Followers

Tuesday, September 20, 2011

Konstabel Polis tembak isteri pula

Tembak isteri: Konstabel diarah bela diri


KUALA LUMPUR 20 Sept – Seorang konstabel polis hari ini diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menembak isterinya tahun lepas.

Hakim Mohamad Sekeri Mamat membuat keputusan itu terhadap T. Ravindran, 31, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

"Saksi keenam pendakwaan yang juga mangsa kes itu G. Prema, 25, dalam keterangannya berkata tertuduh datang ke rumahnya pada 2 Mac 2010 untuk berbincang mengenai status hubungan mereka bersama bapanya iaitu A. Ganason yang merupakan saksi ketujuh.

"Saksi keenam itu kemudiannya masuk ke bilik untuk mengambil barang-barang kemas untuk memulangkannya kepada Ravindran, yang mana tertuduh turut mengekori mangsa masuk ke bilik, " katanya.

Mohamad Sekeri berkata, tertuduh kemudian masuk ke bilik mangsa, menolak mangsa hingga menyebabkan mangsa jatuh dan tertuduh terus menembak isterinya.

"Berdasarkan keterangan mangsa yang cedera akibat tembakan itu serta disokong oleh keterangan bapa mangsa serta saksi kelapan iaitu abang mangsa G. Davendran, didapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan tertuduh dipanggil untuk membela diri, " kata Mohamad Sekeri.

Ravindran didakwa menembak Prema menggunakan sepucuk revolver .38 Smith & Wesson yang boleh mengakibatkan kematian mangsa.

sumber... Bernama