Followers

Sunday, November 9, 2014

Gempar: Kereta KETUM Kena Tembak !!


Kereta ketua umum parti Indonesia ditembak di Yogyakarta

Kereta Ketua Umum Parti Amanat Nasional (PAN), Amien Rais (gambar) ditembak awal pagi Khamis oleh individu tidak dikenali namun tiada sebarang kecederaan, lapor Jakarta Post.


Amien berkata, pengawal keselamatan di rumahnya mendengar letupan kira-kira jam 2 pagi dan mendapati seseorang melarikan diri menggunakan motosikal.

"Saya menyedari kejadian itu pada 6 pagi apabila pemandu memberitahu kereta saya ditembak.

"Saya tinggal di sini sejak 1980. Ia selalunya aman dan tiada masalah kecuali semasa reformasi apabila tingkap rumah saya pecah," katanya kepada portal itu.

Amien berkata sebelum ini ada cubaan mengugutnya melalui emel dan telefon di Jakarta namun masih belum ada tangkapan oleh pihak polis.

Katanya, motif kejadian tidak diketahui kerana tidak mempunyai musuh dan tidak menjalankan perniagaan yang boleh mencetuskan konflik.

"(Ugutan) mungkin bermotifkan politik namun sukar untuk menterjemahkannya. Saya tidak takut kerana saya berpegang kepada al-Quran," katanya seperti dilaporkan Jakarta Post.

Sementara itu, Ketua Polis Yogyakarta Oerip Soebagyo berkata pihaknya memerlukan sedikit masa bagi menyiasat kejadian berkenaan, lapor portal itu.

Katanya, pihak polis akan memberikan perlindungan  keselamatan kepada Amien selain pihak forensik akan memeriksa kelongsong peluru yang ditemui di luar rumah bekas pengerusi Majlis Permesyuaratan Rakyat itu.

PAN semasa pilihan raya umum Indonesia lalu merupakan parti yang menyokong Prabowo Subianto untuk jawatan presiden.

Manakala pengerusi PAN Hatta Rajasa tercalon sebagai naib presiden dalam pilihan raya berkenaan.

Bagaimanapun, gandingan Prabowo dan Hatta tewas kepada pasangan Joko Widodo dan Jusuf Kalla.


sumber...the malaysian insider