Followers

Showing posts with label Taib Ahmad. Show all posts
Showing posts with label Taib Ahmad. Show all posts

Monday, September 29, 2014

'Ribut' PasMa Sudah Sampai Depan Rumah Tuan Preseiden PAS



PasMa dilancarkan di Terengganu esok ketika Pas melarang penyertaan
PasMa dilancarkan di Terengganu esok ketika PAS melarang penyertaan - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pasma-dilancarkan-di-terengganu-esok-ketika-pas-melarang-penyertaan#sthash.EDdQGSmN.dpuf

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan tetap dilancarkan di Terengganu walaupun mendapat tentangan sengit dari PAS negeri itu yang memberikan amaran agar ahlinya jangan menyertai NGO pelobi Pakatan Rakyat itu.

"Rasanya sebagai NGO berdaftar kami tidak salah. Yang salahnya pemimpin PAS di Terengganu yang menyerang rakan dalam Pakatan sehingga melemahkannya.

"Padahal PAS membuat keputusan memperkukuhkan kerjasama dalam Pakatan," kata Setiausaha PasMa Mohd Taib Ahmad.

Mulai hari ini PasMa memulakan programnya di negeri pantai timur bermula di Pahang petang ini (Ahad) di Raub.

Taib mendakwa 300,000 pendengar radio Internet mendengar sesi forum itu melalui DPedas.fm.

Esok PasMa akan dilancarkan di Terengganu dengan Besut sebagai tapak pelancarannya.



Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi, timbalannya Mohamad Husin, Penasihat Undang-undang Zulhazmi Sharif dan bekas setiausaha akhbar Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Omar Bakar akan menjadi panel dialog perdana anjurannya di Kampung Raja, Besut.

Sebelum ini Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid mengeluarkan kenyataan agar semua ahli PAS di negeri itu jangan menyertai sebarang program anjuran PasMa.

Pada 19 Oktober ini, ahli Majlis Syura PAS yang juga menantu Presiden PAS, Zaharudin Mohamad akan berdialog secara langsung dengan Phahrolrazi di Johor Baru.

"Kita mengesahkan kedatangan beliau," kata Taib kepada The Malaysian Insider.

Zaharudin antara tokoh yang penting dalam PAS yang menjadi tunggak kumpulan ulama.

PasMa ditubuhkan secara rasmi di Kota Baru pada 31 Ogos lepas apabila kira-kira 100 perwakilan dari seluruh negara menyertai perhimpunan buat pertama kali itu.

Ia ditubuhkan sebagai sebuah NGO untuk melobi agar PAS memperkukuhkan kedudukannya bersama Pakatan Rakyat.

sumber...TMI

Sunday, September 28, 2014

Pengkalan Kubor: Red Alert 'Bungkus' Kepada PAS Kelantan



Ulasan politik terkini berkaitan kekalahan teruk PAS di DUN Pengkalan Kubor.

Buat julong kalinya pemimpin PasMa menyuarakan kebimbangan terhadap masa depan politik PAS Kelantan.

Perlukah PAS mengubah style politik atau kekal dengan performence sekarang ?


Setiausaha PasMa Mohd Taib Ahmad meyenaraikan punca kekalahan PAS di Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubor, dan menegaskan PAS perlu mengekalkan pakatan dengan rakan parti DAP dan PKR untuk kekal relevan.

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubur memberi tanda jelas PAS akan kehilangan Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang jika parti Islam itu terus berfikir  boleh menang dengan duduk bersendirian tanpa bekerjasama dengan pihak lain, kata Setiausaha PasMa Mohd Taib Ahmad.

Kerjasama yang baik dalam Pakatan Rakyat akan membolehkan PAS mempertahankan Kelantan daripada jatuh ke tangan Barisan Nasional, kata NGO yang menjadi pelobi kuat agar PAS teruskan kerjasama dengan Pakatan itu.

PAS kalah dengan majoriti yang lebih besar dalam PRK Pengkalan Kubor berbanding kekalahan PKR dalam pilihan raya umum lalu.

Calon BN Mat Razi Mat Ail memperoleh undi sebanyak 9,981 manakala calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim mendapat 7,326 undi.

BN menang dengan majoriti lebih besar iaitu 2,635 undi berbanding kemenangan parti itu pada PRU13, iaitu 1,736 undi.

Bagi PasMa, PAS perlu membuka mata seluas-luasnya ekoran kekalahan lebih besar di Pengkalan Kubor ini kerana ia memalukan parti itu selepas mengambil kerusi yang dimiliki PKR sebelum ini.

Taib juga memberi alasan kelemahan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub dalam memahami kehendak rakyat Kelantan dan tidak dapat melaksanakan janji-janji yang ditetapkan dalam manifesto dalam pilihan raya lalu antara punca kekalahan ini.

Penyingkiran Datuk Husam Musa, naib presiden yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan dari dalam kerajaan negeri juga menyebabkan berlaku kelemahan dalam kerajaan negeri, dakwa beliau.

"Bukan beliau sahaja tetapi pasukan beliau yang ada dalam GLC dan parti dibersihkan oleh kepimpinan PAS Kelantan," tambahnya.



Bagi beliau, jika perkara ini tidak dibetulkan, ia bakal menjadi penyebab kerajaan negeri Kelantan kecundang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Beliau perlu dikembalikan ke dalam kerajaan negeri untuk kembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan negeri Kelantan kerana beliau mempunyai peranan yang besar bersama Tuan Guru Nik Aziz dalam membina Kelantan sehingga pilihan raya umum lalu," katanya merujuk kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat, bekas menteri besar Kelantan.

Selain itu, Taib juga menyalahkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk kekalahan Pengkalan Kubor.

"Kenyataan presiden PAS dalam muktamar mengenai PR. Kenyataaan kepada DAP dan PKR sebabkan hubungan dalam PR retak juga puncanya," kata Taib, kerana bagi beliau, keretakan dan krisis dalam PR juga menyebabkan pengundi tidak senang dengan PAS.

Selain itu, beliau menyalahkan kenyataan pemimpin Kelantan lain, termasuk Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah dan ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Aziz sebagai punca kekalahan.

"Timbalan menteri besar dan Nik Abduh banyak membuat kenyataan mempertikai rakan-rakan dalam PR. Sebaliknya mereka memuji Umno dan BN. Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang menjadi bahan serangan. Sebab itu bagi saya, rakyat Kelantan membuat keputusan yang bijak," katanya.

Sebelum ini, penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusof berkata sikap anak muda yang muak dengan apa yang berlaku dalam PAS dan Pakatan antara punca PAS kalah di Pengkalan Kubor.

Menurut Agus yang menulis di dalam laman media sosial Facebook, BN menang di Pengkalan Kubor kerana anak muda sudah muak dengan cara PAS dan PR berpolitik.

"Ini bukannya kerana BN hebat, jentera BN kuat, wang BN banyak, calon BN baik atau media BN kawal, tetapi kerana anak muda sudah bosan dengan politik PAS dan PR.

"Maka ramai anak muda yang tidak akan balik mengundi, dan mereka juga tidak kisah dengan hasil pilihan raya kecil ini," katanya.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mendakwa kekalahan PAS dalam PRK Pengkalan Kubor disebabkan lemahnya hubungan dalam PR.

Timbalan presiden Umno itu berkata faktor itu menjadi pertimbangan pengundi di Pengkalan Kubor selain krisis Selangor yang dibiarkan lama berlarutan.






"Mereka melihat keadaan PR, peristiwa yang berlaku di Selangor, perhubungan yang begitu tidak mantap antara PAS, PKR dan DAP.

"Saya percaya pengundi di kawasan ini juga dapat membuat penilaian, situasi begini tidak baik. Kalau berterusan membawa impak tidak baik kepada Pengkalan Kubor," katanya pada sidang media selepas pengumuman kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail di Tumpat malam kelmarin.

sumber...TMI