KUALA LUMPUR – Gadis yang dikaitkan sebagai kekasih gelap Apex, Shida Harmi, tampil membuat penafian berhubung dakwaan bahawa dia bertanggungjawab menyebarkan gambar mesra dirinya dan penjaga gol skuad Harimau Muda itu baru-baru ini.
Selain itu, Shida turut menegaskan bahawa dia dan ibubapanya tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dalang yang menyebarkan fitnah tersebut sekiranya keadaan bertambah parah memburukkan dirinya dan Apex.
“Bukan saya yang hantar gambar tu dan bukan dari Apex..datang dari pihak ketiga.
“Buat apa saya nak menjatuhkan Apex sedangkan kami masih berkawan? Kalau saya nak jatuhkan Apex dari dulu lagi saya boleh buat.“Yang buat tu adalah kawan rapat Apex dulu..yang ada menyimpan barang-barang peribadi Apex..
“Maybe akan ambil tindakan selanjutnya lah, sama ada akan saman pihak terbabit atau kitorang akan bawa ke tengah la perkara ni,” kata Shida ketika di wawancara oleh pemilik laman blog hiburan terkenal, Rotikaya.com, di sini hari ini.
Menurut Shida lagi, dia memohon maaf atas ketelanjurannya bergambar dengan posisi yang agak kontroversi sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap Apex dan dirinya.
“Saya ingin meminta maaf dengan keadaan gambar-gambar saya dengan Apex dan saya ingin menafikan sekeras-kerasnya bahawa gambar tersebut tidak datang dari saya ataupun dari Apex sendiri,” katanya lagi.
Gambar-gambar Shida Harmi dan Apex telah dikirimkan kepada blog-blog hiburan terkenal oleh seseorang yang menggunakan nama samaran ‘Nurul Hidayah’ bersama dua ‘screenshot’ Blackberry Messenger (BBM) yang kononnya mengugut penjaga gol skuad Harimau Muda itu untuk mendedahkan perilaku buruknya di khalayak ramai.
Ekoran itu, Apex dan Shida Harmi dikecam beberapa pihak yang terpengaruh dengan sebaran palsu tersebut dan menimbulkan spekulasi nakal yang menjejaskan nama baik mereka.
Rotikaya.com kemudiannya berjaya mendapatkan Shida Harmi untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai fitnah tersebut.
Berikut adalah wawancara penuh Rotikaya.com dengan Shida Harmi mengenai kontroversi yang hangat diperkatakan itu.
Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN