Followers

Showing posts with label piala dunia. Show all posts
Showing posts with label piala dunia. Show all posts

Sunday, July 13, 2014

World Cup Final: Klose Akan Musnahkan Messi Yahudi Awal Pagi Nanti

  






Aksi akhir penentuan juara Piala Dunia 2014 pasti hebat

Penyerang prolifik Jerman, Miroslav Klose menyimpan hasrat untuk menambah koleksi jaringan peribadinya menjelang aksi final Piala Dunia 2014 menentang Argentina di Stadium Maracana, Rio de Janeiro awal pagi esok.

Klose kini memegang status sebagai penjaring gol terbanyak pada kempen Piala Dunia selepas merekodkan 16 gol sepanjang empat kempen yang disertai bermula edisi 2002 di Korea Selatan dan Jepun.

Begitupun, Klose yang cukup digeruni ketika beraksi di tengah padang terkenal dengan sikap peramah dan gemar merendah diri.

Klose berkata, dia tidak mampu menghasilkan gol sekiranya tidak mendapat bantuan daripada rakan-rakan sepasukan.

"Apa yang penting bagi saya ialah kejayaan pasukan dan kami kini semakin hampir untuk menjulang trofi itu.

"Saya berharap dapat menikmati saat-saat yang dinantikan itu ketika berada di tengah padang nanti," kata Klose.

Klose memintas bekas penyerang sensasi Brazil, Ronaldo yang sebelum ini mendahului rekod penjaring terbanyak Piala Dunia dengan jaringan 15 gol.

Gol ke-16 Klose hadir ketika dia membantu Jerman membelasah tuan rumah, Brazil 7-1 pada aksi separuh akhir di Belo Horizonte, Rabu lalu.

Sementara itu, Thomas Mueller yang kini berusia 24 tahun dilihat sebagai satu-satunya pemain Jerman yang mempunyai peluang untuk memintas rekod Klose.

"Bukan itu (penjaring terbanyak) yang saya fikirkan. Kami berada di sini (Brazil) sebagai satu pasukan dan kami hadir untuk memenangi kejohanan ini.

"Saya terkenal kerana Klose, dia seperti 20 tahun lebih muda daripada saya. Dia seorang yang kuat bekerja, tiada pemain yang lebih baik daripada dia," kata Mueller.

sumber... Reuters

Wednesday, July 9, 2014

Kantoi: Bomoh WC Brazil 'Tertelan' Biji Cempedak ??




GAMBAR menunjukkan patung voodoo mewakili pemain bola sepak Brazil ditempatkan dalam kotak khas, kononnya untuk memberikan tenaga dan tuah kepada mereka. Ia sebahagian daripada ilmu hitam seorang dukun tempatan di Rio ketika pasukan tuan rumah itu bertemu Colombia, Jumaat lalu.

 Dukun atau bomoh diraja Helio Sillman dari Rio de Janeiro berkata, dia akan mengguna ilmu hitam untuk menghalang pasukan bimbingan Joachim Loew daripada mara ke perlawanan separuh akhir.

“Saya akan memilih pemain utama mereka dan mengikat kakinya bagi memastikan dia tidak boleh berlari ketika perlawanan,” kata Sillman, merujuk anak patung voodoo seorang pemain Jerman yang tidak dinamakannya yang akan disihir dalam satu majlis sebelum perlawanan bermula.

Namun ada sesuatu perkara yang belum dapat dipastikan dengan sahih,adakah sewaktu perlawanan diawal pagi tadi bomoh Brazil itu sudah tertelan biji buah cempedak apabila Thomas Mueller membuka jaringan pada minit ke-11 diikuti Klose m-23, Kroos m-24,26 sebelum Sami Khedira melengkapkan jaringan kelima pada babak pertama perlawanan.

 Keputusan 7-1 itu adalah yang paling mengejutkan dan merupakan kekalahan pertama Brazil di tempat sendiri dalam 64 perlawanan ksejak tahun 1975.

Jerman akan bertemu Argentina atau Belanda pada perlawanan akhir di Rio de Janeiro selepas prestasi luar biasanya di mana penyerang Miroslav Klose menjadi penjaring terbanyak dalam kejohanan itu dengan menjaringkan 16 gol dalam Piala Dunia.

"Kami bermula dengan cemerlang," kata Klose dalam temuramah televisyen. "Kami seiya sekata., anda dapat melihatnya ketika kami berlatih. Kami bergerak sebagai satu unit dan itulah yang kami pamerkan di padang hari ini."

Satu-satunya gola sagu hati untuk Brazil ialah melalui jaringan Oscar pada minit-minit terakhir.

"Saya mahu membuat rakyat kami gembira," kata pemain pertahanan Brazil David Luiz. "Malangnya, kami tak mampu. Saya minta maaf, saya minta maaf kepada semua rakyat Brazil".



sumber...all media