Followers

Thursday, September 22, 2011

Model 'Heidi Klum' Sebar Virus Di Internet

Awas kepada pelayar internet

LONDON: Nama model Heidi Klum menduduki tempat pertama paling berbahaya di dunia maya apabila ia digunakan bagi mengaburi orang ramai dalam menyebarkan virus menerusi Internet.

Pengarah keselamatan web anti virus MCAfee, Paula Greve berkata selain Heidi Klum beberapa nama selebriti terkenal dunia lain merupakan antara nama berisiko diserang virus.

"Tahun ini lebih hebat di mana penggodam dan penyebar virus telah menggunakan nama-nama selebriti untuk menyebarkan virus mereka.

"Bagi sesiapa yang mencari nama-nama artis popular dunia ini di Internet akan berhadapan risiko besar untuk menyebabkan komputer dan alat-alat elektronik mereka mengalami masalah.

"Pengguna Internet diharap lebih berhati-hati dengan kandungan yang tersembunyi pada tautan nama-nama artis tersebut," ujarnya seperti dipetik aceshowbiz.com.

Antara nama artis yang mempunyai risiko tinggi ialah Jessica Biel, Katherine Heigl, Justin Bieber, Lady Gaga dan pemain tenis, Maria Sharapova.

Pihak McAfee turut memberitahu risiko terbesar kepada mengguna yang mencari maklumat peribadi selebriti tersebut dan memuat turut gambar-gambar mereka.

sumber...DM