Followers

Monday, November 10, 2014

Benarkah 'Khalifah' ISIS Sudah Terbunuh ?


 gambar yang belum disahkan oleh pihak berkuasa Iraq

Beberapa sumber media barat menyatakan 'khalifah' ISIS tercedera dalam satu serangan udara yang dilancarkan oleh Amerika dan sekutunya.


MOSUL – Pakatan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) melancar­kan beberapa serangan udara dekat bandar ini, utara Iraq de­ngan menjadikan barisan pemimpin kanan kumpulan militan Negara Islam (IS) sebagai sasaran, kata beberapa pegawai kelmarin.

Setakat ini, nasib ketua IS, Abu Bakar al-Baghdadi masih tidak dapat dipastikan.

Susulan serangan itu, terdapat dakwaan Abu Bakar terbunuh dalam operasi pada Jumaat lalu tetapi pegawai-pegawai AS tidak dapat mengesahkan kesahihan berita tersebut.

Berita kematian ketua IS ter­sebar selepas Presiden Barack Obama mengumumkan rancang­an untuk menghantar sehingga 1,500 lagi askar ke Iraq bagi membantu memerangi militan IS yang telah menawan sebahagian besar wilayah di negara itu.

Pusat Kawal dan Perintah (CENTCOM) AS mengesahkan ba­hawa tentera pakatan melancarkan beberapa serangan udara terhadap perhimpunan pemimpin IS dekat sini.

 “Sebuah konvoi me­ngandungi 10 kenderaan perisai IS musnah dalam serangan itu,” kata jurucakap CENTCOM, Patrick Ryder.


“Kami bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada Abu Bakar merupakan antara pe­mimpin IS yang hadir dalam perhimpunan tersebut,” tambahnya.

Menurutnya, dakwaan kematian Abu Bakar kini disiasat oleh pihak berkuasa Iraq.

Washington sebelum ini menawarkan ganjaran AS$10 juta (RM33.4 juta) untuk menangkap Abu Bakar manakala beberapa penganalisis memberitahu, dia dilihat lebih berkuasa daripada ketua al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri.

Dalam perkembangan ber­kaitan, stesen televisyen Al-Arabiya melaporkan Abu Bakar telah terce­dera manakala sebuah stesen tele­visyen Iraq menyatakan seorang pembantunya terbunuh dalam serangan tersebut.

sumber...AFP