Followers

Saturday, September 27, 2014

3 Suspek Anggota Jihad Syria Kena Cekup



Tiga terpedaya jihad palsu

Mereka masih ‘baharu’ tetapi berminat untuk menjadi pejuang jihad selepas direkrut menerusi laman sosial Facebook hanya tiga bulan lalu.

Ketiga-tiga rakyat Malaysia yang bakal menjadi pejuang jihad ini, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis, telah disenaraikan dalam kumpulan pengganas Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) oleh seorang anggota senior militan rakyat Malaysia yang menggunakan Facebook untuk mendapatkan keanggotaannya.

Mereka adalah arkitek dan juruteknik, masing-masing berusia 26 tahun dan pemilik kedai, 42, merupakan sebahagian daripada anggota rangkaian yang lebih luas, dengan menyertai ISIL bagi berjuang secara ‘salah’ untuk mati syahid.

“Polis sudah pun mengenal pasti individu yang merekrut anggota itu. Kesemua suspek dianggap masih ‘baharu’ tetapi sanggup menyertai ISIL dalam perjuangan jihad mereka yang ‘salah’,” kata sumber dalam satu temuramah pada Jumaat.

Polis mempercayai suspek berhubung dengan seorang lagi pejuang rakyat Malaysia di Syria.
Ketiga-tiga mereka dipercayai telah bertemu di Klang bersama individu yang menguruskan mereka beberapa kali bagi merancang perjalanan mereka ke Syria.

“Polis sedang menyiasat sekiranya kesemua suspek mempunyai sebarang rancangan untuk menyasarkan rakyat Malaysia sebagai ahli, tetapi tiada petunjuk setakat ini,” menurut sumber itu, sambil menambah bahawa perjumpaan diadakan di rumah arkitek itu di Klang.

Sejurus selepas penahanan mereka, para pegawai dari Unit Anti Keganasan, Cawangan Khas Bukit Aman dibawa kesemua lelaki terbabit ke rumah mereka, di Klang, Kota Bharu dan Arau bagi menjalankan siasatan lanjut.

"Polis merampas satu bendera ISIL dan beberapa komputer milik suspek. Soal siasat bersama ahli keluarga suspek menunjukkan mereka tidak mengetahui aktiviti suspek.

"Bagaimanapun, terdapat satu keluarga yang menginzinkan perkara itu kerana mereka percaya suspek akan berjuang demi jihad," tambah sumber itu.


Bukit Aman memantau mana-mana rakyat Malaysia yang merancang untuk menyertai IS,ISIS,ISIL, terutamanya selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menggesa semua negara untuk membendung pejuang jihad ke Iraq dan Syria.

sumber...Mstar OL

* ISIL : Islamic State in Iraq and Levant

*IS : not like what they have done