Followers

Tuesday, December 20, 2011

Iran Cekup Perisik CIA

TEHERAN - Stesen penyiaran televi­syen Iran memaparkan rakaman video seorang lelaki yang mengaku telah menjadi perisik Agensi Penyiasatan Pusat (CIA) untuk mengintip Kementerian Perisikan negara itu, kelmarin.

Lelaki kelahiran Amerika Syarikat (AS) berketurunan Iran tersebut dikenali sebagai Amir Mirzaei Hekmati berumur lewat 20-an dan telah menjalani latihan khas ketenteraan serta risikan selepas tamat belajar pada 2001.

“AS mahu saya berbaik-baik dengan Kementerian Perisikan Iran supaya dapat memperoleh maklumat berharga negara itu dengan mudah” dedahnya dalam rakaman tersebut.

Rakaman video itu turut menyiarkan beberapa keping gambar Hekmati dalam pakaian seragam anggota tentera bersama pegawai askar AS.

Sabtu lalu, Kementerian Perisikan mendedahkan mereka telah mengesan lokasi ejen CIA itu di Pangkalan Tentera Bagram di Afghanistan sebelum bertindak menahannya.

sumber...Hsinar