Coretan politik,sosial,ekonomi,agama dan lain lain lagi di Malaysia dan seluruh dunia. Sumber dari semua capaian internet. email greenblacks8@gmail.com
Followers
Showing posts with label manifesto. Show all posts
Showing posts with label manifesto. Show all posts
Tuesday, March 12, 2019
Ini Bukti PH Dikuasai Oleh DAP !
Pernahkah Kelantan dan Terengganu merasai nikmat begini di era BN ?
1. Kerajaan Pakatan Harapan telah pulangkan Royalti minyak untuk Terengganu dan akan diikuti oleh Kelantan setelah selesai kes tarik balik saman . 1 manifesto Pakatan Harapan telah terlaksana.
2. RM1.4 Bilion disalurkan ke Kelantan untuk pembangunan.
3. Semua keputusan kerajaan terlebih dahulu dipersetujui dari Majlis Presiden Pakatan Harapan.Tiada dominasi oleh mana mana pihak parti.
Kerajaan Persekutuan memperuntukan sebanyak RM1.4 bilion untuk pembangunan di Kelantan menerusi Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, peruntukan itu bertambah sebanyak RM200 juta berbanding sebelum ini.
Katanya, lima projek pembangunan yang akan diberi keutamaan termasuk membesarkan dan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa; Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3); Lebuhraya Central Spine Road (CSR); Jambatan Palekbang dan jalan raya Pasir P-Machang-Jeli.
“Kelantan juga antara negeri yang diberi keutamaan untuk mendapat agihan peruntukan pembangunan dalam RMK-11.
“Sejumlah RM1.4 bilion telah diperuntukkan untuk tujuan pembangunan di Kelantan sebagai sumbangan Kerajaan Persekutuan dan kita harap ada penyelarasan,” katanya selepas mesyuarat Majlis Tindakan Negeri dan perjumpaan dengan penjawat awam di Tunjung, yang pertama kali diadakan selepas menjawat jawatan pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negeri.
Beliau menjelaskan keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Isnin lalu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mesyuarat itu turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Menteri Besar Terangganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian.
Jelas Mohamed Azmin, Perdana Menteri ingin melihat pembangunan di semua wilayah di negara ini dan memberikan keutamaan kepada enam negeri termasuk Kelantan, Sabah dan Sarawak.
Katanya, peruntukan sebanyak RM450 juta bagi membesarkan dan menaik taraf LTSIP dijangka akan bermula akhir tahun ini.
Ujarnya, pembesaran lapangan terbang itu perlu dilaksanakan memandangkan berlaku kesesakan luar biasa pada masa ini apabila penumpang melebihi kapasiti 1.5 juta orang.
Pembesaran LTSIP dijangka akan dapat menampung lebih empat juta penumpang pada satu-satu masa.
Beliau berkata, projek LPT3 dari Gemuruh, Terengganu hingga Tumpat sejauh 150km diberi keutamaan bagi membangunkan ekonomi di kawasan pesisiran pantai dan dapat memajukan Pelabuhan Tok Bali serta memastikan industri di kawasan pembangunan dapat dikeluarkan dengan lebih efisyen.
Tambahnya, projek itu adalah komitmen Kerajaan Persekutuan untuk mewujudkan pembangunan komprehensif yang memberi impak yang besar kepada rakyat Kelantan termasuk peluang pekerjaan.
sumber...Astro Awani
#macaipasumnosilameroyan
Label:
manifesto,
Pakatan Harapan,
royalti
Friday, March 9, 2018
Dari BERNAS ke Astro, HARAPAN Janji Hapuskan Monopoli
Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam manifesto 138 muka surat yang dilancarkan malam ini berjanji untuk menyelesaikan masalah monopoli di negara ini.
Menurut manifesto berkenaan, antara lain monopoli oleh syarikat seperti BERNAS dalam pengeluaran beras, Astro dalam sektor penyiaran dan lain-lain akan dikaji semula.
Begitu juga, HARAPAN dalam manifestonya berjanji akan berusaha memecahkan monopoli ubat-ubatan.
Gabungan itu berkata ia akan menggalakkan persaingan kesihatan agar pengguna memperoleh ubat dengan harga yang kompetitif.
HARAPAN menambah ia juga akan mengkaji semula perjanjian dengan syarikat konsesi lebuh raya dengan matlamat menghapuskan tol secara beransur-ansur.
Bagaimanapun, ia memberi jaminan bahawa syarikat konsesi akan diberi pampasan sewajarnya.
Mengenai pelaburan asing, HARAPAN berkata ia akan menggalakkan pelaburan berterusan dari negara China dan negara-negara Asia lain walaupun sebelum ini mengkritik langkah diambil BN.
Bagaimana pun, ia berkata kajian semula akan dijalankan ke atas pelaburan sedia ada, terutamanya yang melibatkan projek mega.
"Kerajaan Pakatan Harapan akan menggalakkan pelaburan berterusan dari negara China dan negara-nagara Asia yang lain, setelah semua perjanjian projek mega yang diumumkan sebelum ini diteliti semula untuk memastikan tiada salah laku dan rasuah," katanya.
HARAPAN menambah gabungan itu mahu memastikan pelaburan berkenan akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia termasuk perusahaan kecil dan sederhana Bumiputera.
Label:
manifesto,
Pakatan Harapan
Monday, December 1, 2014
Hebat: Azmin Ali Berani Mengaku Gagal
Julung kalinya pemimpin melayu berani mengaku kekurangan dalam menguruskan pentadbiran sebuah kerajaan.
Syabas untuk Azmin kerana langkah ini akan menjadikan lebih perhatian kepada janji PR khususnya di Selangor.
Peluang untuk Azmin melaksanakan program tersebut masih luas terbentang.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali (gambar) hari ini mengakui kerajaan negeri belum menunaikan manifesto pilihan raya umum (PRU) lepas berhubung tawaran Biasiswa Menteri Besar.
Menurutnya, perkara itu tidak pernah dibawa kepada Jabatan Perbendaharaan negeri untuk dibincang dan diperhalusi tatacara pelaksanaannya.
"Tiada mekanisme dirangka bagi program biasiswa ini sehingga sekarang.
"Perkara ini sepatutnya perlu dibawa ke dalam perbincangan Jabatan Perbendaharaan negeri supaya apa yang kita janjikan dapat ditunaikan bergantung kepada kedudukan kewangan.
"Namun, perkara ini tidak berlaku walaupun ia sebahagian daripada manifesto kita, menyebabkan sehingga hari ini tidak ada satu pun peruntukan jelas, tatacara atau mekanisme untuk melaksanakannya," katanya ketika menjawab soalan Yeo Bee Yin (DAP-Damansara Utama) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Shah Alam.
Yeo bertanya mengenai status Biasiswa Menteri Besar kepada rakyat Selangor yang layak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU lepas.
Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika melancarkan manifesto PR bagi PRU ke-13 dilaporkan berkata biasiswa itu akan diberikan kepada pelajar ijazah lanjutan dengan bon kerajaan negeri sebagai usaha membentuk sebuah Bank Pemikir Negeri Selangor.
Sementara itu, Mohd Shafie Ngah (PAS-Bangi) meminta kerajaan Selangor menyediakan tapak bagi membangunkan masjid berkonsepkan seni bina dan budaya Cina pertama di negeri ini.
"Cadangan pembinaan ini adalah berdasarkan kepada permintaan Persatuan Muslim Cina Malaysia yang mahu sebuah masjid dengan seni bina berkonsepkan budaya Cina.
"Ia juga perlu bagi mengelak salah faham pihak tertentu Islam itu bagi kaum Melayu sahaja," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2015 peringkat Jabatan Agama Islam Selangor pada sidang DUN Selangor itu.
Shafie berkata negeri Melaka, Johor, Perak dan Kelantan pun mendirikan masjid berkonsepkan seni bina dan budaya Cina dan sebuah masjid seumpama itu perlu dibina di Selangor bagi menampung permintaan 20,000 masyarakat Cina Muslim di negeri ini.
sumber...Bernama
Label:
Azmin Ali,
manifesto,
Menteri Besar,
Pakatan Rakyat,
Selangor
Sunday, April 7, 2013
Tergamak Najib Tiru Menifesto Pakatan Rakyat !!!
Tahun lepas wa daa cakap beb..
Najib and gerombolan pasti akan tiru BUKU JINGGA..
Madey Kutty awal awal lagi daa tersedak tosai..kah kah kah
Kang bila wa cakap pemimpin UMporNO bn bangang...ada yang naik 'sheikh'
Kah Kah Kah..sekarang siapa tiru siapa bro?
Negara boleh bankrap kononnya bila Buku Jingga dilaksanakan
Kah Kah Kah...bn pandai buat janji jer bro
Mana pergi "Tradisi membela rakyat"..
1juta7ratus ribu hektar dari 3 juta hektar Tanah Simpanan Melayu korang daa Rembat
Syarikat Mudah Buat Duit korang daa Faraid sesama kroni
Aku Janji bn hanya sekadar 'janji manismu' macam lagu Aishah
Kah Kah Kah...Korang dah mudorat tahap gaban ler sekarang
Rakyat tak akan tertipu lagi..
Asalkan Bukan Umno akan menguasai majoriti PRU13
Najib tiru manifesto Pakatan tapi tak akan laksanakan – Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal dari mana datangnya idea isi kandungan manifesto BN kalau bukan ditiru dari manifesto Pakatan Rakyat.
“Hari ini, BN bentang manisfesto, apa dia kata, harga kereta akan turun. Aikk? Dia (Umno BN) belajar dari siapa?
“Kemudian, semua permit akan diberi kepada pemandu teksi. Aikkk? Baru sekarang tahu? Kalau betul Najib percaya permit teksi patut diberi, pasal apa 50 tahun tak bagi?” katanya.
Ketua
Umum KEADILAN itu berkata demikian pada ceramah depan lebih 10,000
orang di Jeli, Kelantan malam tadi selepas menyampaikan tazkirah di
Masjid Geluk, Pasir Mas.Datuk Seri Najib Razak pada malam sama membentang manifesto BN yang menyerupai manisfesto Pakatan sekalipun pemimpin Umno lantang mengkritiknya sebelum ini.
Paling ketara, pengumuman harga kereta diturunkan antara 20 hingga 30 peratus sedangkan Pakatan sudah lama mempromosi kempen ‘Turun Harga Kereta’.
Mengikut formula Pakatan, harga kereta diturunkan 20 peratus setiap tahun secara berperingkat selama lima tahun melalui penghapusan cukai eksais.
Pakatan sudah lama berjanji memberi permit individu kepada pemandu teksi berikutan ia selama ini dibolot pemimpin Umno BN.Pakatan membentang ‘Manifesto Rakyat’ di konvensyen pada 27 Februari lalu dengan memberi tumpuan kepada kebajikan seluruh lapisan masyarakat.
Pada ceramah sama, Anwar percaya Najib tidak akan melaksanakan manisfeto BN sebaliknya hanya bertujuan meraih sokongan dan undi pada PRU 13.
“Dia (Najib) tidak akan lakukan. Sebab itu, saya minta kawan-kawan, ambil keputusan bijak. Sekarang patut (su)dah buat keputusan (undi Pakatan),” katanya.
sumber...Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=49485
Label:
BN,
manifesto,
Pakatan Rakyat
Subscribe to:
Posts (Atom)





.jpg)