Followers

Saturday, January 3, 2015

DAP 'Cari Pasal' Lagi di Kelantan





Nukilan...

Sumbangan dari DAP yang diterima dari seluruh rakyat prihatin untuk negeri negeri yg dilanda musibah banjir...terutamanya di Kelantan dan Terengganu yg teruk terjejas..


Dalam laporan lain mengenai taksiran kemusnahan antaranya menyebut...

Hampir RM1 bilion kemusnahan dianggarkan akibat banjir
 

Kerugian dan kemusnahan akibat banjir besar yang melanda negara dianggarkan hampir RM1 bilion selepas beberapa agensi kerajaan mula membuat taksiran bencana itu, lapor akhbar Berita Harian.

Kementerian Kerja Raya menganggarkan kos RM338 juta bagi kerja membaik pulih jalan, sistem pembetungan, longkang dan bahu jalan yang rosak akibat banjir.

“Daripada jumlah itu, RM204 juta dianggarkan untuk Kelantan, Pahang dan Terengganu manakala RM78 juta bagi Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

“Manakala RM55.6 juta untuk Perak, Kedah dan Perlis,” katanya seperti dilaporkan akhbar itu hari ini.

Sementara itu, kerajaan negeri Terengganu menganggarkan RM107 juta diperlukan untuk membaik pulih jalan persekutuan manalala RM24 juta diperlukan untuk membaiki jalan negeri.

“Kerajaan negeri melalui JKR, ATM dan sukarelawan akan membaik pulih semua jalan dan jambatan yang rosak,” kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof seperti dilaporkan akhbar Berita Harian.

Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan pula menganggarkan kerugian yang dialami akibat kemusnahan infrastruktur asas disebabkan bencana di negeri itu kira-kira RM200 juta.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, jumlah tersebut adalah anggaran awal agensi dan jabatan di Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah, Tumpat dan Pasir Mas.

“Semua agensi sedang membuat penilaian mengenai jumlah kerugian tetapi pada masa sekarang tumpuan utama adalah menyediakan pusat penempatan sementara untuk mangsa banjir apabila sesi persekolahan dibuka.

“JKR membuat anggaran awal kerugian sebanyak RM100 juta, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sebanyak RM3 juta dan polis sebanyak RM8 juta itu tidak termasuk agensi lain lagi dan kos sebenar kerugian itu adalah lebih tinggi,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Pada pagi ini, eadaan banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan pagi ini, terus mencatat penurunan, iaitu kepada 84,575 orang berbanding 91,025 orang, malam tadi.

Keadaan banjir di Johor juga beransur baik dengan jumlah mangsa yang dipindahkan tidak berubah sejak tiga hari berturut-turut manakala di Sabah pula, beberapa kampung di daerah Kota Belud mula dinaiki air pagi tadi.