Followers

Friday, July 17, 2015

Tun Madey Offer Najib Gembirakan Rakyat Dengan Menangkapnya


Najib patut terima pelawaan mamak madey sekiranya beliau benar benar mempunyai darah pahlawan Bugis, apakah panglima Bugis tidak berani menyahut pelawaan terbaik ini ?

Dr Mahathir pelawa Najib gembirakan rakyat dengan menangkapnya

Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan serangan terhadap perdana menteri dan berkata penangkapannya akan menggembirakan hati orang ramai.

Kehadiran Syawal yang disambut umat Islam sebagai bulan bermaaf-maafan nampaknya tidak menghalang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad daripada meneruskan serangannya terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Dalam tulisan terbaru di blognya lewat malam tadi bertajuk "Tunai adalah raja", bekas perdana menteri itu secara sinis mempelawa Najib menangkapnya bagi menggembirakan hati orang ramai.

Pelawaan itu dibuat sebagai maklum balas kepada kenyataan bekas senator DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ismail yang mendakwa Dr Mahathir kehilangan lebih RM600 juta sewaktu mentadbir negara.

"Jika terdapat bukti bahawa wang itu masuk ke dalam akaun saya, sila dakwa dan tangkap saya. Ini tidak terlalu lewat.

"Tawaran saya ini tidak bertujuan untuk memesongkan perhatian daripada penyiasatan semasa ke atas akaun Najib. Saya hanya mahu membuat orang gembira," tulis beliau dalam blog popularnya chedet.cc.

Tawaran itu juga dibuat Dr Mahathir sewaktu sokongan orang ramai terhadap tindakannya mengkritik Najib dilihat semakin meningkat kerana orang ramai merasa kesan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), penyusutan nilai mata wang ringgit di pasaran antarabangsa serta kenaikan harga barangan.

Tunku Abdul Aziz yang merupakan bekas pengerusi Transparency International-Malaysia dan kini pengerusi lembaga penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kolum New Straits Times beliau pada 4 Mei lalu mengungkit sejarah Bank Bumiputera sewaktu pentadbiran Dr Mahathir.

"Bank itu (Bank Bumiputera) memindahkan jumlah wang yang besar kepada anak syarikat milik sepenuhnya, Bumiputera Malaysia Finance Limited (BMF), yang dipinjamkan hampir AS$1 bilion kepada sebuah syarikat bernama Plessey Investment dan Carrian Investment Limited. Carrian kemudian muflis dan ‘berbilion hilang entah ke mana’,” tulis Tunku Abdul Aziz.

Menurutnya, satu jawatankuasa ditubuhkan bagi menyiasat perkara itu namun sehingga kini tiada tindakan diambil.

Katanya, ia berbeza dengan Najib yang sudah pun mengarahkan siasatan dibuat ke atas 1MDB.

Dr Mahathir sebelum ini menggesa Tunku Abdul Aziz memohon maaf kepadanya jika tiada bukti beliau menggelapkan wang sewaktu mentafbir negara. – 17 Julai, 2015.

sumber...TMI