Followers

Showing posts with label pakaian dalam. Show all posts
Showing posts with label pakaian dalam. Show all posts

Friday, December 16, 2011

Kantoi Lagi Stim Seluar Dalam Wanita



Mamat gian curi 860 seluar dalam wanita

WELSHPOOL: Sebuah mahkamah di sini diberitahu, polis menemui 860 seluar dalam wanita daripada seorang lelaki yang mencurinya di ampaian.
Petani, Geoffrey Wilde, 48, bapa lima anak, mencuri seluar dalam itu sepanjang tempoh dua tahun.

Mahkamah menjatuhkan hukuman melarang dia keluar waktu malam selama enam bulan ke atasnya kerana kesalahan itu.

Ketika dia ditangkap dan diarah menukar pakaiannya, polis mendapati dia memakai seluar dalam wanita biru.

Wilde yang ditahan selepas dilihat berkelakuan ganjil di jalan raya di Welshpool, mengaku dia memerlukan bantuan ketika disoalsiasat oleh polis.

Seorang pemilik rumah menelefon polis selepas melihat lelaki itu membawa lampu suluh dan tiga seluar dalam wanita. Sebahagian seluar dalam yang ditemui itu milik wanita tua.

itu berita kaki stim gila pakaian dalam wanita..
ini lagi best bro.....wa ciakap sama luuuu orang..
ini lagi mantop bro....kena tibai masuk sampai kedalam tulang hitam ...kah kah kah kah
ini antara 2 kumpulan lumbUMNO...kah kah kah
pakat pakat tarok sama sama lumbUMNO...kah kah kah




‘NFC memikul biawak hidup, bukan Shahrizat’

Oleh : K Pragalath
 Ketua Umno bahagian Cheras menjelaskan bahawa beliau menggunakan simpulan bahasa dalam isu NFC itu.

Ketua Umno bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee hari ini menafikan  beliau menggelar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Shahrizat Abdul Jalil sebagai biawak.

“Saya tidak berkata begitu,” kata Syed Ali ketika mengulas mengenai kekecohan yang berlaku di pejabat Umno beliau semalam yang disifatkannya sebagai salah faham.

“Mereka mendakwa diri mereka sebagai ahli NGO telah datang ke sini. Menurut mereka, bahawa saya menggelar Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Shahrizat Jalil sebagai biawak.

Sementara itu, Syed Ali  dalam blognya menjelaskan  beliau telah menggunakan kata ‘memikul biawak hidup’ terhadap isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang kini menjadi perbualan  umum dan bukannya ditujukan kepada Shahrizat.

Ketua Umno bahagian Cheras itu merupakan antara pemimpin Umno akar umbi yang lantang mendesak Shahrizat meletakkan jawatan berikutan tercetusnya skandal NFC.


Minta Shahrizat letak jawatan

Pada hari Selasa lalu, Syed Ali berkata kebisuan pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail yang juga suami Shahrizat untuk menjelaskan isu NFC ketika berhadapan dakwaan parti pembangkang boleh mengelirukan orang ramai.

Justeru itu beliau meminta Shahrizat meletakkan jawatan.

Syed Ali turut berkata beliau  akan membuat kenyataan berkenaan perkara ini akan dikeluarkan oleh pucuk pimpinan Umno tertinggi dalam masa terdekat.

Isu NFC timbul berikutan pendedahan kegagalan projek tersebut seperti dilaporkan dalam laporan ketua Audit Negara pada bulan Oktober.

Isu ini kemudiannya dibangkitkan oleh parti pembangkang termasuk PAS dan PKR.

sumber...Agensi dan FMT




Thursday, December 8, 2011

Kena Cekup Tengah Stim Coli Dan Seluar Dalam

Jogging sambil curi coli

SHAH ALAM – “Apa salah saya bang? Saya cuma jogging je kat sini", ujar seorang lelaki gila seks setelah dia berjaya diberkas penduduk selepas mencuri beberapa coli dan seluar dalam wanita di flat PKNS Seksyen 7, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, suspek berusia dalam lingkungan lewat 20-an cuba mengaburi penduduk dengan memberi pelbagai alasan namun tembelangnya terbongkar apabila beberapa helai pakaian dalam wanita ditemui berhampiran tempat dia bersembunyi.

Difahamkan, lelaki tersebut pernah ditangkap melakukan perbuatan sama beberapa bulan lalu di kawasan perumahan berhampiran.

Saksi yang mahu dikenali sebagai Saiful berkata dia terkejut mendengar jeritan penduduk sebelum bergegas keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku.

Selepas itu katanya, dia melihat kelibat seorang lelaki berbadan gempal melarikan diri dan dikejar seorang penduduk.

“Saya dan rakan serumah turun membantu mengejar lelaki itu. Kami berjaya memberkasnya setengah jam kemudian selepas dia keluar dari tempat persembunyiannya,” katanya.

Katanya, lelaki gila seks berkenaan diserahkan kepada unit peronda polis dan dibawa ke balai polis berhampiran.

sumber...Hsinar

p/s...macam macam gian manusia hari ni..gila sex ler, gila buat sex ler,gila buat video sex ler..gila pakaian dalam wanita pun ada juga.

Wednesday, October 26, 2011

Apa dah jadi beb: Khalwat adik beradik

‘Adik beradik’ khalwat dicekup

PETALING JAYA – Lakonan drama sepasang kekasih berusia 26 dan 28 tahun yang menyamar sebagai adik-beradik bagi mengelak dicekup berkhalwat terbongkar apabila wanita itu ketakutan selepas digertak mengenai balasan orang yang berzina ketika di akhirat.

Mereka ditahan selepas didapati berdua-duaan di sebuah hotel bajet di Taman Medan dalam operasi cegah maksiat Ahli Jawatankuasa dan Pemuda Masjid Nurul Ehsan dengan kerjasama polis awal pagi semalam.

Pasangan itu mengambil kesempatan mengaku sebagai adik-beradik selepas pemeriksaan pada MyKad mendapati kedua-duanya mempunyai nama bapa yang sama namun berbeza alamat tempat tinggalnya.

:Pihak masjid yakin sesuatu yang tidak kena berikutan pasangan itu memberi alasan tidur di situ kerana berpindah rumah, malah ketika pintu bilik dibuka si perempuan masih berselimut di atas katil dan hanya memakai pakaian dalam selain mengakui sering melakukan hubungan seks di situ.

Dalam serbuan di hotel yang sama juga, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang ditahan bersama kekasihnya merayu meminta dilepaskan atas alasan ibunya mengenali imam yang terlibat dalam operasi.

Operasi selama tiga jam itu turut menahan seorang guru wanita menyembunyikan diri di dalam bilik air dengan hanya berkemban selepas menyedari rumahnya diserbu.

Ketika ditahan guru terbabit berusia 29 tahun berdua-duaan dengan seorang lelaki berstatus duda berusia 33 tahun di rumah sewa lelaki terbabit.

Manakala seorang lagi penjawat awam berusia 25 tahun dicekup selepas disyaki berkhalwat dengan seorang janda berusia 35 tahun, anak tiga di rumah.

Imam 1 Masjid Nurul Ehsan, Abdul Muin Abdul Hamid berkata, operasi besar-besaran tersebut akan diteruskan bagi membanteras kegiatan maksiat di kawasan Taman Medan.

“Operasi ini adalah susulan daripada aduan dan maklumat daripada penduduk setempat yang merasakan tempat disyaki seperti hotel bajet dan rumah persendirian perlu diberi perhatian agar tidak menjadi lokasi mudah melakukan perbuatan sumbang,” katanya kepada Sinar Harian.

Kesemua pasangan dibawa ke Balai Polis Petaling Jaya sebelum diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjutnya.

sumber...Sharian