menjadi kreatif dengan idea-idea sehingga timbul untuk  menjalankan  Hudud di negeri ini," katanya.

"Seluruh kisah ini seperti jenaka. Dengan menggunakan alat dari abad  ke-18, mereka akan menjadi bahan ketawa seluruh dunia," tambah Tan.

sumber...Mstar OL

Siasatan: Ada Unsur Salah Guna Peruntukan RM2.5 juta MBI Selangor


Ada unsur salah guna peruntukan RM2.5 juta MBI, kata Azmin

Kemelut pengunduran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatan menteri besar Selangor masih belum berakhir apabila kerajaaan negeri mendapati wujudnya unsur salah guna peruntukan RM2.5 juta Perbadanan Menteri Besar (MBI) semasa pengundurannya September lalu, kata Mohamed Azmin Ali.

Menteri besar Selangor itu berkata, hasil siasatan Jabatan Audit Negeri mendapati ada beberapa perkara yang tidak dipatuhi Khalid apabila menggunakan jumlah wang itu sebagai pampasan kepada dirinya dan 7 pegawainya yang meletakkan jawatan secara sukarela.

"Hasil siasatan yang dijalankan memang ada beberapa perkara yang tidak dipatuhi dalam pemberian ganjaran tersebut dan sudah tentulah jumlah ganjaran begitu besar luar biasa jumlahnya perlu disemak semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ‘MB Terjah Kampungku Meriah’ di Kampung Tengah Gombak, pagi tadi.

Jumaat lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar mendakwa kerajaaan negeri mengarahkan anak syarikatnya, MBI mendapatkan semula jumlah wang terbabit yang diberikan kepada pembantu Khalid.

Antaranya termasuk kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI Faekah Husin dan bekas Setiausaha Akhbar Arfa'ezaa Abdul Aziz.

Persoalan itu dibangkitkan Xavier dalam akaun Twitter miliknya @xavierjayakumar.

Azmin berkata, perkara itu dibentangkan dalam mesyuarat exco minggu lalu selepas pihak audit selesai membuat siasatan.

Katanya, hasil laporan itu akan dikemukakan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah MBI minggu ini dan tidak boleh membuat keputusan sendiri kerana di luar bidang kuasa exco.

"Keputusan yang dibuat Tan Sri Khalid hari itu adalah keputusan yang diambil dalam Lembaga Pengarah MBI.

"Maka Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dimaklumkan tentang hasil siasatan audit dan kita akan bentangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah MBI dalam minggu ini untuk melihat langkah yang perlu diambil sekiranya ada sebarang keputusan melanggar peraturan sedia ada," katanya.

Katanya, keputusan mesyuarat itu termasuk membincangkan sama ada Khalid dan bekas pegawainya perlu memulangkan semula wang berkenaan kepada kerajaan negeri.

"Langkah yang perlu ini akan dibincangkan," katanya.

Khalid semalam semasa program turun padang DUN dilaporkan berkata, pampasan itu diberikan mengikut prosedur selepas dipersetujui Ahli Lembaga Pengarah MBI yang kemudiannya dimaklumkan kepada exco kerajaan negeri.

"Ia merupakan pemberhentian secara sukarela di mana kakitangan mahu berhenti pada ketika itu kerana pertukaran kepimpinan menteri besar. Keputusan itu dibuat dan dipersetujui Ahli Lembaga Pengarah MBI, iaitu saya sebagai MB pada ketika itu, setiausaha kerajaan negeri dan pegawai kewangan negeri," katanya dipetik laporan berita portal AntaraPos.

sumber...TMI

Saturday, November 15, 2014

Ini Dia Pakar Komputer Berumur 5 Tahun !!


Microsoft iktiraf budak lima tahun sebagai pakar teknologi komputer

AYAN QURESHI berusia lima tahun diiktiraf sebagai kanak-kanak paling pintar di dunia selepas lulus dalam peperiksaan Sijil Profesional Microsoft di Universiti Birmingham.

COVENTRY, Britain – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun telah diiktiraf sebagai pakar teknologi komputer selepas dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Profesional Microsoft yang diambil di Universiti Birmingham, Britain.

Kejayaan itu juga menyebabkan kanak-kanak berkenaan, Ayan Qureshi diiktiraf sebagai kanak-kanak paling pintar di dunia kerana peperiksaan itu biasanya diambil oleh orang dewasa yang telah menamatkan pengajian di universiti.

Kecemerlangan Ayan itu sekali gus berjaya mengatasi rekod sebelum ini yang dipegang oleh seorang kanak-kanak berusia enam tahun, Mehroz Yawar dari Lahore, Pakistan.

Peperiksaan Sijil Profesional Microsoft menyediakan soalan-soalan yang sukar dan biasanya diduduki oleh siswazah yang sedang mencari pekerjaan terutama dalam bidang teknologi komputer.

Sebelum ini, Ayan nyaris tidak dapat menduduki peperiksaan itu selepas pengawas yang bertugas terkejut melihat usianya yang terlalu muda sebelum seorang pegawai daripada Universiti Birmingham merujuk perkara tersebut ke ibu pejabat Microsoft di Amerika Syarikat untuk mendapatkan kebenaran menduduki peperiksaan tersebut.

Kanak-kanak pintar dari Coventry itu akhirnya dibenarkan untuk menduduki peperiksaan tersebut dan dia mengambil kurang daripada had masa selama dua jam yang diberikan.

sumber...Agensi

PasMa Kacau Pemilihan Muktamar PAS Tahun Depan ?

 Para pemimpin PasMa pusat dan negeri bergambar selepas mesyuarat pertama mereka malam tadi di Petaling Jaya

PasMa tak ganggu pemilihan PAS, kata Phahrolrazi selepas mesyuarat pertamanya

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menegaskan pihaknya tidak akan terlibat dalam sebarang urusan parti PAS, termasuk pemilihan jawatan tertingginya, walaupun ahlinya juga merupakan ahli PAS.

Presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, bagi meredakan salah faham mengenainya, PasMa akan menemui kepimpinan PAS, diketuai naib presiden Salahudin Ayub minggu depan, sebagaimana diputuskan semasa 'retreat' PAS baru-baru ini.

"Kami tidak akan campur urusan PAS. Masalah kepimpinan dalam Pakatan Rakyat (PR) akan ditentukan sendiri oleh mereka," kata Phahrolrazi pada satu sidang media selepas selesai mesyuarat pertama PasMa malam tadi di Petaling Jaya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan wartawan sama ada PasMa akan terlibat dalam pemilihan PAS yang bakal diadakan pertengahan tahun depan ekoran pendekatannya yang mahu PAS rapat dengan PR.

Phahrolrazi berkata cadangan pertemuan PAS dengan pemimpin PasMa membayangkan pengiktirafan parti Islam itu terhadap mereka dan mengubah kenyataan Majlis Syura Ulama sebelum ini yang meminta ahli PAS menjauhkan diri dari program PasMa.

Hampir 100 orang pemimpin PasMa dari semua negeri di Semenanjung Malaysia menyertai mesyuarat pertama itu selepas ia ditubuhkan 10 Ogos lalu.

PasMa, kata Phahrolrazi, akan kekal sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) tanpa sebarang ikatan dengan mana-mana parti.

"Kami adalah gerakan rakyat yang menyokong PR," katanya.

PasMa juga mengambil keputusan tidak akan campur tangan dalam isu teguran pimpinan PR terhadap presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa tidak menyertai mesyuarat kepimpinan gabungan pembangkang itu, katanya.

Mengenai tindakan sesetengah kumpulan pro-ulama dalam PAS yang sentiasa mempertikaikan PasMa, Phahrolrazi berkata, ia kerana kurangnya fahaman mereka tentang PasMa.

"Ia hasil salah faham mereka tentang kami," katanya ekoran serangan bertalu-talu kumpulan itu terhadap PasMa.

Terbaru, semua pemimpin PasMa dan pemimpin PAS yang menyokong NGO itu dilabelkan 'jebon,' iaitu istilah yang digunakan bagi menampakkan imej 'perosak' terhadapnya.

Sebelum ini, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Zawawi Nik Salleh menasihatkan semua ahli PAS agar jangan terlibat dengan sebarang aktiviti PasMa.

Dalam mesyuarat rasmi PasMa malam tadi, semua pengerusi PasMa negeri menerima watikah pelantikan dari Phahrolrazi.

Mereka ialah Mohamad Husin (Kelantan), Mohd Taib Ahmad (Kedah), Abdul Aziz Abas (Terengganu), Tengku Puji Tengku Abdul Hamid (Pahang), Mohd Iqbal Sharif (Perlis), Zulkifli Mat Lazim (Pulau Pinang), Mohd Hisomudin Bakar (Perak), Mohd Nazir Zakaria (Wilayah Persekutuan), Mohd Faizal (Selangor), Mohd Fuad Othman (Negeri Sembilan) dan Sheikh Omar (Johor).

Ketika menggulung ucapan pada majlis yang penuh dengan saranan dan cadangan itu, Phahrolrazi menegaskan PasMa kini selesai fasa taarufnya dan dikenali ramai kerana kritikan.

Oleh itu, beliau meminta para pemimpin PasMa tidak takut dengan kritikan kerana melalui kritikan, jawapan boleh diberikan.

Beliau juga bersetuju dengan pandangan pemimpin PAS Datuk Husam Musa yang PAS umpama 'pasaraya' sementara PasMa merupakan 'pasar malam'.

"Kena ingat, pasar malam ini berada berselerak di mana-mana di negara ini," kata beliau merujuk kepada sokongan kepada NGO itu yang sudah wujud di setiap negeri di Semenanjung.

sumber...TMI

Friday, November 14, 2014

JAIS Pulangkan Bible Versi Bahasa Melayu


Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memulangkan semula Bible bahasa Melayu kepada Persatuan Bible Malaysia (PBM) dengan disaksikan Sultan Selangor. – Gambar dari Twitter

Jais serah semula Bible, tetapi hanya kepada penganut Kristian di Sarawak

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memulangkan semula Bible versi Bahasa Melayu dan Iban yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia Januari lalu kepada penganut Kristian di Sarawak melalui Persatuan Gereja-gereja Sarawak (ACS), dalam satu majlis rasmi di Istana Selangor hari ini.

Ia dipulangkan kepada masyarakat Kristian Sarawak, dan bukannya kepada PBM yang beribupejabat di Semenanjung, mematuhi syarat "Bible yang mengandungi kalimah 'Allah' tidak boleh diedarkan di Selangor, terutamanya kepada orang Islam", menurut satu kenyataan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali melalui Twitternya berkata: "Penyelesaian yang baik kepada isu rampasan Bible berbahasa Melayu yang mengandungi perkataan Allah."

Beliau turut menyertakan gambar beliau bersama Sultan Selangor menyaksikan majlis penyerahan Bible itu kepada pengerusi ACS, Ketua Biskop Datuk Bolly Lapok, di Istana Alam Shah, Klang.



TMI 14 November, 2014.

MENYUSUL LAGI

Thursday, November 13, 2014

VIDEO Wanita Wajib Tengok, Alasan Kenapa Perlu Berhijab


[Wanita Wajib Menonton] Ini Alasan Mengapa Kamu Lebih Baik Berhijab 

Tergolek Dog: Malaysia Kena Belasah Dengan Syria Pulak !

 Pemain Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha (tengah) bersaingan dengan pemain Syria, Abdul Razak Al Husein (kanan) pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam. -foto GLENN GUAN/The Star

Malaysia Kena 3-0

 Skuad Harimau Malaya mempamerkan aksi hambar selepas diaibkan dengan kekalahan 3-0 kepada Syria yang hanya membariskan skuad bawah 23 (B-23) pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam ini.

Kekalahan itu merupakan yang ketiga dicatatkan skuad kendalian Dollah Salleh yang sebelum ini tewas dalam dua aksi persahabatan terdahulu.

Mereka kalah 4-1 kepada Tajikistan di Stadium Central Dushanbe, Tajikistan pada 8 Ogos selain kecundang 2-0 kepada Indonesia pada 14 September lepas di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, Surabaya, Indonesia.

Skuad Harimau Malaya hanya mencatatkan satu kemenangan iaitu mengalahkan Kemboja 4-1 di Stadium Shah Alam pada 20 September lepas.

Pada aksi malam ini, kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan yang agak perlahan pada babak awal separuh masa berikutan hujan lebat namun nasib lebih menyebelahi Syria yang membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi sepakan 'voli' daripada luar kotak penalti oleh Nadim Sabag.

Tersentak dengan gol tersebut, skuad negara kembali memperkemas jentera serangan bagi mencari gol penyamaan namun berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan Syria dan keputusan itu kekal sehingga separuh masa perlawanan.

Bersambung babak kedua, skuad negara melancarkan serangan bertali arus bagi mencari gol penyamaan namun pasukan Syria yang sebaliknya menggandakan jaringan hasil sentuhan penyudah kapten, Sanharib Malki pada minit ke-47.

Kesilapan barisan pertahanan negara yang gagal mengeluarkan bola daripada kawasan penalti negara dimanfaatkan oleh pasukan Syria yang menambah gol ketiga menerusi tandukan Omar Khrbin pada minit ke-66.

Malaysia akan menentang Vietnam pada aksi terakhir perlawanan persahabatan di Stadium My Dinh, Hanoi, Vietnam, Ahad ini.

Perlawanan berkenaan adalah sebagai persiapan terakhir skuad Harimau Malaya sebelum beraksi pada Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura dari 23 hingga 29 November ini di Singapura.

Malaysia yang diundi dalam kumpulan B akan memulakan kempen kejohanan berdepan Myanmar pada 23 Nov diikuti pertemuan dengan Thailand pada 26 Nov dan kedua-dua perlawanan berkenaan akan berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Skuad negara akan menamatkan aksi pusingan awal menentang Singapura di Stadium Nasional Singapore Sports Hub pada 29 November.

Vietnam yang menjadi tuan rumah bersama, akan mengetuai cabaran kumpulan A bersama tiga pasukan lain iaitu Filipina, Indonesia dan Laos.

Berdasarkan format kejohanan, dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan layak ke separuh akhir yang diadakan mengikut format timbal balik.

sumber...Mstar OL

Wednesday, November 12, 2014

Konflik Presiden UMNO: Tun Daim Mula Tibai, Sakan Jugak !


Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mengkritik Putrajaya yang menginginkan status negara berpendapatan tinggit tetapi rakyat sendiri tidak mampu membeli rumah

Tak guna jadi negara pendapatan tinggi kalau rakyat tak mampu beli rumah, kata Daim

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin membidas usaha Putrajaya ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi sehingga mengabaikan kedudukan ekonomi majoriti rakyat.

Beliau mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang bercita-cita mahu menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi tetapi dalam masa sama, rakyatnya masih tidak mampu memiliki sebuah rumah sendiri.

"Tidak ada maknanya kerajaan mendabik dada mengatakan kita sedang menuju ke arah negara berpendapatan tinggi jika masih ramai rakyat tidak mampu memiliki sebuah rumah biasa," katanya hari ini.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan buku berjudul “The Colour of Inequality” di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac), Kuala Lumpur hari ini.

Lebih membimbangkan Daim adalah hartanah kini sukar untuk dimiliki khususnya mereka yang berumur bawah 40 tahun kerana nilai yang melambung naik akibat spekulasi.
"Hakmilik hartanah antara yang membimbangkan di kalangan rakyat Malaysia, khususnya mereka bawah umur 40 tahun, berdepan kesukaran untuk memiliki aset penting ini.

"Perumahan menjadi kelas aset kewangan, malah ia menjadi alat spekulasi daripada menjadi tempat untuk kita tinggal," katanya.

Daim menegaskan rakyat Malaysia masih tidak mencapai tahap pendapatan yang baik dan ramai yang masih berpendapatan di bawah tahap kemiskinan.

"Tiada maknanya kita ke arah negara berpendapatan tinggi, pada ketika rakyat, anak-anak kita, jiran dan rakan kita masih berpendapatan bawah tahap kemiskinan," katanya.

Walaupun negara memiliki pengguna barangan mewah terbesar di rantau Asia, Daim berkata masih ramai rakyat yang masih terpaksa bergelut dengan kehidupan.

"Masih ramai pakcik dan makcik di kampung dan bandar yang masih bergelut untuk mendapat sesuap nasi dan menghantar anak mereka ke sekolah setiap hari."

Pentadbiran Najib menyasarkan negara beralih kepada ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Bagaimanapun, usaha tersebut dilihat tidak memberi gambaran sebenar terhadap situasi kewangan dan ekonomi rakyat Malaysia, malah satu kajian bersama Universiti Malaya dan Institut Penyelidikan Khazanah mendapati jurang semakin melebar di kalangan rakyat Malaysia dari segi pendapatan dan pemilikan rumah.

Menurut data daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, dana persaraan terbesar di Malaysia, pekali Gini daripada akaun simpanan meningkat daripada 0,643 pada 2004 kepada 0.661 pada 2013.

Gaji pekerja berumur 26-35 juga berkembang pada kadar lebih perlahan daripada 2004 hingga 2013, dan tertinggal di belakang pendapatan yang berumur 40 tahun ke atas, kata mereka.

Sementara itu dalam sektor awam, pangkat pengurus dan profesional berkembang lebih cepat secara tidak seimbang sejak 1999 hingga 2012, menurut kompilasi mereka daripada Senarai Pekerjaan Kementerian dan Jabatan dalam Anggaran Belanjawan Persekutuan.

Kaji selidik itu juga mengatakan pekali Gini Malaysia berkaitan hartanah kediaman dijual tahun meningkat daripada 0.51 pada 1996 kepada 0.53 pada 2011, menurut perkiraan mereka berdasarkan data daripada Napic.

"Nilai harta yang dibeli pembeli atasan berkembang lebih cepat daripada harta yang dibeli pembeli ‘low-end’ sepanjang tahun," kata kajian tersebut.

Bahagian daripada jumlah nilai harta dengan bahagian bawah 20% dari 2006 hingga 2011 kekal tidak berubah pada 5%, manakala 10% menikmati pertumbuhan daripada 35% kepada 40% dalam tempoh yang sama, menurut data.

sumber...TMI

Raja Azmi Dedahkan Punca Perceraian Dengan Eddie


Produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman mendedahkan teguran suaminya, Mohd Eddie Ghazali antara penyebab dia memohon untuk bercerai selepas 13 bulan berumahtangga.

 Raja Azmi, 55 berkata, walaupun mengakui kesilapannya kerana keluar rumah tanpa izin, namun cara teguran suaminya itu membuatkan hatinya benar-benar terluka dan sukar untuk diubati semula.

"Apabila dimarahi, hati saya terluka kerana saya terasa dengan tegurannya itu. Rasa sedih sangat-sangat. Dia (Eddie) telah pun memohon maaf dan memujuk, tetapi luka saya itu tidak terubat.

"Bagi saya, jika tidak boleh bertolak ansur mengenai perkara seperti ini, saya akan berterusan menjadi isteri yang derhaka. Lebih baik kami berpisah.

"Dia ada berusaha untuk mengekalkan rumah tangga ini, cuma mungkin saya yang langsung tidak berusaha," katanya kepada mStar Online.

Raja Azmi ditemui selepas di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada petang Selasa selepas Mohd Eddie, 46, melakukan lafaz cerai di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin kira-kira pukul 3.05 petang.

Mohd Eddie menceraikan Raja Azmi dengan talak satu dan wanita itu diperintahkan untuk melalui tiga bulan tempoh edah atau tiga kali suci.


Dalam pada itu, Raja Azmi turut mengakui, sejak berkahwin pada 13 Oktober 2013, dia mendapati pelbagai percanggahan pendapat antaranya dengan Eddie terutamanya mengenai kehidupan.


"Kami kerap bergaduh hanya kerana percanggahan pendapat masing-masing. Dan perkara ini membuatkan perhubungan kami semakin sukar untuk diteruskan.

"Tetapi apabila tidak sebumbung, kami boleh pula berkomunikasi macam biasa. Apa yang saya nampak, mungkin kami lebih sesuai berhubung sebagai sahabat," ujarnya.

Sementara itu, Eddie pula berkata, ini merupakan pengalaman pertamanya apabila terpaksa melalui dugaan bercerai dan perkara itu membuatkan dirinya sedikit sebak.

Bagaimanapun, kata Eddie, masalah perkahwinannya dengan Raja Azmi dijadikan sebagai pengajaran agar lebih berdiplomasi dalam menegur seorang isteri.

"Kesilapan saya adalah daripada segi teguran yang kasar sehingga mengundang sebelah pihak terasa hati. Tetapi nak buat macam mana, ia sudah pun berlaku dan hidup mesti diteruskan seperti biasa," tuturnya.

Eddie yang popular dalam kumpulan CRK dengan lagu Cinta Dan Air Mata (tahun 1990-an) bernikah dengan Raja Azmi pada 13 Oktober 2013 dengan sekali lafaz.

Majlis akad nikah dilakukan di Laman Beringin, Istana Budaya dekat sini.

Raja Azmi sebelum ini pernah berkahwin dengan jaguh badminton negara, Mohd Jalani Sidek dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 30, Puteri Suaida, 26, dan Megat Deli, 21.

Eddie pula memiliki dua orang anak bersama arwah isterinya iaitu Daniel, 23, dan Effy, 21.

sumber...

 Oleh: FERIDE HIKMET ATAK