Followers

Wednesday, March 21, 2018

PAS Hanya Bantu 'Cash is King'

 Klik Video dibawah


Pas hanya bantu 'cash is king' kata Dr Mahathir

Hasrat PAS mahu menjadi kuasa penentu dalam PRU14 hanya membantu 'cash is king' kekal berkuasa, kata Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Walaupun berulang kali dinafikan PAS, mantan perdana menteri bertegas sasaran parti itu hanya mahu membantu BN.

"Hakikatnya mereka bukan kuasa penentu yang mahu membantu pembangkang.

"Mereka cuma kuasa penentu untuk mengangkat 'cash is king'," kata Mahathir pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) di Parlimen.

Beliau diminta mengulas kenyataan terbaru Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sambutan ke 10 parti itu dalam kerajaan Selangor, Sabtu lalu.

 Dalam ucapan Hadi di Shah Alam, beliau menjelaskan sasaran PAS bertanding tidak kurang 130 kerusi parlimen dan menggesa pengundi memilih mereka menjadi kuasa penentu di Parlimen.

Pada masa yang sama, Mahathir juga bertegas bahawa PAS menyokong mengekalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) apabila ditanya berkenaan manifesto pilihan raya Gagasan Sejahtera yang memasukkan janji memansuhkan cukai tersebut. Manifesto gabungan PAS dan Parti Ikatan Sejahtera itu dilancarkan pada Ahad lalu.

"PAS sokong GST...Bila Hadi ditanya tentang itu, saya tidak pasti beliau faham soalan tersebut atau tidak, atau beliau tidak tahun bagaimana hendak menjawabnya," kata Mahathir.

Dalam hal yang lain, Mahathir berkata akan menulis kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Mohd Hashim Abdullah bagi membantah perubahan yang mungkin ditukar ke atas peraturan pilihan raya pada PRU14 ini.

sumber...mKini


[Baca berita penuh]