Coretan politik,sosial,ekonomi,agama dan lain lain lagi di Malaysia dan seluruh dunia. Sumber dari semua capaian internet. email greenblacks8@gmail.com
Followers
Monday, December 5, 2011
Penghujung Mimpi: Politik Wang,Politik Kotor Dan Dr M
CETAKAN SEMULA Selain nama Mahathir ataupun Badawi, memoir menteri jarang dinantikan dengan penuh debaran.
Namun, buku hasil nukilan Tan Sri Mohamed Rahmat, dikeluarkan pada 12 Oktober yang lalu, telah menyebabkan sedikit gelodak.
Dialah orang yang bertanggungjawab mengawal apa yang boleh ditonton dan didengari oleh orang awam di radio dan television kerajaan sebagai menteri penerangan pada tahun 1987 hingga 1999.
Setelah menjangkau usia 71 tahun dan menghidap kencing manis serta kanser, lelaki yang lebih dikenali dengan nama Tok Mat ini mengakui bahawa kerjanya sebenarnya adalah sebagai menteri propaganda.
Dalam memoir politiknya, Umno: Akhir Sebuah Impian, dia menjelaskan bagaimana kementeriannya menjayakan kempen seperti Setia yang sebenarnya mentargetkan kepada perpecahan dalam Umno itu sendiri apabila terbahagi kepada kumpulan A dan B.
Saya terpaksa mengembalikan kesetiaan ornag melayu pada Umno, saya harus menunjukkan bahawa sesiapa yang menyokong kumpulan B (yang diketuai oleh Tengku Razaleigh pada masa itu) tidak setia. Ia merupakan sebuah perperangan psikologi,” tulisnya lagi.
Orang Melayu sememangnya keras hati apabila berbalah. Saya perlukan sesuatu yang menusuk jiwa. Saya perlukan sebuah lagu.
Jadi, dia telah menulis sebuah lagu patriotik yang agak popular iaitu Setia, dengan lirik “Demi Negara yang tercinta” yang terus dimainkan untuk beberapa tahun lagi di saluran-saluran kerajaan RTM.
Tumbangkan PAS
Tok Mat mengakui dalam bukunya pada tahun 1977, mereka menjalankan satu misi untuk menumbangkan PAS yang merupakan kerajaan Negeri Kelantan pada ketika itu.
Dia juga menerangkan bahawa pada tahun 1995, semasa Sabah mengadakan pilihanraya negeri, dia menghantar 500 orang penjawat kementeriannya untuk berkempen bagi Umno menentang parti PBS yang menguasai kerajaan Sabah pada ketika itu.
Pegawai kerajaan turun padang, katanya dalam bahasa Inggeris apabila ditemuramah baru-baru ini. “Mereka menyewa bilik di kampung-kampung, makan dan tidur seperti penduduk tempatan, sambil mengumpul maklumat dan mempengaruhi penduduk. Propaganda jenis senyap begini sememangnya berkesan.
Kerana jentera kerajaan sepatutnya bersikap neutral, saya bertanya kepada Tok Mat sama ada ini tindakan menyalahgunakan kuasa.
“Boleh dikatakan begitu,” katanya. “Saya mempunyai kelebihan itu, saya tidak boleh bergantung kepada TV3, The New Straits Times, Berita Harian mahupun Utusan Malaysia. Ini kerana mereka semua dikawal oleh orang-orang Anwar Ibrahim. Jadi tak ada pilihan lain selain RTM.
Saya diminta untuk melumpuhkan PBS. Tiada laporan tentang mereka dan tiada makluman kepada rakyat tentang apa yang telah mereka (kerajaan PBS) lakukan disitu. Jadi, bagi rakyat nampak macam mereka tak buat apa-apa. Memang itu taktik kotor, akui Tok Mat.
Raja Propaganda
Mendapat pendidikan menengah di English College, Johor Bahru, dia meneruskan pengajian dalam bidang kesusateraan peringkat sarjana muda di Universitas Indonesia, Jakarta.
Dia telah mempelajari ilmu propaganda semasa menjadi penulis untuk Filem Negara (Badan Perfileman Negara) pada pertengahan tahun 1960-an. Tiada TV pada masa itu, jadi, itulah satu-satunya cara menyampaikan propaganda,” cerita Tok Mat.
Dia telah mengilap bakat muziknya selain mempelajari kemahiran mengedit filem semasa disitu. Dia juga telah menulis lirik dan melodi untuk beberapa buah lagu seperti Setia, Syukur dan Sejahtera Malaysia, yang telah digunakan dalam kempen membina bangsa.
Tok Mat sememangnya meminati lagu-lagu lama nyanyian Nat King Cole dan Bing Crosby. Dia pernah berjaya ke suku akhir pertandingan menyanyi yang diadakan oleh radio Singapura pada tahun 1950-an.
“Tan Sri memang pandai menyanyi dan bermain piano secara spontan,” celah isterinya, Puan Sri Salbiah A. Hamid, yang turut hadir dalam wawancara itu. “Dia pandai menulis. Saya masih simpan semua surat cintanya dari masa kami remaja,” katanya sambil tersenyum.
Dengan kemahiran- kemahiran yang ada, Tok Mat menjadi ketua sorak dan teman setia Perdana Menteri Datuk Sri (Tun) Dr Mahathir Mohamad, yang seteru politiknya termasuk Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan kemudian, Anwar.
Dia mendakwa bahawa kebanyakkan orang Umno berada dalam teka teki. “Semua menyokong separuh disana dan separuh disini, Cuma sedikit yang bekerja (100%) untuk Dr. Mahathir. Saya sememangnya taat padanya.”
Menerima kutukan kerana Dr M
Namun demikian, dalam satu bab dia telah menjelaskan bahawa dirinya bukanlah “yes man” sahaja. Dia menulis bahawa ada suatu masa pemaju Second Link dari Singapura yang juga merupakan rakan Dr Mahathir cuba untuk mendapatkan tanah penduduk kampung di kawasannya pada 80 sen kaki persegi supaya mereka boleh menjual semula pada RM17.80 kaki persegi. Dia mendakwa bahawa menentang walaupun Dr Mahathir marah padanya dan telah cuba mendapatkan tawaran yang lebih baik.
Apabila kempen Setia tidak mampu untuk mengembalikan sokongan Melayu terhadap Umno, Tok Mat berkata, kementeriannya telah melancarkan kempen Semarak pada tahun1988, dimana Dr Mahathir mengadakan perjumpaan secara besar-besaran dengan rakyat.
“Saya cakap pada ketua polis,” kata Tok Mat, “saya tak nak nampak ada pegawai polis beruniform mengelilingi Mahathir kerana nanti nampak seperti kita tinggal di negara polis. Sebaliknya, saya beri t-shirt Setia pada mereka jadi nampak seperti dia dikelilingi orang ramai.
Mengutamakan Dr Mahathir pada ketika itu jelas Tok Mat mengundang banyak kritikan. Secara tidak langsung, dia menjadi lelaki paling dibenci di Malaysia, katanya lagi.
Dalam bukunya, dia tahu bahawa ramai yang memangilnya dengan nama ‘anjing kerajaan’: Bila orang benci Mahathir, saya telah menjadi sasaran kutukan, tulisnya lagi.
Lebih baik dari konsultan asing yang mahal
Dia menerima itu semua sebagai tanda kejayaan kerana itu bermakna dia telah berjaya untuk menusuk ke dalam minda rakyat, menanam kebencian: “Dalam seni propaganda, mengusik perasaan adalah sangat penting,” jelas nya lagi.
Dakwa Tok Mat, kejayaan Setia boleh dilihat apabila dia sendiri mendengar orang bukan Melayu menyanyikan lagu itu. Untuk Semarak pula, orang ramai yang membanjiri perhimpuanan Dr Mahathir itu adalah dari 30,000 ke 100,000 orang.
Adakah penjawat awam diberi tekanan untuk menghadiri acara seperti itu?
“Tidak,” jelasnya, kita juga tidak menyediakan pengangkutan atau memberi kemeja-t percuma.”
Propagandanya mungkin berjaya tetapi kerajaan masih melantik PR dan agensi pengiklanan semasa dia memegang jawatan untuk memberi nasihat bagaimana untuk memenangi sokongan rakyat. Sekarang, pendapatnya tentang itu berbeza.
Saya rasa saya lebih efektif kerana memahami budaya kita dengan lebih baik. Saya ada 1000 orang pegawai turun padang untuk memberi maklumat. Pak Lah (mantan perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi) menggunakan khidmat orang asing. Tapi apa hasil yang diperolehi dari PR ini?
Kesilapan
Pengkritik Tok Mat menyatakan bahawa antara kesilapannya berlaku pada Mei 1999 dimana ramai orang Melayu marah akibat peristiwa Anwar Ibrahim.
Tok Mat meminggirkan pengundi bukan Melayu (yang memainkan peranan penting dalam memberi mandat kepada BN pada hujung tahun tersebut) dengan kenyataannya bahawa isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah tidak layak menjadi pemimpin kerana beliau mendapat pendidikan di Singapura dan mempunyai darah cap naga, gambaran tidak elok untuk mereka yang berketurunan cina.
“Itu bukan kesilapan” kata Tok Mat sekarang, “Anwar mahu Azizah menjadi Perdana Menteri. Lagipun, saya juga darah cap naga. Ibu saya orang Cina (diangkat keluarga Melayu). Jadi saya boleh cakap. Saya boleh kutuk cina dan melayu sebab saya juga sebahagian dari mereka.
Sama ada disengajakan atau tidak, Tok Mat telah dilepaskan dari jawatan menterinya pada Mei 1999. Dia menulis ini adalah akibat mereka yang lidah bercabang yang telah menghasut Dr Mahathir bahawa dia adalah penyokong Anwar secara senyap.
Apa yang saya tak boleh lupa adalah cara Dr Mahathir membuang saya tanpa mengenang budi, tulisnya didalam bab yang bertajuk Habis Madu Sepah Dibuang.
Semenjak itu, dia menjadi lebih kritikal terhadap bekas bosnya itu. Contohnya, kita tahu kenapa Dr Mahathir menyalahkan Pak Lah dari pelbagai segi walaupun segalanya bermula dari dirinya sendiri. Ini adalah kelebihan Dr Mahathir,” tulis Tok Mat dengan sinis.
Walaupun nadanya agak menyindir, Tok Mat berkata, “Mungkin bunyinya seperti itulah, tapi saya tak benci Dr Mahathir. Saya tak marah padanya. Saya masih anggap dia sebagai negarawan yang hebat.
Politik Wang menjadi barah pada masa Dr M
Tambahan pula dia mula mempertahankan Dr Mahathir bila saya bertanyakan tentang episod konterversi apabila Dr M menjadi PM.
Namun begitu, dia mengakui yang politik wang telah menjadi barah di dalam Umno pada zaman Dr Mahathir.
“Pada masa dulu, korupsi lebih kecil. Jika ketua cawangan Umno tak dapat permit teksi, dia akan membubarkan cawangannya. Sekarang pemimpin Umno sibuk mencari projek-projek besar, itulah kejayaan DEB” , katanya sambil ketawa.
Lebih serius lagi, bukunya juga menyimpulkan “Umno telah menjejaskan imejnya dengan perebutan kuasa, politik wang, rasuah dan perkauman keterlaluan oleh pemimpin-pemimpin tertentu. Umno mesti berubah atau saya khuatiri ia bakal menjadi penghujung mimpi (untuk parti). - The Star
Bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Mohamed Rahmat telah kembali ke rahmatullah pada 1 Jan 2010
sumber...Malaysia Chronicle
Label:
Mohamad Rahmat,
Tok Mat,
Tun M,
Umno/bn