Coretan politik,sosial,ekonomi,agama dan lain lain lagi di Malaysia dan seluruh dunia. Sumber dari semua capaian internet. email greenblacks8@gmail.com
Followers
Saturday, December 15, 2018
Ulat Tiket Hanoi Lagi Hebat !
Thursday, November 13, 2014
Tergolek Dog: Malaysia Kena Belasah Dengan Syria Pulak !
Malaysia Kena 3-0
Skuad Harimau Malaya mempamerkan aksi hambar selepas diaibkan dengan kekalahan 3-0 kepada Syria yang hanya membariskan skuad bawah 23 (B-23) pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam ini.
Kekalahan itu merupakan yang ketiga dicatatkan skuad kendalian Dollah Salleh yang sebelum ini tewas dalam dua aksi persahabatan terdahulu.
Mereka kalah 4-1 kepada Tajikistan di Stadium Central Dushanbe, Tajikistan pada 8 Ogos selain kecundang 2-0 kepada Indonesia pada 14 September lepas di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, Surabaya, Indonesia.
Skuad Harimau Malaya hanya mencatatkan satu kemenangan iaitu mengalahkan Kemboja 4-1 di Stadium Shah Alam pada 20 September lepas.
Pada aksi malam ini, kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan yang agak perlahan pada babak awal separuh masa berikutan hujan lebat namun nasib lebih menyebelahi Syria yang membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi sepakan 'voli' daripada luar kotak penalti oleh Nadim Sabag.
Tersentak dengan gol tersebut, skuad negara kembali memperkemas jentera serangan bagi mencari gol penyamaan namun berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan Syria dan keputusan itu kekal sehingga separuh masa perlawanan.
Bersambung babak kedua, skuad negara melancarkan serangan bertali arus bagi mencari gol penyamaan namun pasukan Syria yang sebaliknya menggandakan jaringan hasil sentuhan penyudah kapten, Sanharib Malki pada minit ke-47.
Kesilapan barisan pertahanan negara yang gagal mengeluarkan bola daripada kawasan penalti negara dimanfaatkan oleh pasukan Syria yang menambah gol ketiga menerusi tandukan Omar Khrbin pada minit ke-66.
Malaysia akan menentang Vietnam pada aksi terakhir perlawanan persahabatan di Stadium My Dinh, Hanoi, Vietnam, Ahad ini.
Perlawanan berkenaan adalah sebagai persiapan terakhir skuad Harimau Malaya sebelum beraksi pada Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura dari 23 hingga 29 November ini di Singapura.
Malaysia yang diundi dalam kumpulan B akan memulakan kempen kejohanan berdepan Myanmar pada 23 Nov diikuti pertemuan dengan Thailand pada 26 Nov dan kedua-dua perlawanan berkenaan akan berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura.
Skuad negara akan menamatkan aksi pusingan awal menentang Singapura di Stadium Nasional Singapore Sports Hub pada 29 November.
Vietnam yang menjadi tuan rumah bersama, akan mengetuai cabaran kumpulan A bersama tiga pasukan lain iaitu Filipina, Indonesia dan Laos.
Berdasarkan format kejohanan, dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan layak ke separuh akhir yang diadakan mengikut format timbal balik.
sumber...Mstar OL
Sunday, July 13, 2014
World Cup Final: Klose Akan Musnahkan Messi Yahudi Awal Pagi Nanti
Aksi akhir penentuan juara Piala Dunia 2014 pasti hebat
Penyerang prolifik Jerman, Miroslav Klose menyimpan hasrat untuk menambah koleksi jaringan peribadinya menjelang aksi final Piala Dunia 2014 menentang Argentina di Stadium Maracana, Rio de Janeiro awal pagi esok.
Klose kini memegang status sebagai penjaring gol terbanyak pada kempen Piala Dunia selepas merekodkan 16 gol sepanjang empat kempen yang disertai bermula edisi 2002 di Korea Selatan dan Jepun.
Begitupun, Klose yang cukup digeruni ketika beraksi di tengah padang terkenal dengan sikap peramah dan gemar merendah diri.
Klose berkata, dia tidak mampu menghasilkan gol sekiranya tidak mendapat bantuan daripada rakan-rakan sepasukan.
"Apa yang penting bagi saya ialah kejayaan pasukan dan kami kini semakin hampir untuk menjulang trofi itu.
"Saya berharap dapat menikmati saat-saat yang dinantikan itu ketika berada di tengah padang nanti," kata Klose.
Klose memintas bekas penyerang sensasi Brazil, Ronaldo yang sebelum ini mendahului rekod penjaring terbanyak Piala Dunia dengan jaringan 15 gol.
Gol ke-16 Klose hadir ketika dia membantu Jerman membelasah tuan rumah, Brazil 7-1 pada aksi separuh akhir di Belo Horizonte, Rabu lalu.
Sementara itu, Thomas Mueller yang kini berusia 24 tahun dilihat sebagai satu-satunya pemain Jerman yang mempunyai peluang untuk memintas rekod Klose.
"Bukan itu (penjaring terbanyak) yang saya fikirkan. Kami berada di sini (Brazil) sebagai satu pasukan dan kami hadir untuk memenangi kejohanan ini.
"Saya terkenal kerana Klose, dia seperti 20 tahun lebih muda daripada saya. Dia seorang yang kuat bekerja, tiada pemain yang lebih baik daripada dia," kata Mueller.
sumber... Reuters
Wednesday, July 9, 2014
Kantoi: Bomoh WC Brazil 'Tertelan' Biji Cempedak ??
GAMBAR menunjukkan patung voodoo mewakili pemain bola sepak Brazil ditempatkan dalam kotak khas, kononnya untuk memberikan tenaga dan tuah kepada mereka. Ia sebahagian daripada ilmu hitam seorang dukun tempatan di Rio ketika pasukan tuan rumah itu bertemu Colombia, Jumaat lalu.
Dukun atau bomoh diraja Helio Sillman dari Rio de Janeiro berkata, dia akan mengguna ilmu hitam untuk menghalang pasukan bimbingan Joachim Loew daripada mara ke perlawanan separuh akhir.
“Saya akan memilih pemain utama mereka dan mengikat kakinya bagi memastikan dia tidak boleh berlari ketika perlawanan,” kata Sillman, merujuk anak patung voodoo seorang pemain Jerman yang tidak dinamakannya yang akan disihir dalam satu majlis sebelum perlawanan bermula.
Namun ada sesuatu perkara yang belum dapat dipastikan dengan sahih,adakah sewaktu perlawanan diawal pagi tadi bomoh Brazil itu sudah tertelan biji buah cempedak apabila Thomas Mueller membuka jaringan pada minit ke-11 diikuti Klose m-23, Kroos m-24,26 sebelum Sami Khedira melengkapkan jaringan kelima pada babak pertama perlawanan.
Keputusan 7-1 itu adalah yang paling mengejutkan dan merupakan kekalahan pertama Brazil di tempat sendiri dalam 64 perlawanan ksejak tahun 1975.
Jerman akan bertemu Argentina atau Belanda pada perlawanan akhir di Rio de Janeiro selepas prestasi luar biasanya di mana penyerang Miroslav Klose menjadi penjaring terbanyak dalam kejohanan itu dengan menjaringkan 16 gol dalam Piala Dunia.
"Kami bermula dengan cemerlang," kata Klose dalam temuramah televisyen. "Kami seiya sekata., anda dapat melihatnya ketika kami berlatih. Kami bergerak sebagai satu unit dan itulah yang kami pamerkan di padang hari ini."
Satu-satunya gola sagu hati untuk Brazil ialah melalui jaringan Oscar pada minit-minit terakhir.
"Saya mahu membuat rakyat kami gembira," kata pemain pertahanan Brazil David Luiz. "Malangnya, kami tak mampu. Saya minta maaf, saya minta maaf kepada semua rakyat Brazil".
sumber...all media
Wednesday, June 25, 2014
Gambar Luis Suarez Gigit Bahu Giorgio Chiellini (Clear)
Tonggak utama Uruguay, Luis Suarez mungkin dikenakan hukuman lebih berat selepas menggigit pemain Itali, Giorgio Chiellini dalam pertembungan terakhir Kumpulan D, awal pagi tadi.
Rakaman ulang tayang insiden itu di televisyen menunjukkan Suarez menggigit bahu Chiellini selepas kedua-duanya bergelut di kawasan kotak penalti.
Insiden itu berlaku dalam temph seminit sebelum Uruguay menjaringkan gol kemenangan menerusi Diego Godin pada minit ke-81.
Uruguay layak mara ke pusingan seterusnya selepas membenam Itali 1-0.
Untuk rekod, ini adalah insiden menggigit kali ketiga yang dilakukan Suarez. Sebelum ini dia pernah digantung sepuluh perlawanan gara-gara tindakannya itu.Pemain Chelsea's Branislav Ivanovic juga pernah digigit oleh Suarez dalam pertemuan liverpool menentang Chelsea.
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) mengesahkan sedang menyiasat insiden tersebut dan Suarez mungkin dikenakan denda lebih berat walaupun terlepas hukuman ketika perlawanan itu.
“Kami masih menunggu laporan pegawai perlawanan. Kami akan mengumpul segala elemen yang ada kaitan untuk menyiasat perkara ini,” kata seorang jurucakap Fifa.
sumber...fifa
Tuesday, September 24, 2013
Khalid Ibrahim Tibai Pemuda PAS..Panas bro
MB S'gor mahu Pemuda PAS pilih bola atau masjid
Jika semalam Pemuda PAS Selangor mengkritik kekurangan penajaan sukan bola sepak negeri oleh syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI), hari ini menteri besar sendiri mahu pertubuhan itu membuat pilihan di antara "masjid atau bola".
Cabaran itu dilontarkan Tan Sri Khalid Ibrahim sewaktu mengulas dakwaan kekurangan penajaan MBI menyebabkan beberapa pemain bintang dalam pasukan Selangor dipancing pasukan lain.
"Saya dapati jumlah peruntukan yang diberikan, kalau rakan-rakan Pemuda PAS berminat (hendak tahu), tiap-tiap tahun kita mempunyai peruntukan untuk membiayai bola sepak melebihi pembinaan satu masjid.
"Bererti tiap-tiap tahun kita guna melebihi RM7 juta. Maknanya, adakah (Pemuda) PAS berminat untuk kita buat masjid atau pun menggalakkan bola sepak?
"Jadi kita kena buat pilihan," katanya kepada Malaysiakini tengah hari ini.
Khalid ditemui selepas menghadiri Majlis Dialog Belanjawan 2014 di Subang Jaya.
Semalam Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohd Sany Hamzan mengkritik kekurangan penajaan MBI sehingga menyebabkan pemain seperti Amri Yahyah, Norazlan Razali, Mahalli Jasuli dan Asraruddin Putra Omar cuba dipikat Kelab Johor Darul Takzim dengan tawaran gaji yang lumayan.
Mohd Sany berkata kegagalan penaja menyalurkan penajaan akan menyebabkan pemain senior dan berbakat negeri itu berhijrah dan dibimbangi akan menyebabkan pasukan "gergasi bola sepak negara suatu ketika dahulu menjadi lesu dan tidak bermaya".
Selangor sehingga kini berjaya memenangi 32 gelaran juara Piala Malaysia, tujuh gelaran juara liga divisyen 1, dua gelaran juara liga divisyen 2, lima gelaran juara Piala FA Malaysia, dan lapan gelaran juara perlawanan sumbangsih atau Perisai Sultan Haji Ahmad Shah.
Ia sekali gus menjadikan Selangor satu-satunya pasukan yang paling banyak menjuarai piala kejohanan tempatan.
MBI adalah penaja utama pasukan Selangor.
Wednesday, September 11, 2013
Pemain Bola Sepak Pahang Kena Cekup Kes Khalwat..Siapa Bro ??
Biaq betul bro?
Betul ke berita ni ?
Dua Pemain Bola Sepak Pahang Ditahan Berkhalwat
KUANTAN: Pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menahan dua pemain bola sepak Pahang kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di bandar ini, Selasa.
Menurut sumber, dua pemain skuad Tok Gajah berusia 20-an itu ditahan bersama pasangan masing-masing di bilik berasingan kira-kira pukul 4.30 pagi.
Serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai penguatkuasa Jaip hasil maklumat orang awam yang mengesyaki mereka mendaftar masuk bersama pasangan bukan muhrim.
Hasil pemeriksaan di bilik pertama mendapati seorang pemain Pahang yang dipercayai bermain di posisi tengah pasukan bersama seorang wanita bukan muhrim berada dalam bilik berkenaan, kata sumber itu.
Menurutnya pemeriksaan di sebuah bilik berdekatan pula mendapati rakannya yang dipercayai pemain pertahanan Pahang berada bersama seorang wanita sebelum mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat.
Sumber itu berkata sebelum pintu kedua-dua bilik hotel itu dibuka, pegawai penguatkuasa Jaip mengetuk pintu bilik beberapa kali selain memperkenalkan diri sebagai pegawai penguatkuasa.
Menurutnya siasatan awal mendapati kedua-dua pemain yang belum berkahwin itu mengaku berkhalwat bersama pasangan masing-masing yang berusia 20-an.
Kesemua mereka katanya dibawa ke Pejabat Jaip untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.
sumber...Bernama
Monday, August 5, 2013
Aidil Zafuan Cerai Rita Rudaini Talak Satu Melalui SMS
Pemain pertahanan Johor Darul Takzim, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak akhirnya menceraikan pelakon popular, Rita Rudaini dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang Ahad.
Akhbar Berita Harian melaporkan, Aidil membuat keputusan itu selepas dia dikatakan bengang dengan Rita berhubung artikel 'Rita bengang skandal terbaru Aidil' disiarkan menerusi ruangan pojok Desas-Desus terbitan B*POP pada Ahad.
Rita mengesahkan kepada akhbar tersebut bahawa dia menerima kiriman SMS itu daripada Aidil petang Ahad selepas berlaku 'perang SMS' di antara mereka sebelum itu.
Antara butiran SMS Aidil kepada Rita: "Aku ceraikan kau talak satu."
Rita yang kini berada di kampungnya di Perlis untuk sambutan Aidilfitri berkata, dia reda menerima keputusan itu.
Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.
Sebelum ini, Aidil pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan aktres, Jue Aziz tetapi menafikan dia mengenali wanita itu.
Terbaru, dia digosipkan menjalin hubungan dengan seorang gadis dikenali sebagai Zarema Zainal.
sumber...mstar OL
Saturday, October 6, 2012
APEK Tak 'Main Sembunyi' Awek Lagi
Apex: Hubungan kami bukan lagi rahsia
“Hubungan kami bukan lagi rahsia." Itu pengakuan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat ketika ditanya status terkini hubungan beliau dengan model jelita, Nur Eiluniey Natasha Nazri atau Luniey.
Khairul Fahmi atau dikenali Apex mengakui hubungan beliau dengan model SimplySiti berusia 21 tahun itu kini melangkah ke fasa yang sangat istimewa sebagai pasangan kekasih.
“Seperti mana tersiar dalam sebuah akhbar tempatan kelmarin, saya akui kebenaran cerita tersebut. Memang tak dinafikan hubungan saya dengan dia bukan lagi sekadar kawan biasa. Dalam erti kata lain, hubungan kami ini lebih daripada itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
“Saya kenal dia apabila digandingkan bersama sebagai model iklan minyak wangi SimplySity beberapa bulan lalu. Selepas itu, kami mula berkawan rapat sehingga mencetuskan hubungan istimewa ini.
“Mengenai perancangan untuk berkahwin, saya berserah kepada ALLAH SWT. Yang pasti, saya akan beritahu kepada semua pihak. Saya tak akan sembunyikan perkara yang baik ini. Lagi pun keluarga kedua-dua belah pihak juga merestui perhubungan ini,” katanya.
Sebelum itu, gosip hubungan antara Apex dengan Luniey bertebaran sejak beberapa bulan lalu tetapi dinafikan oleh pasangan tersebut. Namun baru-baru ini, sebuah blog hiburan memaparkan gambar mereka sekali gus mengukuhkan dakwaan kedua-duanya mempunyai hubungan yang istimewa selama ini.
Penjaga gol berusia 23 tahun itu berkata, sudah tiba masanya beliau membuat pengakuan terbuka mengenai hubungan istimewanya dengan Luniey bagi mengelakkan disalah tafsir banyak pihak.
“Sebelum ini orang sering anggap saya sebagai playboy, apabila saya keluar dengan perempuan itu, perempuan ini. Bila saya beritahu perkara ini, saya harap orang akan faham dan tidak akan bercakap perkara yang bukan-bukan mengenai kami,” katanya.
Mengulas sejauh mana perhubungan mereka, Apex berkata, Luniey seorang wanita yang begitu memahami karier bola sepak beliau dan tidak sesekali mengganggu tumpuannya sama ada ketika mempunyai tugasan bersama skuad Kelantan atau pun kebangsaan.
“Kami sibuk dengan kerjaya masing-masing. Saya dengan bola sepak, dia pula dengan perniagaan butik pengantinnya. Hanya telefon dan medium internet menjadi penghubung di antara kami ketika ini,” katanya.
sumber...S.harian
Friday, December 2, 2011
Gambar Dada Syahrini Ditanda Tangan David Beckham

Penyanyi seksi Indonesia ini benar-benar mengejutkan para peminat David Beckham di Indonesia apabila dengan beraninya dia menghebohkan tentang tandatangan yang diturunkan oleh David Beckham di atas buah dada kanannya dengan hanya berlapiskan baju putih yang ketat.
Terkenal dengan keseksian dan saiz buah dada yang besar, Syahrini telah dipilih sebagai duta untuk menemani dan memperkenalkan David Beckham kepada budaya dan keadaan di sekitar Indonesia sempena perlawanan persahabatan antara LA Galaxy dan Indonesia yang dimenangi LA Galaxy, 1-0.
Dikhabarkan, David Beckham menurunkan tandatangan itu ketika Syahrini menghadiri sebuah acara tertutup yang dihadiri orang tertentu dan sebelum ini ketika hari pertama Beckham tiba di Indonesia, Syahrini turut membuat kontroversi dengan mencium pipi bekas pemain Manchester United ini.
Namun begitu, terdapat beberapa selebriti yang kurang senang dengan tindakan Syahrini ini yang dianggap memalukan. Antaranya ialah pelakon, Chelsea Olivia yang menulis di akaun Twitter-nya, “Mmmmm, memalukan..”.
Vokalis Nidji iaitu Giring turut menulis di akaun Twitter-nya, “”Syahrini is a good singer.. And she know’s how to make a catchy news and publicity. Salam buat jambul katulistiwa mu #mindtalk.”
Teringat pula OHBULAN! pada seorang artis Malaysia, tak tahulah jika dia memang suka cari kontroversi. Tapi kalau sekadar kontroversi murahan, OHBULAN! teringin melihat jika ada pemain bolasepak negara yang nak letak tandatangan macam Beckham lakukan.
sumber...Ohbulan
Thursday, December 1, 2011
Gambar Intim : Shida Harmi Nak Saman PULAK
Wednesday, November 30, 2011
APEK Diugut Dedah Aksi Berahi ??
Setelah pulang terjulang sebagai wira negara membantu skuad Harimau Muda membaham Garuda di bumi sendiri, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex terus menjadi buruan gadis, tidak terkecuali yang seorang artis baru, Shida Harmi.
Dalam perkembangan terbaru penjaga gawang gol Harimau Muda ini, blog hiburan terkenal tanahair, Rotikaya.com menyiarkan beberapa keping gambar yang menunjukkan keintiman antara Apex dan Shida Harmi yang dikirim oleh seseorang yang dipercayai rakan rapat artis itu atau Shida Harmi sendiri.
“Kami amat pasti penghantar e-mail yang kami (dan beberapa rakan media lain) terima ini merupakan kenalan rapat atau mungkin Shida Harmi sendiri,” kata pemilik laman web tersebut.
Menghangatkan lagi kontroversi, Rotikaya.com juga menyiarkan dua paparan ‘screenshot’ Blackberry Messenger (BBM) yang dirujuk kepada perbualan antara Apex dan Shida Harmi di mana terkandung unsur
pertengkaran dan ugutan.
Dalam perbualan di BBM tersebut, Shida seolah-olah cuba mengugut Apex untuk mendedahkan kepada umum kononnya mereka pernah tidur bersama.
“Klu I nk sebar kan dri dlu lah cik fahmiiiii.. Pk la skik.. Sb kan u dh wat palat gini, kutuk2 I sume, Cite psl u? Cite psl pe? Bukan I cite btul ke? Yg u cakap I dok meroyan tergile2 kan u nape? U nak i tunjuk bukti yg pena tdo dgn u? I got all d prove..dun u eva play wit me,” kata Shida, merujuk kepada BBM tersebut.
Blog hiburan itu juga percayai bahawa gambar dan perbualan BBM antara Apex – Shida Harmi itu berlaku pada sekitar Ogos 2011, ketika kisah tentang pertunangan Apex dan bekas tunangnya, Elia, sedang sebok diperkatakan ramai.
Khairul Fahmi putus tunang dengan Elia dan kemudiannya digosipkan menjalin hubungan mesra dengan seorang artis, Dahlia Teck, selain dikaitkan dengan watak sampingan, Shida Harmi.
Apex juga telah dilanda kontroversi apabila pihak tertentu telah mengirimkan beberapa keping gambar beliau dan beberapa gadis-gadis seksi ketika menyambut hari lahir Dahlia Teck di sebuah restoran eksklusif di Bukit Bintang di sini sejurus sebelum berlepas ke Jakarta bagi menghadapi kejohanan Sukan Sea di Jakarta.
Berikut adalah beberapa keping gambar Apex dan Shida Harmi yang tersiar di laman blog Rotikaya.com hari ini.
sumber...mn.hub
Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN
Tuesday, November 22, 2011
Gila Babi: Kalah bola, pelajar Malaysia di Indonesia diugut bunuh
ANGGOTA polis mengeluarkan penyokong Indonesia yang ditemui tidak sedarkan diri selepas terbabit dalam rempuhan ketika mereka berasak-asak untuk masuk ke stadium bagi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi. Dalam kejadian itu, dua peminat tempatan disahkan maut dan seorang budak lelaki berusia sembilan tahun yang terjatuh dilaporkan koma. - Foto APJAKARTA, 22 Nov – Pahitnya untuk menelan kekalahan pasukan Garuda Muda di tangan pasukan Harimau Muda pada pertandingan akhir bola sepak Sukan SEA 2011 di Stadium Utama, Gelora Bung Karno di sini malam tadi telah menyebabkan ada pihak menghantar ugutan bunuh terhadap pelajar Malaysia di Indonesia.
Ugutan itu yang disebarkan malam tadi melalui pengguna Twitter bernama @hikmat_maswara kepada akaun twitter sebahagian besar artis Malaysia selepas keputusan sepakan penalti menentukan Malaysia menang berbunyi: “Tomorrow I will kill Malaysia student at the University of Padjadjaran” di Jatinangor, Bandung.
Setelah mendapat kecaman, pengguna Twitter itu telah memohon maaf atas tulisannya itu.
Namun pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia tidak memandang ringan ugutan berkenaan dan telah membuat laporan polis berkaitan perkara itu, lapor Bernama Online.
Atase Pendidikan, yang juga Setiausaha I (Pendidikan) Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Ludinata Misnun berkata twitter mengandungi ugutan itu telah tersebar luas di Malaysia.
“Selepas mendapat kecaman daripada pelbagai pihak, @hikmat_maswara telah memohon maaf di Twitternya dan memaklumkan beliau tidak berniat untuk membunuh tetapi didasarkan rasa kecewanya atas kekalahan pasukan Indonesia kepada Malaysia dalam pertandingan akhir itu,” katanya di sini hari ini.
Ludinata berkata pimpinan PKPMI di Bandung telah membuat laporan polis pagi ini di Jatinangor dan polis memberi jaminan akan menyiasat kes itu.
Pada masa yang sama Education Malaysia (EM) Indonesia dengan kerjasama Atase Polis dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan memanjangkan perkara ini kepada Ibu Pejabat Polsi Indonesia untuk tindakan selanjutnya.
“Saya juga telah menghubungi Rektor Universitas Padjadjaran, Bandung bagi meminta bantuan dan kerjasama universiti untuk memastikan keselamatan mahasiswa Malaysia di Universiti Padjadjaran, Bandung,” katanya.
Berikutan kes itu, EM Indonesia katanya telah meningkatkan pemantauan mahasiswa Malaysia di Bandung dan seluruh Indonesia.
Pada masa ini, ada 1,005 pelajar Malaysia menuntut di Universiti Padjajaran, iaitu mewakili sebahagian besar daripada sejumlah 1,148 pelajar Malaysia yang menuntut di institusi pendidikan tinggi sekitar Kota Bandung pada masa ini.
sumber...TMi
Monday, November 21, 2011
Malam Ini Indon Menangis!… Garuda Sudah Jadi Gagak
Hooooorayyyyyyyyyyyyyyyyyyy……terbukti kitalah yang lebih baik wahai Mat Indonnnn!!!Gunawan Dwi Cahyo berlagak macam bagus bila jaring gol pertama….poyooooo!
Wahai Mat Indon, terimalah hakikat…kami Malaysia…rakyatnya…negaranya …adalah yang terbaik!
Dan kau selamanya akan berada di tempat kedua…mungkin ketiga atau keempat!
Bukan sekali…dua kali dalam seminggu kami benam kau di tanah kau sendiri.
Kau bakarlah bendera negara aku…anak muda negara aku akan terus bakar maruah kau!
Tahniah Harimau Muda….garuda sudah jadi gagak ini malam!
Ibu segala pingat emas kita yang bawak balik.
Kau main kat padang kau…kau main dengan penyokong sakai kau….pun kau kalah!
Belajarlah hormat orang lain…sebab kau bangsa kelas dua….dan kot kau terlupa…kami menang 5-4 ok!
sumber...AK-47
p/s...Pengadil macam sial wa cakap sama lu...pemain indon guna lutut untuk body contact pun tak per..
Thursday, September 29, 2011
Ronaldo Tak sesuai diikuti kanak-kanak kata Bekas Kekasih
Bekas kekasih sifatkan bintang Real Madrid kacak tetapi bodohMADRID: Bekas teman wanita Cristiano Ronaldo, Nereida Gallardo menyifatkan bintang bola sepak itu sebagai seorang lelaki kacak tetapi bodoh selain tidak boleh menjadi contoh kepada kanak-kanak.
Ronaldo sebelum ini mengakhiri hubungannya dengan Nereida, 27, hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 2008 selepas Nereida sendiri mengakui bahawa dia ada menjalinkan hubungan dengan pemain pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos.
Satu sumber rapat dengan Ronaldo ketika itu berkata: “Hubungan lalu teman wanitanya itu diketahui Ronaldo di mana dia langsung tidak mengetahui mengenainya sebelum ini dan dia amat kecewa.”
Rakan rapat pemain kelahiran Portugis itu pernah memberitahu The Sun bahawa dia sendiri sudah bosan untuk meneruskan hubungan dengan Nereida.
Walaupun sudah berpisah dengan Ronaldo, Nereida dilihat masih lagi memakai cincin berlian yang dibeli Ronaldo.
Minggu lalu bekas pemain Manchester United itu mendakwa bahawa beliau disorak penyokong lawannya kerana dia seorang yang ‘kaya, kacak dan pemain yang hebat.’
Ronaldo yang kini berpacaran dengan model Russia, Irina Shayk mempunyai seorang anak lelaki berusia setahun. Tetapi bintang bola sepak berkenaan tidak pernah mengesahkan siapa ibu kepada anaknya yang dinamakan Cristiano itu. –
Monday, August 1, 2011
Khairul Fahmi putus tunang
TINGGAL KENANGAN...KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.
“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.
“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,” katanya.
Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.
“Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya,” dakwanya.
Elia mendakwa, kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahuinya sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidikinya dia percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum mereka bertunang lagi.
“Saya menelefonnya untuk mendapatkan kepastian dan memintanya berterus terang, namun dia enggan berbuat demikian. Dia cuma beritahu ada masalah dan akan bincang dengan keluarganya.
“Saya tidak henti-henti berdoa supaya Allah berikan petunjuk bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kami. Tak sangka, tak lama selepas itu ada seorang wanita datang berjumpa saya dan mengaku ada hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi,” katanya.
Menjawab satu soalan, Elia mengaku ada mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial facebook mengenai tindakan Khairul Fahmi menengking ibunya (Elia).
“Mungkin tindakan itu salah saya, tapi selepas itu saya mendiamkan diri dan tidak keluarkan sebarang kenyataan lagi sebab ingin memberi masa kepadanya memulihkan keadaan. Tidak sangka pula dia sudah buat keputusan dan menghebahkan di akhbar tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya,” katanya.
Elia berkata, tindakan Khairul Fahmi memutuskan pertunangan memang dikesalinya kerana dia sudah menyiapkan sedikit sebanyak persiapan untuk perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada hujung Oktober ini.
Sementara itu, ibu Elia yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku dia bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk sebelum perkahwinan anaknya berlangsung. “Namun, mak cik minta dia (Khairul Fahmi) selesaikan semua ini dengan cara baik. Jika dulu dia meminang anak mak cik dengan cara baik, seeloknya mahu putus pun biarlah dengan cara baik, bukan cara sebegini,” katanya.
sumber...mymetro
Friday, July 29, 2011
Akhirnya Singa membaham Harimau

PERJUANG Malaysia pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2014 sudah berakhir. Hasrat untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan zon Asia sudah berkecai apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Singapura pada aksi kedua pusingan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Malaysia yang memerlukan kemenangan dua gol pada perlawanan tersebut terpaksa akur dan membiarkan Singapura mara dengan agregat 6-4.
Pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar (Sabtu lepas), Singa- pura menang 5-3.
Jaringan Safee Sali pada minit ke-57 pada aksi malam tadi berjaya disama- kan oleh pemain sayap kanan 'import' dari China, Shi Jiayi pada minit ke-71.
Beraksi di hadapan kira-kira 90,000 penyokong sendiri, Malaysia memperoleh peluang awal tetapi percubaan pemain sayap kiri, S. Kunanlan dari dalam kotak penalti berjaya dihadang penjaga gol Singapura, Izwan Mahbud.
Singapura kemudian mula mendapat rentak tetapi dua percubaan menerusi penyerang 'import' dari China, Qiu Li pada minit ke-10 dan ke-15 ber- jaya diselamatkan dengan baik penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.
Pada minit ke-22, pemain pertaha- nan Malaysia, Aidil Zafuan Radzak terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dan digantikan oleh Muslim Ahmad untuk bergandingan dengan Fadhli Shas.
Amirulhadi Zainal yang banyak menggerakkan bahagian sayap kanan Malaysia turut memperoleh peluang tetapi rembatannya dari luar kotak penalti pada minit ke-26 tepat ke daka- pan Izwan.
Khairul Fahmi terus cemerlang dengan melayangkan badan untuk menepis sepakan percuma Shaiful Esah pada minit ke-38 dan menangkis percubaan Mustafic Fahrudin pada masa kecederaan separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, Malaysia akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-57 apabila Safee merembat kencang dari sudut kanan kotak penalti Singapura setelah menerima lorongan Kunanlan.
Namun kelekaan barisan pertahanan Malaysia sekali lagi dihukum dengan Singapura berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-71 mene- rusi penyudah kemas Jiayi.
Usaha Malaysia yang melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah pintu gol Singapura bagi mencari tambahan dua gol terus menemui kebuntuan.
Lebih malang, penyerang gantian, Ahmad Fakri Saarani gagal mengawal tekanan apabila dilayangkan kad merah pada masa kecederaan.
Dengan kegagalan itu, Malaysia mengekalkan rekod lampau yang belum pernah berjaya melangkah ke pusingan ketiga sejak percubaan sulung pada Kelayakan Piala Dunia 1974.













