Imigresen Australia tahan Sirul di Brisbane
Pihak berkuasa Australia mengesahkan penahanan bekas anggota pasukan elit polis Malaysia, Sirul Azhar Umar.
Sirul yang berdepan hukuman mati kerana membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu ditahan semalam oleh pasukan imigresen Australia.
"Jabatan ini menahan seorang individu bukan warganegara tanpa izin semalam di Brisbane.
"Jabatan ini maklum dengan kepentingan pihak berkuasa Malaysia ke atas individu berkenaan.
"Namun atas sebab-sebab sulit, (jabatan ini) tidak dapat mengulas lanjut," kata jurucakap Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan Australia dalam kenyataan kepada Malaysiakini.
Penahanan itu dibuat selepas polis antarabangsa Interpol mengeluarkan notis merah ke atasnya.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga mengesahkan penahanan itu, lapor Bernama.
Katanya, polis akan berbincang dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk menentukan tindakan selanjutnya.
Sebelum ini dilaporkan Australia tidak akan memenuhi permohonan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawa pulang Sirul kerana ia melibatkan hukuman mati.
Kenyataan Jabatan Peguam Negara Australia dilapor menyebut, permohonan itu hanya akan dipenuhi sekiranya Malaysia berjanji untuk tidak menjalankan hukuman mati tersebut.
Mahkamah Persekutuan pada hari Rabu lalu menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul dan seorang lagi responden, Azilah Hadri.
Kedua-dua orang bekas anggota Unit Tindakan Khas itu didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lepas.
Mahkamah Persekutuan juga sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan kedua-dua mereka.

sumber...mkini