Followers

Monday, December 1, 2014

Hebat: Azmin Ali Berani Mengaku Gagal


Julung kalinya pemimpin melayu berani mengaku kekurangan dalam menguruskan pentadbiran sebuah kerajaan.

Syabas untuk Azmin kerana langkah ini akan menjadikan lebih perhatian kepada janji PR khususnya di Selangor.

Peluang untuk Azmin melaksanakan program tersebut masih luas terbentang.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali (gambar) hari ini mengakui  kerajaan negeri belum menunaikan manifesto pilihan raya umum (PRU) lepas berhubung tawaran Biasiswa Menteri Besar.

Menurutnya, perkara itu tidak pernah dibawa kepada Jabatan Perbendaharaan negeri untuk dibincang dan diperhalusi tatacara pelaksanaannya.

"Tiada mekanisme dirangka bagi program biasiswa ini sehingga sekarang.

"Perkara ini sepatutnya perlu dibawa ke dalam perbincangan Jabatan Perbendaharaan negeri supaya apa yang kita janjikan dapat ditunaikan bergantung kepada kedudukan kewangan.

"Namun, perkara ini tidak berlaku walaupun ia sebahagian daripada manifesto kita, menyebabkan sehingga hari ini tidak ada satu pun peruntukan jelas, tatacara atau mekanisme untuk melaksanakannya," katanya ketika menjawab soalan Yeo Bee Yin (DAP-Damansara Utama) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Shah Alam.

Yeo bertanya mengenai status Biasiswa Menteri Besar kepada rakyat Selangor yang layak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU lepas.

Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika melancarkan manifesto PR bagi PRU ke-13 dilaporkan berkata biasiswa itu akan diberikan kepada pelajar ijazah lanjutan dengan bon kerajaan negeri sebagai usaha membentuk sebuah Bank Pemikir Negeri Selangor.

Sementara itu, Mohd Shafie Ngah (PAS-Bangi) meminta kerajaan Selangor menyediakan tapak bagi membangunkan masjid berkonsepkan seni bina dan budaya Cina pertama di negeri ini.

"Cadangan pembinaan ini adalah berdasarkan kepada permintaan Persatuan Muslim Cina Malaysia yang mahu sebuah masjid dengan seni bina berkonsepkan budaya Cina.

"Ia juga perlu bagi mengelak salah faham pihak tertentu  Islam itu bagi kaum Melayu sahaja," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2015 peringkat Jabatan Agama Islam Selangor pada sidang DUN Selangor itu.

Shafie berkata negeri Melaka, Johor, Perak dan Kelantan pun  mendirikan masjid berkonsepkan seni bina dan budaya Cina dan sebuah masjid seumpama itu perlu dibina di Selangor bagi menampung permintaan 20,000 masyarakat Cina Muslim di negeri ini.


sumber...Bernama