Followers

Sunday, July 28, 2013

Pemimpin PAS Terlibat Dengan Syiah ??





 'Tiada pemimpin PAS terlibat dengan Syiah'

Tiada kepimpinanya tertinggi PAS yang terlibat dalam ajaran Syiah, kata Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Oleh itu, PAS mengecam tindakan media arus perdana yang cuba memberikan bayangan sebaliknya," kata beliau dalam kenyataan media beliau hari ini.

Menurutnya, hubungan beberapa pemimpin PAS dengan negara yang mengamalkan Syiah tidak wajar dianggap sebagai bukti bahawa parti itu mempunyai pemimpin dengan fahaman yang sama.

"Tindakan beberapa orang pimpinan parti yang mempunyai hubungan peribadi dengan pimpinan Iran atau gerakan Islam Timur Tengah seperti Hizbullah bukan bermakna mereka pengikut Syiah.

"Jika begitu, bagaimana pula dengan mereka dan kerajaan yang mempunyai hubungan dengan Zionis Yahudi?" tegasnya.

PAS juga percaya soal itu adalah isu akidah yang tidak perlu dipolitikkan bagi "menyerang pihak lawan untuk keuntungan politik".

"Cubaan jahat untuk mengaitkan pimpinan PAS dengan ajaran Syiah hanyalah usaha musuh-musuh PAS bagi memecahbelahkan parti terutama menjelang pemilihan parti pada November ini," katanya lagi.



Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 25 Julai lalu mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang berpandukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.

Sehari selepas itu, menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu termasuk pemimpin politik dan pertubuhan yang masih mengamalkan ajaran syiah.

sumber...malaysiakini