Coretan politik,sosial,ekonomi,agama dan lain lain lagi di Malaysia dan seluruh dunia. Sumber dari semua capaian internet. email greenblacks8@gmail.com
Followers
Tuesday, January 6, 2015
Cerita Disebalik CEO 1MDB 'Lari Malam' ?
CEO 1MDB letak jawatan
Mohd Hazem Abdul Rahman, ketua pegawai eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Bhd (1MDB), syarikat pembangunan strategik milik kerajaan dilaporkan meletak jawatan pada Isnin, tidak sampai dua tahun menerajui syarikat itu.
Mengikut sumber, peletakan jawatan Mohd Hazem yang dilantik menerajui 1MDB sejak Mac 2013, akan menyebabkan rancangan tawaran awam permulaan (IPO) RM10.54 bilion bahagian penjanaan tenaga syarikat itu tertangguh lebih lama.
Dana pembangunan strategik itu berdepan kontroversi berhubung jumlah hutangnya lebih AS$11 bilion (RM38.66 bilion) untuk membeli aset janakuasa tenaga, keputusan pelaburan serta kadar faedah tinggi yang dibayar untuk bon terbitannya.
"Saya tidak jangka IPO itu akan berlaku sekarang. Mereka perlu kemaskini beberapa perkara terlebih dulu," kata satu sumber perbankan.
Seorang lagi sumber perbankan berkata IPO itu dijangka dilaksanakan pada suku kedua tahun ini, bukannya suku pertama seperti yang dirancang.
Seorang sumber lain berkata, perbincangan mengenai IPO itu terhenti buat seketika kerana ada penyusunan dalaman syarikat itu.
1MDB dijadualkan bertemu dengan kumpulan pelabur utama dalam bulan ini berhubung IPO itu.
1MDB tidak memberi maklum balas atau menjawab panggilan dan e-mel berhubung pengunduran Mohd Hazem.
IPO bahagian penjanaan tenaga 1MDB dijangka dapat mengurangkan beban hutang syarikat itu.
Bagaimanapun, rancangan itu sudah tertunda beberapa kali selepas tempoh lama diambil untuk proses penilaian menyeluruh dan rundingan pembiayaan semula hutang.
Sebuah portal berita melaporkan, Mohd Hazem akan digantikan oleh Arul Kandasamy, yang pernah mengetuai bahagian perbankan pelaburan dan pembiayaan korporat Abu Dhabi Commercial Bank.
Arul akan dilantik Presiden Kumpulan 1MDB dan pengarah eksekutif, kata laporan itu. - Reuters
Label:
1MDB,
Malaysia,
najib razak,
najib rosmah