Followers

Tuesday, February 5, 2019

Laporan Bukti Ostad Hadi dan Pas Terima Dana Rompakan 1MDB


 LAPORAN BUKTI HADI AWANG DAN PAS MENERIMA DANA ROMPAKAN 1MDB BERNILAI RM 90 JUTA DARIPADA NAJIB RAZAK & UMNO-BN

Bismillah....

Saya Jufazli Shi Ahmad (Penganalisis Politik Bebas) telah membuat laporan Polis secara rasmi di Ibu Pejabat Polis Cheras, Kuala Lumpur hari ini.

Skandal rasuah mega PAS sebanyak RM 90 Juta dana haram 1MDB melibatkan Najib Razak dan Hadi Awang ini telah ditutup secara politik oleh Bekas Perdana Menteri Ke-6 sendiri era pemerintahan Najib Razak dan UMNO-BN di Putrajaya bermula March 2017 lagi.

Sebelum ini Husam Musa (Bekas Pemimpin Kanan PAS), Mahfuz Omar (Bekas Pemimpin PAS), Rafizi Ramli bersama Sarawak Report mendedahkan semua bukti Hadi Awang dan PAS bersekongkol secara sistematik merompak dana 1MDB untuk kepentingan pakatan politik baharu mereka PRU-14 lalu. Namun janji-janji manis Hadi Awang dan PAS untuk saman semua pihak ini gagal dibuktikan di mana-mana mahkamah Malaysia atau mahkamah di luar negara sehingga hari ini.

Sehubungan dengan itu, di atas kegagalan Hadi Awang dan PAS dalam membuktikan dakwaan skandal RM 90 Juta ini adalah fitnah di Mahkamah Tinggi London kerana kesahihan semua bukti PAS menerima dana haram 1MDB daripada Najib Razak,
maka saya sebagai rakyat Malaysia mendesak pihak PDRM dan SPRM menyiasat Hadi Awang dan Najib Razak di bawah Seksyen 16, 17 (a) Akta SPRM 2009, Seksyen 17 (b) Akta SPRM dan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

Kepada Bossku Najib Razak dan Lebaiku Hadi Awang,
Kami rakyat Malaysia dalam negara ini terpaksa menanggung kerugian besar akibat kerjasama kamu berdua merompak dana 1MDB demi kepentingan parti UMNO-BN-PAS semata-mata. Kami rakyat Malaysia menanggung hutang lebih RM 42 Bilion hasil rompakan dana 1MDB yang telah didedahkan oleh semua Penyiasat Bebas dalam Malaysia dan luar Malaysia.

Kepada rakyat Malaysia,
Seperti mana kita tahu Najib Razak dan Hadi Awang tidak ada telur saman Wallstreet Journal dan Sarawak Report lagi, saya yakin kedatangan hari Selasa yang mulia esok juga mereka berdua tidak akan berani saman saya kerana saya berkata benar di hadapan PDRM dan SPRM.

Dear 4 Juta ahli-ahli UMNO-PAS yang minum air kencing serangga pokok Petai,
Jangan ingat rakyat tidak pegang bukti Najib Razak dan Hadi Awang merompak duit 1MDB RM 90 Juta.
Hari ini dengan penuh bangga saya menyerahkan semua bukti skandal rasuah Hadi Awang dan Najib Razak ini kepada PDRM dan SPRM.

CHECKMATE HABIS BOSSKU, BOSSNYA DAN BOSSMU!

🇲🇾

#MALUAPABOSSKUCURIDUITRM90JUTA
#MALUAPALEBAIKUCURIDUITRM90JUTA
#MALUAPABOSSKALAHDIMAHKAMAHLONDON

oleh: Jufazli Shi Ahmad
Penganalisis Politik Bebas & Aktivis
Graduan Master Dalam Bidang Sains Politik
Graduan Sarjana Muda Dalam Bidang Sejarah

Monday, February 4, 2019

Saman Sarawak Report: Kenapa Tok Guru Pas U-Turn ?



 Dalam satu pertemuan bersama kaum Tiong Hwa tok guru Pas pernah menyebut jika Pas tidak saman Sarawak Report maknanya betullah Pas makan duit umno rm90 juta.

Semua orang akan ada alasan bila buat U-Turn.. point yg lebih penting.. tok guru Pas sedar ke kesan dari tindakan U turn ni?

U-turn tok guru ni membawa kepada beberapa persoalan seperti dibawah;

1. Adakah benar PAS ada terima sumbangan UMNO semasa PRU 14 tempohari.. sebab perbelanjaan PRU 14 oleh PAS amat besar berbanding dgn kewangan PAS (Kerusi Parlimen 158 x 10,000 (deposit) + 158 x 100,000 (belanja pilihanraya) = 17, 380,000.00 + (Kerusi DUN (393 x 5000 (deposit) + 393 x 50,000 (belanja pilihanraya)= 21,650,000.00. Total belanja pilihanraya 17,380,000.00 + 21, 650,000.00 = RM 38, 995,000.00

2. Sekiranya benar adakah disebabkan dedak UMNO ini menyebabkan PAS lari dari kerjasama dgn Pakatan Rakyat.

3. Sekiranya benar adakah PAS telah menggadaikan perjuangan disebabkan oleh dedak yg diterima dari UMNO?

4. Adakah wang telah mengubah haluan perjuangan yg sudah sekian lama dibina.. jika benar.. bolehkah PAS masih dianggap sebagai jemaah islam lagi?

5. Adakah keputusan utk menarik diri dari pencalonan dalam majlis Ulamak dunia tempohari disebabkan oleh kerisauan hal hala dalaman PAS akan dibongkar di London akan memalukan tok guru dan akan turut membabitkan nama baik majlis ulamak dunia.

6. Sekiranya benar apakah keputusan utk menyaman SR dulu dibuat dgn kerjasama UMNO dan UMNO telah membayar kos guaman dulu...

Tok guru gagal dinasihati bahawa keputusan utk menarik balik saman ini jauh lebih damaging berbanding tuduhan dari SR.. sebab dengan penarikan balik saman ini.. tuduhan SR seolah olah telah di sahkan benar..

Kenapa kah pendekar pendekar PAS ni semacam pendek akal? Hahaha memang ya pun.

oleh: rojie

Sunday, February 3, 2019

Kantoi Saman Sarawak Report: Maruah PAS yang Kian Terserlah



Saya hadir banyak kenduri kahwin di Terengganu semalam. Di sana saya mendengar perbualan hangat dan ditanya bertubi-tubi berkenaan berita hangat penarikan balik saman PAS ke atas Sarawak Report. 

Ramai yang bertanya itu terdiri daripada anggota dan penyokong setia PAS yang menanti ketibaan April 2019. Mereka telah pun dimaklumkan oleh pimpinan mereka bahawa Sarawak Report akan didakwa kerana memfitnah PAS. Sebelum PRU ke14 pula penyokong PAS telah diberitahu mereka telah menang kes tersebut walaupun ia belum lagi bermula.

Pekara yang menggemparkan orang ramai ialah penyelesaian luar mahkamah yang dibuat adalah tanpa Sarawak Report perlu menarik balik tuduhan tersebut dan memohon maaf kepada PAS.

Lebih menggemparkan lagi adalah Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown dengan megah menyatakan beliau berpuas hati dengan penyelesaian yang dicapai dan Sarawak Report tidak perlu menarik balik atau memadamkan artikel tersebut - yang menuduh PAS menerima RM90 juta daripada Umno - di lamannya. Artikel tersebut masih tersiar di laman untuk bacaan umum seluruh dunia.

Tambah menakjubkan lagi ini bermakna kandungan artikel tersebut bukanlah fitnah dan adalah benar. Di mana letaknya maruah PAS dalam isu ini?

Ramai bertanya di mana maruah PAS yang menarik balik kes ini dan membenarkan artikel tersebut terus disiarkan. Anggota dan penyokong PAS pula bertanya di mana RM3 juta yang dikutip daripada mereka, kononnya untuk kes saman malu itu?

Saman pun tidak, malu masih ditanggung apabila tuduhan PAS menerima RM90 juta dari Umno terus disiarkan
.
Baru saja minta sumbangan

Di waktu rakyat mengalami masalah tekanan kos sara hidup, pengorbanan besar telah di lakukan oleh mereka yang memberi sumbangan sehingga mengumpul jumlah RM3 juta.

Hanya beberapa minggu lalu seorang naib presiden PAS telah merayu daripada ahlinya untuk RM400,000 lagi bagi membiayai kes saman tersebut. Ketika itu musim permulaan sekolah dan pengorbanan besar telah mereka lakukan untuk mencukupkan permintaan sumbangan.

Sekarang mereka rasa diperdaya dan ingin penjelasan daripada pemimpin mereka. Mengapa minta sumbangan RM3 juta kalau saman itu tidak akan diteruskan?

Soalan yang berlegar adalah sama ada PAS memulakan saman ke atas Sarawak Report sebelum PRU ke-14 dahulu kerana cuba menutup cerita sebenar untuk membantu PAS dan Umno menghadapi PRU.

Adakah rayuan terbaru RM400,000 sebelum PRU Camerons Highlands juga untuk meraih simpati terhadap PAS dan rakannya dari Umno BN yang kononnya di fitnah oleh pihak asing dan kafir ?

Bukankah isu utama yang ditimbulkan PAS dan Umno di Cameron Highlands adalah isu Islam-Melayu bertembung dengan kafir-bukan Melayu?

Sekarang dengan menjelangnya tarikh 1 April 2019 - tarikh sepatutnya perbicaraan kes - yang terlalu dekat, ini mungkin peluang terakhir PAS menarik balek 'gertak' saman mereka.

Kalau kes diteruskan, segala rahsia dan tembelang wang dan hubungan PAS-Umno akan terbongkar. Adakah dengan menyelesaikannya di luar mahkamah, PAS cuba menutup isu sulit tersebut daripada didedah ke seluruh dunia di mahkamah luar negara?

Bagi Sarawak Report dan Clare Rewcastle Brown pula, mereka masih boleh terus menyiarkan cerita mereka di laman tanpa perlu memohon maaf apa-apa pun. Pada masa sama mereka tidak perlu belanja besar lagi untuk membayar peguam.

Yang untung dan rugi

Mereka untung dan menang besar apabila boleh mengekalkan tuduhan tanpa perlu memohon maaf.PAS pula rugi dan tercalar maruahnya kerana apa yang mereka tuduh sebagai fitnah masih tersiar untuk dibaca seluruh dunia.

Tetapi yang paling rugi dan rasa diperdaya adalah anggota dan penyokong PAS yang berkorban harta membiayai RM3 juta kos guaman untuk kes yang mungkin sudah dirancang untuk ditarik balik, kerana risiko terbongkarnya kewangan PAS dan Umno terlalu tinggi.

Dengan rakaman suara didakwa berkaitan Anggota Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang mengakui PAS menerima wang Umno diakui tulen, peluang untuk parti itu menang sangat tipis.


Umno pula menjadi pihak paling gembira dan untung kerana telah berjaya memerangkap PAS dalam isu itu. Mereka juga untung kerana PAS telah membantu BN untuk menang di PRK Cameron Highlands baru-baru ini.

Anggota dan penyokong PAS pula terus rugi diperkudakan Umno. Mereka mengorbankan harta dan tenaga di Cameron Highlands dan nampaknya sekali lagi di Semenyih.

Adakah tindakan PAS memfailkan saman ke atas Sarawak Report dulu benar-benar kerana maruah, atau strategi sebelum PRU ke-14?

Kenapa PAS tidak benarkan isu itu ditentukan melalui perbicaraan di mahkamah?

oleh: RAJA BAHRIN SHAH ialah anggota Dewan Negara, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta pengerusi PH Terenganu.

Saturday, February 2, 2019

Kantoi: Presiden Pas Selesai Saman SR Luar Mahkamah



Inilah rencana Pas ,sekadar untuk melepasi PRU14.

Konon saman terhadap SR kerana fitnah ,kantoi ler Pas.

SR tak perlu tarik balik artikel yg dipertikaikan
maknanya SR menang! ... OMG

Hari tu kata dah menang,alih alih ape da jadi...kikiki

Pas kekal menipu ahli dan penyokong taksub mereka...

Duit derma nak bagi balik ke?

Presiden PAS Abdul Hadi Awang memutuskan untuk menyelesaikan kes saman terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown di luar mahkamah di London, United Kingdom.

Hal ini dimaklumkan Setiausaha Politik kepada presiden PAS, Syahir Sulaiman.

“Setelah Datuk Seri Abdul Hadi Awang meneliti keseluruhan tindakan mahkamah yang telah difailkan oleh beliau terhadap Clare Rewcastle Brown (Defendan) dari semua aspek, dan juga setelah mempertimbangkan pandangan serta nasihat peguam beliau, adalah dimaklumkan bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membuat ketetapan untuk memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah (out of court settlement) melalui Perintah Persetujuan (Consent Order) bertarikh 1 Februari 2019 di Mahkamah Tinggi London (High Court of Justice, Queen’s Bench Division),” katanya dalam suatu kenyataan terbit di Harakahdaily hari ini.

Syahir berkata penyelesaian yang dibuat itu adalah seperti berikut:
“Abdul Hadi Awang menarik balik tuntutan (claim) terhadap Defendan;
“Clare Rewcastle Brown (Defendan) menarik balik tuntutan balas (counter claim) terhadap Abdul Hadi Awang;
“Tiada perintah berkenaan kos (no order as to costs); dan kedua-dua pihak adalah tertakluk kepada persetujuan kerahsiaan mengenai terma-terma berkaitan penyelesaian ini,” kata kenyataan itu.

Terima kasih atas sumbangan, sokongan

Syahir berkata presiden PAS mengucapkan terima kasih dan merakamkan setinggi penghargaan kepada barisan peguam, ahli-ahli PAS dan semua pihak yang telah memberikan sumbangan dan sokongan sepanjang perjalanan kes ini.

Sebelum ini PAS melalui presidennya, Abdul Hadi Awang mengambil tindakan undang-undang terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown di London pada 21 Apr 2017.

Ia berkaitan laporan portal itu pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa pemimpin PAS menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong BN dan Umno.
Pada 9 Januari lalu, Malaysiakini melaporkan PAS berjaya mencapai matlamat memungut RM400,000 bagi membiayai kos guaman untuk saman ke atas Sarawak Report.

Malah berdasarkan kenyataan Bendahari PAS Razman Zakaria jumlah yang dipungut setakat ini melebihi jumlah yang diperlukan.

Razman berkata PAS berjaya mengumpul lebih setengah juta ringgit daripada sumbangan anggota parti dan pihak lain hasil kempen kutipan dana selama dua minggu itu jumlah yang diperolehi melepasi sasaran yang diperlukan buat masa ini.

sumber...mKini

Friday, February 1, 2019

Amanah Kelantan Minta Pelantikan Azmin dikaji Semula



Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan sepakat untuk meminta ahli-ahli Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bersuara berhubung isu lantikan pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan yang diberikan kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali.

Ketua Pemuda Amanah negeri, Hazmi Hassan berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat khas biro politik Amanah Kelantan yang berlangsung di Kota Bharu, malam tadi.

Katanya, Amanah Kelantan berharap keputusan melantik Mohamed Azmin sebagai pengerusi MTNg dikaji semula.

"Kesimpulannya kita minta dikaji semula lantikan pengerusi MTNg Kelantan dan Terengganu supaya diberikan kepada menteri daripada Amanah.

"Ia sekali gus bertepatan dengan persetujuan asal Majlis Presiden PH bahawa Kelantan, Terengganu dan juga Melaka diterajui Amanah, " katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi, hari ini.

Awal hari ini, Malaysiakini yang memetik sumber melaporkan Amanah Kelantan mengadakan perbincangan khas berhubung perkara itu.

Namun sumber itu berkata, perbincangan tersebut tidak mencapai kata sepakat sama ada untuk membantah atau menerima lantikan tersebut.

Hazmi berkata, laporan tersebut kurang tepat dan Amanah Kelantan membuat keputusan agar lantikan Azmin dikaji semula.

"Ia demi kesepakatan antara parti-parti dalam PH, diharapkan satu keputusan boleh dibuat agar konsensus yang dicapai sebelum ini yang meletakkan Amanah menerajui Kelantan.

"Konsensus bahawa Amanah menerajui Kelantan, Terengganu dan Melaka yang dicapai melalui Majlis Presiden PH dan diharap ia dapat kekal dihormati untuk kestabilan PH," jelasnya.

Tambahnya, kebijaksanaan pimpinan diharapkan dapat membuat keputusan sewajarnya demi kestabilan PH dikekalkan.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi pejabat Azmin berkaitan bantahan itu.

oleh: N Faizal Ghazali  mKini