Coretan politik,sosial,ekonomi,agama dan lain lain lagi di Malaysia dan seluruh dunia. Sumber dari semua capaian internet. email greenblacks8@gmail.com
Followers
Tuesday, December 9, 2014
Gambar Pengebom Berani Mati Malaysia Terbunuh Di Syria
Pengebom berani mati Malaysia terbunuh di Syria di kenal pasti
Polis telah mendedahkan identiti pengebom berani mati kedua dari Malaysia yang terbunuh di Syria, yang dikaitkan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS).
Anggota militan itu, yang dikenal pasti sebagai Ahmad Affendi Abdull Manaff, 27, dipercayai telah memandu sebuah trak yang sarat dengan bom ke kem tentera di Homs, Syria, membunuh kira-kira 50 askar Presiden Syria Bashar Al-Assad.
Sumber mendedahkan bahawa Ahmad Affendi, yang masih bujang, telah pergi ke Syria pada 23 April untuk menyertai kumpulan pengganas IS.
Dipercayai bahawa penyerang berani mati itu, yang juga dikenali sebagai Abu Zakaria, berasal dari Tumpat, Kelantan, dan mempunyai kelulusan SPM.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayub Khan mengesahkan kematian Ahmad Affendi.
"Berdasarkan pengumpulan risikan, kami mengesahkan dia meninggal dunia dalam serangan itu.
"Kami percaya dia melakukan serangan tersebut sama ada pada 8 November atau 9 November," katanya ketika dihubungi , Isnin.
Sebelum ini dilaporkan bahawa Ahmad Tarmimi Maliki, 26, diberikan penghormatan yang meragukan sebagai pengebom berani mati yang pertama dari Malaysia yang dikaitkan dengan IS.
Dia dikatakan telah meletupkan 25 tentera elit Iraq di ibu pejabat SWAT Iraq di al-Anbar pada 26 Mei.
Laporan menyatakan bahawa Ahmad Tarmimi, yang menerima latihan militan di Port Dickson pada akhir tahun lepas, memandu SUV tentera dipenuhi dengan beberapa tan bahan letupan ke ibu pejabat SWAT dan meletupkan dirinya.
Pengeboman didahului serangan ke atas ibu pejabat oleh komando IS.
Sehingga kini, enam militan Malaysia telah meninggal dunia berjuang di Syria dan Iraq.
sumber...Mstar