Followers

Monday, September 29, 2014

'Ribut' PasMa Sudah Sampai Depan Rumah Tuan Preseiden PAS



PasMa dilancarkan di Terengganu esok ketika Pas melarang penyertaan
PasMa dilancarkan di Terengganu esok ketika PAS melarang penyertaan - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pasma-dilancarkan-di-terengganu-esok-ketika-pas-melarang-penyertaan#sthash.EDdQGSmN.dpuf

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan tetap dilancarkan di Terengganu walaupun mendapat tentangan sengit dari PAS negeri itu yang memberikan amaran agar ahlinya jangan menyertai NGO pelobi Pakatan Rakyat itu.

"Rasanya sebagai NGO berdaftar kami tidak salah. Yang salahnya pemimpin PAS di Terengganu yang menyerang rakan dalam Pakatan sehingga melemahkannya.

"Padahal PAS membuat keputusan memperkukuhkan kerjasama dalam Pakatan," kata Setiausaha PasMa Mohd Taib Ahmad.

Mulai hari ini PasMa memulakan programnya di negeri pantai timur bermula di Pahang petang ini (Ahad) di Raub.

Taib mendakwa 300,000 pendengar radio Internet mendengar sesi forum itu melalui DPedas.fm.

Esok PasMa akan dilancarkan di Terengganu dengan Besut sebagai tapak pelancarannya.



Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi, timbalannya Mohamad Husin, Penasihat Undang-undang Zulhazmi Sharif dan bekas setiausaha akhbar Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Omar Bakar akan menjadi panel dialog perdana anjurannya di Kampung Raja, Besut.

Sebelum ini Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid mengeluarkan kenyataan agar semua ahli PAS di negeri itu jangan menyertai sebarang program anjuran PasMa.

Pada 19 Oktober ini, ahli Majlis Syura PAS yang juga menantu Presiden PAS, Zaharudin Mohamad akan berdialog secara langsung dengan Phahrolrazi di Johor Baru.

"Kita mengesahkan kedatangan beliau," kata Taib kepada The Malaysian Insider.

Zaharudin antara tokoh yang penting dalam PAS yang menjadi tunggak kumpulan ulama.

PasMa ditubuhkan secara rasmi di Kota Baru pada 31 Ogos lepas apabila kira-kira 100 perwakilan dari seluruh negara menyertai perhimpunan buat pertama kali itu.

Ia ditubuhkan sebagai sebuah NGO untuk melobi agar PAS memperkukuhkan kedudukannya bersama Pakatan Rakyat.

sumber...TMI