Followers

Friday, January 23, 2015

Review: Keadaan Tok Guru Nik Aziz Terkini



Tok guru Nik Aziz semakin stabil

Keadaan kesihatan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini semakin stabil.

Anak kelimanya Nik Mohamad Abduh berkata, perkembangan ayahnya menunjukkan reaksi lebih positif hari ini dan beliau semakin bertenaga.

Beliau berkata, buat masa ini, tiada sebarang keperluan untuk ayahnya dipindahkan ke wad biasa kerana rawatan di ICU adalah yang terbaik.

"Rawatan dan perkembangan ayah sentiasa mendapat pemantauan terbaik. Bila nak keluar wad, itu kita belum pasti, yang penting dia dirawat dan berehat secukupnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di hospital berkenaan di sinim Jumaat.

Beliau berkata, ayahnya juga turut dimaklumkan mengenai kemangkatan Raja Arab Saudi Raja

Abdullah Abdul Aziz Al-Saud, dan telah memberi respons seperti biasa dan bertanya sedikit sebanyak berhubung kemangkatan Raja Arab Saudi itu.

Sementara itu, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, Nik Abdul Aziz masih dapat mengingati beliau walaupun berada dalam keadaan tidak sihat.

"Saya juga difahamkan alat bantuan pernafasan juga telah dibuka," katanya kepada pemberita selepas meluangkan masa kira-kira 15 minit menziarahi Nik Aziz.

Mursyidul Am PAS itu, dimasukkan ke hospital Isnin lepas kerana tahap kesihatannya merosot ketika banjir baru-baru ini, selain menghidap kanser prostat.

Nik Abdul Aziz, 84, merupakan menteri besar Kelantan kelima yang memegang jawatan dari 1990 hingga 2013.

sumber...Mstar