Followers

Monday, September 8, 2014

Konflik Presiden PAS: PAS UG Dah Mula 'CUAK' Pada PasMa



Hari hari yang terus berlalu semakin 'rancak' nampaknya gelombang 'hijau'..

Adakah gelombang hijau akan kembali bertaut bersama gelombang biru ?

Bukankah gelombang hijau juga berasal dari gelombang biru ?

Timbalan Presiden PAS semalam sudah menyatakan PAS akan menolak jika calon MB Selangor yang baru dari PAS jika dipilih oleh istana Selangor.Tetapi SU mengatakan akan dibuat pertimbangan semula.

Naib Presiden pula memberikan 'amaran' supaya ahli PAS dan JKPP walak atau taat setia kepada Presiden yang telah membuat keputusan 'veto'.

Polemik dalam krisis perlembagaan PAS nampaknya lebih 'hebat' dari drama baling kerusi PKR dan politik wang Umno.

DAP sudah pun selesai konflik perlembagaan parti dengan ROS. PAS yang kononnya membawa wadah islam bilakah akan menjulang perlembagaan parti mereka sendiri.

Adakah marakbar Presiden akan berulang setelah 30 tahun mengharungi ranjau politik Malaysia ? Episode Datuk Asri tidak mustahil berulang kembali.(PAS Melaka sudah memberikan warning)

Masyarakat awam sedang memerhati tindakan setiap pemimpin PAS !

PAS for all ? are you kidding ?

PasMa akan mengambil alih posisi PAS sekiranya krisis perlembagaan tidak selesai.

PAS larang ahlinya sertai PasMa

Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ahli PAS tidak dibenarkan menyertai NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) kecuali mereka keluar dari parti Islam itu.

Dalam nada yang tegas, beliau berkata tidak ada keperluan untuk menyertai PasMa walaupun ia hanya bertaraf NGO dan bukan parti politik.

"Mereka tak boleh sebab mereka ahli (PAS), kecuali mereka keluar dari parti.

"Setahu saya PasMa (adalah) NGO kebajikan bukan sebuah parti politik.

"Tidak ada keperluan sebab dalam pas ada lajnah kebajikan dan boleh aktif (dalam lajnah itu)," kata beliau kepada wartawan selepas Ijtimak PAS Selangor di Seri Kembangan hari ini.

PasMa mula mendapat perhatian sejak beberapa hari lalu sejak timbulnya spekulasi bahawa satu kumpulan dalam PAS merancang menubuhkan parti baru untuk menggantikan PAS.

Laporan yang timbul setakat ini menyebut, terdapat rancangan untuk menukar NGO tersebut menjadi satu parti baru.

Pengerusinya yang juga pemimpin PAS, Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, NGO berkenaan tidak berniat menggulingkan kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan golongan ulama serta tidak merancang untuk diperkembang menjadi parti politik untuk menggantikan PAS.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa PasMa mungkin menjadi platform bagi menubuhkan parti serpihan PAS.

Tuan Ibrahim bagaimanapun menyatakan PasMa tidak penting tetapi mampu mendapat sokongan dalam era media baru masa kini.

"Saya ingat ia tidak penting. namun memandangkan kita dalam era media baru dan terbuka, ia akan tersebar dengan cepat," kata beliau.

'Awas musuh dalaman'

Sementara itu Tuan Ibrahim diminta menjelaskan mengenai ucapan beliau dalam majlis penutup Ijtimak PAS Selangor hari ini memberi amaran ahli PAS agar tidak menyebarkan suara "musuh dalam parti".

Bagaimanapun beliau enggan mengulas mengenai siapa yang disebut musuh itu tetapi menyatakan semua pihak yang mahu memporak-porandakan parti.

"Di antara perkara yang kena jaga adalah jangan menyebarkan pandangan musuh dalam parti kita. Ia boleh menimbulkan polemik.

"Jadi semua berita kena tapis dan teliti sebelum sebarkannya supaya kita tidak memporak-perandakan keadaan yang tidak harmoni dalam parti," kata beliau.

PAS kini dikaitkan dengan cubaan golongan yang mahu PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan bergabung dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan. 


sumber...malaysiakini