Followers

Monday, September 19, 2011

Jerat cinta mamat bangla

Mamat Bangla ugut sebar gambar lucah

JOHOR BAHRU - Seorang gadis berusia 23 tahun tertekan apabila bekas teman lelakinya, seorang warganegara Bangladesh mengugut akan menyebarkan gambar lucahnya selepas mangsa menyatakan hasrat untuk memutuskan hubungan cinta yang dijalinkan sejak beberapa bulan lalu.

Mangsa mendakwaugutan itu mula diterima sejak awal bulan lalu selepas dia menghubungi suspek dan menyatakan hasratnya untuk memutuskan hubungan mereka.

Lelaki berkenaan yang berusia 40-an, sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak itu dikatakan akan menyebarkan gambar lucahnya menggunakan laman web sosial kepada ahli keluarga, jiran dan kenalan yang lain.

Lebih memeritkan, lelaki itu juga turut meminta mangsa memulangkan semula wang berjumlah RM25,000 yang dibelanjakan sepanjang mereka bercinta sebagai syarat memutuskan hubungan.

Dipercayai gambar mangsa itu dirakam menggunakan telefon bimbit lelaki berkenaan ketika mereka menginap di sebuah hotel di Seremban, Negeri Sembilan, beberapa bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat gadis berkenaan berhubung ugutan diterima daripada bekas teman lelakinya itu.

Menurutnya, mangsa yang tertekan dengan ugutan daripada bekas teman lelakinya itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Skudai, sejurus menerima kiriman gambar lucah berkenaan.

"Susulan laporan diterima, sepasukan pegawai dan anggota membuat serbuan di sebuah rumah dan berjaya menahan lelaki berkenaan untuk siasatan lanjut.

”Lelaki terbabit ditahan kerana mengugut mangsa dan siasatan kes sedang berjalan. Kami yakin dapat menyelesaikan kes ini dalam masa terdekat,” katanya.

sumber...HS