Followers

Wednesday, July 9, 2014

Kantoi: Bomoh WC Brazil 'Tertelan' Biji Cempedak ??




GAMBAR menunjukkan patung voodoo mewakili pemain bola sepak Brazil ditempatkan dalam kotak khas, kononnya untuk memberikan tenaga dan tuah kepada mereka. Ia sebahagian daripada ilmu hitam seorang dukun tempatan di Rio ketika pasukan tuan rumah itu bertemu Colombia, Jumaat lalu.

 Dukun atau bomoh diraja Helio Sillman dari Rio de Janeiro berkata, dia akan mengguna ilmu hitam untuk menghalang pasukan bimbingan Joachim Loew daripada mara ke perlawanan separuh akhir.

“Saya akan memilih pemain utama mereka dan mengikat kakinya bagi memastikan dia tidak boleh berlari ketika perlawanan,” kata Sillman, merujuk anak patung voodoo seorang pemain Jerman yang tidak dinamakannya yang akan disihir dalam satu majlis sebelum perlawanan bermula.

Namun ada sesuatu perkara yang belum dapat dipastikan dengan sahih,adakah sewaktu perlawanan diawal pagi tadi bomoh Brazil itu sudah tertelan biji buah cempedak apabila Thomas Mueller membuka jaringan pada minit ke-11 diikuti Klose m-23, Kroos m-24,26 sebelum Sami Khedira melengkapkan jaringan kelima pada babak pertama perlawanan.

 Keputusan 7-1 itu adalah yang paling mengejutkan dan merupakan kekalahan pertama Brazil di tempat sendiri dalam 64 perlawanan ksejak tahun 1975.

Jerman akan bertemu Argentina atau Belanda pada perlawanan akhir di Rio de Janeiro selepas prestasi luar biasanya di mana penyerang Miroslav Klose menjadi penjaring terbanyak dalam kejohanan itu dengan menjaringkan 16 gol dalam Piala Dunia.

"Kami bermula dengan cemerlang," kata Klose dalam temuramah televisyen. "Kami seiya sekata., anda dapat melihatnya ketika kami berlatih. Kami bergerak sebagai satu unit dan itulah yang kami pamerkan di padang hari ini."

Satu-satunya gola sagu hati untuk Brazil ialah melalui jaringan Oscar pada minit-minit terakhir.

"Saya mahu membuat rakyat kami gembira," kata pemain pertahanan Brazil David Luiz. "Malangnya, kami tak mampu. Saya minta maaf, saya minta maaf kepada semua rakyat Brazil".



sumber...all media